MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, November 14, 2013

Alkisah mesin basuh baru ku

Sebenarnya nak cerita sekali kisah mesin basuh lama. Oleh kerana asik terlupa ambik gambar dia, kita cerita terus pasal mesin basuh baru ngehngeh (itu pon nak citer uweerrrkkkk).

Sabtu lepas masa dah penuhkan air dalam mesin basuh lama untuk bilas baju sambil menyanyi2 lagu Najwa Latip saya pon pusingkanlah tempat pusing baju tu. Tak sampai 2 saat lepas saya pusing tu, dengar macam benda terlepas. Lepas tu mesin tu pon tak berpusing. Erkkk!!!! Suspen Mokcik. Ada momok kacau ker ??? Tenun mesin tu sambil buat duckface. Tengok tempat pusing tu dah keatas balik. Saya pon pusingkan balik, mesin jalan. Tapi bila lepas, pemusing tu terus berpusing balik. Adoiii!!!!!!!! Macam belt dia punya stopper dah longgar kot. Lepas tu nak pusing2 balik dah tak boleh macam tersangkut. Uwaaaaaaaaaaa.

Nasiblah banyak jugak yang dah basuh. Nasiblah yang dalam mesin tu bilasan terakhir. Maka saya bilas jerk guna tangan dan spin kering. Untung lagi spin kering boleh guna lagi.

Bila en. Suami balik mulalah merengek2 nak mesin baru ngehngeh. Korang ingat dia nak layan??? Huhu dia berusaha jugak nak betulkan ok! Mokcik tensen jerk tengok. Akhirnya dia berjaya pusingkan mesin tu balik. Yeyyyyyy tapi kena pegang jerk dengan tangan. Kalau lepas, pemusing tu terus berpusing balik. Lepas tu dia boleh cakap, dah boleh guna tapi kena pegang arrr skit. Macam nak lipat2 pokcik tu masuk kat dalam tempat pengering tu lepas tu spin laju2.

Petang tu jugak masa nak hantar Arfan latihan bola dia suh saya ikut. Macam biasa arrr saya memang arr malas nak pi. Lepas tu dia cakap nak beli mesin baru ker idak ??? Yeeyyyyyyyy laju2 pi tukar baju akakakakakaka.

Pi kedai Tan. Cina ni pandai cakap Jawa ok! En. Suami selalu ambik barang elektrik kat dia bila ada family day PPC dulu. Saya carik arrr Panasonic 13kg idaman kalbu. Servey Seng Heng dan apatah ritu RM1799. Sebenarnya nak tunggu hujung tahun mana tau harga leh kasi meluncur lagi ker kan. Dah jadi cam ni, macam mana nak tunggu lagi kan kan. Bila tanya dia berapa? Terus dia tanya balik nak bayar berapa kali? Saya tanya kalau cash berapa? (Sedangkan kat bank tinggal 5 hengget jerk? Soklan tak hagak2 akakakaka) terus jerk dia bukak kontrak RM1800 untuk 3 kali bayar. Dia cam tau2 jerk poket Mokcik kosong hampeh ngehngeh. Masa mesin sampai, kalau nak sattlekan bayar nanti dia terus kurangkan lagi. Bila dah deal, en. Suami hulur RM500 dan saya pon berangan2 dengan en. PerkasaII muuuaaahhhhh!!!!!!  

Maka inilah dia en. Perkasa II muahhh2 Mokcik yang terkini. Terus suh Tan hantar pi rumah baru. Takder pulak nko nak hulur kasi sattle bayaran wakakakakaka.

Auto Washing Machine Panasonic 13kg hambek besauuuuu ngam2 kat belakang dapur ngehngeh. Tapi belum kasi adjust lagi ngam2 kedudukan dia sebab paip tu rendah sangat, jadi tak boleh nak tolak terus ke dinding. Korang tengok arrr paip asal boleh yang en. Suami pasang tu. Paip asal yang warna putih tu tak sesuai untuk washing machine tu, jadi kena ganti paip jenis tu. Lepas tu pasang terbalik sebab tak ketat. Takperlah untuk kegunaan sementara sebab baju busuk dah menggunung nak kena basuh.

Giler gedabak besar ruang membasuhnyer. Yeyyyy Mokcik suka!!!!! Tapi nak tunggu air penuh siap boleh terlelap. Matilah Mokcik nak bayar bil air lepas ni uwaaaaaaaaa. Lepas tu bukan cam mesin semi, ntah apa dia buat gdegek gdegek kiri kanan jab, pusing sikit ke kiri, pusing skit kekanan. Lepas tu baru basuh laju skit. Lepas tu gdegek gdegek balik. Haisshhhh bersih ke nko basuh ni oiiiiii en. Perkasa II??? Malas nak layan, Mokcik pi kuar makan anak beranak. Balik2 dah siap spin kering. Bila kirai baju tu....eh sedap plak baunya. Bau busuk semua sattle. Kira oklah tu hahahahaha.
Oklah, citer pasal mesin basuh jer. Tapi berjela macam wat filem Hindustan wakakakaka. Nasiblah korang yang baca. Kesimpulannya, inilah mesin basuh terbaru saya. Lepas ni bolehlah basuh 3 hari sekali ker, cadar dan selimut pon boleh kasi masuk serentak, dah tak payah nak kuar2 duit hantar comforter ke dobi lagi dah. Harap2 boleh berkhidmat lama. 10 tahun ker....20 tahun kerrr akakakakaka.

5 comments:

Azue online shop said...

besar tu mesin basuh kau. boleh basuh toto. heheheh mesin lama kau tu sama mak aku nye dulu. cam tu lah nak basuh kena angkat sikit badan dia. last-last beli baru je.

Azlina bt. Azis said...

besau zu. bila nak ambik baju untuk sidai siap aku terpaksa berjengket akakakaka. nak sangat yg besaukan ambik.

Kak Uda ila said...

Makcik pun tengah nak survey Mesin basuh ni, 13kg besor eh, leh masuk toto eh.. Wah!! mekasih atas infonya..

Azlina bt. Azis said...

Kak Uda ila, 10kg pon dah boleh masuk toto. Tapi ada kawan cakap, nanti toto cepat rosak. Wallahualam....

Wak Lat said...

skrg dh 2021 oke lagi ke panasonick en PerkasaII nih? hehehe ke dh tukar baharu? wak tgh cari washing machine gak nih., ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...