MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, September 30, 2014

SELFIE

Pagi2 datang opis hidung dah merenyam2. Bukan hari ni jerk ni. Dari minggu lepas hidung resdung Mokcik terseksa. Sekarang ni, kalau korang datang opis ni, terus jerk boleh berkenalan ngan  Mokcik yang asik2 nak betul tudung sebab pakai shawl baru. Baru betul sangat ni sebab lom sempat basuh pon. Tak payah nak bazirkan air, kita pakai dulu baru pi basuh untuk menyokong kempen penjimatan akakaka. Oleh sebab Seminggu dua ni opis Mokcik mengamalkan sikap terus dan telus sebab masa korang kat dalam kereta pon dah boleh nampak kitaorang. Turunkan cermin kereta jerk terus teriak nama orang yang korang nak jumpa nanti orang tu terus toleh. Nak jumpa pon tak payah dah nak cari pintu masuk bagai, kat tingkap jerk dah boleh sattle problem sebab semuanya dah terbarai akakakaka. Habuk jangan cakaplah, nko lap pagi, tengahari dah seinci habuk melekat balik (itu tipu).

Oklah pagi2 ni jom ikut Mokcik layan gambar2 selfie yang nak kasi buang dari phone macam2 perangai pelik ni. Sambil tu bersin2 sikit sambil gosok2 mata aarrrrgggghhhhh muka pon dah gatal2 ni.
 
Haha gambar mesti ada makanan punya. Haritu boss Pendaftar belanja semua urusetia yang buat kerja kat Mesyuarat Agung PPNJ makan domino kat cawangan dia. Semua gigih bekerja katanya. Nak gak selfie tapi Mokcik tak berapa pandai nak cover semua. Muka sendiri pon masuk separuh jerk.

Ni selfie ngan family OTW balik dari kampung ke JB masa cuti sekolah hari tu. Plan tak nak balik kampung sebab ingat nak balik masa raya haji jerk. Sekali anak2 paksa balik jugak. Omaknya terpaksalah gak menurutkan kehendak anak...........konon!!!!

Ni pulak selfie semalam dengan tudung baru beli ngan kawan jual kat opis. Mokcik ni biasalah kalau kat kedai madang tak berkenan. Tapi bila dah ada depan mata, belek2 boleh sekali angkut 3 ekekeke. Ni dah belit kali ke dua budak tecik paksa bukak balik suh lilit ala2 remaja. Remaja sangattt......
 
Inilah budak tecik itu, ratu belit2. Asiklah buat taklimat kecantikan dengan Mokcik. Haha den tak sempat dik ooiiiiiiii. Eh! Bibir I tu bukan pucat yerk tapi lipstick ikut tema warna tudung. Nko hader!!!!!


Selfie pulak ngan buah duku kat kebun belakang umah omak opismate. Masa lunch lari kejab pi kutip buah. Susah gak erk nak petik buah duku ni. Nasib ada badang2 tua yang ikut sekali bolehlah panjat2 pokok, lawan2 semut  gigit, lap2 peluh menjejeh. Mokcik tukang pungut jerk melayankan angin yang sepui2 bahasa, lepas tu bawak masuk mulut. Lebih2 kang baru masuk bakul ngeeee.


Semalam lunch kat Old Town dengan budak tecik lagi. Cantik pulak gambar dari en. OPPO ni. Mokcik nampak cam umur 25 keeennnnn.


Last! Selfie kat bilik opis yang fresh air. Sesekali datang by pakej segala debu dan bau. Telus dan terus kan kan.

Monday, September 29, 2014

ACCIDENT, CLAIM INSURANCE OR SATTLE TEPI

Aaaaaiiiiii nasib!!! Khamis lepas kereta cari rezeki Mokcik kena sondol kat jalan UTM. Aduhaaiiiiii selalu tengok orang lain kena, lepas tu menyirap jerk sambil kecik2kan mata sebab jalan dah jem pagi2 buta korang boleh pulak dok bincang2 lagi kat tepi jalan gitu. Kali ni Mokcik pulak rasa. Berdenyut2lah kepala dok pikir apsallah boleh malang sampai jadi macam tu walaupun en. Suami selalu cakap relakslah bukan awak yang salah pon kan kan.

