MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, August 28, 2013

Kisah Mia

Baru jerk tinggalkan minggu lepas, minggu ni makin merengkek saya dokong si Mia masa nak hantar ke rumah kak Siti. Adohaiiiiii boleh patah pinggang nak oiiiiiii. Ari tu saya dah cakapkan, saya tinggalkan Mia kat rumah babysitter sementara pi kursus tu. Dalam tempoh tu, raya sakan minah ni. Ikut kak Siti pergi rayalah, marhabanlah. Ini budak bukan boleh jumpa makanan pon. Habis dia belasah. Maka hasilnya berat badan dia naik lagi uwaaaaaaaaa.
 
 
Kak Siti ada cerita mender kelakar yang budak ucuk ni buat. Dia kata Mia bangun tengah2 malam pergi kencing sendiri kat dalam toilet hahaahha. Kak Siti terkejut sebab lampu semua tutup. Tiba2 dia rasa ada orang tidur kat sebelah dia. Tak sempat pakai seluar dah lena balik akakakaka. Selekeh budak ni tau.Tapi saya tak pelik pon sebab kat rumah pon kadang2 dia memang macam tu. Tapi kadang2 terbabas jugak. Itu sebab saya still pakaikan cloth diapers. Kalau dia tersedar, dia akan bukak sendiri CD tu then pergi kencing sendiri. Kalau mata dia segar bugar, siap leh nyanyi2 lagi masa kat toilet ekekekeke. 3 orang anak yang saya ada, inilah anak yang paling berdikari. Itulah sebab mak dia ternak badan sekarang huhu.
 
Ada sekali tu, sebelum tidur dia makan keropok ikan. Habis satu mulut bau keropok tu. Tangan pon berminyak2. Lepas tu nak menempel dengan saya kat atas tilam. No no please wash your hand first!!! Haaaaaa bila mata mak dia dah layu memang kuar omputeh skit hahaha. Oleh itu dia pon pergilah masuk toilet sambil menyanyi2. Lepas tu dengar air disimbah berderau2. Kompom budak ni mandi (teka dalam hati tapi mata dah tertutup) Lepas tu saya jerit.......Sudah Mia tak baik mandi malam2. Ok! Biasalah itu jawapan dia. Lepas tu dengar dia tarik towel. Lepas tu dengar dia tarik kerusi kecik kat sebelah pintu. Lepas tu dengar dia nyanyi2 lagi. Hati tak sedap. Saya gagah bukakkan mata jugak.
 
Akakakakaka bertuah punya budak. Dia tengah tenyek deodorant en. Suami kat ketiak dia. Bila nampak saya bukak mata, dia ketawa mengekeh2.
 
Hari tu, saya, en. Suami dan Mia pi rumah baru. Arfan dan Wafiy tak ikut sebab sekolah ganti. Masa kitaorang tengah bincang ngan kontraktor kat ruang dapur, boleh plak dia pi lock pintu nak pergi dapur tu. Dahlah pintu belakang tak bawak kunci. Nasiblah en. Suami ada, kalau idak, malulah Mokcik terkunci dengan orang yang tak dikenali. Bila panggil dari tingkap dapur dia boleh main nyorok2 plak. Nasiblah dia nak bukakkan jugak pintu tu. Kalau dia buat degil mau pitam kitaorang kepanasan kat situ.
 
Penat betul nak melayan kerenah budak Mia ni, tapi setiap detik asyik rindukan dia ajer huhu.
 

Tuesday, August 27, 2013

repeat Abang Burn

Ni gambar minggu lepas masa saya ada kursus kat KL. Hari ni baru sempat nak buat N3nyer hehe. Hari kedua terakhir kat KL barulah dapat berjalan jauh skit. Hari2 lain makan malam kat sekitar kedai2 kat bawah hotel jerk. Asal kenyang sudaaaaaaa
 
 
Oleh kerana tuan driver teringin sangat nak makan meatball kat ampang, jadi kitaorang pon ikut beramai2 pergi ampang. Semua pakat nak makan meatball walaupun dulu pengantin baru kata rasa muak makan meatball tu. Kompom tak nak order lagi. Sekali dia yang buat order dulu nak meatball. Semua ini adalah poyoooooo..........hahahaha.

Tengok !!!! Siap posing dengan meatball lagi. Terus terlupa laki kena tinggal seminggu akakakaka.

Sekali lagi berjumpa dengan meatball abang burn kat Ampang ni. Kata en. Suami kompom korang kena mandrem abang burn. Sampai sanggup repeat lagi. Huhuhuhu kompom itu ayat jeles kan kan.

Hari tu saya tak makan meatball. Sebab saya diet hahaha. Tapi order nasi goreng tomyam diet kan kan. Tapi tak sedap cam yang saya makan kat Larkin tu. Eh! tetiba cam nak ajak en. Suami pi Larkin malam ni huhu.
 
