MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, February 28, 2013

Kan bagus kalau mama masak


Beli sikit ni jerk dah nak 10 hinggit!!! Sumer pon ambik sikit2 jerk. Takut nak ambil banyak2 kalau tak sempat nak masak, layu jerk dalam peti lepas tu buang. Membazirlah kan. Dahlah serba serbi mahal. Lepas tu sesaja untuk buang. Lagi baik makan jerk kat kedai ngehngehngeh.

Malam tadi, dah blur nak masak apa memandangkan peti pun dah lapang. Saya suh en. Suami tapaukan tomyam. Dahlah warna tomyam tu putih, ada ayam jerk yang bewarna putih. Sepotong sayur pon takder. Penyerinya just bawang besar, serai, ngan suku tomato yang dah lunyai. Harga RM10. Bila masuk dalam mangkuk, nampak kuah semata.

Arfan wat muka melopong bila dipanggil makan. "Apsal nak beli, mama masak jerklah. Kan lagi sedap." Sebenarnya cam dah nak terbang bila dengar statement tu. Tapi wat muka bagus jerk dan suh dia jangan nak membebel depan rezeki. Lepas tu mulut Arfan berbunyi lagi. "Kan bagus kalau mama masak." Maka dengan itu, mama pilah S'Mart rini semata  memborong segala jenis lauk pauk untuk wat tomyam esok. Esok yer... malam ni nak makan kat kedai mamak hehe.

belakang rumah saya nanti

 
Ruang belakang yang nak ditutup jadi dapur nanti. Kecik jerk kan. Alhamdulillah nasib ada. Buatnya Allah tarik rezeki cam dulu......lagi melopong. Langsung takder kan.
 
Cuba tanya kontraktor dari http://qash-maju.blogspot.com. Nak tutup ruang tu sahaja anggarannya RM10k yer. Hehehehe buang jerklah angan2 kamu nak tile mahal2 segala, table top meletop, kitchen kabinet memancar - mancar gitu. Buat jerklah mana yang patut.

Sunday, February 24, 2013

pes rendang Tupperware

 
Mak!!!!!!!!!!!!!! Orang dah pandai masak rendang!!!!!!!!!!!! Huahuahauahaaaaaaaaa. Suka U, memang sangat2 suka dapat menikmati rendang ayam yang dimasak di atas dapur sendiri. Kalau bagi kat jiran sebelah mesti kempang kempis pipi sebab rasa dia memang ori cam mokcik adun sendiri rempahnya ahaks!
 
Jarang dapat makan rendang ayam ni. Sebab malas nak masak. Agak leceh nak sediakan bahan dan memang tak pernah masak pon. Kalau nak makan, kena tunggu hari raya. Itu pon mak yang masak. Saya jadi juri. Biasanya memang mak yang menang. Tak cukup makan kat rumah mak, saya santap kat rumah sedara mara yang saya bertandang pagi2 raya. My peberet dish bila raya. Tak pandang dah lauk lain ok! Kalau datang hari2 lain dah takder dah kan. Menu lain dah keluar. Kecuali ada orang buat open house kan. Itu pon nasiblah kalau ada yang nak jadikan menu kan.
 
Hari Sabtu ritu, dalam banyak urusan dengan kena hantar pagi2 Arfan dan Wafiy pi Taska sebab ada latihan menari untuk pertandingan Sabtu ni, dengan ambil Arfan dari taska dan hantar Taekwondo kat sekolah dia pukul 10 pagi, dengan ambil balik Arfan dari Taekwondo dan ambil Wafiy dari taska kui 11.30 pagi sempat yer mokcik masak rendang ayam ni. Tapi main campak dan lebur sahaja. Tak sempat nyer nak kasi tambah2 rasa ker, hias2 segala ker. Sebab Arfan bila balik dari Taekwondo kang kompom kebulur cam seminggu tak dikasi makan.
 
