MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, May 31, 2012

sunyi

Uwaaaaaa nasiblah ada radio kat caw. Pendaftar ni. Kalau idak sunyi sepilah jawabnya. Mejoriti dah pakat ambik cuti hari ni. Yang tak cadang2 cuti pun tetiba cuti emegency. Bila dah sunyi2 begini, pastinya perasaan nak balik kampung membuak2. Dah macam nak balik raya pulak rasanya. Nasiblah takder lagu2 raya. Mau menitis2 air mata sensorang ni. Takper2, minggu depan korang pulak rasa cam yang saya rasa rini yer. Saya kasi pulun x datang opis seminggu. Hahahaha seminggu tau!!!!



Malam ni, lepas kemas2 terus bertolak balik Felda Kledang. Kampung en. Suami. Esok pagi2 dah kena bersiap untuk hantar adik ipar menikah. Jangkaan nikahnya pukul 9 pagi. Jangan air liur pon tak sempat nak kesat dah tok kadi hulur tangan nak nikahkan.

Musim2 orang kawin ni, biasalah banyak sangat yang nak menikah. Kena booking masa cepat2. Kata en. Mertua, ada 10 majlis nikah esok. Bukan pengantin yang berpeluh tu, tok kadi yang berpeluh2 nak pi satu2 rumah. Jangan pengantin buat spoil tak boleh akad dah. Ada pulak tok kadi berlagak guru besau pulak sebab sumer cikgu2 tengah cuti. Hahahaha

ubah fikiran

Tiba2 en. Suami tepon nak hantar jugak balik Melaka Ahad ni. Aik ???!! Kan dah setuju saya jerk balik pagi2 Isnin nanti. Drive sendiri. Kalau lepas subuh bertolak, anak2 pun sedang tidur. Jalan pon tak banyak kereta. Jadi takderlah gangguan. Paling lambat pun, pukul 9 lebih sampai dah ke Melaka.
Tapi dia bertegas jugak nak hantar. Dia kata akan balik ke JB balik petang Isnin tu. Dah deal ngan Iza suh beli tiket bas. Errmmm ??? Dah kenapa laki ku ini ???  Sila klik sini

Wednesday, May 30, 2012

pic cantik


Pic ni bukan saya atau en. Suami yang ambil. Tapi, Wafiy yang ambil dengan Samsung Galaxy Y. Sebelum tu Arfan yang asik teruja sebab pakcik roti tu boleh wat roti tu jadi kembung2 begitu. Bukan main kepoh lagi dok puji2 pakcik roti tu. Bila Wafiy datang, diapun kepoh gak macam abang longnya. Dah macam pertunjukkan silap mata kat situ. Dok bising suara dorang berdua. Spontan Wafiy ambil gambar ni sebab dia sedang main angry bird. I love this pic. Cantik!! Boleh jadi photographer anak mama ni.

kacang

Kalaulah Arfan dan Wafiy makan apa2. Walaupun ice cream paling sedap didunia. Walaupun kek paling lazat di alam semesta hahahaha. Tengah sedap2 makan, kalau terkunyah kacang, mahu termuntah belahak semua yang dah ditelan. Paling tak pun diluekkan semua. Kompon dah tak jadi makan.

Tapi ini budak kecik Mia, sampai korek semua kacang kat atas tempeyek. Siap alihkan kerusi meja makan menghadap tv. Dah macam tengok movie kat panggung wayang lagaknya. Sila klik sini

kisah UMobile

Semalam excited sangat sebab dah daftar UMobile kat depan Maslee. Kata Amoi tu, 2 ker 3 jam dah boleh pakai. Jadinya, kalau tak pukul 9 malam, pukul 10 malam dah boleh melayari internetlah ni.

Balik rumah dengan excited siap2kan kerja rumah. Tak masak pon. Sebab lauk semalam ada lagi. Just nak masak telor dan potong timun untuk tambah2 lauk. Bila dah pukul 9 malam. Cepat2 install. Tapi cam belum boleh pakai. Tunggu jerklah pukul 10 malam. Ni kompon boleh, sebab dah amoi tu cakap 2 ker 3 jam kan.

Bila dah pukul 10 malam, cuba connect. Eh tak boleh jugak ?? Takper2 tidur dulu. Besok bangun pagi2 dan download mana2 movie yang best.

Pukul 3.50 pagi terjaga. Wahhh!!!! Semangat U....Mobile. Pi connect dengan senyum simpul. Hampeh!!! Tak boleh gak. Ini tak boleh jadi. Keluarkan sim kat dalam modem dan masukkan kat Samsung Galaxy Y. Eh!!! Tak boleh gak ??? Nak baling ke dinding ker?? Nak buang dalam lubang jamban ni ??? Relax2 dulu. Jangan2 line kat rumah ni x ok kot ?? Problem ni. Jadi angkut sumer dan masuk dalam beg. Try kat Office pulak. Sementara nak tunggu azan Subuh pi lipat baju yang menggunung dulu hehehehe.

