MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, November 29, 2014

LEGO2 LAH

Alahai.........dah seminggu tak update belog. Kesian kat korang jengah2 belog Mokcik tapi takder citer baru (sambil perasan blogger popular). Tapi mood tetap kelaut sebab badan rasa letih sungguh. Jari2 kaki pon mendambakan urutan. Korang layan jerklah yerk gambar2 semalam.












Tuesday, November 18, 2014

ANUGERAH POYO

Hari Ahad haritu Mokcik lambat pi ofis. Ambik 4 jam sebab pi sekolah kebangsaan budak2 ni.Si tampuk manggis Mokcik dapat no. 3 kat kelas dia jadi ada penyampaian sijil masa Majlis Anugerah Cemerlang. Mulanya macam nak serah kat apak dia jerk sebab dia cutikan hari Ahad, sekali pikir balik entah2 inilah jerk masanya pon Mokcik berpeluang tengok anak naik pentas kot, jadi pergilah kejab. Lagipon asiklah dia tanya mama tak nak datang ker??? Hahaha kesianlah pulak kan kan. 

Bila selak2 buku ni, banyaklah jugak anugerah yang sekolah sediakan. Seronoklah tengok pandainya anak2 orang ni, terus terisau2 anak sendiri yang asiklah nak main memanjang.


Arfan masa kat sekolah lama dari darjah 1 sampai 3 dok kelas Arif, ranking dia tidaklah terlalu pandai atau terlalu teruk tapi cukup2 untuk layakkan dia kekal kat kelas tu. Macam omak dia jugaklah kiranya masa dolu2 akakakaka. Bila pindah, sekolah masukkan dia kat kelas cemerlang, kelas no. 3lah kiranya. Ini Mokcik nak bagi tips kalau korang kena pindah rumah, tapi anak ada yang dah sekolah, sebaiknya korang pindah sebelum exam akhir sekolah. Nanti dorang ambik periksa akhir tahun tu, tahun depannya dorang akan duduk kelas yang dorang berkelayakan. Kalau pindah awal tahun, sekolah baru biasanya tak tengok pon result anak kita tu, cerdik ker, tidak ker, nanti dia main letak jerk mana2 kelas yang ada kekosongan. 

Macam kes Arfan, memang setahunlah dia dok merintih nasib diri sebab kena duduk kelas ketiga. Konon tak standard dialah sangat. Biasanya budak2 yang dah biasa dok kelas first ni, perangai dorang sedikit poyo konon cam pandai sesangatlah tu. Arfan ni terlebih poyo sebenarnya sebab selalu terindu2 kawan lama dia then selalulah cakap kenapalah mama ni pindah, kalau tak sampai sekarang kita dok kelas Arif. Meluat hokey! 

Masa exam akhir haritu, jadual periksa Wafiy ngan dia pada minggu yang sama, jadual periksa sekolah agama Wafiy pon pada minggu yang sama. Terpaksalah Mokcik dok focus kat budak Wafiy tu sebab paper dia sangat pack. Mokcik suruhlah budak ni study sendiri sebab memang tak cukup masa. Haghammm..... dia buat bantal peluk jer buku2 latihan dia. Lepas tu bila kita marah2, dia dah start buat muka nak mintak kena lempang. Memang menyirap jerklah...........

Tup2 dapat no. 3. Karangan Bahasa Melayu pon dah improve. Mokcik ingat dia study dalam mimpi budak ni. Band pon dah nampak cantik sekarang ni. Tahun depan dapat dok kelas Arif balik. Ranking dalam sekolah dah macam dulu balik. Kalau ikut perangai lama memang idaknyerlah omak nko ni nak merasa tengok anak dia naik pentas lagi. Itu sebab kena datang gak haritu, biar omak dia ni ada semangat sikit nak berperasaan guru besar. Lama2 omak dia nihah yang terpandai lelebih hah! Anaknya goyang kaki gak.