Ini kali ke 3 Mokcik kena sondol2 ni. Seksi sangat kot montot Avanza tu. Ada kena mengena ker?? Haha. Pastinya setiap kali kena, Mokcik tolak segala prosedur pada en. Suami. Sukatilah nak sattle cara mana.

Kali pertama dulu bagus jerk Mokcik parking kat opis, tau2 belakang kena langgar dengan opismate masa nak reverse. Cantik jerk orang tu telefon Mokcik tengah lunch kat luar suh pi repair nanti dia bayarkan sedangkan malam tu baru jerk en. Suami pi jahanamkan bumper depan Mokcik boleh terlajak masuk dalam longkang rumah flat balik dari lunch kat luar. Malam tu Mokcik membebel kat en. Suami kata dia careless person, menyusahkan, mana ada masa nak repair, nak keluar duit lagi  tang tung tang tung akakakaka nasiblah dapat bini yang ramah tamah sangat ni. Sakit betul kepala masa tu pikir depan belakang kereta dah kemik sana sini. Masa tu pulak en. Suami kerja driver on call sesuka hati jerk bos dia panggil kerja pukul berapa pon. 24 hours kena standby then no weekend. Kat rumah Mokcik kena sattlekan segala datuk kerja dengan anak2 sepenuh masa sebab en. Suami jarang betul ada kat rumah. En. Suami suh Mokcik sattle insurance jer sebab bumper dengan bonet belakang kemik sampai atas. Tapi sebab sangat baik ngan tukang langgar, Mokcik kata tak payahlah. Orang tu kata dia bayarkan nanti. Eh!!! Baik benar ni. Masa en. Suami yang buat bukan main lagi menyinga. Tapi masalahnya Mokcik tetap jugak nak tunggu en. Suami free untuk hantar repair. First, itulah satu2 kereta yang ada kalau dah tinggal repair Mokcik nak bergerak macam mana lagipun tak yakin nak bawak kereta lain kalau ada sekali pon. Second, Mokcik malas nak bekejar2 sendiri sebab segala kerja dan handle anak2 dah sangat memenatkan. Orang tu pulak asiklah tunjuk baik nau berkali2 suh jugak pi repair sebab kesian tengok belakang kereta buruk benar. Then dia cadangkan kalau takut lambat siap, pi jerk ketuk dulu, bila free lagi baru pi cat pulak. Mokcik pun bertekak ngan en. Suami suh curi gak masa pi hantar bengkel sebab masa hujan, tengok kat belakang ada takungan air. Dalam sibuk2 tu, en. Suami pi jugak ambik quotation then tunjuk kat dia. Orang tu terperanjat tak percaya then mintak kitaorang hantar kat area Pontian. Dia kata lebih murah buat kat situ. Bayangkan duduk kat Taman Daya tapi kena pi ketuk kat Pontian punya jauh dengan en. Suami yang asiklah busy memanjang. Mokcik bertekak lagi dengan en. Suami suh ikutkan kata orang tu pi ke Pontian, sedangkan en. Suami tidur pun asik tak menentu. Akhirnya dia setuju jugak dan minta kebenaran untuk ambik cuti hari tu, mula2 bos dia setuju, bila tengah2 buat kereta tu bolehlah pulak bos dia call kena gak buat kerja petang tu. Bos dia siap pergi sendiri  kat bengkel tu then dorang pon bekerja sampai awal subuh then patah balik ke Pontian untuk ambil kereta. Masa balik en. Suami dah marah2 mungkin sebab terlalu penat. Tapi yang tambah terbakar pakcik tu bila mulut Mokcik pon tak boleh diam sama naik sebab kita sendiri pon sama penat nak handle itu ini. Tapi masa tu memanglah drama bergaduh ni sering tercetus dek kerana sama2 penat kot. Oleh kerana takder masa nak berpisah dengan kereta, kereta tu tak bercat hampir sebulan sampaikan lalu mana2 pon orang boleh kenal tuan punya kereta. Sangat meninggalkan identiti haha. Lepas en. Suami berhenti dari buat kerja driver tu sebab dapat offer kerja dari EON then Mokcik sms orang tu minta bookingkan bengkel sebab nak hantar cat. Tetiba dia boleh cakap yang sebenarnya dia kecewa sebab masa pi ketuk hari tu Mokcik langsung tak berterima kasih dengan dia. Uiikkkkkk!!!!! Apakah drama ini????? Sedangkan selepas ketuk tu, kitaorang ada gak bergurau2 macam biasa tak pulak dia tegur pasal tu.  Mungkin memang Mokcik terlupa berterima kasih, tapi..........kereta aku belum sattle repair apahal pulak nak berterima kasih?????????? Tapi Mokcik still minta maaf baik2 then minta dia bookingkan tarikh dengan bengkel tu. Tau apa dia cakap??? "Saya sibuk takder masa tengoklah nanti." Oh!!! Boleh gitu??? Saya mula berfikir mungkin bengkel tu kenakan harga yang boleh tahan mahal untuk ketuk tu dan menyebabkan dia keluarkan belanja yang agak besar. Sekarang Mokcik bolehlah pulak mintak dia cover cat lagi, nak kena bayar lagi huhu. Mokcik tak cakap apa2 lagi dah lepas tu tapi macam biasa hilang seorang kawan dunia Mokcik takkan kiamat hokey!!! Dia pon buat muka selamba jer lepas tu. Boleh!!!!! Haha dasar mangkuk hayun.The end kisah ini, en. Suami ku dengan rela bawak kereta tu pi cat then bayarkan guna duit poket dia tanpa disuruh atau dipaksa. Haha haruskan ada cinta yang kurang terhadap si dia???? Auuwwwww itupon dah sangat2 romantik ngeeeeeeeee.