Sampai opis, nampak Man Kueh dah balik dari bercuti kat kampung. Wah!!! Berseri2 Man Kueh. Cam baru lepas jumpa awek kampung jerk. Suh dia tengokkan Berokband tu. Setakat boleh install jerk. Memang tak boleh connect. Mood memang bengang betullah!!!!! Siap engkau amoi, kalau tak boleh gak lepas jumpa kang, kompon aku sunat engkau!!!!!!


Jom Mia bawakkan -Sila klik sini

Tuesday, May 29, 2012

kisah peperangan

N3 pagi tadi dah cakap nak citer kisah peperangan saya dan anak2 kan ? Ni hah nak story. Semalam, belikan Arfan bayblade seperti yang dia mintak. Entah betul ker ejaannya. Lantaklah asal korang paham dahlah hahaha.

Balik jerk kerja, terus ambil dia kat taska dan Wafiy kat Nuri. En. Suami ambil Mia kat rumah pengasuh. Kami bertemu kat parking rumah. Lepas tu guna kereta saya pergi Maslee. Kenapa Maslee? Sebab kat situlah kata Arfan ada jual en. Bayblade tu. Masa tulah kejadian tinggal kunci kereta en. Suami kat dalam kereta saya hahahaha.

Sebelum pi masuk kat Maslee, singgah kejab kedai UMobile kat depan Maslee. (Kang ada cerita pasal UMobile ni yer hihi) Lepas dah sattle dengan kisah sedih ni, kitaorang pergilah beli en. Bayblade tu. Beli 2 untuk Arfan dan Wafiy. Jangan belikan untuk Mia, dahlah perangai cam samseng. Kang jadi tomboy plak, kata Arfan.

Malam tadi, bersuka rialah dua orang beradik tu dengan bayblade masing2. Tapi, bila dah ujung2 malam. Bunyinya cam dah lain. Ada bunyi sentap2 sikit. Ada bunyi pujuk2 sikit. Ada bunyi merajuk2 sikit. Oleh kerana ada kerja lain, saya malas nak ambil tahu.

Pagi tadi, Arfan nampak cool jerk. Wafiy jerk yang excited kehulu kehilir dengan bayblade. Saya masukkan baju Arfan kat dalam beg lain, sebab beg yang biasa dia guna saya basuh malam tadi. Jadi saya bagitau Arfan yang bajunya saya masukkan kat dalam beg ni. Nanti boleh masukkan mainan sekali kat dalam beg ni. Tiba2 Arfan tercebik2 dan berguguran air mata. Sambil tersedu2 dia cakap macam mana nak bawa bayblade. Wafiy dah ambil yang dia punya.

Apa lagi, dah beberapa hari ni tak kuarkan volume berkuasa tsunami. Dah kumpul lama gak ni. Sekali saya bertempik panggil Wafiy. Konpom bukan setakat jiran depan jerk bergegar. Sah2 satu blok bergoncang. Dah beli sorang satu pun boleh berebut2 lagi. Saya suruh Wafiy cari sampai dapat yang satu lagi.

Macam biasalah. Mulalah Wafiy buat tunjuk perasaan. Dia kata Arfan yang hilangkan bayblade dia. Meraung2 tak tentu pasal. Geram sangat dengan perangai Wafiy. Saya ugut lagi. Suruh cari jugak sampai jumpa. Kalau tidak semua bayblade tu saya masuk kat dalam tong sampah besar kat hujung blok. Bertambah meraunglah dia.

Masa dia dok berhentak2 tu, dia tertolak tempat duduk dekat dengan tv. Sekali terkeluar bayblade dia satu set kat bawah kerusi tu. Dalam meraung2 tu, boleh pulak dia terketawa dan cakap hah!! ni pon dia. Arfan pon yang tengah meleleh2 air mata boleh tersenyum dan melompat turun dan berbahagi bahagian masing2. Saya yang tadi dok hangin satu badan terkedu melihat dorang. Macam gini drama pon boleh terjadi erk ??? Sila klik sini

mana kunci kereta ?

En. Suami wat lawak pagi ni. Dia ingat masih dalam Musim Raja Lawak kot ?? Tadi, masa dah siap2 nak pi kerja. Dia dok keluar masuk bilik mencari kunci kereta. Belum tanya, saya dah bantai bebel. Mana taknya, suka sangat letak kunci merata2. Kat mana dia landing, kat situlah dia campak apa2 yang ada kat poket dia. Saya tak tolong carikan pon. Sebabnya saya sendiri kejar masa.