Ada kawan2 perli anak dapat hadiah bukan nak ucap tahniah kat fb, merapu benda2 lain haha. Mokcik ucap tahniah bagai kat dia kat rumah bila mata bertentang mata, tak payahlah nak poyo sangat sampai ke fb hokey! Haha

Omak dan apak yang mengharap tinggi kepada anak2 walaupun memasing tak cukup ketinggian.

Budak sorang tu, result dia pon taklah mengecewakan, just takder peluang jerk nak naik pentas.Kalau perli2 dia pon, nanti sambil mencebik dia cakap alaaaaa setakat dapat kertas ngan piala jerk..............menanah telinga nko dengar!!!!
Lepas ambik sijil, terus pi breakfirst kejab. Giler lapor dari pagi sampai ker pukul 10 tak bergerak dari kerusi sebab takut kang kerusi tu diambil orang.Nanti cam mana nak poyo ambil gambar anak terima hadiah kalau dok belakang2.

Sunday, November 16, 2014

SAPER BELANJA?

Tulis semalam, tapi macam mana boleh lupa post haha!

Nampak tak pelangi itueiiiiiiii!!! Mokcik sangat teruja ni sambil sidai baju kat gate rumah semalam ditemani si pelangi indah nun.......dicelah bukit bukau. Tahun lepas, masa baru2 nak pindah amboi bukan main lawa pemandangan itu. Baru jer setahun hah pindah sini, habis gondol2 dorang kerjakan bukit tu. Tak tahulah boleh bertahan berapa lama bukit2 tu. Tak tahulah berapa lama lagi pelangi itu dapat meneman diriku uhuks!


Tengahari pi masak kari ayam ngan sambal goreng ikan bilis. Malas nak pi beli sayur. Potong jerk timun. Ngam2 tengah hidang2 en. Suami pon balik. Terus bertenggek kat meja makan.


Dah petang2 barulah en. Suami ajak pi dataran. Dah tau TMJ belanja makan sampai pukul 5 jerk, bukan nak bagitau awal2 bolehlah siap2 awal. Pukul 4 baru sampai sini, ada hati nak beratur lagi bila bau2 pizza hut, KFC, segala jenis makanan Johor. Last2 sendiri bawak diri keluar barisan bila tengok Q langsung tak bergerak2 haha.

Sempatlah tengok artis buat persembahan kat pentas. Tapi entah artis haper pon tak taulah. Terjerit2 mengampu jerk dengarnya. En. Artis jangan nak poyo sangat yerk geli telinga Mokcik dengar.

 
Artis tak best pon nko tengok punyalah ramai orang tengok. Ada cabutan bertuah kot!
 
Nak makan pon dah habis, nak dengar orang nyanyi pon sakit telinga, kita pi main pistol belon jerklah. Hari tu tengok kat Jom Heboh dorang jual RM10. Tabah hati tak beli maklumlah tak bawak anak dara tu. Semalam RM15, nak tak nak belikan jugak sebab selamba dia dah bawak lari 1. Budak tukang jual tu sukalah jumpa budak spesis cam ni. Cepatlah habis pistol belon dia tu. Balik boleh kira duit jerk.

Ini style baru ker sorak macam ni? Macam2lah budak2 ni.

Sebelum balik singgahlah KFC Setia Tropika. Tak dapat makan KFC TMJ belanja pon takper, Tuan Nizam ader.......eh!

Tuesday, November 11, 2014

MAKAN JER LAHHH

Hari ni nak jamu korang gambar makanan lagilah. Dah lama sangat rasanya tak up gambar makanan sebab malas nak snap gambar. Siap2 masak terus tertaruk dalam perut. Korang layan jerklah mana2 gambar yang Mokcik terajin ni. Takkan nak malas jerk kheeennn.....