Makanya yang saya sempat, masukkan pes rendang tu kat dalam TupperChef, tumis2 skit( tak payah masuk minyak. Saya terletak minyak plak dan akibatnya rendang saya terlebih minyak). Masukkan santan dan tunggu sampai agak kering. Lepas tu masukkan ayam dan kentang. Tunggulah sampai kuahnya menempel pada ayam atau ayam dan kentang betul2 empuk. Saya amat suka rendang yang amat pekat dan bewarna agak gelap. Tapi tak sempat nak tunggu sampai ke tahap tu sebab jam dah pukul 11.30 pg. Terpaksalah tutup api dan pi ambik anak2 tercenta.
 
Sampai2 kat muka pintu, Arfan dah mengadu lapar. Ibu mithali kan, tak sanggup nak biar anak berlapar walaupun seminit. Terus jer ceduk masuk mangkuk melamin terbaru Tupperware corak hijau ni. Mokcik memang suka! Cantik giler!!!!!
 

Friday, February 22, 2013

Man Kueh kasi makan cukup2

Datang jerk pagi tadi sms kat Man Kueh mintak tapaukan nasi lemak berlemak ngan sambal banyak2 ngan ayam gojes 1. Hamboiii..... permintaan orang yang dok bising badan dah cam giant. Kengkonon malam tadi tak makan nasi, jadi pagi ni leh menyumbat banyak skit.

Tak sampai setengah jam, nasi lemak sampai. Memang seperti yang diimpikan. Kelassss nko Man Kueh. Ngap2 tak hingat pinggang dah berlipat. Kui 11 pagi mokcik dah ngantuk sakan. Kui 12 letak paler kat meja dan hilang ingatan. Terjaga kui 12.45 tghr, tapi rasa tak puas terus jerk kaki pi melangkah ker surau. Sedar2 kui 2.15 ptg. Itu pun sebab ada kengkawan masuk nak sembahyang.

Masuk opis balik mulalah menyesal macam selalu2 jugak. Nanti2 buat lagi lagi dan lagi. Bilalah nak insap ni uwaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, February 21, 2013

bila jari berbicara

Hasil lawatan pihak JKR kelmarin untuk meninjau keadaan bangunan ni, menyebabkan team IT kena pindah semula huhu. Memang saya dan yang lain lain dah pindah turun pun ritu dan saya pon dah pernah citer apsal kitaorang perlu pindah kat sini. Itupun sebab yang lebih lain tu komplen yang kitaorang yang degil tak nak pindah. Komplen dalam meeting plak tu. Fuh berangin oooo badan. Yang menyakitkan hati, bila kami dah sepakat turun ke Cawangan Pendaftar, dia pulak stay jerk kat tingkat merbahaya tu. Geram tak geram tak.

Lepas tu ada plak bunyi yang kenapa plak kami tergesa2 pindah. Sedangkan mereka dah set nak sediakan tempat kami kat situ. Pi lah set pon, bila dah siap kami pindahlah kat situ. Tapi setakat sembur air liur jerk. Bila dah lama2, yang lebih lain tu pon tak ada tanda nak turun dan macam2 bunyi plak dah dengar, kami naik semula. Maklumlah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri kemudian sambung sendiri hihhi. Kes pemalas.

Jejak jer kaki kat ofis pagi tadi, dah dapat panggilan kena turun ke Cawangan Pembangunan. Yang menurut perintah. Kang jadi apa - apa sapa nak jawab kan kan. Bilik pon dah ada. Terima kasih. Tapi jari jemari plak terlepas tulis huhu.

 'Tak tahu nak bersyukur. Dah disediakan bilik pon komplen lagi'. Hambik kan dah kena kutuk lagi.

Sorrylah, jari ni dah dibagi insurans ritu. Tu yang leh tulis sebarangan jerk huhu. Tak sedar insuransnyer dah mati pon sebab tak sambung bayar ahaks.