Masa saya dah capai towel dan masuk bilik air. Saya dengar suara dia marah2. Lepas tu tutup pintu kuat2. Dah lambatlah tu. Confirm pakai spare key tu.

Lepas dah siap2 dan berperang ngan anak2 (kejab lagi saya citer kisah peperangan ini) saya pon terus masuk kereta dengan riang ria. Wakakakakakaka apa apa jerklah en. Suami ku ini.

Katalog 4/2012

Uwahahahaha kelakarlah. Ada pulak yang sentap dengan blog saya ni sebab takder katalog terbaru. Kan dah cakap, kalau nak tengok katalog add lah fb azlina azis N Tupperware. Semua ada kat situ. Gambar bekas yang original pon ada sekali.

Tapi jawabnya, gambar kecil. Harga tak nampak. Ooooo yerk ker. Baiklah, meh cuci mata dengan katalog yang dah sebulan kebabommm ni. Masih ada sebulan lagi. Selamat mencuci.......























Best kan!!!!!

kg Kota Tinggi vs kg Melaka

Minggu lepas kena balik kampung en. Suami sebab jiran depan rumah mertua ada kenduri kahwin. Mulanya saya malas nak balik sebab beriya nak balik kampung Melaka. Ada kenduri arwah sebenarnya. Kenduri arwah Pak Itam. Hari kematian hari tu, tak balik. Ingatkan kenduri arwah minggu lepas, dapatlah jumpa Mak Itam. Tapi en. Suami bertegas nak balik kampung dia jugak. Dia sanggup hantar kitaorang balik Melaka dan patah balik ke Kota Tinggi. Amboi!!!! Macam bekas makwe jerk yang kahwin. Bersungguh2 benar!!!

Akhirnya terpaksalah saya dan anak2 mengalah sebab taknaklah menyusahkan dia. Kang jadi apa2, menyesal pun tak berguna kan. Lagipun minggu ni, kena balik lagi kampung dia sebab adik ipar pulak kahwin. Tapi kendurinya kat rumah belah perempuan. Hari Sabtu nikah. Hari Ahad makan besarnya. Beranilah tak balik!!! Kalau nak kena sangat dass2 panas dari bapak mertua hehehe.

Oleh kerana anak2 yang nak balik sangat kampung Melaka, saya atur strategi jugak balik lepas kenduri selesai nanti minggu ni. Tapi nak drive sendiri.............


Sila klik sini

Monday, May 28, 2012

asam pedas siap!!!!



Yum yum kata Arfan. Sampai berpeluh2 makan. Tapi makan sepinggan jer malam tadi. Sebabnya dah terambil pinggan nasi untuk en. Suami. Nasi membukit dalam pinggan tu. En. Suami bengang jerk sebab Arfan dah tuang kicap. Nasiblah habis. 

Malam ni nak masak apa pulak ?? Errmmm asam pedas ni ada sikit lagi pagi tadi. En. Suami bawak bekal sikit ke tempat kerja. Saya tak bawak sebab ada majlis perpisahan untuk Maya. Mestilah banyak makanan. Jadinya, makanan malam ini ialah asam pedas semalam. Telur dadar. Timun potong jerk hahahaha 
Sila klik sini

asam pedas bendi

Baru ambil bendi dari Gee tadi. Katanya banyak dia dah kutip. Orang2 LPP jugak yang tanam. Siapa ?? Lupa nak selidik. Pastinya orang yang berhati mulia. Menyelamatkan duit gaji saya hari ni nak makan asam pedas. Terima kasih yer pada yang tanam. Cantik2 bendinya. Tak macam kat S'Mart. Kalau silap pilih, mau cam gigit kulit kayu gamaknya. Huhhuhuhu



Tengahari tadi dah beli ikan pari dan ikan merah. Ikan pari untuk Arfan. Ikan merah untuk en. Suami. Mama makan bendi jerklah. Ceh!! Mia dan Wafiy makan ikan selar goreng dengan kicap yer hehehehe


Nak siap2 balik. Nak bersilat kat dapur. Alaaaaa topup broadband dah habis pulak. Kalau x boleh masukkan N3 asam pedas malam ni. Marbelesss habis!!!!!! Perasanlah pulak.
Sila klik sini

pergi London

Arfan : Mama kena pi London arr
Mama : Hah!! Jauhnyer...nak buat apa sampai ke sana ?
Arfan : Kita picit kaki mama ni dah tebal. London boleh kecikkan ma.
Mama : Eh! yerk ker ? Mama tengok cam biasa jerk ni. Dulu pon cam ni apa ?
Arfan : Mama dah gemuklah. Jom kita beli tempat timbang tu. Mesti dah 100 berat mama.
Mama : Wah!! melampaunyer
Arfan : Alaaa mama pergi jerklah London tu, nanti kita boleh main salji.
!!!????!

