MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, January 30, 2012

HUAAAAAA MENGANTUKNYERRRRR

Aku tak pasti apa yang menyebabkan aku mengantuk sekarang ni. Penat otot2 mulut ni nak melayan sangap. Setahu aku, malam tadi aku masuk tidur sebelum pukul 10 lagi. Dalam sedar tak sedar aku ambik keputusan tanggalkan cermin mata, ambil bantal kecil wat alas belakang, letak kat meja dan aku pi letak kepala. Hajatnya nak pejam sekejap ajerrr...tup2 tertidur betul.
Bunyi pintu luar terbuka menyentakkan aku. Alamak !!! Bos masuk. Bila pulak dia keluar dari bilik dia. Sampai dah masuk balik baru aku perasan. Aku buat muka toyer sambil memandang kearah dia. Aku tak tahu pun apa reaksi muka dia. Sebab waktu tu aku tak bercermin mata.

Thursday, January 26, 2012

KEREPEK PISANG

"Mama, kerepek pisang ada lagi tak ?" Tanya Arfan sambil tertinjau2 kawasan dapur.
"Aik?? Sejak bila pulak Along suka makan ?" Soal saya kehairanan. Setahu saya, hanya Mia dan Wafiy sahaja penggemar kerepek pisang. Arfan lebih berminat dengan keropok paip berempah.
"Kawan kita kat Taska, tak pernah tengok kerepek pisang. Dia kata, pisang goreng pernahlah tengok." Jawab Arfan ketawa kecil. "Kita nak bawak esok, nak tunjuk kat dia. Macam katak bawah tempurung betul." Sambung Arfan lagi sambil menyelongkar plastik barang2 dapur yang masih belum disusun hasil belanja di kampung semasa cuti Tahun Baru Cina.
"Ada2, nanti mama masukkan dalam beg taska." Ujar saya sambil menghalang perlakuannya. Takut lebih berselerak jadinya.
Sejak akhir2 ni, stok kerepek pisang dan kerepek pedas selalu ada di rumah saya. Mungkin sebab itulah cerita kerepek pisang terpancul dari mulut Arfan semasa berbual dengan kawan2nya. Budak sekarang, kerepek pisang pun dah tak kenal. Maklumlah, keropok2 di pasaraya dengan packing bewarna warni dan seksi lebih menyerlah di mata mereka berbanding kerepek2 yang lebih sopan pembuatannya.
Minggu lepas, saya balik ke Melaka. Hajat asal, hendak bersekali emak dan Iza pergi ke Cameron Highland sempena cuti panjang. Bila motor en. Suami hilang tanpa kabar berita, saya jadi hilang mood. Lagipun terpaksalah berjimat cermat untuk cari pengganti motor tu. Jadinya, kami sekeluarga hanya duduk di kampung.
Iza, adik bungsu saya dengan profession barunya sebagai QC of packaging KEREPEK semestinya amat suka bila kami sekeluarga memunculkan diri. Mana taknya, customer tetap sudah mai. Berkilo2 kerepek mesti laku punya. Sejak itulah saya bermain sistem barter dengannya. Dia ambil Tupperware saya, saya ambil kerepek dia. Kerepek yang diambil mengikut kehendak anak2. Biasanya kerepek pisang, kerepek pedas dan keropok paip berempah. Maka, dengan itulah stok kerepek sering ada di rumah. Kerepek2 ini pulak saya simpan dalam bekas Tupperware, confirm tahan lama.

Wednesday, January 25, 2012

TENANG, LANCAR DAN DAMAI

Alangkah indahnya perjalanan sehari dua ini dari Taman Daya ke LPP. Tenang, Lancar dan Damai. Pemandangan pun terasa amat luas. Setengah jam perjalanan dicampur masa persinggahan 3 tempat, sudah sampai ke ofis. Alangkah indahnya jika hidup berterusan begini.

