MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, May 30, 2013

35

sudah aaaaauuuuuuu..... berlambak wish rini kat FB. Terima kasih banyak2 yer kawan2, customer2 dan saudara mara. Rajin korang bagi ucapan2 bagai. Terharu mokcik.

Kononnya lunch tadi nak pi JPJ. Nak renew lesen memandu. Kan sekarang tarikhnyer ikut birthday kan. Oleh kerana takut terharu orang JPJ pon wish sama, saya tunda jerk esok baru pi. Yang sebenar malas nauzubillah nak pi haha. Pi esok jerklah. Esok saya ambil cuti sebab anak saudara nikah. Sebelum pergi tu singgahlah kejab JPJ tu. Dekat nau dengan rumah. Cuma pagi tadi saya terlupa. Alaaaa birthday sendiri pon selalu terlupa akakakaka.

Oleh kerana tak jadi pergi, saya pi lunch ngan Lynn PA kat S'Mart. Dah lama nau tak pi makan kat sana gara2 harga makanan semakin cekik darah haha. Tapi sebab tempat makan yang satu lagi tutup, terpaksalah kitaorang menderma gak kat dorang.

Bila balik semula ke opis, oppssss tekezutt mak!!!! Ada bungalah. Ohhh my lovely en. Suami bagi rupanya. Aduh romantiknyerrrrrrr hahahaha. Mano den nak lotak ni hah !!!

Posing sat ngan bunga. Kang dah layu dah takleh wat apa. Eheh apsal gemuk2 jari mokcik tu huhu

Wednesday, May 29, 2013

Klebang KL

 Hadoiiii.....mokcik banyak kejelerrr. Tak terkejar rasanya. Otak pun dah naik blur tak tau mana nak dulukan dulu atau nak kemudiankan. Maka lahirlah N3 ini sebab tak mampu nak mengatasi stress hahah boleh gitu?

Tapi memang saya gitu pon dari dulu. Dari zaman sekolah lagi. Saya tak boleh buat kerja terus menerus. Nanti kerja saya akan lebih banyak silap dan kena buat balik. Saya mesti berhenti sekejab dan layan menda2 yang boleh memotong stress cam wat N3 ni, layan FB jab, kalau dah sampai waktu sembahyang pi sembahyang. Selalunya bila nak start balik wat kerja, saya akan bertambah idea dan boleh jalankan kerja dengan lebih bijaksana akakakaka.

Hari ni saya nak citer kejadian yang saya lalui lepas saya balik dari KLIA ritu huhu. Naik jer kereta, saya Tanya en. Suami jadi ke nak pi KL ? Tapi saya tak sempat pon dengar jawapan dari dia. Sebab saya dah terlelap. Tau2 dah sampai. Sampai mana ???? Sampai Melaka. Sampai kat kedai makan. Tau pukul berapa ? Kui 1.30 pagi hahaha.

Ikutkan saya, suh ajer balik terus ke rumah. Tak selera mokcik nak makan tengah2 malam ni. Tapi sebab budak2 tu dah kelaparan, maka terpaksalah saya menurut perintah. Dan mereka memang makan dengan bersungguh2. Kesian... hahaha.

Esoknya saya bangun pagi terkebil2. Lepas tu teringat ada eco bottle 750ml yang tengah melotop nak serah kat customer. Janji semalamnya. Tapi tak sempat. Lepas tu dapat idea baik punya hehe.

Lepas jumpa kak Gayah, thanks kak ambik Tupperware ngan saya (selingan jab hehe). Terus saya pi kat kedai makan peberet kat Klebang tu. Order ??? Ais jagung lerrrr. Ais jagung terbaik yang pernah saya rasa. NO pewarna yer.

Lupa nak ambik gambar sebelum makan. Tengah2 makan baru teringat haha.
  
Budak Mia pekena air ni. Masih tak hafal namanyer haha. Lepas tu kebas biskut raya cina tu dari ABC en. Suami.

Monday, May 27, 2013

KLIA

Ritu kan ada bagitau saya akan hantar en. Baba pi umrah kan. Kononnya lepas tu nak berdezup naik KL kan kan. Nak repeat makan kerabu mangga dan juga pulut mangga kat Kampung Baru gitu. Nak pi pulun shopping kat IKEA lagi. Nak tawaf semua tingkat KLCC lagi, lagi dan lagi hahahaha. Takper citer itu kita tunda dulu. Nak citer sejarah kitaorang kat KLIA dulu hahaha.

