MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, August 30, 2012

cari2

Bila dah fikiran kacau ni, mulalah otak saya tak tenang. Mulalah pi merayau ke mudah.com. Pi cari2 rumah sesapa yang nak jual ikut kilo ker. Huh!!! Puaslah menyevey, lepas tu mesej org tu, orang ni, lepas tu dok hayak kawan2 pi tengok kawasan, tak cukup tu angkut sekali anak2 dan en. Suami pi skodeng2 rumah orang. Sayangnya, kebanyakan toilet pon lagi lawa dari rumah, tapi harga up kasi gaban punya.

Lepas tu, teringat kat Area Nusajaya. Pon dah takder. Yang ada pun coming soon. Masa mokcik dah bertongkat. Nak wat rumah 1 Malaysia. Cam mana nak pinjam sampai 30 tahun. Silap2 rumah flat jugak yang naik huh!!

Tanya pulak area Mutiara Rini. Pon juai ikut harga mokcik boleh bunuh diri. Rumah murah skit dia akan buat dua tiga tahun lagi. Around RM80k ke atas. Rumah apalah dorang nak buat dengan harga gitu yer ?? Mokcik jadi musykil pulak. Lagipun en. Suami tak berkenan sebab katanya jalan jem kat situ huhu.

Ada pulak kawan2 cadangkan untuk servey area Tiram dan Kota Tinggi. Waduh!!!!! en. Suami kerja di Kulai. Dia bolehlah nak pi kerja awal pagi mana pun. Tang mokcik ni!!!! Kerjanya bersilat ngan anak jer memanjang. Mana aci kan. Pon Cancel.

Dengan perasaan yang kacau bilau, pi mengadu nasib dengan PA Pengarah. Linda cakap kat depan kawasan rumah dia ada wat projek baru. Terus jer dia telefonkan pemaju. Harganya masih murah berbanding rumah yang lain. Tapi masih paras2 hidung untuk membayar bulanannya. Agak jauh jugak dari LPP, tapi ada jalan alternatif, agak dekat dengan Kulai. Errrmmmm

Linda ajak pi servey. Jom!!

kacau ni

Lepas rumah yang saya beli tahun 2007 dibatalkan pembinaannya, macam fobia nak beli rumah lagi. Memanglah cam serik sesangat sangat dan sangat. Lepas dah sattlekan pembatalan ritu, hati saya jadi kebal dan batu. Lagipun manalah nak cekau duit kan. Dengan kereta, rumah, keperluan anak nak makan pizza, McD, KFC lagi huh!! Manalah cukupkan. Kononnya menyimpan pon menyempang jerk lebih.

Masa dok borak dengan warga Pendaftar ritu, Rosnah ada sebut pasal umur 35 ke bawah sahaja yang layak membuat pinjaman perumahan semalam 30 tahun. Saya melopong dok melihat dia. Laaaaa kenapa selama ni saya tak tahu pon pasal mender alah ni. Umur saya tahun ni dah 34 tahun lerrr..... tapi masih tak kisah sangat. Sebab masih terasa2 pedih kecewa.

Lepas tu, masa ada launcing rumah kat Seri Austin ritu, sajer pi masuk showhouse dia. Mak aiiii rumah besar skit dari toilet pon dah RM350k++ (hehehe tipu2, besarlah jugak) Siap kakak tu kata, lepas ni dah tak der dah rumah bawah harga tu dik kat Seri Austin.

Lepas tu, sajer pi tanya kat Setia Indah. Pon sama. Sumer rumah RM350k ke atas sahaja yang dijual. Berpinar kepala mokcik hah!!

Pusing punya pusing, nampaklah ada sebaris rumah setingkat tengah buat kat Taman Daya. Belakang rumah orang kaya giler haha (tiga tingkat tu). Depan rumah lama teres setingkat. Bila masuk showhouse dia, rasa macam masuk kat rumah flat saya jerk besarnya. bezanya, rumah tu kat atas tanah, rumah saya kat atas kayangan hahaha. Besar sikitlah kot, tapi rasa cam sempit plak. Nak tau harganya, RM200k++. Tenganga saya. Itu pun dah habis semua kecuali, showhouse tu RM270k++ dan 1 rumah nun hujung sekali. Endlot ada tanah skit kat tepi, berjiran ngam2 dengan rumah TNB yang gedabak besau tu. Yang tu, murah skit RM250++. Itu pon mokcik tak mampu uwaaaaaaaaa.

