MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013 semua!!!!!!!!!!!

Huh!! Cam ucapan syok sendiri gitu kan. Maklumlah tinggal sensorang kat ofis rini. Budak dua orang tu pi PPK Senggarang rini. Semua client takleh access server. Hahaha dua2 kena berjuang di hari tahun baru. Mokcik jaga opis. Jadi operator, jadi PAR, Jaga line. Kalau nak tau line clear or tak kenalah wat N3, kena tinjau2 pesbuk hahaha.

Azam tahun baru ??? Errrmmmmm takder azam yang gempak2lah seperti biasa. Semua kerja leh sattle, gaji tahunan leh naik, leh urus keluarga dengan baik. Kira oklah tu hahaha (takder wawasan betullah)

Cuma tahun ni, ada xtra skitlah. Harap2 rumah kedua kami yang dalam proses pembelian takder masalah. Boleh simpan duit lebih skit nanti untuk renovate (semoga Allah beri lebih rezeki) dan kalau boleh taknak ada kena interest langsung.

Sabtu lepas, pi jengok2 rumah tu. Tapi tak boleh masuk. Skodeng dari luar jer (semangat terlebih). Macam dah nak siap sangat jer. Cuma sinki jer yang jelas belum pasang dan jalan belum di tar. Yang lain sumer macam dah complete.

Kek Seng bagi tempoh sampai bulan Jun 2013 untuk sattlekan bayaran. Wahai tuan perbendaharaan....tolonglah sattlekan sebelum tempoh itu yer, tolonglah tolong!!!!!!!!

 
En. Suami ambik feel tengok enjin keta kat depan rumah akakakka. Nampak tak dua orang budak kat playground depan tu. Mia ngan Wafiy sedang berhiburan sampai berpeluh huhu
 
 
Keadaan dalam rumah yang saya skodeng dari tingkap depan. Tengah berfikir nak wat cornice gaya mana sebab siling atas tu senget dan nampak tulang tengah rumah. Cam tak cantik. Tapi nakkan cahaya dari tingkap atas tu.
 

Pandangan depan rumah. Arfan dah besar, tak xcited lagi nak main playground. Duk tunggu kat depan rumah bincang2 ngan baba tentang masa depan wakakakaka.




ponti vs omi

 
Minggu lepas, bila naik kerja lepas Krismas ofismate pakat sakat saya beramai2. Ni sumer gara2 Filem Orang Minyak vs Pontianak. Ada yang kata saya ni diam2 poket penuhlah, ada yang mintak tiket wayang freelah, tak kurang jugak yang kata saya sombong tak heboh2kan pon pasal filem tu.

Saya garu2 kepala. Tak tau nak balas apa. Sebab saya sekeluarga dah pi panggung 1 Disember lepas. Masuk panggung dengan bayaran sama seperti orang lain. Nak cekaw tiket free dengan sapa pulakkan. Ambil 5 sit sebab kami masuk berlima. Itupun hura hara sebab si Mia tak reti dok diam.

Bila keluar panggung, kami berlima berpuas hati. Bukan sebab cerita tu. Tapi sebab penantian satu jam lebih, barulah watak pelakon tambahan en. Suami keluar pada babak2 akhir. Kami amat berpuas hati sebab boleh menatap lakonan kesayangan kami hampir 1 minit. Itu sahaja.

Apalah yang boleh dihebohkan pon. Nak hebohkan ceritanya mantop ker ??? Glurrppp. Nak hebohkan en. Suami dapat payment berjuta ker ??? Lagilah ke laut.

Filem tu dibuat dah lama sebenarnya. dah 2 tahun rasanya. Masa en. Suami baru2 keluar dari rancangan tutttttt. Sekarang dah tak lagi. Dia berada dalam dunia nyata sekarang ni. Proton Kulai hahaaha

Sunday, December 30, 2012

rutin dah nak kembali

Hidung dua2 dah tersumbat ni. Naik kering mulut dok asyik bernafas gunakan dia. Dah nak sebakul tisu kat dalam tong sampah. Suka2 jerk dia nak meleleh bila2 pon. Hadoi!!!!! Tekak pon dah rasa perit. Kepala pon dah rasa berat semacam hah.

Semalam ok jerk. Tiba2 malam tadi bersin2 lepas tu hidung pakat sumbat dua2. Masa nak tidur pon siap bawak bekal towel letak tepi bantal.