Tuesday, January 17, 2012

dalam duka ada suka


Hari ini saya perlu buat 3 perkara di Tupperware Taman Molek. Pertama beli leaflet, sattle. Kedua tukar penutup rosak, 3 berjaya ditukar dan 2 tiada stok. Semua penutup ni adalah milik customer saya, yang tak customer pon ada juga. Tak kisahlah tu, kebetulan saya ada hal di Tupperware saya tolonglah tukarkan. Yang penting mereka sabar menanti, sebab saya tak bergaji untuk tukar menukar ni. Jadi, janganlah bila dah bagi kat saya asik tanya ajer dah tukar ker belum. Kalau nak cepat perlu tukar sendiri yer. Kalau nak saya tukarkan, kenalah tunggu bila saya ada keperluan pergi ke sana. Hehehehe
Ok, berbalik pada cerita tadi, perkara ketiga yang saya perlu laksanakan ialah membeli penutup bagi 2 bekas untuk customer saya yang amat periang ni. Kedua2 bekas nya....MasyaAllah!!!! tak tau nak describe ghupernya macam apa. Memang menakutkan. Bekasnya jugak pun dari warna jernih, dah macam warna lopak air kat tepi jalan. (lupa pulak nak ambil gambarnya). Tebalkan muka jerklah hulurkan kat kaunter. Tunggu dalam seminit gitu, amoi Tupperware tu kuar dan hulurkan penutup bekas bulat yang sederhana besarnya dan beritahu penutup untuk bekas kedua one touch tu dah takder keluar lagi. Jadi, dia akan tukarkan satu set dengan item yang sama harganya. Saya baru sebenarnya dalam situasi ini, first time saya mengalaminya. Amoi tu masuk balik dan keluar semula dengan one touch biru berseri dan terus serah pada saya. Saya memandang amoi tu, "Dapat baru ker ?" Amoi tu senyum dan cakap " Itulah bestnya pakai barang Tupperware." Bila sattle semua perkara di Tupperware, saya pergi mendapatkan kereta dengan senyum lebar. Suka betul hari ini dan tak sabar nak serah one touch tu kepada ownernya. Pasti dia melompat2 riang seperti karakternya juga.

Sukakan dapat gembirakan orang, sedangkan hati sendiri masih terluka. Sabar jerklah....

Sebahagian item yang berjaya ditukar dan dibeli.




Inilah bekas one touch biru yang berjaya ditukar dengan yang lama. Bekas lama tu tak sempat diambil gambarnya. Saya pun seram tengok keadaannya...hihihhi

Monday, January 16, 2012

HAJAT X KESAMPAIAN

Rasa keimanan saya sudah tahu ada perkara buruk yang akan menimpa. Motor en. Suami dirembat pencuri. Patutpun dia menghalang saya dari membeli handbag hari tu. Rupanya ada tempat yang lebih penting untuk wang itu dilaburkan. Ya Allah, berikanlah cahaya keinsafan kepada pencuri itu. Semoga dia sempat bertaubat hendaknya. Pasti ada hikmah atas apa yang terjadi......

Sunday, January 15, 2012

Gelora Handbag

Hari jumaat lepas, saya ke Jusco Tebrau City yang jaraknya agak dekat dengan LPP. Hajat asalnya ialah hendak membeli cermin mata baru. Cermin mata yang saya guna sekarang dah melebihi 3 tahun hayatnya. Keadaannya juga sudah benar2 uzur dan tunggu terpatah 2 saja. Setelah selesai memilih dan tawar menawar, saya perlu menunggu sekitar 1 jam seterusnya. Dalam saat2 inilah hajat asal saya telah dicemari. Jualan sempena perayaan Tahun Baru Cina benar2 memukau mata dan sanubari. Walaupun ketika itu saya masih bercermin mata yang lama. Kebetulan, hari sebelumnya suami telah menyerahkan voucer Jusco bernilai RM110. Voucer tu pulak bersama saya ketika itu. Ha ha ha.....semua voucer itu saya tukarkan dengan pakaian baru anak2, yang sedia ada dah layak untuk proses pelupusan sesungguhnya. Tiba2 hati saya terpaku kepada sebuah beg tangan yang designnya memang menjadi idaman. Saya membelek harganya. RM249. Ada gelora yang mahu merembat terus pada hari itu juga. Tapi, ada sedikit keimanan menghalang. Minta difikirkan lagi kerana beg tangan yang ada masih baik kondisinya. Bila langkah mula meninggalkan beg itu, mata pula gatal saja hendak menoleh. Dalam mata menurut langkah, hati berjanji akan datang semula bila mendapat gaji minggu depan. 'Pasti beg tangan itu aku yang punya'. Apatah lagi bila menerima 2 keping voucer bernilai RM5 hasil perbelanjaan saya dan rakan pada hari itu.

