MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, October 31, 2012

ni dialah punya pasal

Kenal tak mender ni ?? Jangan nak bajet omputeh sangat ok!! Mokcik ketuk batang hidung sorang2 kang haha. Ada citer kelakar kesian telah berlaku malam tadi gara - gara otak2 ni. Kelakarnya sampai dalam kereta nak pi opis pagi tadi pon saya tergelak sensorang. Kesiannya dah hantar ke Taska budak Wafiy tu pon terlupa plak nak letak lagi ubat gamat kat luka dia adooiiii!!!!!

Kisahnya terjadi masa kami nak makan malam tadi. Makan kat Larkin. Tempat yang glamour ngan sup daging tu. Tapi kami tak makan sup pon, tapi makan nasi goreng Tomyam. Sedap tau. Banyak pulak tu RM6 sahaja sepinggan. Tapi terlupa nak ambil gambar gara2 kisah kelakar kesian tu hahahaahahhhuhuhuhu.

Macam biasa, bila duduk jerk. Otak - otak akan sampai dulu kan kan. Tapi malam tadi, otak - otak tu baru kena bakar agaknya. Lambat skitlah. Mia terus merengek2 nak otak2 tu. Lepas tu dengar pulak Wafiy membebel2 cakap Mia tu nak makan semualah tu. Itulah inilah.

Bila sampai jerk, semua dah ready nak capai. Tapi semua telan air liur jerk sebab masih panas. Saya syaratkan sorang makan dua ajer. Memandangkan kami berlima dan otak2 tu ada 10. Lagilah Wafiy membebel2 cakap tak cukuplah, tengah laparlah pangpungpangpung.

Dalam orang lain berkira2 nak capai takut melecur tangan. Wafiy dah capai dua, takut sangat tak dapat makan. Bukan main gelojoh lagi. Bila Mia tengok Wafiy steady jerk bukak daun kelapa tu, dia pun apa lagi terus bukak dan ngap ngap bukak lagi ngap ngap dan bukak lagi. Waktu tu saya bangun untuk gandakan kerusi Mia supaya tinggi sedikit. Mulalah Wafiy naik berang. "Mana boleh!!! Mia dah makan tiga. Wafiy baru nak makan dua." Wafiy terus panjat kerusi saya yang ada antara dia dan Mia untuk capai satu lagi otak2 yang ada didepan Mia sambil mulut membebel2 kata Mia jerk yang boleh makan banyak, Wafiy pon nak jugak gitu gini. Sekali...Gedepokpok!!!! Sekali saya toleh Wafiy dah tergolek dengan kerusi saya sekali.

Waktu tu saya rasa cam nak marah sangat sebab dia suka wat aksi gelogoh gitu. Tapi tiba2 rasa cam kelakar dan nak gelak tapi control. Sekali Arfan pulak yang terlepas gelak dan saya tergelak jugak. En. Suami nampak yang Wafiy naik malu dan bangkit lalu duduk kat kerusi dia sambil diam. Saya tak sempat nak menolong sebab tengah berusaha nak tindihkan kerusi Mia. Lepas tu en. Suami buat2 marah Arfan suruh diam. Arfan pandang saya sambil muka berkerut dan kami tergelak lagi. Sebab kami jerk yang nampak cara Wafiy jatuh dengan keadaan yang kelakar sebab dok nak berebut otak2.

En. Suami panggil Wafiy supaya duduk sebelah dia dan cakap yang kami tak patut ketawa. Lepas tu berdrama pulak yang kesian kat Wafiy sambil cek2 tangan dan kepala samada ada luka. Memang ada luka sikit kat jari telunjuk dan bawah telinga. Sebab lantainya hanya disimen tanpa diplaster. Mulalah kesedihan melanda dan air mata berguguran. Drama berlanjutan plak dengan Mia yang dari tadi dok tercengang dengan babak tadi mencubit sedikit otak2 dari tangannya dan menghulurkan kepada Wafiy. Yang kelakarnya cubitan tu amatlah sedikit. Arfan dan saya dok tergelak lagi dan kena marah lagi dengan en. Suami. Maka semakin lajulah air mata yang mengalir.

