Ada kawan2 tanya rumah dah siap ker belum? Dah pindah ke belum? Kenapa takder cerita pasal rumah? Susah nak jawab sebenarnya. Sebab semua pon masih lom sempurna. Tapi hari ni Mokcik jawablah yer. Kesian kat korang macam nak datang menjengah, tapi Mokcik ni tak reti2 nak pelawa ker apa haha. Kalau ikut poket, kira dah siaplah rumah tu. Tapi kalau ikut angan2 lom lagi haha. Mokcik dah malas nak pikir pasal habuk, pasal melecet2 lantai dan dinding, pasal duit habis berdedai2 lagi haha. Kita bersyukur jerk dengan apa yang ada ok!
Perancangan awal, saya nak pindah keseluruhan tahun depan. Oleh sebab barang2 keperluan harian dah habis pindah, saya duduk terus jerk rumah baru start Disember ni sebab kalau guna 2 rumah tak taulah sampai bila nak habis pindahkan barang2 tu. Sekarang ni saya tengah nak mentouchup balik rumah lama untuk disewakan. Minggu lepas dah pi cat ruang tamu dengan bilik utama. Tinggal nak cat 2 bilik lagi then nak ganti pintu bilik air yang dah rosak dan beberapa cermin yang dah dipecahkan oleh gorilla2 yang comel ggrrrrhhhhh. Jawabnya....hujung minggu jaranglah kitaorang ada kat rumah baru. Tapi tak bermakna ada kat rumah lama pon....merayap jerk sekitar2 JB ni haha.
Rumah baru ni masih tunggang langgang lagi sebenarnya. Kitaorang setakat pindah dan bawak barang2 yang masih boleh guna jerk dulu kat dalam kotak. Bila rasa nak guna, selongkar habis satu kotak, lepas tu berterabur barang2 lain, lepas tu cik Mia wat main barang2 tu, lepas tu omak dia memekik sampai jiran sebelah tau bakat terpendam omak kau ni.
Minggu lepas gagahkan diri jugak susun mana2 barang2 yang ada tempat nak susun. Tapi mejoritinya masih dalam kotak sebab kabinet berkilat Mokcik lom tempah, wordrope yang jejak siling pon lom order huhu. Lepas tu paksa en. Suami tebuk mana2 dinding untuk pacak gambar2 keluarga bahagia ni.
Yang paling tragis ialah ugut laki suh tanggalkan bidai yang mintak kontraktor pasang kat tingkat mengadap hall yang tinggi tu then pasang balik kat bilik. Bidai tu tak sesuai kat situ. Jadi kena tanggalkan sebelum tetamu ketawakan berguling2. Tingkap itu sangat tinggi ok! Rasanya melebihi 20 kaki ketinggiannya. Tangga lipat 4 yang saya pinjam dari adik kat Muar pon terpaksa tenggek kat atas meja makan untuk sangkut bidai tu. Kan Mokcik cakap......laki Mokcik suami mithali, akhirnya siap jugak walaupun habis luka2 pergelangan tangan dan muka dia sebab terkena cermin tingkap tu haha. Sekarang ni, tingkap menghadap hall tu sudah togel huhu.
Tetamu datang sila duduk kat lantai sementara Mokcik nak anyam tikar mengkuang agak2 10 tahun lagi huhu. Kalau nak jugak duk ala2 kerabat diraja, sila bawak sendiri lepas tu angkut balik. Sebab Mokcik malas bila budak2 ni kang buat main lompat2 segala. Nanti Mokcik stress doplohpatjam.
Idea yang datang untuk buat siling dengan gaya tu jerk. Sebab Tengah2 tinggi giler, bila sampai kat depan dia jadi rendah. Maka meh kita buat siling bertingkek2 haha. Memang nak gaya kosong jerk. Tak nak corak2.
Haritu bukan main selak katup selak katup katalog cat. Bila dah sampai masa, Mokcik lesing jerk katalog tu jauh2. Beli jerk cat kod asal, lepas tu touchup balik mana2 yang kotor haha. Tapi rasa nak tukar warna pintu tulah errmmmmm rasa2 sebelum raya tukar ker idak ni ngehngeh. Sementara ni, letak jer tv kat situ dengan berselirat segala cable. Kononnya ada perancangan melotupsssss dalam jangka waktu terdekat. Tapi tak taulah sedekat mana akakakaka.
Haaaaaa....... ini dapur yang Mokcik tambah kat ruang belakang yang penuh kontroversi. Kalau mood nak bercerita sampai, Mokcik buat novel yer. Sekarang ni mood nak tidur jerk. Orang buat kabinet boleh datang Sabtu depan untuk ukur. Bukan Sabtu ni, tapi Sabtu depan. Maknanya hujung bulan 1 nanti baru Mokcik leh susun segala Tupperware kat dalam kabinet huhu. Ini sebahagian jerk yer. Ada 2 bahagian lagi kat dalam kotak ngehngeh.
Untuk kawan2 yang berhajat menjengok rumah pada waktu terdekat ni saya alu2kan kedatangan korang. Gambaran rumah pon saya dah bagi kan kan. Jadi paham2lah layanannyer nanti yer hehe.
2 comments:
hehehehe...dah bertandang pun sabtu lepas...tak per kak...buat pelan-pelan...nanti cun ler...
tq lin
Post a Comment