Eh! Lapar pulak tengok gambar Mia makan nasi kukus dah petang2 ni. (Selingan kejab penat bebel2 panjang ni haha)

Kes kedua terjadi kat Taman Daya masa nak pergi kerja betul2 dekat kuil India yang ada jalan keretapi kat bawah jalan raya tu. Elok jerk semua kereta sopan santun ikut turn nak keluar simpang yang ada Petronas berdepan ngan JPJ tu .....bang! Kereta Wira langgar belakang Mokcik. Masa tu tak ada pengalaman kena langgar lagi jadi Mokcik ingat enjin mati sebab tak pandai imbang minyak sekali Eh! Aku kan bawak auto, mana leh mati enjin. Tengok belakang sekali tengok kereta tu elok jerk bagi signal nak parking tepi. Telefon kong, bagus! Mokcik nak mintak tolong saper ni. Turun kereta tengok belakang tengok bonet kemik kat belah kanan then bumper pecah sikit. Mr. Cina tu suh hantar kereta kat bengkel dekat2 situ then bagi no. phone dia. Mokcik ni terkial2 dok nak cari pen dalam kereta tak jumpa. Sekali jumpa color pensel Arfan tertinggal then conteng kat resit shopping kat mana tah akakaka. Sampai opis terus call en. Suami suh pi sattle ngan Mr. Cina tu. Sonang tui kerja Mokcik akakakaka. Lunch kitaorang pi jumpa Mr. Cina kat bengkel tu then dia desite nak claim insurance dia sebab Wira dia rosak boleh tahan. Memang pon, bonet depan terangkat then bumper depan dah rebeh. Terus pergi buat report then tinggal kereta kat Toyota Service 2 minggu, lepas tu semua sattle. Tak payah nak sentap2 bagai kan.

Mokcik ni bukan suka pon makan spagetti, tapi bila dah lapar2 ni, nampak gambar masa makan kat Angah D&C ni pon dah rasa teruja2 gitu akakaka.

Kes ketiga, jadi Khamis lepas lori jalan gedek2 punya pasal kat lorong kiri jalan Pontian - Johor menyebabkan Mokcik leh bertukar lorong ke sebelah kanan. Biasalah kalau dah belah kanan semua suka laju2 break, laju2 break, tetiba kereta depan emergency break. Mokcik pon break sekuat hati. Mata dah terbeliak sebab dah dekat sangat dengan kereta kat depan. Sempat break, baru nak ucap syukur tiba2 bang! Terasa belakang pulak kena langgar. Serta merta teringat hari tu terlupa baca doa naik kenderaan! Sengal!!!! Bila keluar kereta, tengok lelaki India pulak yang keluar dari kereta belakang dengan bonet leh tahan gak kemik dia. No. plat pon dah terbarai. Pakcik tu panik sebab jalan dah start jem.