End of the story, mokcik tapaukan 10 batang lagi otak2 tu bawak balik rumah. Sampai kat rumah takdernya pun habis. Nak view kedai makan jugakkkkkk!!!!

Tuesday, October 30, 2012

untuk korang ni!


Semalam, langsung tak sempat nak masukkan sebarang N3. Sebabnya makyong Lynn mintak tolong carikan hadiah tournament bowling yang akan berlangsung Sabtu ni. Nak barang yang segera pulak tu.

Alahaiii makyong, dah hujung2 bulan ni banyak item dah out of stock lerrr. Jadinya, satu harilah dok mencari item2 Tupperware yang best2 untuk peserta nanti. Carikan jugak item2 meletopppss untuk mereka serata Johor ni hah. Berpeluh mokcik hah telefon stokis sana sini nak dapatkan jugak item2 hot melecur gitueewww. 


Hari ni pulak, aktiviti membungkus bagai sampai licin reben dikerjakan dorang ni. Nasiblah ada Puan Juriah dan Puan Fauziah dan Cik Fiza hendak menghulurkan bantuan. Itupun asik nak nyorokkan Tupperware jerk kerjanya. Sampai menjerit2 Makyong Lynn sebagai orang kuat Kelab Sukan LPP.




Untunglah saper yang masuk tournament kali ni. Hadiah Tupperware Brands menggiler bagai. Mokcik tak dapat nak masuk sebab Wafiy ada periksa menentukan kelas pada hari tu huhu.

 


MYSTERY November

Letih nak menaip. Sebabnyer ada buat mender best tadi. Apa tu ??? Hehehe nanti2 citer. Nak tunaikan yang wajib dulu. Meh layan flyer baru...sungguh Mysteryyyyyyyy

Sunday, October 28, 2012

wajib kena

Dalam perjalanan blk ke jb dr melaka ni. Agak jem jugak. Tapi masih belum terlalu teruk. Sebelum balik tadi sempat menyinggah tempat wajib pergi setiap kali blk Melaka. Cendol mamak. hehe. Biasanya dengan pakej rojak atau mee goreng. Tapi sebelum keluar tadi dah masak. Makanya pekena cendol jer hari ni. Semangkuk RM1.40. Kalau bungkus RM2.70. Sedap ?? Tentulah. Klu tak takkan wajib pergi kan.


Lokasi dekat2 dengan Kampung Melayu. Bandar Melaka.

Friday, October 26, 2012

aper?

Eh! Baba wat aper ?
Gunting cili.
Cili tu aper ?
Nilah cili. Jauh sikit nanti pijar.
Nak wat aper ?
Nak masak.
Nak masak aper?
Nak masak pedas. Nak bagi mia makan. nak?
tak nak. mia nak tengok jer.
Kata nak tengok ni tangan merayap. pijar kang.
pijar tu aper ?
mia!!! jangan degil. baba gunting tangan mia kang.
Hah!! baba nak masak tangan mia?? (terus lari ke bilik)

Wednesday, October 24, 2012

thanks frenz

Sejak cerita pasal penyakit Mia semalam, ramai gaklah kawan2 yang turut bersimpati. Terima kasih banyak pada korang yang berkongsi pengalaman anak masing2 dan nasihat menggunakan macam2 product itu dan ini. Pening gak nak pilih mana satu tu huhu.

Semalam jerk kena keluarkan RM110. Tak boleh pecah resit pulak tu. Maknanya tak sampai separuh pun jabatan akan cover. Itu belum citer charge klinik2 lain lagi yang sebelum tu. Tapi takperlah. Yang penting Mia leh sihat balik. Rindu nak tengok kulit dia bersih kembali.

Ubat dari doktor pakar tu nampak positif pada kulit mia. Harap2 positif yang berterusan. Kalau tak boleh gak, perlulah cari ikhtiar lain kan.




Tuesday, October 23, 2012

nak tahu makna nama

Dulu2 masa kita, terima jerk mak abah nak panggil apa. Tak pernah pon peduli mak abah dok rembat nama tu kat mana pon. Yang kita tahu, bila orang panggil cam yang mak abah kita panggil tu, kita toleh jerk. Sekali orang tu panggil orang lain daaa, paling tidak pon buat2 selamba balik untuk cover malu.