Hari terakhir sarapan di KLIH. Oleh kerana ada bunga segar dan cantik atas meja, meh kita up gambar pengantin baru yang sedang tersenyum manja. Inai pon masih segar kat jari. Sekali kena pi kursus plak akakakaka. Kesian kesian.

Jom kita curik ambik gambar trainer kursus yang memang bergeliga otaknya. Sekali kena ajar mokcik koding pakai PHP. Akakakaka zaman mokcik belajar dulu ngak belajar yang ini cikgu. Mokcik pakai COBOL, C++, VB. Itu pon dah kemana2 ahaks.

Nasib bawak apricot tu. Giler sejuk. Boleh merekah kulit kalau tak pakai losyen. Bukan nak mengada2 ok. Tapi kulit saya yang memang kering boleh merekah kalau cuaca sejuk. Bawak air suam sekali untuk elakkan kekurangan air. Air suam pon dah jadi air sejuk kat lab ni huhu.

Lepas jerk habis kelas, semua berdezup balik ke negeri masing2. Giler nak tunggu lama2. Bulan depan datang balik seminggu. Wat sistem plak kita yer uwaaaaaaaaaa.




Tuesday, August 20, 2013

KLIH

Dari petang Ahad ritu dah kat sini. Maknanya dah masuk hari ke 4 kan kat sini. Adalah seperti nak menitis air mata bila Mia kata janganlah pergi kerja lama2. Nanti Mia jatuh. Saya kan jadi penyendal katil untuk dia tiap2 malam huhu. Oleh itu, hantar pi rumah pengasuh. Tidurlah 4 malam yer nak. Adalah susah untuk baba dia nak hantar 3 tempat tiap2 pagi. Tapi kalau mama dia takper..... mama dia kan perkasa ggrrrrhhhhhhhh
 
Sementara menunggu tuan driver turun, ambik gambar jap kat lobby. Kenalah panggil tuan, kang kena tinggal nko nak menapak ke pi LPP huhu.

Ni gambar hari pertama yang kesunyian. Seperti biasa menjadi orang pertama checkin. Takut sangat tak sampai ke KLIH ni. Hahaha macam merantau ke kota London plak.
Pagi2 buta tadi Wafiy dah telefon tanya balik bila. Kita rindu kat Mama. Huhu dah jauh pandai rindu yer....masa dekat nak mengentan jerk kerjanya. Eh lupa plak nak citer pasal baju yang Mokcik dah gosok seminggu untuk minggu ni. Siap dah susun dari Isnin sampai Jumaat. Tinggal ambik 5 hanger pertama setiap hari jerk. Ingat senang ker ibu bekerja nak tinggalkan rumah.

Pemandangan dari bilik hotel yang huru hara. Tolonglah jangan lama2 Mokcik di sini. Mokcik poning palerrrrrrrrrr.

Monday, August 19, 2013

gambar lepas nikah haha

 Eh! Ada gambar cam pengantin baru tak ekekekekeke. Kata kawan saya, cam gambar lepas nikah nak tunggu malam pertama akakakakakaka. Suka tengok gambar ni sebab muka saya nampak cam bersih gitu. Warna purple tu pon cam sesuai jerk ngan en. Suami. Baju raya 2 tahun lepas tu. Tahun lepas, raya pon pakai baju tu gak akakakaka jimat nko!
Gambar ni plak, en. Suami nampak muda giler. Nyampah I tau. Nasiblah muka Mokcik still nampak cam bersih. Bolehlah cover skit. Hakikatnya I muda 2 tahun dari dia OK! OK!

RAYA 2013

Ini semua gambar sekitar kat MelakaDah tak ingat pi bazar yang kat Bandar Melaka tu bila. Tapi kompon sebelum raya, sebab pergi kat situ semata2 nak carik baju melayu warna merah untuk pakai masa raya. Warna tema raya tahun 2013 pilihan Arfan. Dia kata tu warna pasukan rumah sukan dia. Nak jugak. Akakakakaka kalau Wafiy yang mintak sedap gak bunyinyer. Ni Arfan, Arfan ok! Takper...... Mokcik turutkan jer. Sebab bila Mokcik yang pakai gerenti terkesan ekekekeke.
 
Pergi tumpang kereta hubby Iza sebab dia kata kalau ikut jalan biasa jem giler. Jalan luar biasa kitaorang tak tau. Baik ikut jerk dia. Oleh kerana cik Mia tak tidur2 lagi walaupun dalam perancangan nak tinggalkan ajer. Terpaksa bawak dia sekali. Lepas tu wat perangai nak jalan ikut suka dia grrrrhhhhhh. Sekali pusing punya pusing punya pusing........ada gerai yang ada baju merah untuk Wafiy jerk. Ada gerai untuk Arfan jerk. Ada gerai untuk en. Suami jerk. Mau 5 ker 6 gerai jugaklah masuk tapi takder warna merah untuk sumer hero tu. Malas nak berjalan lagi.....saya ambik jerk warna cam sirap campur oren tu. Oklah cam merah2 gak huhuhu. Nasiblah Arfan pon ok jerk.
 
