MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, September 30, 2012

you sakit pergi jauh jauh

baru jer Arfan berselera makan lepas asik demam ok demam ok selama lebih 2 minggu. rasa sebak pulak bila dia makan dengan berselera kat kedai mamak khamis lepas. Sedangkan sebelum tu, dia sendiri request masakkan itu ini. Tapi tak mampu nak telan sebab selsema, batuk dan tonsel. Memanglah lega betul perasaan ni.

Apakan daya, lepas jer balik dari outstation jumaat lepas teacher Wafiy call bagitau badan Wafiy panas betul. Terus jer saya pergi ambil dia kat NURI. Sampai jer kat sekolah, keadaan agak panik sebab Wafiy muntah dekat corridor. sekolah. Bertungkus lumus teacher kat situ menguruskannya.

Ingatkan setakat tu jer, sekali kat dalam kereta pun dia muntah. Saya jadi panik sangat dan bawa terus ke klinik. Kat klinik pun muntah jugak. Bila balik rumah pun muntah jugak. Memanglah tak keruan perasaan ni. Nak masak pun jadi tak tentu hala. Nak bagi makan ubat kenalah makan dulu kan.

Nasiblah ada sepeket maggie. Kasi rebus dansuruh dia makan. Mungkin sebab perut dah kosong, Wafiy makan sampai habis. Saya suruh dia rehat kejab sementara saya nak mandi. Lepas tu bagi dia makan ubat. Selesai jer makan ubat dia terus lari masuk toilet. Adoiiii bukan setakat ubat jer yang keluar, setiap helai maggie yang dia makan semua habis keluar.

Lepas setengah jam muntah lagi. Lepas tu muntah lagi, muntah lagi dan muntah lagi. Ingat pagi tu kalau terusan cam tu, memanglah kena bawak terus pergi hospital.

Masa saya bangun untuk Sembahyang Subuh, tengok dia tidur memanglah keletihan. Badan pun panas.  En.Suami kata nak pergi kerja dulu, lepas minta kebenaran baru balik untuk ke hospital.

Pukul 8.30 pagi, Wafiy tersedar dan masuk toilet dan muntah lagi. Dah tak ada apa yang keluar kecuali cecair kuning. Lepas tu tidur kembali.

Alhamdulillah.... hari ni nampaknya Wafiy beransur sihat lepas dapatkan khidmat dari hospital. Harap2 tak mengganggu exam dia esok.

Tuesday, September 25, 2012

Arrrhhhgggggg menciiiiiiiiii!!!!!!!

Hari ni hari ketiga saya bawa kereta manual sejak 3 tahun lepas. Sejak jual kancil kereta pertama saya dulu, memang tak pernah usik dah kereta manual ni. Bukan nak berlagak sebab dah ada yang auto tu. Tapi, saya ni jenis yang selesa dengan yang satu huhu. Sampaikan adik beradik mintak tolong alihkan sikit jerk kereta auto mereka pun, saya tolak mentah2. Alasan tak pandai bawak hahahaha bengong betul.

Nak jadikan cerita, minggu lepas en. Auto saya disondol orang. Alahaiiiii sikit jerk pon. Nak jugak wat claim insurance. Alasannya depan kereta dia teruk. Terpaksalah saya ikutkan wat report polis. Sabtu lepas hantar ke bengkel untuk repair. En. Suami suh pakai kereta dia dan dia pinjam kereta abang dia.


Ah Giler!!!!! Sejak beli kereta tu beberapa bulan lepas mana penah saya dok kat driver sit. Ini kan nak bawak. En. Suami mula naik suara. Kata saya ni manja sangat. Dulu boleh jer bawak kancil.

Itu 3 tahun lepas en. Suami oooiiiiii. Lepas jer dapat lesen itulah kereta yang saya buat cari rezeki.Memang pon satu Johor ni saya lenjan ngan kancil tu. Tapi ni kereta lain. Lagi pun dah 3 tahun tinggalkan manual. Dah lupa nak balance clutch ngan minyak. Dahlah bukit nak keluar ofis lebih 45 darjah, nak pi simpang Taman Daya ada flyover berbukit bukau!!!!

Suka hati awak!!! Pikirlah sendiri nak pi kerja dengan apa pon noktah

Arrrhhhgggggg menciiiiiiiiii!!!!!!!

Dan hari ni dah hari ketiga saya bermanual pergi balik ofis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Itu pon sebab tak berhenti kat bukit. Mokcik tunggu line clear baru panjat bukit tu hahahahaha ader haku kesah!!!!

 
Kesan kemek kat belakang kereta
 
 
Simpang keluar LPP yang berbukit 45 darjah







bunga bunga !!!

Huh agak kelam kabut skit hari ni. Huhuhu padan muka kan, sapa suh wat persiapan last minit. Tapi ada citer gaklah kenapa boleh jadi huru hara gini. Tak payahlah nak menyalahkan orang kan. Sendiri pun tak alert sapa suruh kan.