Kalau tanya makna pon, bukan dorang tahu pon huhuhu. Main letak jerk asal sedap disebut. Kalau nasib baik, dapatlah nama yang baik. Kalau tak ? huhu telan jerklah. Macam nama saya ni, puas dok selak. Takder makna. Kira selamatlah tu.

Masa saya dok mengandungkan Arfan, zaman sudah kedepan. Ustaz dah dok canang carikan nama yang baik untuk anak2. Zaman jahiliah sudah berlalu ok!. Baru mengandung sehari dah sibuk beli sebeban buku duk nak carikan nama anak haha.

Lepas dah dok pulun study setiap nama. Kasi list pulak nama terbaik. Lepas tu main baling dadu pulak sebab nak pilih 1 jerk pon. Bila dah dapat, ehhhh sayang pulak nama yang lain ni nak dilepaskan. Mulalah merepek meraban kasi sambung semua nama tu. Hambik nko !!!!! Sampai tak cukup space nak tulis nama jerk haha.

Yang paling kelakarnya, lepas dah beberapa tahun. Lepas dah pulak carikkan nama untuk adik2 dia, lepas buku2 nama pon dah tah kemana, makna nama Arfan pon mokcik dah terlupa. Yang budak2 ni pulak, taksub betul ngan cikgu dia. Entah apa yang cikgu dorang kelentong kat dalam kelas, sibuk betul nak tahu nama memasing. Siap ugut2 bagai. Bila cakap, jangan takut, mama dah namakan awak dengan nama yang cukup baik. Cuma terlupa jerk apa ntah ?? Nak tahu jugak, nak tahu jugak.

Terpaksalah mokcik gi google tadi dan nasiblah jumpa.

Akmal - Sempurna, sangat pandai.
Arfan - Gratitude

Hah ?? Gratitude ?? apa ke benda tu ?? Bukan lain ker maknanya dulu ?? Cam lain jerk maknanya errrmmm apa nak jawab ni ???


Monday, October 22, 2012

Penyakit kulit Mia punya citer

Baru balik dari klinik pakar kulit hah. Dah kenapa dengan kulit mokcik?? Nak kasi hilang kedut ker ?? hehe. Kulit I tegang lagi ok. Masih mantop. Ni hah melayankan kulit si Budak Mia hah. Dah tak boleh jadi ni, penyakit kulitnya dah merebak ke muka. Betul2 kat pangkal kening. Semalam kecik jer. Pagi ni dah membulat gitu. Ado yang gondol kening anak daro den ni hah!


 

Memula ritu besar ni jerk kat lengan kiri (abaikan kesan2 hitam kat bahagian lain tu yerk. Habis satu tangan dah dihias dengan magic pen Wafiy.) Hari ni dah jadi sebesar ni.
                                  
Lepas tu merebak pulak kat pelipat tangan kanan. Pon mula2 kecik jer. Cepat betul en. Kuman ni merebak. Dalam 3 hari dah jadi sebesar ni. Dah disapu ubat pun, tetap merebak. Ngeri mokcik tengok hah.

Dah pergi 2 klinik ni, tapi krim yang dia bagi tak menunjukkan kesan yang mujarab. Jadinya terpaksa jugaklah saya pergi klinik pakar kulit Low dekat Wisma Maria JB. Payah sebenarnya bagi saya nak kesitu. Dahlah lupa jalan, nak parking kat mana pon taktau.


 
Makanya....haha en. Suami gaklah yang saya heret pi temankan kami. Huhu dahlah belum ada cuti. Kasi potong gajilah jawabnya. Anak punya pasalkan. Masa lum ada sibuk nak, dah ada sila jaga betul2 ok!!
 
Doktor kata, tu kuman punya kerja. Bila kuman tu dapat melekat pada kulit, mana2 kulit yang kurang melawan, dia kasi tawan. Penyakit ni boleh berjangkit. Jangan berkongsi towel. Ooooooooo
 
Lepas tu dapat bil. Oooomak aiiiii nasib dah dapat gaji. Bayar jerklah huhuhu
 

 

 




Sabar, dugaan

Ritu ada cakapkan yang saya rasa sayu jer hati nak tinggalkan anak dara saya sebab kena pergi kursus. Kalau tak ingat meh klik sini hehe. Tup2 kursus tu tangguh pada hari ni hingga Rabu nanti. Bila Man Kueh offer diri nak gantikan saya, senyum lebarlah saya dengan bagi support giler2 supaya dia tak tukar fikiran eteteetee.