Yang sebenarnya yang arif, kenyataan itu just gurauan sebab saya terlihat gambaran kat dinding tu huhu. Tapi masih faham akan situasi bangunan lama ni. Dah orang taknak bagi peruntukan kan. Nak wat cam mana pun. Duk jerklah selagi lom runtuh kan kan.



Jom NUSAJAYA kiterrr hahahahahahaahahahha


Baju siap!!!


Siap jahit dah. Itu pun dah nak sebulan dapat baru sempat jahitnya. Bukan sengaja yer. Tapi memang tak sempat. Bila ada masa yang boleh relaks kejab pulak boleh terlupa nak jahit logo ni huhu. Bagi korang yang tak paham drama apa ni leh klik sini. Episod pertama ada kat situ hehe.

Dalam tempoh hampir 5 bulan ni, Arfan pergi latihan Taekwondo pakai baju lunyai kat dada. Kesian dia. Bila turun kereta mesti dia peluk dada. Ritu, bila dah siap jahit pon dia bukan main senyum then cakap " Lepas ni dah tak payah nak tutup2 lagi."

Memang sedih sangat bila tengok dia peluk2 dada dia bila nak menuju ke dalam sekolah. Kalau sayalah, mesti dah berhenti pergi latihan. Mesti merajuk - rajuk. Tapi semangat Arfan memang kuat betul. Sanggup pakai baju tu demi nak belajar Taekwondo. Lepas tu suka nak tarik perhatian Master. Master pon puji sebab Arfan buat latihan bersungguh2.

Tuesday, February 19, 2013

Serba serbi

salah sehari dua ni. Charger kedua tab saya putus lagi. Bila saya menjerit.... sumer wat muka blur. Tapi dah jangka saper punya kerja. Sebab budak ngaruk tu yang pegang tab tu last sambil charges kat rumah kakak ritu. Bila nak wat kerja Tupperware, saya perasan ada benda melekat kat bawah tab tu. Bila tengok betul2, kepala cable charger. Cablenyer entah pi mana. Adoiii.... itu cable kedua yang en. Suami beli. RM30 satu plak harganyer. Mokcik mogok. Taknak beli cable lagi. Biar sumer tak boleh main games lagi. Biar semua tak boleh nak layan movie2 bagai lagi.

Marah punya pasal, akaun mokcik beku kat dalam tu. Nak update blog pon jadi malas sebab sumer gambar pon dalam tu huhu. Ritu jiran penjaga Mia nak tengok item Tupperware by set pon tak dapat nak tunjuk sebab tab dah tak boleh idup. Nak beli lagi chargernya.......tunggu gaji jerklah. Itu pun kalau marah dah hilang.

Sunday, February 10, 2013

raya kat rumah kedua

Macam manalah nk marah budak2 supaya jgn tgk tv dekat2. Atuknyer pon menatap cam nk termasuk dalam tv huhu. Kat umah adik ipar plak. Masih di Pasir Gudang. Tak dapat nk tunjuk kat korang dinasor tadi sebab Wafiy main phone tadi. Naik kereta busu dia pulak tu. Sekali dah sampai kat sini tadi, nak masukkan kunci kat beg, eh! phone ada dalam beg ???!!!!

selamat hari raya.....

Berlonggok kat rumah abang ipar di Pasir Gudang. Dah macam hari raya jawa haha.  Terkejut mak!! Punyalah banyak dinasour kat sini. Tak percaya !!! Kalau sempat kang saya tunjuk.

Friday, February 8, 2013

mamak e n y

Sattle sudah. Lokasi setiap malam Sabtu. Tah apa yang best sangat pon x taktau. Bila sebut nk makan luar jer mesti restoran mamak e n y yg budak2 ni sebut. Kalau pergi gak tempat lain kang, ada jer yg buat perangai.