Wednesday, January 11, 2012

LUNCH BERDUET






Sedang terherot2 muka mendapatkan feel ayat2 cinta yang perlu dicurahkan dalam laporan tahunan, en. Suami telefon. Berkecai setiap patah perkataan yang tersusun bila en. Suami mengundang makan tengahari.

"LC Katering. " Pantas saya menentukan lokasi santapan kami.

Berkurun jugak kalau nak dikira dalam saat, tak makan disitu. Maklumlah, en Suami baru sajer mendapat kerja November lepas di EON Kulai. Jarak tempat kerja yang agak jauh tak memungkinkan kami makan bersama seperti semasa dia di Proton Part Larkin dahulu.

Habis, bagaimana makan berduet hari ini boleh berlaku ? Sebabnya en. Suami dapat MC!!!!!! Ekekeekekeke keghairahan berfutsal malam semalam menyebabkan pehanya sakit sampai hari ini. Inilah masanya pon kami dapat berduaan. Bila kesempatan ini tiba pasti LC Katering menjadi pilihan. Sebabnya, saya suka hidangan nasi ayam penyek ataupun nasi pecel lele di situ. Suasana persekitarannya pun agak tenang dan bersih. Belum sempat posing, en. Suami dah snap. Gini jerklah tempelannya. Nyum nyum...sila sila.

Sunday, January 8, 2012

Arfan dan Taekwondo

Sejak umur Arfan 4 tahun dan ketika itu dia di NURI EDUCATION, dia sudah diperkenalkan dengan Taekwondo. Hatinya meronta2 dan merengek2 nak mempelajari ilmu itu. Paling merimaskan semasa awal tahun, iaitu semasa borang kemasukan diedarkan. Ketika itu, saiznya amat kecil dan tersangat aktif. Kami suami isteri merasakan Taekwondo masih tidak sesuai untuknya. Kami mengambil langkah memekakkan telinga. Ada ketikanya bila keadaan tidak terkawal, urat jari tangan saya mula membengkak dan sakit beberapa hari. Sedangkan dia hanya menangis beberapa minit dan merajuk seketika, kemudian masuk kedunianya seperti biasa. Pernah juga teacher NURI merayu supaya mendaftarkan Arfan kerana rasa kasihan bila rakan2 lain membuat latihan, Arfan akan mengikut dari jauh dengan begitu bersemangat. Saya hanya tersenyum dan membuat janji untuk berbincang dengan suami. Drama yang sama muncul lagi semasa awal persekolahan semasa umurnya 5 tahun, 6 tahun dan darjah 1. Kali ini kami masih tidak dapat memenuhi impiannya kerana latihan Taekwondo diadakan pada hari Sabtu. Saya cuti pada hari itu, Wafiy dan Mia perlu dijaga. En. Suami pula perlu pergi kerja awal pagi. Dari sudut yang lain, rasa amat lega kerana Arfan tidak bersekolah pada hari itu. Keghairahannya lenyap kerana tidak menyaksikan latihan setiap minggu.
Tahun ini, Borang kemasukan Taekwondo muncul lagi. Drama lama berulang kembali. kami suami isteri kehabisan alasan. Latihan diadakan setiap Ahad jam 10 pagi. Mama cuti, baba pun cuti. Kalau dua2 tak boleh hantar, Arfan boleh jalan kaki. Huhhhhhh......baik bos!!!
Semalam hari pertama pendaftaran. Pendaftaran, uniform dan yuran bulanan semuanya RM105.
Saya tersenyum melihat gelagat Arfan yang begitu bersemangat hari itu. Langkahnya begitu confident dan padu. Sedangkan ada rakan lebih montel dan tinggi darinya teresak2 menangis kerana dipaksa parents untuk turut serta. Ada pula awek2 yang malu2 untuk membuat pergerakan dan ada juga yang sakit lutut selepas membuat latihan menendang. Arfan hanya mengikut segala arahan jurulatih tanpa memandang kekiri dan kanan. Hembusan hetzzzz yang keluar dari mulutnya kedengaran nyata. Mana taknya pagar yang tumbang belum ada gantinya.....