Start Selasa lepas, Mia demam. Sahlah berjangkit dengan Wafiy. Khamis baru start selsema dan batuk. Bila dah start macam tu, saya terpaksa sentiasa ambil langkah berjaga2. Pergi klinik ambil gas. Itu jerklah ubatnya. Sebab Mia susah makan ubat. Kalau paksa pun, lepas masuk perut boleh keluar semua sekali dengan apa yang dimakannya. Tapi kadang2 bila angin baik, boleh pulak telan.

Hari Jumaat, masa ambil Mia dari rumah pengasuh, saya terperanjat bila nampak ada tanda melecur sebesar duit 5 sen kat lengan kiri dia. Terus jer saya call kak Siti nak tahu kenapa. Kak Siti kata, tanda tu memang dah ada masa dia datang pagi tadi.

Saya tanya Mia saper yang buat ? Mia tak layan pon sebab masa tu demam. Dia buat hal dia jerk.

Bila En. Suami balik dari kerja, dia bagitau dah nampak tanda tu masa nak hantar pagi. Saya jadi pelik. Sapa yang buat sebenarnya ni ?? Saya sapu minyak gamat. Tapi bukan main susah lagi sebab dia tak nak.

Esoknya, masa nak hantar ke rumah pengasuh, tengok ada pulak tanda yang serupa kat pelipat lengan tangan kiri pulak. Tapi kecil sikit. Yang belah kanan dah membesar cam syiling 10sen. Aduhaiiiii ini cam penyakit jerk. Mulalah saya rasa bimbang sangat. Tapi hantar jugak ke rumah pengasuh.

Malam tu saya pergi klinik lagi dan doktor sahkan itu penyakit akibat dari kuman. Kena jaga baik2 sebab boleh berjangkit. Dia bagi ubat sapu, tapi macam tak berkesan jer. Sebab makin lama makin besar. Malam ni, ingat nak pergi lagi 1 klinik. Kalau tak jalan jugak, terpaksa pergi klinik pakar esok.

Nasiblah saya tak pergi kursus tu. Sapalah nak handle perkara2 macam ni ? En. Suami ?? Hermmm harap tengok jer bolehlah.


Thursday, October 18, 2012

mengaji jom


Duduk dekat2 dgn mic. Nak karaoke ker apa? Hehe kan hari Jumaat. LPP adakan  mengaji beramai2 setiap minggu. Pengarah kami tiap2 minggu ada tau. Jadi anak2 buah pun seganlah kalau tak hadir. Tuan pengarah siap bagi huraian bagi setiap ayat lagi pada setiap minggu. Tabik spring betul kepada beliau.

Hari ni kami baca surah Al mukminun ayat 101 - 118. Ayat yang penuh bererti dalam hidup. Ayat yang mengingatkan adanya hari kiamat. Ayat yang menuntut kita membuat kebaikan walaupun tanpa keikhlasan. Bukankah yang menentukan pahala dan dosa itu Allah swt???

Wednesday, October 17, 2012

malas nak pi lerr

Malam tadi ada jemputan, tak pi. Hari ni pun ada jemputan pun tak pi. Mood ke laut lah. Takder semangat nak feel bos2 ni.  3 tahun dah ada bos, menyebabkan kemalasan attend meeting dan event.

Esok ada meeting Pengurusan plak. Selalunya mokcik datang semata2 nak perabihkan kuih 2 ketul tu. Start bulan ni, kena bersoal jawab plak dengan pengarah. Ooiiiiiii menci!!!! Tapi siang2 dah kira2 gaji menanggung kerja haha.

Entahlah....entah dapat ker idaknya. Macam2 spekulasi dah dengar pasal position ni. Malas dah mokcik nak pikir. Yang penting, jangan kena buang kerja sudah. Hutang banyak oiiiiiii

Tuesday, October 16, 2012

cerdas

Bukan senang nak membesarkan anak yang cerdas. Sentiasa aktif tak kira siang dan malam. Selagi berjaga, ada jer aktiviti nak dibuat. Ada banyak persoalan yang nak dorang tanya. Kita jer yang tak cukup jawapan.


