MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, January 30, 2013

Sakit Mulut

buat saya merana tau. Pagi tadi buat saya benar2 kelaparan. Kirim nasi soto ngan Man Kueh pakai YM. Ghupernya tak lepas. Man Kueh balik ofis lenggang kangkung siap bersiul2 lagi. Terlopong mulut sambil telan air liur (korang boleh buat ?) pandang dia.

Dahlah malam tadi sampai rumah kui 9 lebih gitu. Kepala berdenyut2 sebab perut lapar dan jem sakan kat jalan. Sekali en. Suami dah standby dalam keta dia ngan anak2 ajak makan kat luar. Rasa hati cam nak tolak. Tapi kesian kat anak2 dah kelaparan. Takkanlah nak suh en. Suami handle sensorang budak2 cerdas tu. Hoho mokcik pon tak pernah sanggup. Bila sampai kedai amboi sakan order sup daging. Tunggu betul2 sejuk. Suam2 pon tak boleh masuk kat mulut ni. Bersentuh jerk ngan lelangit ni, rasa cam nak wat lompat tinggi jerk. Bila dah sejuk, tak boleh nak telan jugak, deria rasa kat lidah pon dah takder. Tapi jolok2 jugak masuk ke tekak. Bolehlah dari takder kan.

Sebab dah tak boleh tahan lapar sangat pagi ni, call gee tanya leh temankan pergi sarapan tak pagi ni. Kejab jerk hehe. Bila dia kata ok jerk, terus capai beg duit n kunci keta turun pi kat parking kereta.

Sampai kedai, terus order nasi soto. Sambal kicap letak jauh2. Kang terlupa ada yang mokcik melompat2 sampai LPP balik hah. Nasi soto sampai berasap2. Sabar2 lapar bukan kepalang. Nasiblah ada en. Nordin ajak berbual cerita pi jengok anak dia kat obersea. Kat mana tadi ntah dia cakap, lupa tapi tempat ada saljilah haha. Sambil2 tu tiup2 soto dan masukkan perlahan2 nasi tu kat mulut. Sebab lapar punya pasal, habis nko satu mangkuk. Tapi ayam dengan kacang sumer tolak tepi. Dah cuba kunyah, memang seksa rasanya. Bilalah seksa ini nak tamat yer...uwaaaaaa



Tuesday, January 29, 2013

Sakit mulut

Masih dibilik walaupun dah jam 7.30 pg. Sebabnya tak boleh makan. Dah cuba malam tadi. Tapi tak boleh jugak. Makin paksa, makin sakit. Makin terasa bertambah luka.

Dah masuk 7 hari sebenarnya mulut terasa sakit. Tanda nak baik lom ada lagi. Salah sendiri gak, main sumbat jer walaupun dah terasa sakit. Ambik!!!! Start Sabtu lepas dah jadi teruk. Nak makan apa pon dah tak boleh.

Mulanya sebab makan keropok ikan kerisi yang saya beli kat Mersing haritu. Saya beli masa perjalanan balik dari Mesyuarat Pengurus Besar dekat Hotel Seri Malaysia Rompin minggu lepas.

Memang lelangit mulut ni senang terluka kalau makan mender2 kasar ni.Walaupun gula2. Macam biasa saya tahan jer. Makan jer macam biasa.  Dua tiga hari luka tu tetap akan baik jugak.

Tapi kali ni, lain benar kejadiannya. Makin lama, makin parah. Mana taknya, mak masak kari ayam kampung, asam pedas, goreng pisang, goreng cempedak. Sumer saya kasi sumbat. Sekarang ni, bukan kata nak makan, nak minum, baring2 macam ni pun perit jer rasa lelangit ni. Rasakan uwaaaaaaa



Pinetree Hotel Batu Pahat

Best gak hotel ni. Bilik deco moden. Boleh wat ispirasi rumah baru nanti hehe. Harga bilik biasa RM150++. Bolehlah terperuk tak jemu kat bilik ni sementara nak tunggu meeting akaun esok. Yang penting wifi free full coverage ok!