Wednesday, February 6, 2013

prosperity saver with cariolier


Ini salah satu item yang amat2 saya sayang. Amat2 sayang. Sayang betul2 ni. Bukan pura2 sayang macam orang tu. Orang tulah...... pandai berdrama sangatkan. Pandai - pandailah pilih lokasi yer. Jangan drama engkau melotups, lepas tu nak pusing drama lain plaks. Mokcik tak nak campur. Siapa???? Biarlah rahsia haha.

Nama mender alah ni ialah seperti diatas. Malas nak taip. Panjang sangat akakaka. Besar 8.7L 28.4cm x 18.7cm x 25cm. Retail RM86.70. Ia amat memudahkan kerja dan meringankan beban saya sebagai penduduk flat.

Bila saya pi pasar S'Mart kat sebelah menyebelah opis ni hah, segala sayur, ikan, daging dan ayam sumer kasi sumbat kat dalamnya. Tapi janganlah masukkan sayur2 tu dulu. Masukkan yang lauk2 tu dulu. Kang penyek lerr sayur2 tu. 

Lepas tu baling jerk kat bonet belakang kereta dengan sopan. Jangan ganas sangat. Tupperware tu!!! Ahaks. Saper punya kereta takder bonet pon leh masuk. Sit belakang Avanza pon muat. Ngam2 jerk tempatnya. Sesuaiiii gitu. Kalau dah penuh sangat kat belakang tu, tak gheti2 nak letak kat sit belakang driver. Tak payah takut berbau pon sebab ada penutup penuh. Kalau terbalik pon jangan risau, kompom tak tumpah air ikan korang tu. Janji tutup betul2.

Saya ni, biasanya berbelanja masa lunch hour. Takkan nak biarkan segala lauk tu kat dalam kereta. Rosak pulak kang. Hehehe bisa diatur. Bekas ni datang sekali ngan tangkai. Tangkai ni pulak sedap elok jerk untuk angkut benda2 yang agak berat. Tak cedera nyer tangan korang macam angkut plastik beg.

Opis saya berada di tingkat 3 yer, ada anak tangga jerk untuk sampai kat atas. Selalunya saya angkut sampai atas lepas tu terus campak manja kat dalam fridge. Oleh kerana fridge kat sini comei lote, saya baringkan bekas tu tanpa sebarang keraguan. Masa nak balik, angkut balik turun dari tingkat 3 masuk dalam kereta. Sampai rumah, angkut balik naik tingkat 2. Hambik turun naik jerklah kerjanya lauk2 ku.

Bekas ni saya beli masa nak Chinese New Year 2 tahun lepas yer. Bukan 2 3 hari nyer filem ni. Masa tu hanya pembelian RM300 ke atas ajer layak beli satu item ni. Oleh kerana masa tu saya tengah fight untuk director, saya dapat beli banyak jugak. Makan tahun jugak nak ngabis menjualnya haahaha. Semalam masa dok selongkar item yang diorder customer, terjumpa satu lagi kat dalam kotak. Ingatkan dah sold out hahaha. Ada tak saper2 nak beli ???? Saya bagi harga lelong jerk RM50 seketul. Sila sms 0137092169 kalau berminat.

Tuesday, February 5, 2013

hebat sangat

Sampai begini sekali jadinya baju teakwondo Arfan? Dah penuh ilmu teakwondo di dada ker? Sapa belasah sapa ni ?? Haha

Bukan bukan bukan sumer pon bukan. Ada cerita kelakar sedih sebenarnya dari gambar ni. Kan SETIAP GAMBAR ADA CERITA hehe.

Semuanya bermula tahun lepas masa Arfan nak daftar semula kelas teakwondo dia. Rasanya dalam bulan 10 ritu. Bila saya pergi masa hari pendaftaran tu, saya jadi hairan bin ajaib kenapa plak persatuan lain yang kendalikan teakwondo tu ?? Tapi hati rasa berbunga jugaklah sebab kali ni persatuan orang Melayu. Kiranya senanglah sikit nak berkomunikasi kan.