Bila saya balik rumah, fikiran saya jadi kacau. Antara saya pi servey lagi rumah dan beli dalam tahun ini juga atau saya takkan beli rumah untuk selama lamanya............


rumah idaman....
(rumah saperlah yang mokcik rembat ni)


Tuesday, August 28, 2012

kuih raya favorite

Masa balik dari kampung ritu dah tapau dah sebekas kuih kacang ni. Lum pun 2 hari kerja, dah kasi perabih. Oleh kerana mak nak datang JB untuk majlis tunang Anis ritu, mintak tapaukan lagi kuih kacang ni. Siap kasi ayat cover lagi. "Kalau ada lebihlah, kalau takder tak payah bawak." Hehehehe

Ibu mana tak sayang anak kan. Hah nko!!! Satu bekas dibawaknya. Kalau beli ni, tak cukup sepuluh hinggit hah. Oleh kerana semalam puasa, saya kasi jeling2 jer. Hari ni boleh tergoda dek mee soto pulak, puasa awal pagi jerk dapatnya hehehehe.

Bila dah petang2 gini, perut cam ada rasa2 nak telan sesuatu kan. Tengahari tadi pun tak lunch sebab bajet nak kuruskan. Sekali teringat ada kuih kacang yang mak bawak tu kat dalam keta. Hamboiii!!!! Segera jerk kaki ni turun dari tingkat 3 ni hah. Hambek.... dah tinggal separuh. Lari diet mokcik ooiiiiii

Monday, August 27, 2012

nak jadi nenek


Inilah anak kakak sulung saya Anis. Baru jer bertunang Sabtu lepas. Raya Haji tahun depan bakal diijabkabulkan. Yang kicik itu takkan tak kenal kan. Muka bajet budak baik sungguh.

Kalau ikut kesuburan mak dia, mau2 hujung tahun depan mokcik dah dapat cucu. Hah??? Dah jadi nenek ???

Friday, August 24, 2012

busy hujung minggu

Nampaknya kena tidur rumah kak Azah malam ni. Ingatkan nak pi pagi2 esok jer rumah dia. Oleh kerana lunch tadi terasa benar rindu nak jumpa mak kat rumah dia, harungi jugak second link dengan bayaran RM2.30 ke rumahnya. Bawak sekali mamat game terlampau 3 hari ni. Habis segala games disumbat kat dalam tab mokcik hah!!!

Kebetulan ada pulak udang galah masak sambal pemberian bakal tunang mek Anis yang akan ditunangkan esok. Lupa plak nak ambil gambar yer bila perut yang tak berapa lapar digoda dek nafsu makan.

Bila nak balik ke ofis semula, Arfan pulak tak nak balik. Dahlah takder baju spare. Nampak gayanya memanglah kena tidur sana malam ni.

Wah!!! Full sungguh hujung minggu mokcik bermula minggu ni.

25/8/2012 - Anis tunang,
1/9/2012 - Ngah tunang,
16/9/2012 - iza kahwin,

Fuh!!! Sumer orang penting tu. Ada berani nak buat dek jer ????

Thursday, August 23, 2012

baru hah sempat

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin untuk semua pembaca blog saya. Hamboiiiii raya sakan ke mokcik ni sampai dah lama tak berkesempatan nak update blog hah ??

Bila dah nak start raya ritu, mulalah banyak kerja. Kena turun kawasan lah, lepas tu adalah pulak khatam Quran anjuran LPP, meeting lagi, kemas rumah tak sudah2. Last2 bila sekolah Arfan dah start cuti hari Khamis lepas, mokcik pon angkut anak2 pi balik kampung pagi2 buta hahahahaha. Tinggalkan rumah cam tongkang pecah dengan en. Suami. Harapannya, bila dia berseorangan bolehlah kemas2 mana yang patut sebab takder yang mengganggu.