Thursday, January 24, 2013

Mencungap mokcik

setiap pagi mengendong budak bulat ni bila hantar ke rumah pengasuh. Setiap malam tidur lambat. Lepas tu mengacau orang yang dah tidur. Mintak itu ini segala. Lepas tu tak boleh bangun pagi. Kena geletek pon, gelak2 skit lepas tu lelap balik.  Kenalah angkut gak masa tengah tidur tu pergi rumah pengasuh. Kak Siti duduk rumah flat, tingkat 2. Saya pon dok umah flat, tingkat 2 gak.

Nak bawak dia turun dari rumah pon dah satu hal. Punyalah seksanya kengkadang sampai dah terlondeh dari pemeluk nak sampaikan ke kereta. Peduli apa dia. Lagi sengaja jer wat lembik2 badan. Dah lama tak timbang budak Mia ni. Cam dah sama berat Wafiy jerk rasanya ni.

Bila dah sampai kat rumah kak Siti pulak, mencungap2 pulak mengendong dia nak sampaikan kedepan pintu rumah. Merana betul tau tahun ni. Sebab kena mengangkut budak sorang ni turun naik tangga flat. Tahun lepas, en. Suami punya kerja. Jadi saya tak perasan yang budak ni dah semakin berat.

 
Dulu boleh peluk sebelah tangan jerk macam ni. (Sajer jer nak tunjuk gambar masa kurus ahaks) Sekarang ni, leh kengkang mokcik hah!!!

Monday, January 21, 2013

meeting tercepat


Mesyuarat dah nak mula. Dalam agenda 9.30 pagi. Baru pukul 9.10 pagi pengarah dah bg salam. Nasiblah lepak kat cafe tadi. Kalu layan tv kat bilik tadi mau blur jer masuk dewan mesyuarat ni hah. Alaaa tv pon ada 3 channel jerk. gegar plak tu. oklah dah start ni. bubui

kota mersing

Baru sampai hah. pening betul kepala. saper yang pernah sekali sekala lalu jalan kota mersing ni taulahkn cam mana boleh pening cam ni. itupon dah banyak perubahan. kata dorang sini, dulu lagi teruk jalannya.

Saya bukan kali pertama lalu kat sini. Tapi sebab sesekali lalulah yang pening semacam ni. Aper ke jadah dah tau jln cam ular kena palu, nak ikut gak jalan tu erk. Huhu esok pagi ada meeting kat sini. Kat hotel Seri Malaysia, Rompin.

Baru jer sampai hah. tgh relax2 jap. Ada Wifi lerrr hehe

Thursday, January 17, 2013

Kesian


Kesian sebenarnya kat budak ni hari2 mengadap homework. Setiap hari, mesti pukul 10 malam baru siap. Tapi geram jugak sebab suka buang masa. Ada jerk nak wat selingan. Nak minum kejablah, berangan2 kejablah. Ajak berbuallah.

Macam mana pun mesti suh dia siapkan hari tu jugak. Kalau tidak double worklah esoknya. Tapi Alhamdulillah, macam mana marah pon, macam mana merajuk pon, mesti dia siapkan jugak.


Tuesday, January 15, 2013

Demi sebuah janji ditepati.

Dalam surat jemputan, minta parents hadir pukul 10.00 pagi untuk ambil bahagian RM100 untuk setiap murid. So saya mula bajet2 kalau datang pukul 10.00 pagi kompom ramai orang. Kena dengar YB mana tah nak berucap lagikan. Dahlah kuar isi buku keluar jerk ni. Kang lebih 4 jam kan dah melanggar etika plak kan kan. Jadi pukul 10.30 pagi baru kuar ofis. Pergi pos barang order kejab hahahaha. Lepas tu terus menuju ke sekolah Arfan dan Wafiy.

Sekali sampai...hah!!!!! Kereta berhimpit2. Maklumlah nak ambil duit. Cuba kena bayar duit huhu. Masa hari daftar sekolah pon tak sesak macam ni. Masa sampai dah jam 11.00 pagi. Bila masuk, punyalah ramai orang. Mana taknyer, parents budak darjah 1 sampai darjah 6 datang serentak. Siap nak kena ambil no. bagai. Lepas tu daftar nama (aiiii macam2 borang dah isi apsallah tak cetak nama awai2 cikgu2 oiiiii) Lepas tu tunggu YB nak berucap dulu. Apaaa?????? En. YB lom berucap lagi ??? Hambik berpinaulah mokcik menunggu ni kang.