"I'm rushing tu send my kids to school can we sattle it later?"
Rasa macam nak lempang dah sondol kereta aku nak speaking London plak. Aku nak tulis ni pon ntah orang paham ker idak, ini nak suh jawab nko cakap hah.
"Wait! My husband OTW came. You can sattle with him." Tapi dalam hati terkekeke sebab rasanya en. Suami punya English lagi dasyat dari Mokcik.
"Traffic jem already. Better you keep my number then we sattle later."

Oleh sebab nampak cam orang leh bawak runding dan bumper Mokcik jerk nampak calar sikit, Mokcik okkan jerklah. Lagipun lidah ni dah rasa kebas pulak kena praktis English pagi2 akakakaka. Tapi ambik no. kereta siap2 sebab dia just pakai kereta Persona jadi en. Suamiku leh check kat sistem Proton.

Bila en. Suami check dia kata bukan India. Tapi Bangla, lecturer kat UTM. Patutlah sepatah haram tak boleh cakap Melayu akakakaka. Bila en. Suami telefon pon dia pass phone kat student dia suh jawabkan. Dia tanya kena bayar berapa then en. Suami dah belajar dari pengalaman dah mintak kat Toyota siap2 quotation berdasarkan gambar yang Mokcik dah whatsApp. Rupanya reverse sensor pon pecah gak. Jadi harganya haruslah up jugak. Kang tak buat macam tu, dorang ni main cincai jerk last2 sakit hati sendiri. Bila dia tengok harga......dia sendiri desite suh buat report then claim insurance. Bagus! Walaupun banyak kerja sikit tapi hati puas. Tak payah nak sentap2 bagai. 

Ingatkan kena buat report kat Gelang Patah, ghupernya kat Skudai jerk. Sentap gak ni, tapi kita singgah dulu kat warung Mak Siti.


 Pekena cendol dulu untuk sejukkan hati ngeeeeeee





Saturday, September 27, 2014

OUTSTATION

Hai U oolllllzzzzz lama plak Mokcik menyepi diri dari dok pampang2 gambar makan kan kan. Sebenarnya Mokcik tengah kumpul2 gambar makanlah untuk korang sepanjang minggu lepas akakakaka. 2 hari jerk ada kat opis. 3 hari lagi I kuar outstation. Gambar wat kerja xder!!!! Sebab masa wat kerja mokcik sungguh2 (sambil jengketkan kening) Gambar makan berlambak sebab waktu tu jerk I boleh main2 Paham!!!!

Perrggghhh tengok balik gambar ni, Mokcik kecur lagi. Pekena masa pi outstation kat Kota Tinggi. Oleh kerana masih awal, pilah cari kedai nak isi perut. Umpama mencari cinta yang hilang, jumpa jugak kedai sarapan dulu kat sebelah Shell sebelum sungai kat Kota Tinggi tu. Sekarang dah pindah kat depan sungai tapi dari jalan besar kena masuk kat simpang kanan sebelum hotel yang dah tinggal rangka jerk sekarang.  Mee rebus ni sangat terbaik Mokcik tak tipu. Mokcik sangat suka sebab ada ikan bilis. Haha tambahan ikan bilis jerk pon tapi kedai ni berduyun orang sebab segala sarapan kat sini sedap belaka. Ayam goreng dia selalunya Mokcik tak pernah tinggal, tapi sebab takut tak sempat habis Mokcik order ni jerklah haritu.


Lunch layan pulak Nasi Ayam Baser. Restoran ni very pofular kat Kota Tinggi. Nak Waze ker, tanya orang ker, kompom jumpa tanpa ragu2. Tempat kitaorang makan ni, yang dekat2 ngan sungai. Ada satu lagi dekat ngan pekan Kota Tinggi tu. Saper rasa diri puteri lilin boleh pi kat sana sebab beraircon. Kat sini open style. Parking pon senang. Nko tengok budak tudung pink tu, terpaksa korbankan diet sebab sedap punya pasal.

Portion untuk 4 orang. Tak sempat nak snap ayam dah luak ke pinggan.

Sampai rumah dah terlambat sikit. Rushing masak asam pedas. Kebetulan bahan2 dah ada cepatlah kerjanya. Tangguh2 kang ada gak bende dah sampai berlendir.