Mula2 kitaorang diberitahu flight en. Baba kui 10.00 malam. Pukul 7.00 malam dah kena ada kat sana untuk briefing. So, berdezuplah kami ke KLIA secara berlumba2 sebab takut nooo en. MAS tu tinggalkan hahaha. Bila sampai jerk kat kaunter F, sorang Jemaah pon tak kelihatan. Bila tanya, dorang kata flight delay kui 12.00 malam. Semua orang dah tau. Itu sebab en. Baba jerk yang ada jam tu sebab dia leh terlepas pengumuman tu malam tadi hahaha. Hadoiii kalau tau makan dulu kat RNR tadi. Kui 10.00 malam, perut dah kebulur. Perut kita ni hah bolehlah ditahan2. Perut mereka2 itu....

Sempat hah buat meeting untuk perlawanan baling seliper jab lagi. pengerusinyer tu hah yang pakai topi. Perghhhhh tak tahan nak kena follow tu.
Yang ni plak meeting mak bapak mereka yang telah kepenatan hasil perlumbaan di atas jalan raya. Nenek kena duduk sebab lutut dah tak kuat. Leh gelakkan cucu jerklah jawabnya.

Amboii mokcik posing seketika. Sampai terlupa nak tukar selipar haha



Ambik gambar kenangan kat KLIA. Group umrah en. Baba dah mula ramai. Kengkonon dah sampai masa lah nak cium2 segala.

Sekali dah pukul 11 malam pon lom briefing lagi. Budak2 dah bising kelaparan. Budak tecik tu pon bukan leh diamkan kat lantai. Asik nak merentas desa jerk kerjanya. Angkut letak kat dalam tempat tolak beg tu lepas tu bawak jalan2. Baru diam sekejab. Anak dara tu pon tumpang sekaki. Dok kat depan tu nak! Meh omak ekau bawak jenjalan.
 
Mata pon dah layu, perut pon dah sendu. Cam mana nak pi KL ni. Hotel mana pon tak booking lagi. Jalan pon tak sure lagi hahaha. Akhirnyer kui 11.45 malam baru dorang kumpul briefing then 12.30 mlm baru turun sebab flight delay lagi kui 12.45 malam. Jadi, KL kita????
 

Thursday, May 23, 2013

nak repeat ker?

Pukul 5.00 petang sekarang ni. Dah rasa malas nak buat kerja. Sebab hati dah dibawa balik ke Melaka hehe. Esok en. Baba bakal berangkat ke Mekah untuk wat Umrah. Jadi mokcik n family jadi escort sampai KLIA jer hehe. Lepas tu ingat nak merayap jap kemana - mana. Kemana ??? Entah!! Lom tau lagi mana nak singgahnyer haha. Mengong kan. Nak bercuti, tapi takder arah.

Tapi teringat plak tempat makan kat Kampung Baru ritu. Kat KLlah. Kan minggu lepas kursus kat sana kan. Mungkinlah akan ku repeat??? Hehe.

Keesokkan malam lepas pekena burger Abang Burn ritu, saya, Ernie dan Kak Azimah pi pekena plak makan kat tempat yang glamor ngan kerabu mangga tu.

Tempat tu dekatlah skit ngan Brisdale tu kan. Taklah nyusahkan si Ernie sangat nak berpusing2 cari tempat. Lepas tu berpusing2 pulak sesat akakakaa. Kesian kau Ernie. Mokcik cam biasa boleh blur jerk kat sebelah dia hahaha.

Kat tempat tu kitaorang order tomyam, ayam goreng kunyit, kerang bakar dan kompomlah kerabu mangga kan. Ambik!! Nasi sorang sepinggan. Dengan sorang2 telan air buah lagi. Boleh membelon kalau duk seminggu lagi akakaka. Tapi sumer tak ambik gambar sebab tab tertinggal kat hotel haha. Maklumlah xcited nak kejar jadual makan haha.

Dalam perut termengah2 menghabiskan lauk2 yang ada. Boleh plak si Ernie teringin nak makan pulut mangga kot nama dia. Saya pon tak tau sebab sebelum ni tak pernah jumpa huhu kesian... Lagi2 bila nampak gantungan mangga kat depan tu. Perrhhhh memang terliur. Tapi sebab tak pernah makan dan memang kekeyangan giler, saya relaks jerklah. Tapi si Ernie yang bersungguh2 nak tapau bawak balik. Memang kelassssss nko Ernie. Ada xtra perut mokcik ingat nko ni.