Sunday, May 27, 2012

ooo mender ni


Beg ni sebijik bentuknya cam beg simpan stok susu pam. Cuma cantik skit arr sebab ada gabungan warna dan poket. Saya garu2 kepala bila en. Suami serah pada saya minggu lepas. Kat rumah saya ni ada macam2 jenis beg sebenarnya. Macam2 corak, macam2 pesen, macam2 kegunaan. Semua saya peruk kat dalam beg besar kat bawah katil. Nak buang sayang, bila simpan buat penuh rumah. Ini datang satu lagi. Memang cantik, tapi nak wat apa yerk. Setakat nak simpan susu dengan botol susu bolehlah. Nak masuk air suam dan air panas kena masuk beg lain pulak. Payahlah...

Simpan susu pam ???? Hehehehehe dah tak pam dah, dah pencen ni. Sila klik sini

gila sekolah

masa umur belum layak sekolah, sibuk sangat nak sarung baju sekolah. sibuk sangat nak wat kerja sekolah. Sampai kalau leka, habis buku abang2 dicontengnya. Tunggulah dah kena sekolah nanti, nak kena bangun pagi nanti, nak kena mandi pagi nanti. Kalau buat perangai...meh kasi dasss kat bontot.


kuat makan

Sejak dua menjak ni, bila nak masak, bila nak makan teringatkan Muhammad Akmal Arfan. Hehehehe itulah nama panjang en. Arfan @ ayon. Kenapa ??? Sebab dia kuat makan sekarang. Tiap2 hari balik sekolah, bila nampak jerk muka saya, soalan pertama ' hari ni masak apa ?' Terkedu mama dia. Walaupun masa dia tanya tu dah nampak yang saya sedang basuh pinggan mangkuk. Dia tetap menjengah dapur masak walaupun dah nampak ada 2 tungku jerk kat atas tu.

Sebagai seorang mama yang teringin nak dapat gelaran 'ibu mithali' wajib memikirkan hidangan apa yang nak disajikan. Bila dah buntu, en. freezer pon dah tak dapat nak kuarkan lauk, jom cari tukang masak professional. Jom!!! Makan kat kedai. Kedai mamak sorry yer. Sebab mamak masak pakai spender. Hahahahaha en Suami selalu akalkan Wafiy dengan kata2 tu. Dia suka bila Wafiy buat muka blur.

Malam kelmarin, tak masak kat rumah. Sebabnya nak balik kampung, malas nak beli lauk, malas nak kotor2kan dapur. Balik Sabtu dan Ahad jerk, tapi persediaan cam nak melepek seminggu. Taktir kotor betul!!! Tapi dorang kesah apa, mama yang belanja kan. Gaji dah masuk hehehehe

Selera nak makan roti canai jer. Jadi pergilah kat satu kedai area Taman Daya. Semua pakat order roti canai. Tetiba Arfan order kuehtiaw sup. Layankan ajerlah, yang penting kenyang.

Bila dah saat2 akhir melayan roti canai, kuehtiaw sup Arfan dah licin. Selamba pergi kat pakcik tebar roti canai tu dan order roti kosong 1. Amboi!!! Boleh selamba kodok jerk yer. Zaman mama dulu sebaya awak, bukan tak berani nak order sendiri, nak dapat makan kat kedai pon tak pernah tau. Nak tapau makan kat rumah pun tak pernah. Apa yang nenek masak, itu jerklah yang makan. Untungnya budak zaman sekarang. Apa yang nak boleh main order jerk. Tau2 nanti mak bapak boleh bayarkan.

Disaat dia patah balik ke meja, dah saya terlopong tengok dia. Arfan tersengih2 sambil gosok2 perut dan cakap. Kita lapar lagilah. Saya katup semula mulut dan meghirup teh panas. En. Suami gelak2 sambil melayan Mia.




Friday, May 25, 2012

makan vs pening

Bila dah tak tahan tadi, terus balik rumah. Terus capai ubat klinik semalam dan telan. Terus masuk bilik, switch on kipas dan tv. Ingatkan bila dok hayal tengok tv nanti tertidurlah. Rupanya kepala lagi berpusing. Tutup tv, tinggikan bantal, buat2 lelap mata. Tertidur jugak akhirnya.

