MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, December 30, 2014

PETROSAINS CONTEST - THE HOBBIT

Minggu lepas....Eh!! Dua minggu lepas, makaaiiii cepatnya masa berlalu erk!!! Rasa macam baru jerk lagi pergi KL hari tu. Kitaorang pergi KL sebab wakil Petrosains call suh ambil present sebab Arfan menang contest masa pi sana bulan 11 hari tu masa ikut Mokcik pi kursus. Tapi Mokcik tak ikut sama masa tu sebab jadual kursus sangat pack. Jadinya dorang berjola joli pi KLCC then masuklah Petrosains tu.

Kitaorang gerak awal pagi dari Melaka hari Sabtu haritu sebab Arfan dah balik kampung dulu siap buat part time tolong Pak Ngah dia berniaga breakfirst. Kerja dalam masa 2 minggu naik gaji 2 kali syabas anak mama!!!

Mokcik prinscreen kat website Petrosains haritu. Sila focus kat no. 6 yer.... setakat dapat tengok wayang jerk pon kecoh giler hahahaha.

Budak ni sebok nak ikut sama. Rajinlah pulak en. Suami dok merayu kat budak Petrosains tu mintak tiket lebih.

Kitaorang sampai kat 1 Utama ni tepat jam 10.30 pagi. Parking betul2 dekat pintu masuk TGV Cinema tu sebab lapang gila waktu tu. Kedai2 kat dalam tu pon baru nak bukak. Masuk2 jer bergambar macam orang giler tak pernah pergi panggung wayang.





Singgah kat Toy r Us kat bawah kejab sebab orang Petrosains baru nak set meja. Meloponglah mulut cik Mia tengok barbie. Nasiblah tak merengek nak bawak balik. Mokcik dah cuak dah.

 Kiut miutlah patung2 ni.... manalah budak2 ni tak geram hah.

Budak dah tak kiut ni pon nak bergambar jugak. Sukalah kalau pi shopping2 complex waktu2 nak Krismas ni, cantik2 hiasan dia kan.

Budak ni terpinga2 bila budak2 Petrosains tu tepuk tangan bagitau dia pemenang contest The Hobbit tu. Kitaorang memang pakat tak bagitau dia sampailah masa ambik hadiah tu.

 Semua pon tumpang happy!!!!!

Sebelum masuk pi pulak ambil popcorn free. Sambil tunggu en. Suami berangkut makanan, kita posing lagi!!!!!!





 Bersama omak yang happy!!

Bergambar jerk kerjanya sementara nak tunggu pengacara majlis mulakan acara jawab soalan.

Masa pengacara tu tanya soalan, pakcik tu sibuklah angkat tangan walaupun tak tau jawapan. Nasiblah lekat 1 jawapan. Tambahlah 1 bag. Arfan pon dapat jawab 1 soalan lagi. Lepas tu barulah movie kasi tayang. Tengok 3D lagi. Kat sini 3D dia lebih best dari kat Melaka haritu. Siap rasa kita pulak yang bergerak hahahaha jakun sangat!!!

Bila movie dah habis, berangkutlah kitaorang balik dengan 3 bag. Kelakarnya setiap orang dapat air yang Mia minum tu dengan popcorn jadi semua sekali 6 air, 6 popcorn. Semua pon tamak nak bawak balik jugak. Macam sengal jerk memasing bergondong2 bawak masuk kereta. Nasib kereta parking dekat akakaka.
 
Sebelum balik singgahlah makan dulu. Budak peace itu yang belanja. TQ!!

Balik rumah masukkan semua popcorn yang tinggal dalam balang besar ni. Dapat 2 balang.

 Inilah hasil tangkapan Arfan ngan en. Suami haritu...


Sunday, December 28, 2014

PANCIT

Kelmarin lagi dah perasan tayar belakang belah driver macam ada kurang angin. Mokcik biasa arrrr manja2 mesti nak tunggu en. Suami pi buat jugak. Lalulah doploh petrol kios pon Mokcik buat tak perasan jerk. Semalam nak pergi kerja baru teringat balik, lepas tu bagitau en. Suami. Dia soh pi pump sendiri sebab semalam cik Mia demam, nak beli buku budak sekolah lagi, nak uruskan budak2 lagi. Maka pergilah Mokcik ke opis dengan muncung sedepa. Sampai opis tengok cam ok lagi. Biarkan dulu. Sempat pulak pi lunch tengahari tu. Biarkan lagi. Bila dah nak balik baru teringat balik weeiiiiii tayar nko pancit paham3!!!!! Sebelum tu renung jerk tayar tu sambil2 tu pujuk2 tayar tu supaya janganlah nko pancit terus. Bertabahlah wahai tayar.....jom kita balik rumah!!!!!!!! Akakakakakaka.