Sebenarnya saya memang tak bercadang nak bercuti sebelum raya atau selepas raya. Sebabnya en. Suami kan tak boleh bercuti. Rugi rasanya kalau saya ambil cuti, tapi hanya menghabiskan masa di JB. Tapi, memandangkan Arfan pun dah takder sapa nak jaga, rumah pun asyik dikemas tak bersih gak, saya mula jadi stress dan mintak izin en. Suami balik kampung. Untuk mengelakkan huru hara dalam kereta, lepas sahur hari Khamis sebelum raya lepas berdezup jer Avanza kelabu mengharung highway JB - Melaka. Alhamdulillah sampai gak di Melaka dalam pukul 9.30 pagi. Terkejut mak tengok cucu2nya menyerbu. Sedangkan saya awal2 dah khabarkan akan balik pada petang Sabtu bila en. Suami habis bekerja.

Saya mula kerja semula pada hari Rabu kelmarin dengan langkah yang longlai. Masih terasa2 rendang itik yang dimasak mak. Kena pulak mengangkut hero remaja yang takder orang nak jaga. Habislah full memory tab mokcik bila ada wifi free. Boleh download games bebanyak katanya.



Jejak jer rumah balik hari tu, mokcik rasa cam nak pengsan balik. Cam mana saya tinggalkan rumah, cam gitulah bila saya menjengok kembali. Nasiblah segala sampah dah dibuang seperti yang diarahkan. Nasib2.

Malam tadi barulah sempat kumpul2 segala pemberian PPK yang tak sempat saya susun dek kerana susunan cik Mia lebih laju adanya. Arggggghhhhh makin tension dengan budak lilo itu. Sebelum leraikan kuih muih itu sempat ambil gambar segala. Kalau ada PPK yang mendapati tiada gambar pemberian mereka, itu bermakna dah sattle masuk ke dalam perut yer weeeeeee.




Friday, August 10, 2012

asam pedas


Tertunai jugak akhirnya permintaan en. Arfan nak makan asam pedas ikan pari. Tapi agak lewat sikit hidangnya gara2 tukang cari bendir ngan serai terlewat balik semalam. Katanya, jalan jem.  

Takperlah, bukan lambat sangat pon. Bila dah start hidang, kl pon belum azan. Kami di JB berbuka pukul 7.17 malam yer hehehe. Sambil2 berbuka Arfan selalu dok ulang, kesian orang KL erk ma. Kita dah nak abis makan dah baru dorang boleh minum air.

Hari ini saya cadang nak masak mee kari. Sebabnya masih ada kerang yang dah dikopek masa 1 Ramadan haritu masih tersimpan. Arfan pon dah kata ok. Semalam belikan sekali mee kuning dan tauhu lompang. Barang yang lain2 semua dah ada. Tapi lupa plak nak turunkan ke bahagian frigde. Agak2 sempat x erk ???

Thursday, August 9, 2012

Nak cari pari nak cari pari

Sepanjang Ramadan tahun ini, kebanyakan harinya saya masak sendiri untuk berbuka. Nampak jer muka saya, Arfan dah tanya menu dia jadi ker masak hari ni? Apa2 pun ikutkan selera dia dulu sebelum selera en. Suami. Saya, apa2 pon boleh masuk. No hal punya.

Kalau hari kerja, saya akan sampai rumah sekitar jam 6.20 petang gitu selepas berpunsing2 dengan jem, ambil Mia di rumah kak Siti, ambil beg Arfan dekat taska dan ambil Wafiy dekat NURI. Arfan dah sampai dulu dekat rumah sebab bulan puasa sekolah balik awal kan.

Sampai jer rumah, saya campak segala jenis beg dengan macam2 bau terus masuk dapur. Startlah ujian menjadi MasterChef en. Arfan pada hari itu. Biasanya menu yang keluar satu jer. Kalau tak mee goreng, mihun goreng ker, kueh tiaw goreng ker, mee soto lah keluarnya. Bila dah bosan, keluar nasi pulak. Lauknya, kari ayam ker, tomyam ker, kari daging ker. Semua ikut selera pakcik tu ok. Bila dah tak tau nak masak apa lagi, kasi putar balik menu tadi hahahaha. Senang nak jaga anak mama sorang ni. Makanan kegemaran dia dihujung jari.