Sedar2 dah pukul 2. Rasa kepala ringan sikit. Lepas sembahyang zohor, terus drive balik office dulu. Sekali teringat ada barang Tupperware dah sampai kat Kanggaroo. Jadi pergi Johor Jaya dulu. Tak jauh pun dari office. Lepas dah ambil barang, ingat nak singgah S'Mart nak beli makan jap. Pening2 ni, asik ingat nak makan ajer. Konon2nya kalau makan boleh hilangkan pening, malangnya sama jerk rasanya.

Dalam hayal2 memandu, boleh pulak terus menuju ke ofis. Cet!! Kan nak pergi beli makan tadi. Adoiiii masalah betullah kalau dah berhayal sambil memandu ni. Rasa segan pulak nak pusing balik sebab jam dah pukul 2.50 petang. Tapi, bila masuk caw. Urusan Pendaftar sunyi sepi. Kecuali staff lelaki. Yang pompuan2 ni pergi hadiah Maya tadi. Errmmm...letak beg, start enjin, pergi smart hahahahaha kalau makan punya pasal laut bergelora ke hujan petir pun sanggaup direnangi.

Bila sampai office balik dah pukul 3.05, orang perempuan masih belum balik. Ni beli hadiah ker, buat hadiah agaknya. Makan Mihun Pataya dulu. Makan suku jerk. Kenyang lagi sebenarnya. Sebab pagi tadi ada mesyuarat sekejap. Dah makan 2 biji karipap. Lepas tu makan pulak 11/2 roti canai. Malam ni pulak teringin nak makan ayam penyek kat Pasar Borong. Entah en. Suami rajin nak bawak ker idaknya. Eh!!! Berselera betul pompuan pening paler ni!!! Sila klik sini

Thursday, May 24, 2012

pening lagi

Ada beberapa N3 sebenarnya nak lapor semalam. Tapi kena pening kepala tahap gaban. Memang betul2 tak tahan bila dah masuk tengahari. Bila pergi klinik, doktor kata tekanan darah ok. Takut jerk darah tinggi kan. Dia kasi ubat tahan sakit, ubat sakit kepala dan ubat gastrik. Gastrik ????? Huh makan sepanjang masa doktor. Tak mungkin gastriknyer. Tapi ambil jugak sebab malas nak banyak cerita. Sampai lupa nak mintak MC.

Dari Isnin lepas memang rasa kepala melayang jerk. Tapi taklah teruk macam semalam. Sekarang ni pun rasa macam dah kuat sikit. Ubat boleh tertinggal kat rumah. Bagus kan.

Rasanya ini jerklah N3 hari ni. Nak balik rumah ambil ubat. Nak rehat kejap. Dah start macam tak tahan jerk ni. Sila klik sini

Wednesday, May 23, 2012

Nyaris

Huh!!! Semoga dibawah lindungan Allah sentiasa....

Tak sampai 15 minit tadi, masa menuju ke tempat kerja, masa sampai ke bulatan kat jalan belakang Taman daya, bila tengok pusingan tu clear terus masuk. Bila masuk jerk, tetiba nampak ada kelibat melintas kat depan. Serta merta brek. Alhamdulillah...otak dan kaki saya masih bekerjasama dengan baik. Masa brek orang tu betul2 kat depan kereta. Rasanya lagi seinci dua dah bersentuh basikalnya. Mujurlah masa tu tak panic cam makcik yang kereta pi depan belakang last2 masuk kedai motor tu. Kalau tidak, confirm orang akan kata, 'POMPUAN....'

Lelaki berbasikal tu sempat toleh kearah saya dan menyengetkan badannya. Lepas saya dah brek, terus jerk dia mengayuh basikal dan terus pergi. Saya pun, macam biasalah mana nak tunjuk panic pon, terus jerk keluar ke jalan yang saya nak tuju dengan muka selamba. Dalam hati punyalah cuak.

Membayangkan kalaulah saya tersondol orang tu tadi. Confirmlah saya yang salah kan. Sebab dia dah berada kat pusingan tu, maknanya itu jalannya. Saya perlu tunggu sampai dia lepas, baru saya boleh masuk kat jalan tu. Tapi, macam mana saya boleh tak perasankan dia. Adakah sebab dia hanya berbasikal. Bukan Merc, BMW atau Honda.

Dalam masa saya memandu, saya mula berfikir. Lelaki tadi memakai basikal hitam, berbaju kemeja coklat petak2 yang agak lusuh, berseluar gelap dan bertopi coklat lusuh juga. Gambarannya sama seperti permandangan jalan disitu yang lesu. Mungkin  sebab itu, saya tidak perasan.