Saya bolehlah bersabar lagi sebab baru jerk sampai. Parents yang tagih JANJI dah datang sebelum pukul 10.00 pagi tadi boleh bersabar ker ?? Hari ni, kan hari kerja. Semua pon rushing nak sambung kerja kan. Dah terpandang2 bos masing2 buat muka ketat bila sampai kang. Mokcik ni lain ler. Tengah takder bos hahahaha. Mulalah kuar dah bunyi2 gemersik2 kalbu untuk cikgu2 tu kan.

Bila dah macam2 bunyi keluar, akhirnya cikgu2 bagi gak duit sekepala RM100 tu ikut no. giliran tadi. Pukul 11.30 pagi baru bunyi YB nak berucap. Parents dah bersesak nak ambil JANJI masing2. Bila dah dapat semua hai2 bye2 ler. Sampai giliran saya, cikgu cakap, tak nak tunggu sampai YB habis berucap ker? Kesian dia berucap takder orang hah! sambil tersipu2 saya cakap kena kerja ni. Dah janji nak kuar tak lebih 4 jam. JANJI DITEPATI !!!. Cikgu tu senyum. Dia pon dah pening gak melayan parents dengan macam2 perangai kan. Masa tu dewan dah lengang. Adalah beberapa parents yang tak kerja kot ritu. Tunggu gaklah untuk dengar YB berucap. Oklah tu dari takder kan.  

Bila dah kuar dari sekolah, mak aiiii buang tebiat apa keta mokcik seketui parking punyalah jauh. Nasiblah cuaca dah mendung ketika tu. Taklah berpeluh cam masa datang tadi. Yang penting duit yang ritu pinjam duit tabung bebudak ni dah boleh bayar balik. Alhamdulillah....TQ PM

Sekolah kat depan perumahan yang atap merah tu ok!!!

budak bola


Kejadian malam tadi.

 
Saya tak ikut. En. Suami yang uruskan. Macam2 kerja nak sattle kat rumah. Kalau saya ikut, semua kerja kat umah kompom kelaut. Kompom nak pergi kerja kelam kabut. Apa lawan apa pon, dah baper kali en. Suami sebut. Tapi saya still tak ingat. Tapi, mestilah ada team dari Johor kan. Kalau idak takkan main kat Larkin pon. Yang pasti bukan team Johor Darul Takzim. Kalau yang tu saya ingat, sebab tgh populer kan.

 
Cam mana budak Arfan leh terjebak dengan budak bola ni (sesuka jerk kasi gelaran haha). Ini gara2 dia masuk Akademi bola sepak Kaizar Sport. Arfan dah join dengan kelab ni masa umur dia 5 tahun lagi rasanya. Tapi saya jerk yang tak galakkan sebab saiz dia terlalu kecil. Lagipun en. Suami kerap takder untuk hantar dia ke padang. Saya ??? Oh no!!! elergic ok haha.

Jadinyer, kadang2 jer Arfan join dorang ni. Maklumlah coachnyer pon AYAH angkat Arfan. Bolehlah sesuka hati datang ker idak hehe.

Tahun lepas, dia dah berkobar2 nak join sebab en. Suami dah kerja kat Eon Kulai. Ada masa nak hantar setiap petang Sabtu dan pagi Ahad. Tup2 pergelangan tangan kiri patah. Saya ada cerita kat sini. Maka berkecailah segala harapan dengan tekwondo dia sekali. Tang tekwondo plak saya ada citer kat sini.

Tahun ni, tangan pon dah ok, en. Suami pon dah ada time leh hantar n jemput. Minggu lepas daftar balik keahlian dengan kelab Kaizar Sport. Kebetulan dorang nak hantar budak2 pengiring team bola sepak malam tadi. Jadinya Arfan pon terpilih.

Saya sebenarnya tak berapa setuju. Sebabnya perlawanan malam tadi jatuh pada hari sekolahkan. Saya yang ngadap kerja2 sekolah dia hari2. Saya tahu betapa banyaknyer kerja sekolah yang dia kena sattle tiap2 hari. Tapi dah baba dia yang lebih2 ngalahkan budak.

