MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, December 29, 2013

BALIK KAMPUNG, URUT KAT KAMPUNG LAIN

Hehehe asal cuti ajerk blog kompom sunyi sepi. Kan saya ni makcik2. Kalau cuti manalah nak pegang gajet2 ni. Lantaklah eh apa pon nak jadi kat dunia luar hah. Saya banyak kerja nak uruskan dunia saya haha. Mokcik tak sempat ooiiiiii. Kalau berhajat pegang pon boleh sempat on jerk. Lepas tu ada rampasan kuasa berlaku punya. Malas Mokcik nak berebut2 dengan budak2 ni. Dah tua2 ni, perangai biar senonoh sikit. Jangan plak nak berebut2 cam budak2 kan kan hehe.

Kompius tak korang baca tajuk tu haha. Mokcik dah tulis cancel tulis cancel dah nak 5 ke 6 kali. Last2 stay jerk kat tajuk tu. Tak tau nak tulis cam mana lagi. Kang nak xplain bebetul....ada plak tajuk lagi panjang dari N3 haha. Layan jerklah....................

Saya cuti 2 hari lepas krismas ritu balik kampung Melaka. Ambik budak rambut dah cam sarang tebuan kat kampung tu hah. Boleh plak dia cakap kat atok dia tak payah gunting rambut dulu sebab tengah cuti sekolah lagi. Nak pengsan Mokcik jumpa dia haritu. Selamba jer muka sengih2.

Kulit punyalah hitam legam dah macam pekerja restoran mamak. Nasib muka jawa kuat. Lesung pipit memikat haha. Masa saya sampai Melaka haritu, dia takder pon kat rumah. Ikut Makusu dia pergi berjimba kat Genting. 

Ini bukan gambar kat kampung Melaka. Ni kampung en. Suami kat Adela. Tadi terjumpa plak gambar ni  saya snap masa balik kampung awal bulan hari tu. Cik Mia ni kalau korang nak tau, bukan boleh nampak atok dia duduk2 macam ni. Dari kecik dulu dia kompom terhegeh2 kat atok dia mintak urut. Selagi atok dia tak layan, selagi tu dia dok ajak atok berbual. Tanya itu, tanya ini, soal itu, soal ini. Sajer jerk atok buat2 tak paham. Last2 atok mesti kalah punya lepas tu offer urut. Laju jerk dia meniarap hehe.


Selamba jerk muka bila kena urut kan. Kita plak yang risau lepas tu tanya dia tak sakit ke Mia? Sengih jerk sambil geleng2 haha. Kalau dulu masa kecik2 atok siap tarik2 kepala, tarik2 kaki, tarik2 tangan. sampai berdetup2. Bukan main suka lagi cik Mia sampai terkekeh ketawa. Tapi sekarang bila dah besar atok dah tak larat. Setakat urut2 biasa jerk. Lepas dah kena urut barulah dia pi main jauh2 skit. Baru tenteram orang tua tu haha.


2 comments:

Lynn Huraiza said...

urut memang best la kak...lega jer bila dapat diurut...

Azlina bt. Azis said...

akk x suka kena urut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...