Bila dah berlaku begini, barulah saya bersetuju sangat dengan saranan kerajaan yang pemandu motor dan basikal perlu memakai pakaian yang terang semasa memandu. Begitu juga dengan pejalan kaki. Bukannya pemandu kereta dan kenderaan besar lain berlagak nak cium2 anda saja2. Sebaliknya memang tak perasan. Sungguh!!!

Memanglah kalau kena pun, bukan korang yang salah. Tapi, sapa yang sakit, sapa yang menderita, keluarga siapa yang turut merasa sukarnya. Sedaya upaya cubalah menjaga gaya pemakaian ketika memandu yer teman2. Cubalah ikut mana yang termampu, tapi kalau nasib tak baik juga. Adalah hikmah disebaliknya. Insyaallah....

gigit


Uuuuwaaaaaaaaaa sakitnya. Baru jerk kena gigit dengan budak Mia ni. Sampai berbekas, siap berdarah hah! Bertuah punya anak. Sekarang ni, kalau tak dapat apa yang dia nak, paling tidak kena cubit yang paling menakutkan kena gigit macam kejab tadi. 

Risau betul dengan perangai Mia baru2 ni. Masalahnya, kesian jugak kat dia. Bila dia mencubit atau menggigit, secara automatik kita mesti tolak dia. Kalau hilang kawalan, mesti kena pang sekali dua punya. Dia jugak yang sakit. Lepas tu bantai nangis.

Kadang2 bukan kita sajer2 taknak bagi apa yang dia nak. Tapi sebab tak faham apa yang dia nak. Bila tanya baik2 pon. Dia dah mula meradang. Startlah perangai mencubit dan menggigit dia tu. 


Saya cukup risau dengan perlakuan Mia di rumah pengasuh. Kalau kejadian begini berlaku, apalah yang dorang akan buat yer ?? Jauhkan perkara tak baik ya Allah. Lindungilah anak2 ku. Semoga hilanglah tabiat Mia ini.Sila klik sini

Tuesday, May 22, 2012

Nak kempis macam Man Kueh

Hadoiiii... kekenyangan. Pagi tadi laparlah sangat. Sampai abaikan nak pi Stokis Tupperware Taman Molek, sampai abaikan tuang minyak kereta yang dah menyala sejak pagi tadi. Sebab nak kejarkan makan punya pasal.

Makan nasi campur penuh satu pinggan. Tak order air sebab nak jimat hahahaha. Tapi, beli buah potong 2 hinggit. Belanja untuk makan tengahari ni jer RM6.50. Semua dah habis masuk dalam perut. Mata pun dah turun layu.

Sekali, Man Kueh masuk. Tanya dia makan kat mana ?

Tak pergi makan pon. Balik Rumah jerk.

Huh!! Patutlah kurus kering.

Berat saya 62 kg

Hahahaha tipu. Berat akak pon dah 60 kg

Terus pi kat alat penimbang dan suruh tengok.

Hahhhhhh!!!!! Betullah. Kurus kering gitu berat 62 kg. Uwaaaaaa ini tak adil. Habis nak turunkan berat sampai berapa ni baru nampak kempis macam Man Kueh ???

Masa berat 53kg. Itupun masih nampak besar dari Man Kueh. uwaaaaaaaa
sila klik sini

mana handset

Arrrgggghhhh mana handset ni ? Cari dalam beg xder. Geledah dalam kereta pon takder. Kan tadi kat rumah ada pegang. Ambik gambar beg yang en. Suami suh pilih tu. Lepas tu pi letak kat mana ?

Beg duit kat atas almari bilik ada plak kat dalam beg. Jam tangan yang selalu hilang kat umah pon ada jugak kat pergelangan tangan ni. Bil elektrik kat atas microwave tadi pon ada gak terselit kat dalam beg ni. Tapi kenapa handset yang memang dah pegang tadi boleh tak sempat campak kat dalam beg ??

Tensionnya.....penting handfon tu rini. Nak wat order lagi rini. Kang stokis tak sempat pos barang pulak. Customer nak minggu ni jugak. Nak transfer duit jugak. Kalau takder handset macam mana nak terima tac number ?

Uwaaaaaaa kena balik umahlah ni.......meh klik sini



Alhamdulillah...tomyam sudah siap

Balik jerk petang tadi, terus bersilat kat dapur. Masak tomyam Arfan. Oleh kerana hari tu guna ayam, hari ni guna daging jerk. Beli daging lembut. Sekilo RM15. Tapi beli setengah kilo jerk tadi. Kira RM8. Nampak gak udang besar2 tadi. Tapi leh pandang jerklah. Jimat2 skit, hehehe dah hujung2 gaji kan. Makan jerk apa2 yang termampu. Lagipun nak nyiang udang ambil masa gak. Kang pukul berapa baru leh makan. Sila klik sini

 

Berapa dah dapat ??