Outstation hari kedua, tuan urusetia call suh terus pi kawasan sebab masa kat Kota Tinggi sarapan yang tersedia tak berusik bila masing2 dah kekenyangan. Bila whatsapps kat kawan2 gambar ni, masing2 dok berkenan kat kuih hijau tu. Tapi cekodok jugak yang laju masuk perut. Eh! Ada nasi lemak gak sebenarnya. Dalam perut kot dia menyorok akaakaka.



Tengahari tu kitaorang lunch kat depan PPK Rengit jerk tapi kena seberang jalan. Pekena asam pedas claypot. Doa pon tak sempat baca ni, budak diet secara xtream sudah lesapkan sepotong telur dadar itu. Tapi kurang feellah makan kat sini. Dah campur telur masin pon rasa dia tak up. Tapi tetap licin jugak ngeeeeeee.

Oooiiissssshhhhhh paling bolat! 

Sampai rumah dah nak pukul 7 malam. Kita tambahkan rezeki kat kedai Zaiton kat depan jalan jerklah. Mama korang pon lotih ni hah. Esok kena outstation lagi. Lagi jauh. Nanti kita tengok leh makan apa lagi ekekekeke

Esoknya kena pi Muar. Kalau keluar tol Yong Peng Utara, menghala ke Sri Medan, betul2 kat traffic light yang ada surau warna biru tu, ada gerai sarapan Mokcik wajib singgah. Kat situ pagi2 ada nasi ayam dengan soto antara yang terbaik Mokcik pernah jumpa. Kalau penuh takder tempat duduk pi jerk kat belakang gerai tu ada bangunan kedai baru pon dia punya gak. Adooiiii tetiba kelaparan ni........



Sampai kawasan, ada kuih lagi untuk selingan sementara tunggu turn bentang2 report hah!


Lunch pulak nasi campur giler marvoleus. Daging masak lomak tu sangatlah sedap rasa nak hirup2 jerk kuah dia. Nasiblah muka lom cukup tebal nak mintak tapau bawak balik hahaha.


Mokcik menyirap jerk dengan guard pendaftar ni. Dahlah lewat petang baru habis bentang report. Otw balik boleh dia mengadu lapar lagi suh berhenti kat RnR nak makan lagi. Eh mangkuk ayun ni! Makan jerklah kat rumah nanti. Asiklah memekak lapar kat dalam kereta, lepas tu wat ketawa sewel bila tengok Mokcik bengang dah lewat sangat. Sambil tu kondem pulak blog Mokcik. Sampai RnR, kena belanja Mokcik pau seketul. Padan muka!

Wednesday, September 10, 2014

KERUSI PINJAM

Malam tadi dok curik data en. Suami kejab sebelum tidur. Sekali nampak @fauziahahmad dok komen bila nak pulangkan kerusi putih??? Lepas tu Mokcik buat aksi senyum bibir senget dengan angkat2 kening. Plezzzzz lah @fauziahahmadaud !!!!! Eh! Haha kerusi I tu dah sampai kelmarin hokey! Tapi setelah diugut oleh en. Suami ku yang gagah perkasa adanya akakakakaka. Mokcik tak taulah macam mana gaya en. Suami bila bergaya gangster. Adakah seperti oppa gangnam style op op opop hahahaha.

Gambar kerusi berbalut inilah yang menjadi viral semenjak raya hari tu. Asiklah kena perli dek budak2 terlampau. Sebenarnya Mokcik berkenan yang warna hitam. Yang design dia ada aura2 orang kaya yang poketnya bunyi kecing2 memanjang. 2 minggu sebelum raya Mokcik dah sattle bayaran sebab dah kira2 kalau hutang interest dia punyalah tinggi boleh bayar viva laki mokcik tu hampir untuk 3 bulan adanya. Koreklah celah2 sit kereta yang anak2 mokcik suka sumbat syiling semata2 nak meja makan baru beserta kerusi ala2 hartawan walaupun hati sangat bermuram durja dengan tile x lawa kat dinding tu. Bila dah cukup seguni, pilah bayar kat kedai kengkonon nampak class sangatttttt. Janji seminggu lagi raya barang sampai. Dah nak raya dia telefon kata meja jerk ada. Kerusi yang saya nak takder. Eh! Eh! Boleh??? 