 
Sampai hotel, cepat2 ambil gambar. Jakun betul haha. Lepas tu bersungguh2 Ernie bahagikan 2 pulut tu. Dia dah tak sabar nak makan sebab dah mengantuk sangat. Dalam saya terkial2 dok nak menghabiskan, Ernie dah siap makan lepas tu leh cakap "Sedap2, saya dah kenyang ni. Nak tidur. Akak makan eh." Terus jerk dia tarik selimut dan tidur.
 
Bertuah punya budak. Terpaksalah saya yang menghabiskan. Nasiblah sedap. Tak mampu nak habiskan pon. Tapi mangga tu saya licinkan sebab memang fresh. Terbaik dari ladang hehe.

Tuesday, May 21, 2013

burger abang burn

Haha ni saya masukkan gambar yang saya snap masa pi pekena burger Abang Burn kat Ampang ritu. Masa kat sana memanglah tak sempat nak wat N3. Sebabnya setiap detik yang terluang saya dok perabih makanan free jerk kerjanya haha.
 
Kitaorang sanggup pi ni pon sebab ada tukang bawak hah. Orang tua Ernie baru pindah sana. Jadi ada harapan cerahlah untuk jumpa tempat tu. Lagipon masing2 dah tergoda dengan blog si Fillanie yang post N3 pasal tempat tu. Itu pon sebab Ernie tengah tak pantang makan sekarang ni haha. Siap ada jadual setiap makan malam lagi sepanjang kami kat sana. Adoiiii lari diet mokcik nak!!!!!
 

Punyalah bekobar kitaorang sebab nak gak merasa burger tersedap abad ini tu. Rasa cam nak mintak jer jawatan kosong tu hah haha. Sampai kat sana dalam pukul 9 gitu berdasarkan tunjuk arah si Fillanie haha.

Kak Azimah ambil burger beef + cheesy. Sebab nafsu dia tak cukup besar haha.


Ernie ambil meatball + cheesy. Hambek!! Sekali datang ada 10 biji. Makan sampai nak kuar biji mata haha. Lepas tu janji tobat taknak makan lagi sebab dah rasa macam nak kuar balik haha.

Hahhhhhh ini saya punya sebab nafsu cukup besar hahahaha. Burger beef + double cheesy. Yang sebenarnya main order jerk sebab tak pasti ntah apa rupa agaknya. Tapi habis ok! Sayang punya pasal hahaahaha

Saya sarankan saper2 yang belum cuba supaya kongsi2 kot. Sebab memang menyandarlah lepas makan tu. Yang tak bestnya rasa cam nak terkeluar balik jerk lepas tu. Masa makan tu memang sedap. Tapi bila dah terlampau kenyang tu rasa cam bau daging tu agak kuat. Masing2 cari air masam sebab nak cut rasa mual tu haha.

Yang paling kelakar masa nak balik ke Brisdale tu, boleh plak sesat. Berpusing2 si Ernie kat Ampang tu haha. Saya boleh tunjuk blur jerklah sebab bukan kawasan rumah saya pon haha.

Monday, May 13, 2013

hari kedua


di LPPKL. Agak kecoh sebab sumer terlebih pandai. Penceramah yang jadi pening2 lalat. Tapi tetap senyum lebar sebab akn dapat bayaran haha.  Dah ikut perancangan orang sengal macam tulah haha. Lantaklah...mengantuk gak ni sebab makan best2 pagi tadi haha.

Sunday, May 12, 2013

sarapan pagi ini

Breakfirst sudah. Turun ngam2 pukul 7 tadi, tapi banyak lagi periuk kosong. Haissshhhh makan stail omputeh celuplah nampaknya pagi ni. Oklah tu kan dari takder.

Sambil2 makan ni teringat bantal peluk saya ni. Pagi2 makan waffle ok. Rindunya.......


brisdale hotel

Kesunyian dari jam 3 petang tadi. Hajat asal memang taknak datang lambat sangat. Maklumlah orang kampung masuk bandar. Sekali hambek, memang awal betul hah. Orang yang paling xcited ni haha.