Huhu kejab tadi ada kawan tanya. Berapa dah dapat sejak tulis blog ni ? Saya ternganga kejab memandang muka dia. Kemudian terus ketawa terbahak2 tapi masih ala2 manja gitu. Tak menjawab pon. Sekadar menyambung dengan senyum sambil menggaru2 kepala (walaupun tak menggaru pon. just membayangkan begitu huhuhuhu)

Tengoklah berapa jerk follower saya, tengoklah berapa visitor saya, tengoklah apa sangat cerita saya, tengoklah traffic saya. Huhuhuhu.... janganlah tanya berapa. Saya nak sebutpun....takyahlah sebut.

Buat masa ni, saya hanya menulis untuk suka2. Sambil bercerita pasal Tupperware, saya mengarut2 pulak pasal cerita2 suka duka saya. Sejak akhir2 ni seronok pulak menulis. Lepas tu, anak2 pon suka baca. Kengkadang dorang yang bagi idea nak tulis apa. Indah kan hidup ini. Walaupun sering pening kepala. Meh klik sini


Mia peduli apa.....

hujan lagi..

Hari ni hujan tak menentu. Suka2 nak turun dia turun, nak berhenti dia berhenti. Pagi tadi hujan sekejab, ingatkan dah kasi sattle. Rupanya tengahari tadi dia turun lagi punyalah lebat. Sampaikan makan kat S'Mart tadi cam makan kat tepi pantai kena kempias. Sekarang ni jam 3.40 petang hah hujan lagi. Wah....banyak betul takungan air kat atas yer.

Selalunya kalau nak turun pagi, dia turun puas2 lepas tu dah tak turun2 lagi. Kalau nak turun petang, dia kasi turun puas2 gak, lepas tu dah tak turun2 lagi. Kalau malam yang part paling best. Bergulung semua dengan selimut. Nak hujan satu malam pon takper.

Walau macam mana pun, kalau ada guruh ngan petir dah jadi lain pulak. Semua kecut perut. Guruh sekarang ni, main panah jerk mana dia suka. Dah makin banyak syaitan kot. Kengkadang tu rasa cam nak tembak kita jerk. Bunyinyer cam dah dekat sangat. Memang menakutkan. klik sini 

Monday, May 21, 2012

mana satu ?

Teng tong....mesej masuk. Siap ada gambar. Tolong pilih mana satu ??


Amender ni ?? Siap pusing2 telefon.

Lepas tu call masuk. "Pilih nak yang mana ma, cenderahati persatuan. Kena bayar RM2 sebulan."

Oh....warna oren jerklah (main agak2 jerk). Balik kang baru tau beg amender tah. Ok ker pilihan saya tu ??

cendawan 2 peket

Pencarian cendawan akhirnya berjaya ditemui. Hari ni, nak sambar berapa peket pon ada. Tak payah nak tanya2 lagi, berbukit2 kat semua kedai kat dalam S'Mart. Semua segar2, putih2 melepak lagi. Tapi saya beli dua peket jerk. Hehehehe poket dah nipis ni oooiiiiiii nak tunggu 3 hari lagi kalau x sangkut.
Dah terbayang2 campak kat dalam tomyam di saat2 akhir nanti. Masak guna TupperChef Fryer plak tu. Bila dah tutup api pon, tomyam masih mendidih manja. Pasti segar2 jerk masuk dalam mulut. Mesti Arfan makan bertambah2 nanti. Mesti puji2 mama masak sedap nanti.

Ceh!! Moga angan2 ini menjadi realiti yerk. Janganlah ada yang buat spoilt.

kesiannnn...

Alahaiiiiii kesiannyer, kerepek pon dah sold out. Tunggu yer, tunggu hari Jumaat ni Insyaallah penuh balik.

balik kampung ??

Beberapa minggu ni Wafiy dok ajak balik kampung jerk. Nak balik kampung Melaka. Nak tunjuk kat kak Nabila yang Arfan rakam video dia nyanyi lagu - Lagu Untuk Nabila. Mesti Kak Nabila ketawakan mama ??

Asik itulah modalnya supaya nak balik kampung. Asal weekend, celik mata, tanya bila nak balik kampung. Ingatkan nak balik kampung cuti sekolah nanti. Tapi banyak pulak agenda kawin2 kat umah mertua. MInggu ni, ada main kawin2 jiran depan rumah mertua, minggu depannya adik ipar nikah dan esoknya naik pelamin. Minggu depannya lagi main kawin2 kat umah mertua pulak. Habis hujung minggu cuti sekolah dikerjakan. Serba salah pulak jadinya. Cam mana erk ? Nak balik ker idak nak balik ker idak ?