Masa dah sampai giliran, saya cakap dah ada baju. Tapi boleh ker pakai logo dari persatuan lain ni. Mamat tu cakap tak boleh. Kena tanggalkan dan beli logo dari persatuan dia. Harga RM18 ok!! Oleh kerana waktu tu saya agak kaya, saya pon bayarlah duit yuran untuk bulan tu dan logo tu sekali huhu.

Bila balik rumah, saya citer kat en. Suami pasal tak boleh pakai baju logo persatuan lama tu. En. Suami kata, oh itu kerja mudah dan terus jerk dengan gigih dok tanggalkan logo2 tu. Oleh kerana menghargai kerajinan luar biasa en. Suami, saya pon diam jerk. Mokcik pon bukanlah rajin nak menanggalkan pon sebab logo tu jenis pakai benang. Bukan jenis kain yang tampal tu.

Lepas dah seminggu gigih bekerja, hasilnya macam kat atas yer. Lunyai baju budak Arfan tu dikerjakan. Mokcik tepuk dahi tapi malas nak berbunyi sebab nanti dia kuarkan bunyi lagi kuat. Yang geramnya kerja tu terhenti cam itu jer bila Arfan bagitau hari Sabtu berikutnya yang patut ada teakwondo takder. Aik ??? Saya jadi hairan. Mana boleh camtu. Kan dah bayar. Oleh kerana malas nak pikir, saya diamkan ajer dan pergi pada minggu berikutnya. Sebelum tu, saya mintak en. Suami siapkan kerja dia. Tapi bleh dia jawab,

Biarkan jerklah. Nanti bila dah dapat logo baru tampal jerk atas dia. Dah tak nampak.

Habis!!!!! Kalau dah tau cam tu, buat apa pi gatal buang logo tu sampai rosak baju ni hah ???

Habis dah awak kata tak boleh pakai logo tu, kenalah tanggalkan jugak.

Tepuk kepala. Malas nak citer. Kerja mokcik tak ngabis2 hah.

Sekali lagi saya jadi hairan. Aik hari tu daftar ngan persatuan lain, kenapa persatuan yang lama plak yang mengajar ni. Bila tanya kat master, dia cakap persatuan tu tak jadi ajar. Serah pada dia jer. Yuran yang bagi ritu, dorang akn tranfer pada dia. Don't Worry.

Don't Worry ?????????????? Mokcik dah bayar RM18 untuk beli logo dari persatuan tu. Logo yang ada dah lunyai. Baju pon dah berlubang2 ni. Ini yang wat mokcik nak tunjuk skill teakwondo ni.

Bila tunjuk baju hebat tu kat master, dia geleng2 kepala. Janji akan bagi logo baru for free untuk tampal balik dan sempat tanya berapa dorang jual logo tu. Saya jawab RM18. Master geleng2 kepala lagi. Master suruh saya pi tuntut balik kat persatuan tu. Terlalu mahal katanya.

Saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dengan persatuan2 teakwondo ni. Tapi malas nak pikir2. Sampai sekarang saya tak dapat balik RM18 dari persatuan bangsa saya tu. Kalau dia berniat ikhlas, mesti dia akan pulangkan sendiri. Bukan susah pun nak pulangkan. Dah tentu pendaftaran kat sekolah tu jugak kan. Masa daftar hari tu bukan main mintak maklumat pelajarkan. Bila nak pulangkan duit, boleh sesat jalan plak ker ?
Jangan sesat sampai kat akhirat nanti udah ler yer.

3 set Tupperware ready stok

 Pagi tadi bangun kui 5.30 pagi. Terus pi check kelengkapan anak2 untuk pi sekolah. Baju dah siap iron dan siap hanger. Buku sekolah sumer dah siap masuk beg. Duit sekolah pon dah siap2 masuk dalam beg. Tinggal nak buat sarapan dan masukkan air dalam eco bottle jerk. Lom azan. Jadi malas nak ke dapur dulu. Kang lambat plak wat subuh kalau dah start duk kat dapur. Abis nak wat apa ?