Sedihnya meninggalkan kesayangan. Seminggu kena menetap kat KL ni. Ada kursus start esok pagi. Baru tau bagaimana hidup keseorangan. Pilunya hati. Apa nak buat, dah kerjakan.

Pening paler menengokkan suasana yang berhimpit2 kat sini. Amat2 bersyukur dengan corak kehidupan yang diberi Allah untuk saya.

Tapi katil best. Besau giler untuk sorang. Leh wat stail labah2 malam ni yehaaaaa

Sunday, May 5, 2013

dah kalah

Hari yang keletihan. Dah macam mokcik yang bertanding haha. Suasana semalam dah macam BN leh menang besar besaran jer  kat kampung saya. Sana sini biru. Sana sini I love PM. Saya sendiri sempat bergambar ngan calon BN yang datang meninjau kawasan kat kedai makan abang yang betul2 kat sebelah pusat mengundi walaupun dorang penyokong kuat parti pembangkang kata saya. Kata abang pulak sayalah parti pembangkang sebab kat kampung dah 2 penggal DAP menang haha.
 
Saya tak pasti kenapa langsung takder post DAP semalam. Takder langsung orang yang pakai baju ker, topi ker yang DAP punya. Tak macam 4 tahun lepas, masing2 tunjuk hebat.

Saya bersidai lama kat kedai tu gara2 saluran mak q panjang sangat. Saluran saya, takder orang pon masa saya melangkah masuk. Terus masuk dan pangkah abang Chua dan abang Ali. Sebab memikirkan orang2 diatasnya adalah sebangsa dan seagama dengan bapa saya. Parti yang sebangsa ngan mak bagi jerlah orang lain pangkah, dah dorang suka kan kan.

Lepas dah sattle, balik rumah dan kelaparan. Lom masak gara gara semangat membara nak memangkah. Masih teringat2 ais jagung kat area klebang. Angkut sumer sekali tak kira yang DAP ker BN. Jom jalan2 cari makan.

 
inilah dia ais jagung yang diidam2. Mokcik kasi repeat ok!
 
 
Amender nama air ni ?? Lupa!!! Tapi sedap!!!!!!!!!!!

 
Iza suka sangat ABC kat sini. Saya tak pernah rasa lagi.

 
Makan mee goreng jer semalam. Sebab tak ambil pon duit balik mengundi haha

 
Wajah2 sepakat bila makan. Tapi hati cop parti lain2.

 
Saya anak Johor ok!
 
Lepas dah makan terus balik JB. Tunggu result sampai kui 12 malam. Hampeh!! Tido lagi baik. Pagi2 Linda PA tepon kata abang Ali kalah. Sampai opis, cek kat SPR. Abang Chua pon kalah gak.
 
Mokcik terima kekalahan ini sebab Islam suh redha dan hormat pada pihak pemenang. Tapi masih tidak mengalah sebab sayang pada anak2 mokcik.
 

kenduri umrah ke kempen politik


 
Saya suka semua kuih ini. Sumer sedap2 belaka. Semua kuih ni menjadi. Memang rezeki dialah dalam perniagaan kuih mueh ni. Semoga bertambah maju lah yer buat kawan sepermainan saya masa tecik2 dulu, Linda. Nama penuh dah lupa haha. Tapi kuih karipap tu mak usu saya buat. Pon sedap jugak.

Hari tu ada macam2 lauk. Tapi sumer lupa nak ambik gambar. Yang paling mendapat tempat kat tekak ni ialah acar ikan darat. Maknjang yang masak. Sumer mavelous.

Alhamdulillah majlis kenduri Sabtu lepas sempena pemergian Baba untuk buat umrah 24 Mei ini berjalan lancar dan teratur. Tak banyak gambar yang boleh dirakamkan sebab masing2 busy melayan tetamu yang mendoakan.


Lepas majlis ni, semua adik beradik, sepupu sepapat, saudara jauh dekat, sewa kerusi meja ni berkempen! berkempen lagi, lagi dan lagi. Memekak jer... mokcik nak tido pon tak boleh.











 

Saturday, May 4, 2013

dengar kempen wei

Semalam, sebelum balik kampung kena tunaikan tugas kat Kluang. Ada penyerahan peralatan pertanian dari LPP yang disampaikan Datuk Sri Hishamuddin. Hehe dapat tengok menteri live. Jakun. First time dengar kempen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...