MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, December 23, 2013

GUNTING RAMBUT

Ini kejadian semalam. Lepas sembahyang maghrib terus berdezup pi kedai gunting rambut. Dah tak sanggup nak menatap muka sorang2 kesayangan Mokcik ni. Kalau jatuh lipas, mau sesat dok dalam kepala tak tau jalan nak kuar. 


Pi kedai uncle Nan kat Taman Seri Pulai. Jarang sangat pergi tempat lain kecuali atas sebab2 tak boleh dielakkan. Bayangkan, kami akan pergi jugak Taman Seri Pulai ni semata2 nak gunting rambut dengan dia walaupun waktu tu kitaorang duduk Taman Daya. Jauh ok! Dalam 25 km gitu.


Kenapa? Kenapa ? Hehe ... sebab pertama, en. Suami memang dah lama kenal dia. Kalau tak silap, sekampung kot dengan dia dulu. Sebab kedua, uncle Nan sangat pandai tackle budak2 masa gunting rambut. Kalau budak2 buat perangai pon, kesabaran dia amatlah tinggi. Sebab ketiga, keupayaan menggunting ikut style yang kita nak hampir menepati piawaian. Sebab keempat, harga ikut harga kawan2 ngehngeh.

Sebelum ni, uncle Nan pernah bukak kedai gunting rambut kat Taman Daya. Jadi kompomlah dekat sangat dengan rumah kan. Dari zaman Arfan baby lagi dah sorongkan kepala kat dia ni.Arfan ni dulu sangatlah bermasalah bila nak gunting rambut. Sakitlah, gelilah, gatallah. Bila kita marah, mulalah meraung macam telinga terpotong. Lepas tu dia senget2kan kepala taknak gunting. Paling sakit hati bila dia jejerkan air liur bila rambut masuk mulut. Selekeh betul budak Arfan ni tau. Tapi uncle Nan sabar jer. Siap pujuk2 lagi. Itulah sebab saya suka budak2 ni gunting rambut dengan dia hehe. Tabik kat uncle Nan.

2 atau 3 tahun lepas dia berpindah plak kat Taman Seri Pulai tu. Join ngan kawan bukak kedai sama2 huhu. Walaupun jauh, kitaorang tetap pergi jugak. Sebab dah cuba gak pi kedai lain, ada yang last2 suh en. Suami yang potong sendiri huhu.

Sekarang ni, anak2 dah besar. Dah tak mengaruk lagi masa nak gunting rambut. Siap bila cakap nak bawak gunting ajer, terus masing2 dah berangan nak style apa. Bila jumpa jer muka uncle Nan, terus order style apa nak gunting. Uncle Nan pon siap tepuk2 kerusi sambil cakap beres bos! haha.


Semalam potong dua kepala haha. 1 kepala lagi tinggal kat kampung. Esok2 baru bawak lagi 1 kapala. Kepala yang kat kampung tu kompom dah macam pokok padi bila kena tiup angin rebah. Bila takder angin tegak jer semua.Lagi Mokcik mabok tengok bila panjang huhu.

Ini budak tak payah nak uncle Nan bagai. Dia pandai gunting rambut sendiri. Jangan dia berangan potong rambut omak dia sudah. Pengsyan Mokcik.

Dah hensem anak omak hah. Style dah siap cakap awal sebelum duduk kat kerusi gunting rambut tu.

Sebelum balik rumah, posing ngan cik Mia yang mulut penuh ngan jajan.

4 comments:

Lynn Hamzah said...

wah...dah potong rambut...semangat nak sekolah ni...

Azlina bt. Azis said...

dia gabrah nak pi sekolah baru

Pha Is said...

dah buka sekolah nnti rmbut x bleh panjang.. heheh

ros_reeza said...

memang jauhla kak nak ke sana kalau dari tamn daya,.. abg Ros selalu gunting kat Giant extra kat taman suria je.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...