Tapi saya bagi syaratlah. Kalau dia drop kat sekolah, bukan dia jerk kena gantung kasut, dengan baba dia pon tak leh tengok bola lagi. Janji ditepati ok!!!!!

Sunday, January 13, 2013

3 warna ler bukan 3 suara

 
Hahahahaha sangat suka dengan bekas2 gedabak ini. Masa mula2 berkecimpung dalam Tupperware, saya simpan warna pink tu 2 untuk kegunaan sendiri. Biasanya warna tu keluar bila nak raya Cina jerk. Maknanya setahun sekali jerlah kan boleh beli. Secepat kilat mokcik sorokkan 2. Huhu cam sorok emas gamaknya.

2 tahun lepas, masa raya puasa, saya keluarkan 1 dan guna untuk masukkan keropok ikan yang saya dah goreng. Hamboiii muai betul. Satu paket keropok ikan tu pon tak penuh dalam tu. Kiranya keropok2 tu leh bernafas dengan baik dalam tu sebab tak payah kita nak penyuk2kan. Kalau bekas tak cukup besar, kan nanti patah2 keropok tu kan. Lepas tu, dah nampak tak cantik dan tak gebuzz. 

Bila kawan en. Suami datang umah, dia merengek2 nak beli. Saya kata dah habis. Boleh pulak en. Suami pecah tembelang kata ada nampak satu lagi kat bilik Tupperware saya. Terbeliak mata dan serta merta kata tak jual. Saya nak pakai sendiri. Dia pujuk2 nak beli jugak. En. Suami pulak kasi bakar2 kata buat apa nak simpan banyak2. Jual jerklah. Dengan berat hati lepaskan jugaklah huhu.

Lepas  lepas tu kuar plak warna hijau. Warna ni plak biasa kuar masa nak raya puasa. Kali ni, saya simpan satu jer. Sebab bukan warna peberet saya. Tapi tetap suka nak simpan wat koleksi. Masa raya puasa tahun bila erkkk!!! lupalah, masa tu setiap cawangan kat LPP Johor ni kena sediakan hidangan untuk jamuan raya. Cawangan kitaorang bersepakat sediakan koktel. Hehehe dengan bangganya saya guna bekas hijau n pink tu siapkan koktel. Di akhir jamuan, koktel kami kontang dikerjakan. Tak tahulah sebab sedap sangat ker air tangan mokcik ni, ke sebab bekasnya menawan ker ker hehe

Huh! Lega mokcik tau dah rembat warna pink tu. Sebabnyer......raya Cina tahun ni warna oren plak yang kuar. Huh!! Boleh nanges kalau tak rembat awal2 tau warna tu dulu huhuhu. Maknanya koleksi saya setakat ni ada 3 warna. I Like!!!

N3 Penting. AWAK kena baca dan hubungi saya segera!

Saya mintak maaf banyak2 sangat sebab belum dapat pos item Tupperware yang AWAK order dan dah bayar dengan harga postage sekali. Sebabnya saya terbasuh handphone saya dalam washing machine hari Jumaat lepas. Uwaaaaaaa nasiblah handphone ala2 3310 tu. Itu pon tergerak hati nak seluk tangan kat dalam washing machine tu bila dengar gedegang gedegung. Biasanya mokcik biarkan ajer sebab ingat syiling kot huhu.

Lupa nak keluarkan dari poket seluar yang mokcik pakai masa pi kedai mamak. Maklumlah en. Suami yang belanja malam tu. Jadi, malaslah nak bawak beg bagai.

Malam tu, saya dengan berbesar hati duk bungkus order tu. Bila dah siap dan nak tulis alamat, baru terpikir no. telefon, nama dan alamat tak sempat nak salin. Uwaaaaaaaa!!!! Cam maner ni????

Saya pon tak pasti dari mana AWAK dapat no. telefon saya tu dan order barang. Macam busy skit ritu. Jadi kusut skit nak tanya itu ini.

Saya amat2 berharap AWAK kenal saya melalui blog ni, atau pun Facebook. Kalau dah terbaca masalah ni, boleh mesej saya semula. Nama dan alamat AWAK untuk penghantaran barang. Tolonglah!!! Tolong bagi feedback. Saya janji taknak cuai lagi uwaaaaaaaaaa!!!!!