Thursday, January 5, 2012

TW 2 JAN - 11 FEB 2012





































POLKA DOT ONE TOUCH (8) 1.25L




retail - RM191.20




HARGA SAYA - RM140.00



























FREEZERMATE SET
retail - RM180.90
HARGA SAYA - RM126.00

FREEZE A WAY
retail - RM175.20
HARGA SAYA - RM126.00




























FORTUNE GIFT SET

retail - RM72.00
HARGA SAYA - RM44.00



























TALL CANISTER (1) 10L

retail - RM75.60
HARGA SAYA - RM68
2 FOR RM102.00






















RICE DISPENCER (1) 10.5KG
retail - RM280.00
HARGA SAYA - RM270.00
FREE -standing rice scoop (1), legacy floria bowls (6) 200ml, CNY Ang Pow (5) n TW member.

CARIBBEAN MUGS W SEALS (4) 350ML
retail - RM46.80
HARGA SAYA - RM34






















TUPPERCHEF WOK (1)
retail - RM459.00
HARGA SAYA - RM350.00
FREE - that's a bowl tangelo (2) 1.4l












































NATURCARE BERRYGEN 15gm X 20s
retail - RM199
HARGA SAYA - RM180
FREE - fold to go bag (1) worth RM19.60
























































































































FLORISTIKA BOWL (1) 5.6L


retail - RM92


HARGA SAYA - RM60.00

Wednesday, January 4, 2012

HAJAT BESAR


Tahun lepas, semasa saya mula memasang hajat, saya terjumpa blog ini.








Jadi, saya pun tunaikan hajat tu. Ianya taklah sebanyak mana, setakat meleraikan hajat saja. Tapi kalau bukan dari sokongan kawan2, bukan kata berhajat, terfikir pon tak pernah agaknya. Tiba2 saya tersedar. Sumbangan ini bukan dari saya seorang rupanya, setiap orang yang membeli Tupperware dengan saya ada bahagian didalamnya. Ia membuatkan hati saya berbunga. Mula mengatur hajat seterusnya.

Mulai 2012, besarlah hajat saya untuk menyumbangkan 10sen dari setiap RM1 keuntungan runcit penjualan Tupperware kepada Sanggar Suri.

Saya mengharapkan sokongan dari kawan2 dan moga Allah tetapkan keimanan saya. Amin.....

Tuesday, January 3, 2012

HARI PERTAMA SEKOLAH 2012

Hari persekolahan telah bermula dengan jayanya. Arfan telah ditetapkan kelas 2 ARIF di SEK. KEB. TAMAN DAYA 3 dan Wafiy 6 RED CASTLE di NURI EDUCATION.

Pengalaman pertama menghantar Arfan bersekolah pada umur 4 tahun di NURI amat simple. En. Suami just hantar dia di pintu gate sekolah, teacher NURI jemput ke dalam dan en. Suami terus pergi kerja. Itu sahaja. Pengalaman yang hampir sama juga bila saya menghantar Wafiy masa umurnya 5 tahun. Cuma Wafiy kelihatan agak cuak sedikit. Tapi tetap mengikut arahan teacher. Tahun lepas, semasa Arfan melangkah masuk ke darjah 1, saya ambil cuti pada hari pertama dia bersekolah. Itu pun sebab nak memastikan dia naik bas yang betul.
Tahun ini, saya dan en. Suami tidak ambil cuti pada hari pertama persekolahan. Sebab kami pasti, Arfan dan Wafiy sudah mampu menguruskan diri mereka sendiri. Cuma yang tak berapa pasti, boleh ke mereka menguruskan baju dan kasut putih mereka supaya kekal putih serta menguruskan pensel, eraser dan shapener mereka agar boleh lagi diguna pada hari esoknya? Errrmmmmm.....

Monday, January 2, 2012

HARI RAJIN SEDUNIA

Hari rajin bagi en. Suami tercinta. 3 bekas Modular Mates full garden dengan keropok ikan yang siap digoreng. Melompat2 Mia tengok keropok kegemaran dia sebanyak tu. Mama pon melompat2 gak membersihkan dapur yang berminyak2. Apa2 pon thanks Baba, keropok tu dah nak sebulan kat dalam almari, kalau tak jumpa hari rajin sedunia ni, masa Hari Raya Cina pon belum tentu keropok tu boleh dimakan.

Sunday, January 1, 2012

eh menjawab, kuang ajor



Akakakakaakakaka banyak2 lawak malam final MAHARAJA LAWAK MEGA 2011, inilah lawak paling pecah perut sekali. Paling suka punch line kat tajuk atas ni. Arfan dah start guna ayat tu marah adik2. Inilah sebenarnya lawak STANDARD MEGA sesungguhnya. Meh layan.....TERBAIK!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...