Macam patung lerr

Masa nak meninggalkan IT fair dekat Danga City Mall kelmarin, terjumpa plak pertandingan makeup. Pertandingan tu berlansung kat dalam Mall tulah.

Tapi sempat snap gambar amoi ni jer. Ramai contestant yang lain. Tapi tak sempat nak ambil gambar, nak cepat. Masa saya terkial2 nak ambil gambar ni pon en. suami dah jeling suh cepat. nyampah!!

Suka tengok pertandingan cam gini. Pertandingan yang pelik2 ginilah. Dahlah amoi2 tu cantik2, comel2. Bila dah kena touchup pelik2 gini nampak cam patung.

Tapi taklah terasa pon nak beraksi cam ni. Dan minta dijauhkan dari kehendak Mia. Mohon Allah kekalkan perasaan malu kepada kami sekeluarga.

Sunday, October 14, 2012

berpeluh dah

Adoiiiiii panas betullah kat sini. Kalau kat JB kerjanya hujan jer memanjang la ni. Ada 2 bakul lagi baju dah basuh tak bersidai kat rumah tu. Maklumlah dok umah flat. Nak sidai baju pon tak cukup tempat. Basuh cukup main rajin. Nak sidai kena tunggu turn. Kesian kan nasib kami, si penduduk flat.

Bosan duk dengar masalah orang ni, lepas tu selesaikan masalah sendiri, lepas tu kena plak komdem dek juri kalau nampak cacat cela huhu

Godek2 gambar yang ada. Jumpa gambar Mia dok kejar dan pijak cahaya lampu ala2 disko tu. Huhu bukan main dia berlari dan lompat kat cahaya lampu tu.

Tak kisahlah dia berpeluh ker, kepoh ker, penat ker. Yang penting dia sihat. Kalau diam jer dan sakit lagilah susah hati kan kan.


masih disini

 Masih berada disini. Jadi pemerhati KIK. Panaslah pulak dah tengahari ni. Mana nak lari ni? Kalau boleh cabut cepat pun best gak ni hehe.

Tapi kan kan hati ni teringat kat budak bawah ni sebenarnya. Dari sabtu lepas demam sebenarnya. Tapi taklah kuat sangat. Demam sebab batuk, selsema dan kahak banyak. Tapi ligatnya..... Allah jer tahu. Gambar kat bawah ni masa dia selamba parking jab kat kerusi gerai baju kat Bazar Karat. Dah rasa tak sedap badanlah tu. Masa ni, iza dan anis dok sibuk pilih baju. Lepas rasa lega skit mulalah melompat balik.




Masih berada disini. Jadi pemerhati KIK.

steam it Tupperware

Kalau Iza dan suami tak datang, taklah berkukus pau tu, kalau tak beli pau tu, taklah diguna steam it tupperware tu haha. Itu perli en. Suami semalam.

Memanglah... yang makan pau kat rumah tu pun saya, mia, en. suami pun paling banyak boleh makan seketul jer. Nak kena masak lain pulak Untuk Wafiy dan Arfan. Makanya, duk diam2 jerlah pau segera tu kat Freezer hehe. Mujur iza dan suami datang, bolehlah guna kali ker 3 steam it tu.

Ok apa!!! Dah 3 kali gak guna. Bukan simpan wat perhiasan kan kan





KIK kiter

Sedang memberi sokongan pada peserta KIK LPP Johor cehh haha.

Hari ni kena berada di Dewan Sri Medan. Ada Majlis Sambutan Hari inovasi kat sini.

Peserta KIK dari PPK Pontian Tengah sedang beraksi. Hadoiiii pening duk atas tu ooiiiii

mokcik pi legoland?

Huh!! penat betul hari ni melayan pengantin baru. Jadual asal nak pergi Puteri Harbour dan Legoland, tapi tiba2 bertukar pergi IT Fair dekat Danga City Mall dan bergambar2 depan pintu gerbang Legoland ajer. Semua gara2 hujan huhu.