Thursday, January 10, 2013

makan free lagi

Macam biasa, hari Jumaat ada mengaji kui 8.15 pagi. Tiap2 hari Jumaat saya kena rushing skit ler jawabnya. Untung hari ni en. Wafiy senang skit bangun pagi, mood pon membanggakan. Mudahlah skit nak ngerjakan dia. Kalau idak, tak yah citerlah. Lotih mokcik.


Hari ni special skit, sebab ada perhimpunan bulanan. Sesak bilik meeting. Tapi takper ada makan free haha. Roti Jala berlauk dengan nasi ambang yang saya celok. Ada lagi kuih lain, tapi tak minat. So saya tak ambil. Kasi can orang lain makan lebih haha.

Sorry dah tergigit baru ingat nak snap gambar.


Sorry dah tersuap baru nak snap gambar.


Semuanyer saya dah ngap. Kecuali tulang ayam tu jerk hihi.

Tetiba teringat kat N3 lepas yang saya dok kata penat awal2 musim sekolah ni tapi tak kurus2 gak. Errrmmmmm patutlah tak kurus2

Happy birthday cik Mia

Hamboi!!! Punyalah riang cik Mia bila dapat kek seketol. Bukan main berseri2 muka. Tak sabar nak tiup lilin 3 batang tu. Suh buat2 potong kek tu untuk ambil gambar. Hambik, dicatuknya kek tu dengan pisau sampai sumbing kek tu hah.


 
Kalau korang pernah baca n3 sebelum ni, tahulah kan kes apa yg cik Mia ni dah buat semata2 nk kitaorang sambut birthday untuk dia. Memanglah memeningkan kepala selagi tak sampai tarikh 10 Januari semalam. 

Kiranya dia memang puas hati sangat2lah kan. Sebabnya lepas jer makan kek tu, boleh plak dia tertidur masa tengah main ngan Wafiy. Cik Mia ni jarang tidur waktu2 magrib ni. Lagi2 nak tertidur sendiri. Kirim salamlah. Mesti cari mama dia. Kasi ngempeng dulu. Ini petanda Cik Mia dah besar kot. Dah 3 tahun pon kan. 
 

Wednesday, January 9, 2013

sila balut yer !


 
Bukan main banyak buku kena balut. Bukan hari ni jerk saya operasi balut buku, semalam pon balut gak. Minggu lepas pon balut gak. Dah tak larat nak balut kat rumah. Bawak plak datang opis. Ada masa leh celok, kasi bungkus segala.

Semalam bawak kitab2 sekolah Arfan. Ingatkan dah bernafas konon. Sekali malam tadi Wafiy plak bawak balik buku text dan buku aktiviti. Nasiblah dah sattlekan segala buku tulis minggu lepas.

Boleh jer nak balut kat rumah pon. Tapi, bila plak nak iron baju sekolah agama dan sekolah kebangsaan budak berdua tu. Baju kerja en. Suami lagi. Baju kerja saya lagi. Nak basuh segala baju kotor lagi, nak sidai baju lagi. Nak sediakan makan malam lagi. Itu pon saya wat pejam mata dengan lantai yang kelecah tak sudah2, baju berlonggok tak berlipat. Huh!!! Apsal tak kurus2 ni ?????

Tuesday, January 8, 2013

jadi unta rini




Alhamdulillah.... rezeki pagi ni nasi soto. Man Kueh yang tolong belikan. Harga RM5. Untuk sarapan jerk dah kopak RM5. Tengahari tadi pon tak kuar makan. Jadi unta simpan sarapan tu sampai petang. Malam kang baru makan ok! Hahaha

Sepatutnya dah publish dari pagi tadi. Entah kenapa line buat hal plak ari ni. Tak boleh nak upload gambar. Bila lepas jerk, cecepat kasi publish hah!

Thursday, January 3, 2013

Di hari pertama persekolahan Wafiy

Semalam saya ambil cuti. Sajer nak tengok macam mana Wafiy memulakan hari pertama persekolahan. Saya beranggapan dia secekal Arfan untuk menguruskan diri sendiri. Tapi tetap nak temankan dia sebab nak tengok saat2 pertama dia masuk sekolah.