Baiklah ada makan free tengahari tadi. Ada majlis meraikan pesara. Bila dah keadaan macam ni, memanglah malas nak keluar pon kan. Segala bau pon takder hah. Rasa pon tak berapa nak rasa hah. Tapi bila dapat soru, eh! laju semacam jerk. Semua kasi telan cam seminggu tak makan haahaha

Tak tau bila leh baik ni. Mintak2 cepatlah. Rabu ni sekolah dah bukak kan. Banyak nak siapkan lagi ni. Baju sekolah pon lom gosok lagi. Uwaaaaaa rutin dah kembali..........

Wednesday, December 26, 2012

Untuk Tony

Wah meriah beli ikan kecik2 ni sampai 5 kilo. Macam nak wat kenduri kendara beli banyak2 macam ni kan. Kata mak, banyak tu pon just tahan paling lama 5 hari jerk. Lepas tu kena beli lagi. Kena buangkan perut lagi. Amboi laratlah pulak mak melayan selera si Tony ni.

Saper Tony ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sayalah Tony. Ni gambar masa kanak2 yang tak minum rebina. Sekarang saya dah besar betul. Macam reksasa. Bulu ekor pon dah macam pokok krismas. Lama dah akhil baligh. Kalau tak cam mana nak ngorat kucing betina kat ghumah jiran tu. Anak pon dah ramai tapi tak sempat nak cam yang mana satu ahaks.

Melampau tau si Tony ni. Bila sakit, siap hantar kat klinik lagi. Sampai habis beratus2 untuk dia lagi. Dulu masa saya sakit, mak pi belikan kotal jerk. Tu sebab saya suka pedajal dia. Suka panggil dia Tony gemuk. Lepas tu suka renjis2 tangan basah kat dia hahaha.

Tuesday, December 25, 2012

saper janda baik?

Saya memang baik, cuma title tak sesuai lagi dan moga dijauhkanlah hendaknyer. Nak citer pi makan angin ler sebenarnya. Sementara poket berisi ni, pilah jalan2 menghilangkan stress kejab. Anak2 pon bosan kan. Asik dok taska jer. Ni poket dah kosong doklah opis diam2 haha. Untung rini ada meeting, dapatlah makan free. Kalau idak posalah jawabnyer.

Manalah mokcik merayap yer cuti ritu? Kalau tanya Mia, dia akan jawab 'pi mandi kolam' Hehe. Memang pon, hampir sepanjang hari dok berendam. Hari yang xder kolam pon dia dok berendam gak kat bilik mandi. Sampai kepala paip tercabut. Lepas tu menangis macam nak runtuh toilet sebab takut. Padan muka haha.

Hari Jumaat lepas saya ngan anak2 pi Janda Baik. Drive sendiri u. Perkara paling giler yang saya dah buat ni hehe (wat muka hebat bebenau). Tapi follow sepupu. Nak pi sendiri tak tau jalan kan.

En. Suami tak dapat cuti. Kalau cuti gak Proton Kulai leh tutup kot. Takperlah, bertemankan mak saya pon pilah dengan semangat mak2.

Apsal plak semangat mak - mak?

Sepanjang hari kat sana, saya dok jadi tukang masak jer untuk anak2 sampailah detik2 nak balik. Sampai nak snap gambar pon x sempat. Maklumlah macam2 menu nak keluar. Takperlah kan, yang penting anak2 kenyang dan terhibur.





Sunday, December 16, 2012

poyoss

Hahaha sakan betul membeli semalam. Rumah pon belum siap lagi. Tapi gelora membeli macam duit ada beratus2 ribu dalam tangan. Ini semua gara2 Mocha Italy wat saleslah semalam. Tapi tak sempat nak menang motor sebab datang dah lambat. Kalau datang cepat pon, leh menang motor ker hahahaa.

sinki ni saya beli dengan pili yang siap ada filternya pili tu harga RM290
 

sebenarnya nak pi beli ini jer, sebab harga RM68 yang panjang 2M. Tapi punyalah rambang mata....


Sekali terembat dengan penyedut asap ngan dapur masak kat bawah ni sekali brand LEBEN. Cam orang pelat jerk bunyinya kan. Asal nak pakai dapur biasa jer tanpa hod. Tapi......