Malas sebenarnya nak balik setakat sehari dua ni. Badan penat, belanja pon tak berbaloi. Anak2 lagilah bengang tak puas main. Errmmmm nak balik ker idak ni ??????????

(cuma gambar hiasan - gambar tahun lepas)

cendawan oh cendawan

Pagi2 dah kena inject memori beli cendawan. Saper yang inject ?? Itu boss makan lah. En. Muhammad Akmal Arfan. Kalau bab makan, kat mana nak makan ?? Nak makan apa ?? Nak masak apa ?? Meh kasi kat dia. Terus jerk beridea.

Nampak jerk badan kecik. Selera top ten. Sebelum keluar dari kereta menuju ke taska, ingatkan sekali lagi. Agak2 kalau tak buat gak tomyam ada cendawan tu, macam mana perasaan dia balik sekolah nanti ?? Selagi mama ada, insyaallah adalah menunya malam nanti. Tunggu.....

(cuma gambar hiasan. Sup ayam cendawan hehe)

yeeeeyyyyy dah ada 2 set

Suka sangat bila ada warna baru dalam katalog baru 4/2012. Kasi rembat satu untuk kegunaan sendiri. Purple!!!! I like

nanti jadi pon pon


Baru sempat selongkar beg sekolah anak2. Sekali terjumpa susu kotak Dutch Lady perisa strawberry dalam beg Wafiy. 

Mana dapat ni Wafiy ?

Ada birthdaylah mama kat school

Ambil ni masuk dalam peti, nanti boleh minum.

Eeiiiiiii taknaklah. Kasi jerk Mia. Kita tak boleh minum. Nanti jadi pon pon.

!!!?????



kari ayam

Errmmmm baru selesai makan nasi. Hari ni perkena kari ayam sahaja. sayur?? Hehe sayur xpress, timun jer. Tapi lupa nak ambil gambar masa  baru masak. Dah habis makan baru teringat. Snap jerk baki yang tinggal dalam Tupperchef Fryer. 



Masa sedang suap menyuap, Arfan minta esok masakkan tomyam lagi. Nak cendawan. Tak puas makan semalam katanya. Tak puas yerr....licin satu periuk pon tak puas lagi huh!!

sakit kepala

Baru balik outstation dari Mersing. Pergi dua tempat hari ni. PPK Endau dan PPK Mersing. Wat installation SBPKP versi 4.0. Sebab dah lama sangat tak ke sana, kepala dah mula manja. Dari mula pergi pagi tadi, sampai dah balik ni. Kepala rasa melayang jerk. Peningnya!!!!! Jalan pon dah macam ketam. Nak ke tepi jerk langkahnya. Tolong2 sila beri laluan.....

Sunday, May 20, 2012

BerryGen8

Dah 2 hari terlupa bancuh BerryGen sebelum tidur. Hari ni sambil kerling Mentor kat tv, kasi minum sampai habis. Nasib semua dok hayal main. Selamat BerryGen mak, u.
 

citer malam semalam

Eh! Takder citer mengarut yer. Cuma nak citer pi swimming semalam kat Sri Mutiara. Tak jauh pon dengan rumah. Tapi kena naik keretalah. Kalau naik basikal pon sampai gak. Cuma kami ada kereta jerk. Ada motor pon dah dikebas orang.

Kami taklah selalu pergi. Cuma kalau ada kelapangan dan anak2 terpikir nak kesana barulah terpancul muka kami. Kebiasaannya kami pergi petang. Kalau kolam kanak2 tu, punyalah penuh dengan kanak2 rebina. Tapi kali ni kami pergi malam. Bila malam kurang sikit orang. Itu pon baru tahu ada buka malam. Sesi malam dari jam 7 hingga 9 malam.

Semalam, lepas sembahyang maghrib terus pi kasi anak2 bermandi manda sebab dah habis periksa. Lagipun, entah apa sawan en. Suami dah belikan tube itik untuk si Mia walaupun takder planning pon nak pi kolam ker, sungai ker jauh sekali laut. 

Yang budak2 ni, bila dah ada benda tu, kat katil pon berenang, kat lantai pon berenang, kat bilik air pon bantai berenang gak. Atas dasar bengang ngan en. Suami tak pasal2 pi beli tube tu. Hah!! Pi teman budak2 mandi. Saya jadi cameraman jerk hehehehe.


Ingatkan nak habiskan masa sampai pukul 9 malam. Tetiba pukul 8.30 mlm, guruh berdentam dentum siap dengan petir lagi. Semua capai anak masing2. Tak sampai 1 minit, kolam dah lengang. Semua pakat terus lap2, sarung baju dan blah serta merta. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...