Lepas dah pakaikan pakaian sekolah agama yang lengkap dengan samping dan songkok, amboi!!!!! handsome gak anak mokcik ni. En. Wafiy pon bukan main bersemangat semalam. Maklumlah serba serbi baru.

Kami sampai di sekolah agama jam 8.15 pagi. Sedangkan dia akan masuk kelas jam 8.45 pagi. Arfan dah di dalam kelas sebab sesi persekolahan dia jam 7.15 pagi hingga pukul 8.45 pagi. Maknanya lepas Arfan habis kelas, Wafiy pulak yang akan masuk kelas.

Dalam masa menunggu tu, Wafiy cakap nak buang air BESAR!!!!!. Saya pandang kiri kanan dan ternampak toilet di hujung bangunan sekolah. Saya tunjuk pada Wafiy. Tapi dia minta saya temankan.
Eh!! Selalu ok jer masuk toilet sendiri. Muka dah berkerut, nak jugak saya temankan. Malas nak cakap banyak, saya pon ikut dan teman kat depan pintu toilet. Wafiy suruh saya masuk.
Eh! Mana boleh. Ini tandas lelakilah. Mulut dah moncong. Adoiiiii!!!! Tapi sebab line clear saya masuk jugak. Wafiy nak bukak terus seluar dan spender dia tapi tersangkut kat kasut. Jadi saya cakap tak payah londehkan sampai lutut jer. Dia berkeras jugak nak bukak dan watak2 nak menangis dah muncul. Malas nak layan drama dia, saya pon bantu tanggalkan seluar tapi sarungkan kasut semula. Saya pimpin masuk ke dalam toilet dan tolong bukakkan air. Tak sampai setengah minit, dia keluar. Air mata dah menitik. Dah kenapa ? Lorrrr kasut dah basah kena air pulak. Saya suh bukak kasut tu sebab nak pakaikan seluar. Dia dah bantai meraung.
Kita belum cebok uwaaaaaaa. Huk alah.... pening paler mokcik.
Meh, meh, mama cebokkan.
Tak nak, nak cebok sendiri.
Hah! Pilah cebok.
Nak bukak kasut.
Oooo...bukakkan kasut. Keadaan yang tadi handsome leh kawin 4 sekali gus dah bertukar cam kelakar giler biler berbaju melayu, bersongkok dan bersampin sahaja. Yang lain sumer mokcik kena pegangkan hahahahaha.

Wednesday, January 2, 2013

Kek pra birthday Mia

Asik merengek nak beday to you semenjak hari Jumaat ritu. Sapa nyer hasutan ni. Ni yang wat mokcik hangin ni. Bila Mia merengek, dia suka cubit dan pukul2 saya. Sakit tau. Lagi marah, lagi menjadi.

Hari tu, masa ambil dia dari rumah pengasuh, dia merengek lagi. Lepas tu mengamuk sakan bila saya kata birthday dia lambat lagi. Bila sampai rumah, dia balas dendam dengan koyakkan pamplet econsave. Berselerak satu rumah. Rasa cam nak tenyeh mulut penghasut tu tau. Menyusahkan mokcik jer.

 
Memang ada hajat nak beli kek pada 10 Januari nanti masa birthday dia. Jadi, malas lah nak layan kan bila ada permintaan awal ni. Masa pergi Harris nak beli stationery Arfan dan Wafiy ritu, dia merengek lagi. Saya kata kejab. Lepas ni beli. Bila dah jalan2 dan nampak cam dia dah lupa dan sebenarnya saya pon dah terlupa, kami pon balik. Bila sampai kat kereta, dia mengaruk2 nak beday to you lagi. Sebab kedai kek kat tingkat 3 dan kami dah sampai parking kat tingkat bawah sekali, kami terus jer masuk kereta. Rupanya peperangan berlaku sepanjang perjalanan balik. Huh!!! Ganas betul budak Mia ni. Lotih mokcik nak melayan. Nasiblah lalu kat Season Mount Austin. Belikan dia sepotong kek. Dia yang pilih sendiri ok! Nak pegang sendiri pulak tu masa nak bawak balik.

Sampai rumah, tak nyempat2 nak nyalakan lilin. Nasib ingat nak mintak. Kek pon dah lintang pukang rupanya. Asal menyala, asal leh tiup lepas tu makan. Baru tenang dunia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...