Maka terjadilah drama kerusi pinjam itu dah nak hampir 2 bulan hah asiklah jawab kerusi yang saya nak takder stock. Kitaorang yang baik hati serta sopan santun ni pon sangguplah tebalkan muka suh tetamu duduk kat kerusi berbalut ni semata2 risaulah kerusi pinjam ni terkotor ker, tergarik ker. Baru jer haritu Mokcik tanggalkan balutan sederet kat belah kiri tu. Plastik dia dah terlondeh dan berkirai. Buatnya tersangkut kat kaki maunya jadi gimnas negara pulak.


Tadaaaaaaa!!!!!!! Kerusi Mokcik yang sebenar2nya dah sampai. Tapi, tapi bila dah sampai rasa cam best lagi kerusi putih tu. Sebab material PU dia rasa berbeza. Lepas tu kerusi ni agak ringan dari yang putih tu heeemmmmm. Tapi tetap cannot color putihlah nanti Mokcik asik nangis jerk. Zill Faezrull nak pujuk ker ker.

Tuesday, September 9, 2014

KETIBAAN DATIN ODAH DAN DATO' AZAM

Cerita 2 minggu lepas yang terperam. Tapi sayang kalau tak diN3kan sebab bukan selalu pon dorang ni datang rumah. Dah rindu2 nanti leh selak2 semula N3 ni. Keluarga Abang Azam ngan Odah datang bertandang dari KL 30 Ogos haritu sebelum muka Mokcik bertukar menjadi batman. Arfan kongajorkan, gelar Mokcik macam tu sebab muka dah sunburn terlibat perbarisan Merdeka ritu. Masa pakai cermin mata tak perasan sangat, bila nak sembahyang kat surau opis, budak2 ni bantai gelak ramai2 sebab angkat air sembahyang Mokcik tanggalkan spec. Baik jerk dia hitam ikut spec Mokcik. Kawasan terlindung spec pulak ikut warna asal.

Eh! Citer pasal sunburn pulak. Marilah berpatah balik pada tajuk yer adik2 haha. Odah ni dulu kawan sebilik Mokcik masa kat UiTM Jengka. Kengkadang sekelas ngan dia, kengkadang tidak bila sem bertukar. Beliau sangatlah pandai dan selalu bawak balik makanan bila weekend. Patin masak tempoyak aauuuwwwwww sangat sedap itu. Mokcik ni dari dulu sampailah laaaa ni asiklah lembab dan blur dalam pelajaran asiklah refer kat dia sampailah termalu2 sendiri apsallah bongok sangat ni. Tapi tang makanan tu Mokcik tadah perut jerklah sebab jarang balik kampung. Duit kena jimat2, lagipun jalan balik dari Temerloh ke Melaka sangat mencabar menyebabkan Mokcik kompom muntah pahit lepas tu pening kepala sampai 2 hari haha. Sangat manjer kan kan. Masa tu, 2 kalilah Mokcik Raya Haji kat Jengka sebab cuti tak panjang. Lepas tu sembahyang raya sambil berjujuran air mata nko mamfu???

Haritu nasiblah sempat baca WhatsApp group yang Puan Odah kita nak melawat omak mertua kat JB. Sekali rumah abang ipar dia tu dekat nau ngan rumah Mokcik. Wajiblah jejak kasih diadakan semula. Mokcik pinjam gambar korang erk sebab haritu banyak gambar corupt, jadi cam merajuk hati huhu. Pagi2 dah masak untuk lunch. Jampi2 skit mintak2lah sedap nak jamu orang datang jauh2 ni ekekeke.

Masaklah asam pedas ikan merah.

Buat penyedapnya ulam ngan sambal belacan. Ni gambar dah habis makan guna hampon en. Suami. Belacannya tak perasan dah habis. Tinggallah seketul kecik jer buat rasa2. Cili tu memang saya suka tumbuk tak berapa halus. Kang lepas makan kena kumur2 betul2 eh! Kang tertampal baik jerk kat celah gigi haha.


Sayur goreng campur2 dengan ayam goreng bukan main banyak diratah dek Mia. Tetamu dah datang, Mokcik goreng lagi seround yang lain.

Terima kasihlah korang datang rumah Mokcik yang langsir pun kepit ngan penyepit baju akakakaka. Kalau tak datang hari tu bila lagilah nak jumpa kan. Last jumpa dulu pon masa budak Nana tu baru 3 4 bulan. Cik Mia pulak masa tu tengah memboyot dalam perut. Silap2 jumpa balik nanti masing2 dah nak bermenantu etetetete.