Sarapan simple roti celup telur untuk anak2 sebelum pergi sekolah. Buat tak banyak sebab mesti tak sempat habis. Kalau macam ni, biasanya dorang sempat ambil sorang satu jerk. Itu pon sambil2 pakai stokin.
 
Kadang2 buatkan cekodok susu. Budak2 suka ni, kalau tak sempat habis, Mokcik tutup jerk dengan tudung saji. Balik petang kang dorang carik balik.

Pavlova LynnHamzah masa majlis tahlil kat surau ofis minggu lepas. Sekelip mata sold out. Mokcik nak ambik gambar pon dah ada tangan mencekup hah.

Asam pedas ikan pari, tapi masukkan ikan kembung 2 ekor untuk en. Suami sebab pokcik mengada cerewet tak makan pari.Kuah tengah berasap dah ambil gambar. Nak tunggu sampai masuk mangkuk hias cantik2 baru nak ambil gambar, last2 dah masuk dalam perut baru teringat ghentikanlah.....

Glurrpppp giler menggoda bandung ni. Lunch kat Kampung Pasir Sabtu lepas balik dari Jom Heboh.Tempat ni kan dekat ngan Angsana, wajiblah kita pau en. Suami.

Siakap goreng yang habis licin sampai kepala pon tak dapat nak jadi bahan bukti. Gilerlah kalau tak sedap ni.

Pertemuan baru kat area rumah. Patin Masak Tempoyak. Nama kedai dia Siti Patin House. Ekor macam ni RM12, badan RM10, kepala RM14. Dia punya sedap.....pedas2 pon Arfan boleh hirup kuah dia tu. Memang terbaik!!!!

SAYANG MIA LEBIH

Haha ada orang perli, mentang2 anak perempuan seorang, asiklah up cerita pasal dia ajer. Amboi..... bukan main laser mulut berkata2. Dia tak tau, dalam sayang2 lebih dengan cik Mia tu, Mokcik pernah lepuk mulut budak tu lebih dari 5 kali sampai pecah2 bibir atas bawah sebab gigit sofa PU hingga koyak. Kejam tak bunyinya ggrrrrrhhhhh. Habis dah bagi amaran pon ulang lagi, mau omak dia ni tak naik hantu. Abang2 dia pon tak pernah kene lepuk sampai gitu sekali paling2 pon sekali sebab cakap kasar atau cakap bukan2.

Mokcik layan anak sama jer hokey, bila buat baik Mokcik puji, masa buat nakal, dah cakap banyak kali pon tak dengar jugak, semua kene tangan. Mokcik memang kalau anak tak dengar cakap ni, Mokcik bagi dengan tangan sebab Mokcik boleh rasa sakit yang sama macam dia rasa. Lagipun kalau kita dah rasa sakit, kita automatik akan berhenti. Taklah ikutkan marah mengkhinzir buta. 

Kalau namapun anak, lepas merajuk sejam dua, kita jugak yang dia cari. Masa tulah kita ni cari kesempatan. Tunjuk sombong konon taknak pedulikan dia. Nanti berderai2lah air mata dia dok minta maaf. Masa nilah kita dok suruh dia janji. Tapi biasanya anak Mokcik ni janji tinggal janji. Esok lusa, dah terlupa dia buat lagi....omak dia meroyan lagi gggrrrrhhhhh.

Mokcik memanglah lebih selalu up gambar cik Mia sebab dia yang paling kecil. Keletah budak sedang membesar ni kan seronok dilihat, seronok di dengar, seronok dicium. Abang2 dia nak diambil gambar suruh senyumpun kita dikata poyo. Jadi yang suka melayan kita ni jerklah yang kita up gambar dia. Paham!

Cakap banyak tak guna, nihah banyak lagi hah gambar cik Mia Mokcik tak upload. Kalau tak suka tak payah tengok, sebelum kenangan ni hilang Mokcik nak tepek gambar ni, kang simpan2 kat hard disk, sekali hard disk terhempas, semua gambar pon lenyap uwaaaaaaa....sedih betul ni.