Ada lagi eksesori tpt penyidai towel cam kat hotel yang saya beli hehe (feeling toilet hotellah pulak) lepas tu 2 batang tpt penyidai towel biasa untuk bilik  dan 2 tempat letak barang untuk toilet yang masing2 beharga RM18.
 
Agak2 lah....tiap2 hari, berasap ker dapur ku nanti ???? errrmmmmm
 

Thursday, December 13, 2012

apa yang engkau merepek ni ???

Arrggggghhhh apa2lah saya ni.

Macam yang dirancang....

"Apa yang tuan2 akan lakukan bila sampai di ofis, baru perasan telefon bimbit atau handphone tuan2 tiada. Tak kiralah tertinggal atau hilang. Sedangkan ada panggilan penting nak kena buat ni."

Tapi yang keluar.....

"Apa yang tuan2 akan lakukan bila sampai di ofis, baru perasan telefon bimbit atau handphone tuan2 tiada. Tak kiralah tertinggal atau hilang."

Lepas tu terus sambung....

" Kalau hal ni berlaku kepada saya, saya akan gunakan YM untuk hantar sms kepada en. Suami bla bla bla...."

Apa pulak kaitan takder handphone dengan nak hantar SMS pakai YM ni uwaaaaaa.

Sumer ni gara2 nervous terlampau masa wat ucapan bulanan tadi. Banyak ayat2 yang dirancang tak terkeluar walaupun dah praktis dekat seminggu. Paling ketara, ayat jadi tunggang langgang. Tak tau apa yang nak disebut dulu. Adeh!!!!!!!! Nasi dah jadi bubur.

Harap2 topik ucapan tadi serba sedikit bolehlah menjadi ilmu kepada semua yang mendengarkan huhu


Man Kueh sebagai pengacara majlis pagi tadi, telah mengacarakan majlis dengan baik sekali. Tahniah bro!!!! Mokcik jerk tersasar uwaaaaaaa

Monday, December 10, 2012

saper yg salah ni?

Orang IT adalah orang yg paling kesian dalam setiap jabatan. Betul tak? Orang atasan suh wat sistem ikut garis panduan. Bila dah siap dan bagi pada kawasan, kawasan bising2 sebab menyusahkan.

Orang atasan suh it tukar sana, tukar sini. Orang it ikut tukar cam yang diarah. Bila dah tukar, kawasan perasan ada plak yang bercelaru. Komplen lagi. mintak tukar lg. Agak2 saper yang berpeluh?? Yang kelakarnya, bila dah kelam kabut begini Sistem pulak yang disalahkan. Sistem plak yang tak bagus, tak user friendly.

Masalah pengedar ngan customer pun, sistem yg disalahkan. Bukan nak salahkan garis panduan. Pening2


Sekarang tgh meeting kt Hq kl. Semua masalah kasi sumbat. Habis bercelaru. Nasiblah....

Thursday, December 6, 2012

maggie asam laksa ala 'untie mia'

Petang semalam, masa dalam kereta menuju balik ke rumah bersama2 3 intan payung. Arfan tetiba tanya sedap ker maggie asam laksa tu. Kita tak pernah makan pon kan. Asik maggie kari, maggie ayam, mee sedap.

Kalau korang dah baca N3 semalam, kalau korang dah tengok Istanbul Aku Datang, kompon korang leh agak macam mana soklan tu leh kuar kan.

Oleh kerana saya pon cam dah takder idea nak masak apa kan kan. Terus suh Arfan order Maggie Asam Laksa tu ngan en. Suami.

Jeng jeng Maggie Asam Laksa ala 'Untie Mia' Siap!!!!!!!!


Tekejut!!!! Mak

'Kak Ina / Zam / Man, nasi lemak untuk dimakan.'

Bila jengah dalam plastik ada 4 bungkus nasi lemak. Saper tah pasang niat hari ni belanja nasi lemak agaknya. Semoga bertambah rezeki yer kepada yang belanja. Mokcik tadah perut jerk akakaaka

Bila Zam Kidal masuk, saya bagitau ada orang belanja nasi lemak rini. Zam kata Erin yang belanja. OOooooo tq Erin, semoga niat awak terlaksana yer. Tapi !!!! Kenapa empat bungkus ???? Masih rindu kat skandal lama ker hahahahaha gurau2.  