Tengok2 sekeliling bilik. Dah lama sangat tak ambil gambar Tupperware. Tapi malasnyer nak kuarkan item dari plastik. Tapi gagahkan jugak. Hasilnya 3 set ni saya kuarkan demi menghilangkan kerinduan korang nak memiliki bekas2 yang indah serta menawan kalbu ahaks!

62131
one touch topper small (4)
retail RM83.20
harga saya RM60
postage RM7 ke seluruh semenanjung RM13.50 Sabah / Sarawak
 
62132
fridge bottle 2ltr (1) + texture canister small (1) + texture canister regular (1)
retail RM71.90
harga saya RM60
postage RM7 ke seluruh semenanjung RM13.50 Sabah / Sarawak

62133
fridge bottle 2ltr (1) + purple spring one touch 3.8ltr (1) +
disney collection tumbler 470ml (1)
retail RM111.10
harga saya RM80
postage RM7 ke seluruh semenanjung RM13.50 Sabah / Sarawak

Sunday, February 3, 2013

sakit mulut lagi ??

Alhamdulillah.....akhirnya penderitaan saya minggu lepas beransur pulih. Setakat nak makan nasi dengan kuah sayur dah boleh telan. Ni pon, baru sattle telan waffle haha. Sedangkan pagi tadi dah makan soto nasi. Terasa plak nak makan lagi. Teringat plak waffle kat pasar S'Mart. Terus lompat dari tingkat 3 ni, start enjin berdezummm. Tau2 dah habis hah.

Buat masa sekarang ni, makanan pedas2 dan makanan bergoreng masih belum boleh drive thru ke dalam mulut ini yer. Bukan sebab pantang sangat atau nak manja2. Tapi, dah test makan roti canai ngan kuah kari mamak si Mia semalam. Rasa cam terbakar mulut ni hah. Baru dua suap, habis secawan air milo ice Wafiy saya kerjakan. Yang bergoreng pulak cam ayam goreng tu pon lom boleh. Bila terkena bahagian yang direct kena goreng tu kan keras2 skit kan, lelangit ni rasa bisa2 balik cam leh luka balik jer. Makanya mokcik posa yang pedas2 n goreng2 dulu ok! Yang lain sumer mokcik sental jerk haha.

Khamis malam lepas, saya surrender. Pi jugak klinik. Itu pon dah kena bebel2 ngan en. Suami. Biasanya saya kebalkan telinga jugak. Tapi kalau dah tahap mulut rasa berdenyut2. Godzilla pon leh terlepaklah dok hahahaha. Agaknya sebab saya dah biasa menahan sakit sebab tak boleh makan panadol atau lebih tepat tak boleh makan paracetamol. Kelakau kan. Akibatnya!!!! Nanti kalau ada masa leh citer pasal paracetamol ni plak. Sekarang ni nak fokus kat sakit mulut jerk haha.

Masa jumpa doktor tu, bila dia suluh kat lelangit, mata dia terbeliak dan cakap terlalu banyak bulatan merah2 tanda lelangit menipis dan luka2 yang agak teruk. Oleh sebab semua makan keropok ikan tu, tapi saya jerk yang kena cam ni, mungkin saya alergik ngan pewarna ker atau apa2 kandungan dari keropok tu. Nasiblah saya datang cepat, sebab kesan koyak hanya pada lelangit yang keras berhampiran gigi. Kalau koyak sampai lelangit yang lembut nak sampai ke tekak tu, saya boleh kena operate. 'Amboi!!!! Melampau nko doktor. Nak jumpa nko pon mokcik pikir 1000x ini kan nak kena operate.' Nasib dia offer MC sebab suh rehat dan mencekik ubat2 yang dia bagi.

Oleh yang demikian, mokcik istiharkan takkan makan lagi keropok2 segala ni. Makan jerk pizza ker, chicken chop ker ker haha





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...