Ambik!!!! Berderet gambar cik Mia masa pi teman apak dia pi main futsal. Itu pon dia suruh ambil 10 keping. Baru sampai lapan Mokcik dah rasa nak termuntah. Sudah2lah tu cik kak!

Abang dia dah kemana2. Nak Mokcik kejar ker untuk snap gambar dorang ni???

Sunday, November 9, 2014

GRADUATION EXORA RIA 2014

Dah hujung2 tahun ni, startlah mak pak yang ada anak tadika sibuk publish gambar anak pi convo. Cik Mia idaklah convo lagi tapi terlibatlah dengan persembahan itu ini bagai tapi Mokcik pon tak tau apa tah jenis persembahan dia. Kali ni dorang buat event ni kat Dewan Tun Fatimah kat UTM, Skudai. Cikgu dia kata pukul 11 pagi dah boleh hantar anak untuk makeup. Amboi cam retis nko nak, pukul 2 start event, pukul 11 dah kena makeup. Tapi pukul 10 pagi Mokcik dah hantar dia sebab nak pergi Jom Heboh kat Angsana akakakakaka. Sampai hari ni dia tak tau kitaorang pi Jom Heboh tu. Gambar pon tak boleh ambil untuk mengelakkan bukti. Kalau dia tau, mau halilintar kat rumah tu kang akakakakaka.

Baju ni dah dapat 2 minggu sebelum. Kena bayar RM55. Masa balik dari majlis tu, Mia cakap baju dia dah koyak sebab kawan dia tarik. Nasib kat layer belah bawah skirt tu taklah nampak sangat. Bayar RM55 untuk sekali pakai dah koyak huhu. Tapi takper nanti mama jahitkan boleh pakai lain kali sebab design dia cantik.

 Original's Mia

Sekali jadi macam ni haha. Masa nak ambil, Apak dia sampai tak kenal mana satu anak dia. Dah macam opera cina hah.

Dah kelam kabut, cikgu dia boleh bagi biola pulak. Mia kata masa latihan dia dapat yang ketuk2 tu. Ambik!! dia dah gentel mender tu macam guitar hah! Belasahlah nak!

Mia cakap ini kawan kelas dia. Tapi kenapa kecik nau anak Mokcik ni????

Kejab jerk budak ni dah nak masuk 5 tahun. Cayang sangat2 ni!

 Ini pesen hutan belantara 3 beranak ni.

Opera's Girl dah kelaparan. Entah makan apa siang tadi. Mehlah layan makanan kegemaran dia. Nasi kosong ngan telur dadar layan......



Wednesday, November 5, 2014

SUKA2

Hari tu Mia terjumpa apps kat dalam handphone en. Suami. Biasalah budak2 ni kan, kalau dah tau, habislah penuh gambar dia tangkap main2. Lepas tu gelak2 besar bukan main suka. Kita ni orang2 tua tapi taklah berapa tua kennnn pon pelik2lah nengok lepas tu cepat2 rampas risaulah pulak dorang ni tengok benda bukan2. Lepas tu kita pon ketawa sama hahahahahaha.
 
Gambar ni cantikkan. Mia dah boleh kawan ngan black kan busu.

Lepas tu ajak mama selfie. Konon nak kenakan mamalah tu haha

 Tukar yang ini pulak. Comel jugak ni.

Boleh2 nak kenakan mama. Tapi apps tu asiklah kesan muka cik Mia dulu.

 Sesuai sangat ni cik Mia jadi Miau2

 Lepas tu Wafiy lak jadi mangsa haha

Wafiy muka bengang jerk sebab lebih suka apps kucing tu. Tapi cik Mia tak bagi.
 
Ni dah gaduh dengan Wafiy datang sit depan balik, selfie ngan mama balik.

Akhirnya mama jadi mangsa.............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...