Sebenarnya bukan nak citer pasal salah menyalah ni. Tapi nak citer pasal mokcik gubah bunga U!!!! Hahahaha. Minggu lepas, pihak pentadbiran kasi kat setiap cawangan bunga dan pasu untuk hiaskan cawangan sendiri. Tapi kena gubah sendiri. Hahahahaha mokcik ni manalah sempat nak menghias pon. Kalau dapat kekal bersihkan rumah setengah jam pon dah kira bersyukur sangat2. Yang saya terror, lesing barang2 masuk tong sampah. Itu memang kepakaran mokcik.

Macam mana pun, terpaksalah terima jugak job baru tu. Maklumlah, dah mokcik jerk kat cawangan ni. Yang lain sumer pokcik2 belaka.

Saya memulakan aktiviti menggubah lepas sembahyang subuh Ahad lepas. Kenapa???? Huhuhu sebabnya masa tu jerk yang free dan pembantu2 mokcik lena. Kalau waktu lain, maunya tinggal tangkai jerk pokok tu. Bila dah siap pon letak atas peti ais. Itu pon cik Mia asik suh bawak turun sebab nak tengok. Saya dok akalkan dia kat celah bunga tu ada cicak. Saya takut nak pegang. Barulah dia diam.

 
Haaaaaahhhhh!!! Cantik tak gubahan bunga saya ni. Sebelum bawak opis kasi posing skit kat atas meja makan.

 
Tak cukup dengan tu, kasi bergaya plak dengan kuih2 balance raya ritu.
 
 
Kalau letak kat sebelah TV ni pon ok gak ni. Hehehehe
 
 
Dan akhirnya, dia sana tempat mu bunga ku. Jadikan penyeri sempena kedatangan Audit Pengurusan hari ni.

Thursday, September 20, 2012

rindu

"nenek mana ?"
"nenek yang mana?"
"nenek ucu tu..."
"oooo nenek kat kampung arrr. Mia rindu nenek ker ?"
"indu. Ucu mana?"
"busu rumah nenek arr. Naper ?? Mia rindu busu ker ?"
"indu. kak anis mana?"
"kak anis kat umah dia arr."
"umah kak anis maner?"
"errmmm kat london"
"anden maner?"
"aduss mia ambik tab mama dalam beg tu. pi bukak lagu untuk dia."
"ukan arr ma, untuk mia"
"yerlah2 belasah jer."
 

Tuesday, September 18, 2012

penat

Bila kat office ni, kengkadang lebih lega berbanding kat umah. Lagi2 bila baru jer balik dari kampungkan. Dengan baju kotor berbukit, baju lepas jemur tak berlipat, dengan segala beg berselerak.

Balik kampung awal minggu lepas. Hari Khamis pagi2 dah tersembul muka kat kampung. Kebetulan Arfan cuti sebab UPSR kan. Hari Jumaat ini guru besau kasi cuti sehari hehe sesekali.

Rasa tak senang hati sebenarnya sebab mak dah demam 2 minggu sebelum tu. Hari kahwin Iza dah nak sampai, sedangkan banyak perkara belum beres. Terus jer minta kebenaran en. Suami dok rempit balik Melaka.

Huhh memanglah berbaloi balik awal. Penatnyer.... nak bediri tegak pon tak larat. Alhamdulillah sesampai saya di kampung, demam mak dah kebah. Masa hari langsung pon, mak kelihatan sihat sepenuhnya.

Ni kain baju yang belum dilipat sehingga malam tadi. Kuantitinya dijangka akan bertambah malam ni, sebab malam tadi ada lagi yang telah disidai huhuhu. Ada sesiapa yang boleh hulurkan bantuan ???? Nak upah Tupperware ni

meeting

Arrrggghhhh meeting tak ngabih ni. Banyak hal yang tak berapa kena mengena ni. Tapi kena mengadap jugak. Dah kerja kan, follow le jugak. Cuba jugak nak concentrated, tapi apakan daya dah pengarah dok tebuk tengah citer ngan pegawai2 dia bawak meeting ni. Mokcik just buat2 paham jerklah.

Kasi makan 4 ketul kuih ngan member sebelah. Rebut2 makan dapat sorang dua. Pon dah kelising dikerjakan.

Monday, September 3, 2012

hamboiii


Sabtu lepas balik Kampung Kota sebab kakak ipar bertunang. Alhamdulillah....segalanya berjalan dengan lancar. Cuti sekolah pertengahan tahun depan nampaknya ada majlis besar lagi. Bersiap sedia mengerah tenaga yer!!

Tengok si Mia dengan gaya K-Popnyer hahahahaha anak sapalah tu. Tak ketinggalan si Wafiy dengan gaya klisenyer. Sorang lagi tu, Mirza. Sepupu dorang. Pon pandai bergaya. Nampaknya semua cucu Wak Solah ada bakat terpendam. Sumer nak jadi artis.....uwaaaaaaaaaaaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...