MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, December 17, 2013

Bubur No1 JB






Dah lama sangat tak pergi makan bubur ni. Mau lebih 5 tahun dah ni. Kalau kat JB ni, bubur ni rasanya paling popular. Bubur No 1 kalau tak silap nama dia. Dengar citer ada gak bukak cawangan kat Pasar Borong Pandan. Tapi tak sama feel makan kat sini. Kat sini kalau nasib tak baik memang kempunanlah nak makan. Lainlah kalau korang datang tak pakai kereta. Tu senang sebab tak payah nak cari parking bagai hehe. 

Hari tu kitaorang pergi kengkonon nak parking jerk kat depan rumah tah saper2 kat belakang rumah kedai tu. Baru jerk nak tarik handbreak dengar anjing menyalak2 hahahaha. Terus jalan balik parking kat lorong salah satu bangunan tu. Itupon jauhnya boleh lapar balik lepas makan nak dapatkan kereta.

Happening giler tempat ni sebab ada pakcik pakai hailer ambik order. Dia carikan tempat duduk jugak untuk customer. Lepas tu ada plak sorang minah ni, kalau bagi order terpekik terlolong. Masa dulu2 pon ada gak sorang pompuan yang bagi order cam tu gak, tapi dah tak nampak dah dia. Yang ni pompuan lain. Cara bagi order sama jerk. Mungkin syarat pompuan nak kerja ngan bubur No. 1 ni mesti terpekik terlolong gitu kot hahahaha. Saya tengok yang lelaki orait jerk. Takder pon nak terpekik gitu. Ada pon pakcik yang pakai hailer tu. Itu pon steady jerk dia bagi order. Lepas tu ada plak mamat baskin eh eh betul tak Mokcik sebut ni hehe. Terhiburlah jugak bila ada liveband ni kan walaupun sore kalau baru ujibakat AF pon dah kena blah haha.

Tempat ni dah bertahan sangat lama. Dari zaman Mokcik anak dara sampai dah anak 3. Rasa dia still maintain gitu. Zaman baru2 kawin selalu gak datang sini sebab malas nak masak. Makan berdua kelecah satu dapur. Baik kita makan kedai jerk hehe. 


Bergambar dulu sebelum makanan sampai. Baru perasan banyak pakai baju leopard ni sejak akhir2 ni. Haha maklumlah dah banyak baju yang takleh nak sarung dah. Jadi pusing2 dok baju tu jugak.

Muka budak berangin sebab baru bangun tidur. Kat rumah main jerk. Masuk kereta tak sampai 5 minit dah pengsan.

 Budak ni siang2 dah kena warning ngan apak dia jangan tidur. Kalau tidur gak, minggu depan tak nak balik kampung.


Yeyyyyy bubur dah sampai then terus ngap. Eh lupa plak ambik gambar. Telur masin dah berlubang baru teringat nak ambik gambar huhu.


 Ambik gambar orang kusyuk makan ni sekali.

 
Nasiblah korang dah makan kat rumah. Budak2 ni tak minat bubur kat situ sebab lauk2 dia semua ada cili. Order 3 set. Mak Pak habiskan semua ngehngeh.

4 comments:

Cik Puan Rara said...

ooo ada eh kedai bubur.kat kl pon hade.tp mahal gila! nt g jb boleh try lah! hehe

Lynn Hamzah said...

dah bertahun x gie makan kat bubur sentosa nie...nanti nak gie la...

Azlina bt. Azis said...

cik puan rara, 1 set rm5 jer

Azlina bt. Azis said...

lynn, masa dok dekat tak pi, dah jauh ni barulah dapat pi haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...