Sampai rumah, en. Suami geleng2 kepala. Menyumpah2 kot dalam hati dengan perangai tercomel bini dia. Angkut anak beranak kang pi beli alat tulis sekali dah nak bukak2 sekolah ni. Sampai kat Shell UTM tu, en. Suami paksa belajar pump tayar. Alaaaaaaaa senang rupernya!!!!!!! Kacang goreng jerk lepas ni dah boleh buat sendiri!!!!!!!!!

Sekali sampai kat traffic light pertama Impian Emas, en. Suami tunjuk panic dia kata cam pancit teruk jerk. Terus berhenti tepi sekali tengok pancit habis tayar tu. Button tempat pump tayar tu pulak hilang. Hah!!!! Suh Mokcik lagi buat mender tak jelita tu kan jadi lagi banyak kerja.



Tuesday, December 16, 2014

KENAPA MAKIN GEMUK???

Giler hokey!!!! Cuti sekolah ni, Mokcik ni memang cuti betul2 ni. Betul2 giler pemalas arrrgghhhhhh. Lagi tambah pemalas bila Arfan dah takder kat rumah. Minggu lepas dia pi dok umah maklong dia, minggu ni ikut nenek balik Melaka. Rupanya selama ni Mokcik rajin masak semata2 kerana dia akakakaka. Budak Arfan ni rajin makan. Kalau dah terpening2 nak makan apa sila tanya dia, nanti dia bagi idea. Kang omak nko pulak terbeliak2 seram dengar dia order itu ini.

Sekarang ni, bila balik terus ambik budak berdua tu kat taska. Lepas tu dorang mengadu lapar sebab tukang masak lama taska tu balik kampung. Tukang masak lain tu dorang kata masak tak sedap. Berlumbalah Mokcik masak apa2 yang segera.

Nasiblah kat freezer ada keropok lekor, popia otak2, karipap.... Beli ngan kakak yang berniaga kat BestMart Tampoi. Silalah pergi ke sana kalau nak beli kuih2 serius sedap Mokcik tak tipu. Eh! Tetiba promosi kedai kuih kakak pulak haha. Laju jerk masak air, dah mendidih siram kat keropok lekor yang keras berdentum. Kalau yang lain2 tu Mokcik letak bekas dia kat air panas. Cepatlah sikit proses nak menggorengnya. Lepas tu kang mulalah badan melekat jerk kat relax chair sampai maghrib. Kang en. Suami balik tanya masak apa???? Mokcik senyum meleret jerk pandang dia hehehehe.

Jawabnya lepas Isyak kita jelajah jalan2 cari makan.... kadang2 dah pukul 9 lebih baru keluar arrrgggghhhhhh...... Ada satu hari tu teringin nak makan mee goreng mamak yang sedap sahaja kalau x sedap tak nak makan akakaka request tak menahan. Mia cam biasa nasi putih dengan telur dadar. Tak tau apa masalahnya satu jam tunggu baru sampai. Mokcik suka sangat pakai tudung warna ni. Kulit muka nampak begitu putih dan berseri wakakakkaakaka tolong jangan muntah! Kasi chancelah Mokcik nak perasan sekali sekala hahahaha.

Hari lain pulak pikir punya pikir nak makan apa...............tiba2 boleh sampai Pasar Borong Pandan akakakakaka. Jauh okey nak sampai situ. Bila dah sampai marilah kita order nasi ayam penyek yang giler berdesing pedasnya. Tapi Mokcik sangat2 suka. Kalau sebut nasi ayam penyek jerk Mokcik confirm teringat tempat ni.


Haritu konon makan syer dengan cik Mia. Dietlah konon....

Sekali budak beriya order kuehtiaw goreng makan suku jerk. Sumbat2 kat mulut dia pon dah tak nak. Habis kalau tak sumbat kat mulut Mokcik takkan nak biar jerk. Membazir tu ngeeeeeeeee

Ada sekali hari tu, Mokcik pi ambil balik puan Mak dari rumah kakak sebab dah lama sangat duk sana. Itu pon kakak dah terbeliak2 biji mata tak bagi. Eh!!! Ingat nko jerk tau nak bermanja, mokcik pon nak comel2 manja jugak hokey! Hari Sabtu petang kan en. Suami balik cepat sikit, terus cakap kat dia nak pergi Apollo nak beli biskut coklat. Bila cakap kat puan mak, dia macam ok2 jerk. Sekali bila dah sampai, puan Mak tak tentu arah nak pilih coklat mana yang nak kena beli sebab tempat jualan tu dah nak tutup akakakaaka. Hujan pulak bukan main lebat makaaiiiiii kengkonon naklah singgah mana2 nak lepak2 minum petang. Sekali hambik singgah Pizza Hut dekat2 rumah jerk bersekali makan malam kita kat sini ekekekeke.