Tetamu dah balik, cik Mia pulak sambung makan. Habis semua ayam goreng dia bedal.



Sunday, September 7, 2014

MESYUARAT AGUNG PPNJ 2014

Khamis lepas Mokcik terlibat ngan Mesyuarat Agung PPNJ kat Berjaya Waterfront Hotel. Pertama kali Mokcik dilantik jadi urusetia sedangkan selama ni Mokcik dijemput hadir sebagai Yang Berhormat akakakaka. Memang betul selama kerja ni, inilah pertama kali Mokcik jadi urusetia. Itupon sebab ada kena mengena dengan kerja2 Mokcik nihah. Kalau idak kad jemputan tu Mokcik jeling jerk sebab kalau hadir bukan ada Zill Faezrul pon akakakaka.

Walaupun tak dapat apa2 bayaran sampai tapak kasut Mokcik tercabut, takper2 hotel dorang sediakan sangat best. I loik! Tapi bukan dekat Berjaya Waterfront, dekat Blue Wave Hotel. 

Siap ada dapur dan microwave segala. Kasi kitaorang duduk semalam jerk ker?? Patut kasi dok seminggu barulah terkesan dapur tu haha.

Bilik besar leh main kejar2 ni.

 Pandangan ke pintu masuk bilik.

Bilik air.

Malam tu en. Suami bagitau makan kat Sayam sebab sedap. Eh! Cam mana U tau kat sana sedap??? Tak pernah ajak I makan pon??? Errrmmmm...

 Makan ngan kanak2 riang ini.

 Me punya. Nasi goreng daging merah. Rasa biasa2 jerk. Nasi pon macam rasa dah siap lama.

Nasi goreng Amerika. Serupa cam nasi Mokcik tadi tapi tenggekkan telur mata jerk. Terus label Amerika mai adeh!!

Meehoon Tomyam pon biasa2 jerk. Apa yang best en. Suami ooiiiiii????? En. Suami cakap Sayam banyak tempat. Mungkin pi salah tempat ni. Hokey!!!! Bawakkan I kat tempat yang best tu. Bukan main lagi pi makan sedap2 tak bawak I erk gggrrrrrrhhhhh

Sebelum balik bilik, boleh pulak budak2 ni tapau chicken wing ni. Tak padan yang kecik, napsu makan besau ni.

 Breakfirst Time! Telur separuh masak, wajib.

 
 Mehoon goreng. 

 Zila n Dalilah.

MesyuaratAgung PPNJ kat dewan Berjaya Waterfront Hotel. Setiap kali meeting ni, mesti ada acara tarik tali. Jadi pengarah LPPJ ni bukannya kerja mudah. Mesti pandai tarik tali jugak. Mesti lebih kuat dari ahli mesyuarat yang lain. Tabik my boss!


 
Biarkan pakcik2 bermesyuarat, biarlah pakcik2 jerit sokong lepas tu pakcik yang lain jerit pulak x sokong. Sambil2 tu gadis2 yang tuan pengarah gelar untuk kitaorang aauuuuuwwww, selfie2 dulu ngeeeeee...

@Man Kueh pon datang gak dari KL. Masih menjadi rebutan walaupun dah serabai untunglaaaaaa

Kasut ini, kasut ini sudah buat spoilt dengan Mokcik. Bukan main lagi Mokcik gilap supaya bersinar2. Boleh pulak masa melepak2 dah abis pemilihan, Mokcik baru terperasan tapak dia dah merekah. Patutlah masa bergerak rasa cam tapak dia lembik2. Ingatkan sebab karpet tebal. Dahlah masa nak cop parking kena menapak jauh gggrrrrrrhhhhh bengang100x.

Habis pemilihan, terus kelaparan sebab tak sempat nak minum pagi. Kerjakan ikan ngan udang dengan sepenuh tenaga hihi.

 
Alaaaa senyuman dah tersenget sebab telah diusik oleh @lynn hamzah.

Cik adik manis pon nak senyum jugak!!! Meh gadis manis ambikkan gambar yeyyy

Orang2 kuat dok settingkan network, settingkan tempat undian kelaparan sebab x sempat breakfirst. Tidurpon tak sempat malam tadi. Tabik springgg!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...