Sementara nak tunggu Iza carik plak baju dia, kitaorang singgah gerai yang lukis muka kita jadi kartoon tu. Oleh kerana satu kepala RM10, suh lukis gambar Mia jerk. Mak Pak tak payah nak katon2 sangat. Membazir haha.
  
Bila dah siap, masa kitaorang jalan menuju ker kereta. Dia renung jerk lukisan tu. Lepas tu pandang en. Suami sambil mencebik. "Gemuk." Akakakakaka kitaorang bantai gelak. Baru perasan yang nko tu debab yer.

Masa kitaorang dah sampai kat kereta, Iza ngan hubby dia still lom habis shopping. Masa tu dah nak dekat pukul 1. Saya ambik gambar ni sambil duduk. Mia still pegang lukisan tu eekekeke

Inilah gambar keluarga kami yang paling boleh diterima pakai. Gambar lain lagi hampeh perangai sorang2 huhu. Kopiah tu en. Baba beli masa pergi Umrah.

Berdiri tak sama tinggi, duduk pon tak sama tinggi akakakaka. Yang penting kami bahagia kan kan.

Friday, August 16, 2013

Metro 16 / 8 / 2013 page 80

Tadi wassup ngan Man Kueh. Tetiba suh tengok Metro page 80. Ade ke ghajin Mokcik nak baca paper. Bila saya tak layan. Siap dia Wassup gambar paper tu akakakakakaka. Banggalah konon dapat masuk paper. Kalau nko tak cakap yang nko ada kat ramai2 tu, takder saper pon perasan ok! Tapi Mokcik perasan satu......dalam ramai2 tu nko yang paling gelap akakakakakaka
 
Nko jangan nak over eh Man Kueh. Minggu depan balik godak air akakakakaka  
 

Thursday, August 15, 2013

RAYA yang tersekat

Amboiiiii kemain korang beraya sakan eh!! Sampai blog korang Mokcik hah kena jaga. Ada yang kejab timbul kejab tenggelam. Ada yang tak berbunyi langsung. Sunyilah Mokcik cam ni uwaaaaaaaaaa.

Time korang sakan beraya ni, saya dok opis jerk siapkan kerja yang ada. Sambil2 tu makanlah kuih2 raya yang ada. Itupun dah habis sebekas hah. Nasiblah ada lampu kelam kelip yang budak2 pembangunan pasang ni. Ada gak warna warni kehidupan. Sekali datang surat kena kursus seminggu start Isnin minggu depan. Maknanya Ahad Mokcik dah kena bertolak uwaaaaaaaaaaa.

Bukankah dikala itu opis dah penuh balik. Bukankah waktu itu kuih raya bakal berserakan. Bukankah waktu itu banyak PPK yang buat jamuan raya. Kompom berlambak open house yang Mokcik terpaksa skip uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tukang organize kursus!!!!!!!!!!! Nko memang kejam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sekali nko pulun sampai seminggu. Tidakkah nko tau waktu tu budak2 baru naik sekolah. Tidakkah nko tau kompom2 nak masuk KL jem menggiler. Tidakkah nko tau aku lom habis berayaaaaaaaaaaaaaaa    uwaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, August 14, 2013

kuih raya puan Mak dan MBJBT

Dah 3 hari bekerja lepas raya ni kan...........saya lom pi kuar lunch lagi tau. Hebat tak? Hebat tak? akakakakaka diet ker ker ker????
 
Masa bulan posa ritu dah order ngan puan Mak buatkan kuih kacang lebih sikit sebab anaknda dia ni kan peminat kuih kacang dia. Sekali masa balik ritu puan Mak dah asingkan 1 bekas kuih kacang dan satu lagi kuih dahlia. Yehaaaaaaaa!!!!!!! Cayang kat puan Mak. Order jerk kuih dah siap asing.
 
Kuih tu simpan asing kat dalam kereta. Tak bawak naik rumah pon. Lagipun yang ada kat rumah tak minat kat kuih ni. Jadi meh saya sental sensorang ngehngehngeh.
 
Tak tau korang panggil apa mender alah ni. Puan Mak panggil kuih dahlia. Jadi saya pon ikut pakai nama tu hehe. Oleh kerana opis masih lengang, Mokcik pon membaham jerk ikut muat mulut. Bila dah jemu...............