Tempat ni ghupernya untuk delivery sajor. Tapi still sediakan tempat makan tapi tak sempurna macam tempat yang makan hidang tu. Makan pon dah macam ala2 picnic jerk ghupernya ni.

Cik Mia merajuk nak duduk kat table yang pakai kerusi tinggi tu. Tak bagi merajuk telangkup muka.

Kesian plak kat puan Mak takder minuman panas. Dia minumlah sikit air pepsi tu.

Lepas mood dah ok, dia boleh sental topping ajer kat pizza tu. Malas nak bising2, biarkan ajer.

Ada sekali hari tu tergerak nak makan tempat kami dok melepak masa duduk kat rumah lama. Sangguplah pergi gak walaupun jauh. Kedai Mamak E& Y di hatiku akakakaka

Kalau tak perasan ni, sampai kesudahlah dia makan macam ni sambil tengok tv. Dah nak masuk darjah 3, perangai macam 3 tahun. 

Hari lain pulak.....perut dah betul2 kebulur sebab siang tu just makan mee goreng dari pagi sampailah petang akakakaka. Bila dah malam, tunggu punya tunggu en. Suami tak balik2 kerja lagi. Pukul 9 lebih gitu dia sampai Mokcik paksa dia keluar makan kat Angah D&C. Masa sampai tu dah nak pukul 10 malam. Syabas Mokcik!! Budak2 ni order chicken chop sorang satu. Omak dia grill chicken chop ngan fish n chip sekali harung. Melangkah balik kengkang2, baru jerk masuk kereta dah berdengkur. Pinggang dah gatal2 sebab pakai kain ketat sangat, kancing pulak disalahkan ekekekeke.


 Amboi......senyum orang kelaparan dapat makanan.

Kedai ni penuh dengan gambar customer. Gambar Mokcik takderlah pulak ngelatt!!! Haha ingat nko retis??


Mia ni nampak dah besar sangat kan. Lepas tu selalu tanya "Bila Mia nak jadi kakak??" "Eh nko!!!"

Bye!


Sunday, December 7, 2014

MISTERI

Hampir 2 minggu lepas, Mokcik balik kerja parking kat depan rumah. Hari tu keadaan agak mendung dan rasa sedikit lain macam. Tak macam hari biasa. Rasa cam pelik2 sikit.
 
Mokcik pon teliti2 kat kawasan sekeliling. Keadaan rasa agak janggal sebab nampak daun2 hijau berserakan kat taman permainan tu sampailah kat atas jalan depan rumah. Selalunya kawasan tu nampak bersih sebab seminggu sekali mesti nampak ada orang yang bersihkan.Mungkin pemaju bayar orang pi tebang dahan pokok yang tengah merimbun tu kot. Tapi mana bahagian yang kena tebang tu???

 
Bila masuk kawasan rumah, nampak pokok kunyit Mokcik yang subur kemain dah tumbang. Ohhh!!! Angin kencang sangat ni!!! Agaknya tengahari tadi ada angin ala2 ribut kot!!!!

Esoknya bila ada angin bertiup jerk, mesti ada daun2 hijau dari pokok tu berguguran. Apa ker peliknya nko pokok. Ini bukan winter sonata hokey ada musim2 luruh gitu.

Tak sampai 2 minggu.................... togel terus, pokok pon jadi hitam!!!! Jeng Jeng Jeng?????

Saturday, December 6, 2014

LEGO2 HARU BIRU

Haha muntah hijaulah korang bila masuk belog Mokcik asiklah citernya pergi Legoland. Start minggu lepas sampailah tarikh yang sama tahun depan percutian Mokcik sekeluarga haruslah di Legoland sahaja sebab Mokcik dah melabor setahun kat tempat ni haha. Lagipun punyalah pancaroba semata2 nak dapatkan Annual Pass masa kali pertama nak masuk. Lepas ni, kalau budak2 kata bosan ker haper, Mokcik goreng jerk pass tu kasi korang makan hokey!

Nko tengok bukan sikit punya pelaburan tu. Tapi budak2 ni guna duit raya sendirilah nak masuk pon. Mak Pak dia jerklah terpaksa lap peluh pecah segala tabung yang ada. Kecal segala celah rumah, mana tau ada syiling yang terselit. Campur2 kang banyaklah jugak kan kan haha.

