MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, December 17, 2013

Upin dan Ipin

Hari tu, lepas buat IC singgah jab Jakel. Jakel kan dah tutup kat tempat lama dan bukak lagi besar kat bangunan baru dekat2 dengan Angsana tu. Itu pon tahu masa raya ritu officemate nak beli baju Aaron Aziz. Nak gak feeling raya ngan Aaron Aziz minah tu akakaka. Oleh kerana masih tak banyak kedai bukak kat area bangunan baru tu, nak pi Jakel rasa amatlah selesa sebab parking banyak. 

Saya tak pergi Jakel yang jual baju, tapi pergi sebelah dia yang jual carpet. Sajer nak cari carpet untuk buat basahan. Kalau boleh limaplohhinggit ke bawah akakakaka. Konon hujung2 tahun tengah offer ni dapat arrr carpet feel RM1000 tapi harga RM50 ke kan kan hahahaha. Bila masuk.....memang arr ada harga cam tu, tapi tahap alas kaki ekekekeke. Kalau ada pon yang murah, yang bila anak2 lari atas dia terpelangkup ke depan, carpet tu melayang ke belakang. 

Bila tanya2, nampaknya yang paling sesuai untuk buat basahan pon dah harga RM259. Otak kata jom kita kuar! Jom kita kuar. Tapi hati kata jom kita beli jom kita beli. Memandangkan kat rumah takder sofa dan hajat nak ajak puan Mak datang rumah minggu depan, kita ikutkan jerklah kata hati huahua. Puan Mak tak boleh tahan sejuk. Nanti mulalah sakit situ, sakit sini. Dapat tawar sampai RM240 jerk. Sila bungkuskan dan jom kita beredar. Bahaya lama2 kat sini.

Jam dah 1.30 petang. Perut pon dah berkeroncong. En. Suami ajak pi tempat baru kat bangunan sebelah Jakel tu. 

Eh tak tau pon JB dah ada Restoran Upin dan Ipin ni. Pernah dengar kat KL jerk. Kata en. Suami, baru jer bukak ni. Anak2 melompat tak sabar nak masuk.


Kat dalam ni semua barang yang dijual ada label Upin dan Ipin. Mana budak2 ni tak giler. Air yang macam ni memanglah jadi kegilaan budak2 ni. Mana2 pon dah ada air ni. Bukan sebab sedap sangat pon. Air dia pon bukan banyak. Tapi sebab label karton dia tu buat air ni popular. Sebab label punya pasal harga kasi up RM3.
 
Sebelum makanan sampai, jom posing tunjuk bukti kat Abang Long kita dah makan kat sini. Kasi dia sentap skit kat kampung akakakakaka.

Senyum tak menahan sebab berjaya pau ice cream Upin dan Ipin.

Nasi Asam Pedas Ikan en. Suami punya.

Cik Mia punya.

Nasi goreng TomYam, saya punya.
 

Roti Milo, Wafiy punya. Set ada 2 keping. Wafiy dah sambar 1.

 En. Suami plak yang beriya tengok cerita Upin dan Ipin kat TV.


Hayal tengok TV. Kat rumah pon layan, kat kedai pon layan. Tak jemu2.


Sementara tunggu Mak Pak habis makan, layan lagi Upin dan Ipin.

Restoran ni dekat sangat dengan bangunan Jakel. Jalan kaki pon boleh. Senang sangat nak nampak dari belakang Angsana. Kalau rasa nak makan dalam keadaan yang damai, bolehlah datang sini sebab budak2 pandai bawak diri sendiri sementara kita nak habiskan makanan. Pada saya, makanan dia pon taklah mengecewakan tapi taklah meletop sangat.

2 comments:

Kak Uda ila said...

Kesian Cik Mia, tersentil di celahan meja. Makcik, mu nampak kejam di situ. ekeke.

Wah!! Bolehlah ajak bebudak makan kat situ, mesti memasing suka nih

Azlina bt. Azis said...

haha Cik Mia lagi suka buli Mokcik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...