Makan plak kuih kacang ni. Saya memang menggiler dengan kuih kacang ni. Jangan haraplah nak simpan orang belakang ker haper akakakakaka. Korang cutilah raya lama2 yerk. Minggu depan kompom dah licin ni. Tak payahlah nak terliur2 gitu. Memang takkan dapatnyer ekekekekeke.


Tengahari tadi sempat lari ker MBJBT kejab. Selalu lalu depan dia jerk. Rasanya banyak2 bangunan kerajaan kat JB ni, inilah bangunan yang paling jelita. Rasanya tiap2 tahun rupa dia berubah. Dulu2 masa anak dara, masa lom ada kerja tetap lagi, masa menumpang rumah kakak kat Mutiara Rini, masa jadi kerani bengkel kereta kat bengkel Ah Wong (Akakakaka dah lama tak sebut nama bos comel Mokcik tu) Mokcik selalu berangan nak kerja kat tempat ni. Lepas tu nak pakai lawa2 supaya setanding ngan bangunan ni. Sekali.......bila ada open jawatan kosong..................dia nak orang Johor jer daaaaaaaaaa hampeh.

Ape ke jadahnyer Mokcik pi situ ???? OOOoooo nak bayar duit cukai harta. Sekali sampai RM200.30 nko!!!! Lemah kepala lutut nak bayar. Sekali rupanya kena bayar duabelashengget jerk ngehngehngeh sambil berangan lompat katak.

Tuesday, August 13, 2013

RAYA 2013

Lama gak erk blog saya ni tak berbunyi. Kalau dah kat rumah, dah kat kampung, memanglah saya busy semacam skit. Banyak bender nak buat dan siapkan. Kalau ada pon masa......cantik2 jerk untuk rehat2kan badan. Memang dah tak sentuh gajet2 ni. Telefon pon Mokcik tak ingat letak kat mana haha. Memang nangeslah korang kalau nak contact Mokcik masa cuti.
 
Hari Jumaat sebelum raya ritu saya dah ambik cuti. Dalam perancangan nak cuti Isnin sampai Rabu jer. Sabtu nak balik kampung en. Suami dulu. Ahad baru nak balik kampung Melaka. Tapi kereta tak service lagi, rumah macam kapal karam di udara, baju2 tak packing lagi.................cutilah jawabnya.
 
Bila dah hari Sabtu, MIL tepon kata nak datang JB. Nak beli barang untuk raya. MAKA....................................terus ke Melakalah kita yer ngehngehngeh. Tapi sebelum balik Melaka kita pi berbuka sama2 mertua dulu. Ambik hati dulu. Nko nak jadi menantu derhaka ker haper !!!!!
 
Tapi sampai Melaka tetap hari Ahad sebab sampai dah pukul 1 pagi. Tayar pecah nko dekat2 Yong Peng. Cuak Mokcik takut ada orang wat nayer. Sayang betul tayar bunga masih tebal. Koyak besar, tapi tak tau langgar apa tah dah tengah2 malam tu. Alhamdulillah sampai gak ke Melaka dengan selamat.
 
Hari selasa en. Baba potong 3 ekor itik yang dia bela sendiri. Saya kutip segala pedal ngan hati wat masak kicap. Buat berbuka malam tu. Hati itik tak macam hati ayam yer. Lebih pejal dan nyum nyum hehe.

Keluarga abang balik ngam2 masa orang tengah berbuka. Lepas dah kenyang, Arfan bukak games jutaria dia. Tengok! Banker dah pening paler.
 
Ini gambar pagi Rabu, anak2 dah boleh diharap dok kopek kerang. Kalau tau ada tukang kopek, leh beli banyak lagi. Kerang masak rendang cili sold out di pagi raya uwaaaaaaaa.

Kek buah - buahan puan mak buat. Wajib ada setiap kali raya.

Kari itik yang melotups dalam kuali besauuuuuuu

Rendang ayam pon dalam kuali besauuuuu

Selain tu, ada sambal kacang, sambal goreng jawa, ayam masak merah, lontong. Kan kitaorang ni Johor vs Melaka. Maka kedua2 makanan tradisi kenalah ada kan. Tapi cam biasalah yer bila ada makanan Mokcik lupa segalanyer.................tu sebab takder gambar hehehe SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....

Hari kedua bekerja selepas raya

Terpaksa bawak budak berdua ni. Agak terkawal tapi masih mencabar. Boleh eh taska dorang nak tutup seminggu untuk minggu ni. Bayar nak penuh, jaga nak kurang...amboi amboi amboi comei sungguh kak ton sekalian. Nasiblah ada parents yang tak setuju. Jadi dorang tutup sampai hari ni jerk. Esok bolehlah Mokcik tarik nafas lega.

Bawakkan labtop yang keyboard dah siap kena hompel dek cik Mia. Bawakkan tab. Belikan nugget. Dok korang senyap2. Pon kadang2 berbunyi gak bila GAME OVER!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...