Rugilah kalau masuk kalau hujan. Confirm telan air liur jer dekat bawah payung kan. Lagipun dah tengah2 bulan ni. Lagi setengah bulan nak makan apa? Telan block lego ker apa hehe.

bila puan iza datang dgn suami

Melayan pegantin baru. Honeymoon budget. Pi menjelajah ke rumah adik beradik dan sanak saudara.

Saya ajak pi jalan2 ke bazar karat dan makan2 kat hutan bandar. Pukul 2 pagi baru sampai rumah malam tadi.

Nasiblah anak2 dah tidur petang, malamnya pi jalan2 dengan bersuka ria.

Tuesday, October 9, 2012

luper lerrrr

Hadoiiii memanglah cari nahas mokcik ni hah. Boleh pulak terlupa nak wat surat lantikan tapi dah panggil orang datang meeting. Nak wat cam mana ni hah ??

Dah lama tak pegang job ni hah. Asik goyang kaki jerk kan. Ritu dah selak dah fail pelupusan aset tu. Boleh pulak tak perasan ada contoh lantikan tu. Dah berapa lama tu ? Tahun 2009. Ooooo patutlah lupa heheehe

Kena jumpa pengarah ni. Kena wat muka sepoloh sen. Cepat2 siapkan surat lantikan dan kasi backdate. Harap2 tak kena semburlah yerk huhu.

yang diraikan

Dah pon selesai majlis meraikan anggota yang berpindah ni. Comel kan kedua2 mereka. Errkkkkk jangan gatal nak mengurat erk. Dua2 milik orang.

Yang kiri tu akan pindah ke  Negeri Sembilan walaupun orang Melaka. Yang sorang lagi berpindah ke Pahang. Dua2 berpindah atas sebab mengikut suami. Semoga perpindahan ini memberi rahmat kepada rumah tangga dan kerjaya mereka. Tahniah!!!


meeting ker makan ker

Huh!! Pagi tadi dok pulun kuih 3 jenis masa Mesyuarat Pelupusan aset. Lepas tu, buat muka selamber masuk pulak Mesyuarat Akaun. Kasi pulun 2 jenis kuih pulak. Tengahari tadi pekena Nasi Ambang sebungkus. Perrrggghhhh punyalah banyak sebungkusnya tu. Sumer selamat kat dalam perut ni hah.

Laaaa ni tengah ada Majlis Perpindahan Anggota pulak. Ingatkan Mesyuarat PUSPANITA huhhuh. Ada roti jala, popia dan kuih seri muka. Rezeki....rezeki..tak boleh tolak ni. Bukan senang nak dapat hahahahaha

Monday, October 8, 2012

meeting

Pagi ni ada 2 meeting. satu 9.00 pg dan satu lagi 9.30 pg. Sekarang ni dah pukul 9.06 pagi hehehehe masih di bilik ofis. Sebabnya nak tunggu yang pukul 9.30 pagi nyer. Meeting tu dah tak boleh nak tangguh2 sebab nak hapus kirakan semua sampah sarap aka komputer rosak kat stor tu. Boleh pulak mamat tu tinggalkan kerja majlis ni sedangkan dah patut sattle lama dah.

Meeting yang start pukul 9.00 pagi ni saya masuk lambat skitlah memandangkan slot untuk saya lambat lagi. Petang kang dengar2 ada meeting PUSPANITA plak. Tapi tak pasti lagi sebab tak nampak plak suratnya. Boleh gitu erk ?? Suka hatilah asalkan ada makan free dalam meeting tu nanti lalalaallala

kedai mamak

 
Sejak akhir2 ni saya kerap pergi ke kedai mamak berdekatan rumah kat Taman Daya. Berapa kerap ? Errmmm paling kurang pun seminggu sekali. Malam Sabtu, wajib pergi. Sebab esoknya hari cutikan. Mama dorang nak tarik nafas panjang skit.

Hari2 lain bergantung pada kesempatan masak. Kalau agak2 baju dah membukit, lantai nampak cam sakit mata, jawabnya lepas budak2 habis mengaji, jom pi E&Y kedai mamak yang ada WIFI.

Lagipun anak2 suka pergi kat situ. Boleh tengok tv screen besau, boleh main games internet, boleh download lagu2 best. Mia pun tak buas sangat sebab takut dengan mamat2 gelap tu huhuhu. Jadinyer saya bolehlah makan dengan keadaan yang ayu gitu.