Pagi2 tadi dia dah buat permintaan Pari Asam Pedas. Errmmmm en. Suami pulak x makan pari. Maknanya kenalah beli 2 jenis ikan. Kalau lawannya asam pedas, maknanya satu lagi ikannya ialah ikan merah ok. Nasiblah bonus masuk rini oiiiii.

Tengahari tadi dah pon beli ikannya. tapi bender keras2 belaka. Suh en. Suami pi cari masa balik kerja nanti, sekali dengan serai. Lupa daaaaaaa

Wednesday, August 8, 2012

AHAKS!!!


Baru jer ada tempeyek dah setting2 bekas baru. Berangan sakan mokcik ni. Entah saperlah yang nak datang rumah dia hahahahaaha
sila klik sini

agak tension


Setiap kali bulan Ramadan jer mesti jalan kat Taman Daya ni jem. Sebabnya ada bazaar lepas Shell tu hah. Dahlah simpang masuk tu rumah penjaga Mia. Jawabnya, setiap kali bulan Ramadan mesti kena guna jalan belakang cam kat bawah ni. Kengkadang sesak jugak sebab ada gak yang ambil alternatif guna jalan belakang ni untuk celok ke bazaar yang sama.
Tapi untuk ke rumah penjaga Mia agak jauh sebab kena lalu banyak simpang dan bonggol jalan. Maklumlah saya ni bukannya mek drift, bawak pun penuh berhemah ahaks.

Nak ikut jalan terus pon boleh sebenarnya, bukanlah jem panjang sangat pun. Tapi, bila dah masuk simpang baazar tu, takut jer tersondol orang. Semua yang dok membeli belah sesuka hati wat catwalk tengah jalan. Kalau nampak ada kereta pun wat tak reti jer.

Alahaiiiii setakat Avanza dah berdebu tak basuh 2 bulan ni, layak ker tekan hon hon hon tepilah tepi mokcik nak lalu ni hoiiiii!!!!!! Ada pulak kena garik keta ni kang. Senang cerita saya gunalah jugak jalan belakang tu. Takperlah jauh sikit. Janji hati tak sakit.

rezeki datang lagi


Alhamdulillah!!!!!! Dapat kurma dari PPK Labis dan tempeyek dari PPK Parit Raja. Dapatnyer semalam. Masa tengah dok bermeeting2 segala, Zam Kidal bagi mesej tak boleh gak up Century walaupun dah guna PC saya.

Oleh kerana mata pun dah pandang pengarah kelam terang kelam terang, lari kejap masuk opis. Lagipun executip cabuk jer mana ada bender sangat nak cakap kan hehehee. Bila sampai kat meja, tengok ada rezeki ni. Bagus2 tengah lapar ni uppssss!!!!

Terima kasih banyak2 yer PPK, semoga PPK anda akan lebih maju dan kaya raya. Kuih raya memang belum ada ni. Cuak jugak dah tinggal seminggu lebih jer ni, banyak lagi bekas Tupperware yang terbiar heheehhe.





Monday, August 6, 2012

Arfan vs Mama


Arfan : Kalau kita puasa penuh boleh tak mintak apa2.
Mama : Boleh, tapi jangan mahal2. Mama tak cukup duit.
Arfan : Kalau kita mintak kasut sekolah baru boleh tak ? Ari tu kita masuk tandas, stokin kita basah. Yang murah2 nyer pon takper.

Tetiba teringat masa saya bayer2 Arfan. Pergi sekolah jalan kaki. 2 kilometer jugaklah. Ada sekali tu rasa cam tak sedap kat stokin belah tumit kaki sebab tumit kasut dah bocor. Sekali cek, entah bila terpijak tahi lembu agaknyer. Tapi tak pernah pun minta mak belikan kasut baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...