Pukul 10 pagi gitu baru terasa nak makan. Jadi dengan lafaz bismillahhhhh  oookkkk mak aiiiiiii pesen baru nasi lemaknya. Warna Ijau. Tekejut!!!! Mak. Hijau pon hijaulah ghappp

Wednesday, December 5, 2012

nak tengok citer untie


Semalam barulah sempat masukkan Istanbul Aku Datang kat Tab ni hah. Man Kueh dah bagi 2 hari lepas lagi. Tapi cable plak terlupa bawak. Jadinya semalamlah baru sempat nak layan.

Sebelum balik dari ofis, berazam tak nak masak ekekeeke. Boleh singgah jab kat S'Mart. Pi tapau 3 bungkus nasi goreng daging merah yang marvelous. Yum yum sambil menjilat jari. Pulak2 tu, en. Suami leh balik awal plak semalam. Jadinya sumer beronggeng tengok wayang keciklah semalam petang.

Bila Lisa dan Beto dah kahwin, sumer kena hambat mandi dan ngaji. Lepas tu, dengar balik bunyi citer Istanbul Aku Datang. Bila jengah kat bilik, 3 orang budak tak cukup umur tu tengah berkumpul dok layan citer tu. Perrggghhhhh kelassss kau LISA. Pandai sungguh kamu memikat anak2 ku huhu.

Bila dah pukul 10 lebih dan sumer dah kena hambat plak masuk tido. Mia mintak tab. Nak tengok citer 'Untie'. Huh!! Dah ada untie plak sekarang.......

bila Mia Amira nak jadi Mia Sara


Masa memula saya download citer Papa I Love U ritu masuk dalam tab, tiap2 hari Mia duk tengok citer tu. Bukan nak tengok dari awal sampai habis pon. Dia cari part2 yang ada si comel Mia Sara jerk. Lepas tu setiap hari nak pakai seluar panjang. Tak kiralah masa tu pakai t shirt ker, gaun ker, mesti nak pasangkan dengan suar panjang. Kalau saya pakaikan seluar paras2 betis pon, nanti dia akan tarik2 seluar tu sampai bawah. Pelik gak. Sejak bila pulak anak aku ni dah pandai jaga aurat gitu. Tapi kalau betul pun Alhamdulillah lah. Tapi cam pelik pulak. Lepas tu baru terperasan yang dia dok terikut dengan Mia Sara dalam cerita Papa I Love U tu yang sepanjang masa dok pakai legging.

Lepas2 tu, bila saya dukung untuk cuci tangan dekat sinki. Nanti dia jerit2 ' untie untie untie' macam ada satu babak kat dalam cerita tu. Ngada2.

Sekarang ni pun masih tak muak gak tengok citer tu. Hampir setiap malam sebelum tidur nak berkhayal dengan Papa I love U tu dulu. Malam tadi, Arfan sambil ketawa2 bagitau saya.

Arfan : Mia ni kan ma, bawak dia jumpa Pak Nil tau. Dia dah pandai berlakon.

Saya : Blur tak paham.

Arfan : Mia!!! Meh sini tidur - tidur.

Arfan : Tolong! Tolong! Ada orang nak culik anak saya!

Mia : Papa.......janganlah bising2. Mia nak tidurlah..... (sebijik cam scene citer tu.)


AH SUDAH !!!!!!







Monday, December 3, 2012

harapan punoh!!


Aduhaiiiii......baru jerk semalam menyuarakan rasa terujanya nak memiliki set periuk Tupperware Brands kat FB. Terbayang2kan, betapa berserinya dapur baru ku nanti dengan deretan periuk belanga steel yang berkilau2 gitukan.


Sekali!!!!!! TV kat rumah melotup malam tadi. Terkejut mak. Masa tengah masak cekodok plak tu. Inilah TV leper pertama yang saya miliki. Itu pun beli dari adik yang tak berapa nak guna kat kampung. Walaupun bukan Plasma ke, LED ke, setakat HD pon mokcik sayang ooiiiiii.

Apo nak buek kan. Tariklah TV bebudak yang montot besar tu kat bilik kuar. Hahahaha sejomput jerk tengok screennya. Nak tarik tv yang dari bilik kami pun dah rosak lama dah.

Sabar2 wahai hati. Tunggu jerklah bila dah duk umah baru nanti. Eh!!! TV SONY yang letes yang besar 40 inci tu berapa erk ????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...