Sebenarnya, saya dah lama tak masuk kedai mamak ni. Hampir enam ke tujuh tahun gitu. Seriusssss ni!!!! Dulu tak main ler mamak2 ni. Banyak kan citer kurang best sebelum ni. Tapi citer paling bengang yang en. Suami pernah buat bila dia cakap taknak dah makan kedai mamak ni, sebab mamak masak pakai spender. Lepas tu gelak2......"Mestilah pakai spender, kalau tak pakai lagilah selekeh." Hahahaahaha kelakar tak kelakar tak ??

Sunday, October 7, 2012

nk gi kursus

Gambar semalam. Arfan yang ambil masa menunggu family sepupu dekat Shell Sedenak. Kami ke Kluang semalam untuk majlis kahwin Iza di sebelah lelaki.

Dah besar Mia rupanya. Walaupun masih ngempeng huhu. Dah pandai posing pulak tu. Rasa sebak pulak nak tinggalkan dia esok. Kena pergi kursus sistem kat KL sampai jumaat ni.

Thursday, October 4, 2012

Nak jadi cam orang kaya

Malam tadi sambil temankan anak2 tidur, Arfan tanya saya bila nak pindah rumah? Saya jawab lambat lagi. Mungkin Arfan dah nak masuk darjah 4 nanti kot. Dia mengeluh sambil cakap 'errrrmmmm lambatlah lagi nak jadi cam orang kaya...'

Saya senyumkan ajer. Sebab taulah nak marah atau nak gelak.

kesinambungan dari sini



Bakery Story

Hehe hari ni terdownload 1 game. Sebenarnya nak carikan Arfan kamus English - Malay. Asik selak kamus tak jumpa ajer. Ritu dah download siap2. Tapi English - Indon. En. Suami tak berkenan. Suh carik gak yang English - Malay. Oleh kerana en. Celcom dah sampai kemuncak, terpaksalah menumpang WIFI ofis hehe.

Yang dicari dah sattle download. Tangan dok merayap pulak kat game yang ritu ada mirip2 main kat FB. Alamak!!!!! terdownload pulak. Hehehe kasi masak2 kejab ala2 MasterChep...weeeeee

Wednesday, October 3, 2012

coklat dari mahsuri

Kawan pi kursus kat Langkawi, kirim Kinder Bueno sekotak sebab harga kat sini jauh lebih mahal. Tahun lepas saya pi, sekotak gitu dalam RM20++. Sekarang ni, RM18.20 lah pulak. Bagus2. Ini menunjukkan perniagaan coklat kat sana bertambah maju sehingga boleh jual harga borong hehe. Kalau turun lagi, mokcik ingat nak wat meniaga plak ahaks!

 
Kirim pon sekotak jer, maklumlah kesian kat kawan tu hah. Dia pon nak gak beli barang dia kan. Lagipun walaupun murah, RM18.20 jugak habisnya. Leh wat 4 hari makan tengahari tu. Puan Mysara kasi lagi seplastik coklat sebagai cenderahati. Dia bagi banyak, tapi sempat ambil gambar segitu jer. Sebab dah wat sarapan pagi ni hehe.

Bila dah dapat free ni, yang paling sedap kat lidah saya DAIM. Patutpon orang selalu sebut DAIM sedap! Jatuh ditempat kedua, KISS. Yang lain tu lidah mokcik kata tak berapa nak minat rasa dia. Suker ekau lah lidah mokcik, dah bagi free pon banyak plak kritikannya huhhuhu.

Kinder Bueno tak bukak lagi. Nak wat surprise kat Wafiy, si hantu coklat. Macam mana pun kompom nak celok 1. Kesedapannya dah terasa2, tapi masih dibawah kawalan.

Tuesday, October 2, 2012

merajuk


Mintak tab kejab jer sebab nak buat kerja skit. Huh! Buat muka gitu sebab tengah syok main games. Ngalah duit dia jerk yang beli tab ni. Banyak cantik!!!!

tamak

Mula2 berebut dengan Arfan keropok ikan tu. Bukan main tamak lagi, abang mintak satu pon tak boleh. Mulut pon bising bukan main marah2. Lepas tu senyap jerk. Rupanya dah tertidur kat lantai. Anak...anak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...