Masa nak dapatkan Annual Pass ni, keadaan sangat haru biru akakakakakaka ketawakan diri sendiri dulu supaya bila korang ketawa pulak nanti Mokcik taklah terasa sangat akakakaka lagi. Sebelum pi hari tu, sebulan sebelum dah usya2 kat website pasal harga dia. Rasa sangat syok sebab ada harga untuk Johorean. Jimatlah sikit kan kan.

Pagi2 semua dah bangun, yang biasa bangun perlu dijerit, hari tu terus melompat bangun seret tuala masuk bilik air. Siap mandi, siap sarapan, terus pergi ke Bandar Medini Iskandar Malaysia, Nusajaya Yeeaaahhhhh!!!!!!. 1/2 jam perjalanan dah nampak hotel Legoland berdiri megah. Pandang jerklah tak berkedip dari jauh. Nak masuk idaklah mampu huhu. Bila dah parking, baik jerk semua dah keluar kereta.................. Oh! Tidak!!!!!!!!!! Ic budak2 ni terlupa bawak. En. Suami pandang Mokcik tak berkedip2. Kalau tak bawak IC taklehlah dapat harga Johorean kheennnn...... Eh! En. Suami tak marahlah pulak. Tapi dia kata kita tanyalah dulu kat kaunter. Mokcik kan sedikit bossy tapi cakap sedikit lembut sebab tau sendiri yang salah ngeeeeee " Kat website dia dah cakap kena bawak IC, nak jalan pi sana kan jauh, kita balik jerklah ambil." Sambil buat muka secomel yang boleh. Anak2 dah start buat muka penyek. Masing2 seretlah kaki masuk kereta balik akakakaka. Nasiblah parking perentry RM9 tu tak kena bayar kalau keluar 1/2 jam pertama.

Kisah haru biru tak terhenti setakat itu jerk bila dah sampai rumah jumpa IC Arfan dengan Wafiy jer. IC Mia tak tau letak kat mana. Kali terakhir nampak masa bawak dia pi klinik sebab demam selsema. Maka membongkarlah kami serata rumah. Tetap tak jumpa. Kalau ikut pak budak2 ni kita jalan2 kat bandar jerklah. Tapi biasalah dah janji dengan budak2.....boleh ker tak ditepati. Mokcik cadang bawak jer surat beranak Mia. Lepaskan sembahyang Zohor dulu lepas tu kitaorang pon meredah kembali Nusajaya. Dalam perjalanan Mokcik dok ulang kat Mia. Mia kita dah cuba nak pergi Legoland ni, tapi kalau Allah tak izinkan jugak, kita tak payah masuk eh. Haha budak tu pon macam paham jerk sebab dah bagitau kad dia yang macam abang long ngan abang ngah tu hilang.

Kisah haru biru bercampur bongok seterusnya bermula selepas kitaorang bermengah2 berjalan sampai ke kaunter. Budak tu kata harga Johorean tu dah tak valid last 14 November haritu. Mokcik pandang en. Suami. Lepas tu en. Suami senyum jerk menatap wajah comel Mokcik ini tapi ada sedikit macam nak bersuara "KAN.......". Tapi hari tu ada promotion, beli 2 Annual Pass untuk budak, boleh dapat 1 free untuk budak berikutnya. Tidak perlukan IC hokey!!! Akakakaka. Harga tu terlebih RM50 kalau dapat harga Johorean tu. Bila Wafiy nampak, terus dia menjerit kat budak kaunter tu. "Eh! Kitaorang boleh masuklah bang! Tadi mama kita keluarkan RM1100 kat bank." Rasa nak pekup jerk mulut budak ni. Tapi nak tutup malu Mokcik angguk jer setuju dengan harga tu.

Inilah Annual Pass yang kitaorang dapat dengan penuh dramatik. Sila tengok muka saper yang paling senyum melebar.

Pergi semalam sangat happening sebab dorang dah deco untuk krismas.

Dah masuk 2 kali pon masih excited, sampai tertinggal orang yang kecal2 duit celah mana semata2 nak bahagiakan korang.


Layankan budak tak cukup tinggi ni. Abang dia main menatang yang kecut2 perut kat belakang tu. Cik Mia bergambar ngan kereta tu pon bolehlah yerk. Kena makan sayur banyak2. Nanti boleh tinggi cepat2 then boleh join abang main kat Project X ni.

Nasiblah kat Lego Technic ni cik Mia boleh main. Suh apak dia teman. Omak dia kang pening2 lalat kalau main mender pusing2 ni. Ghuper basah kuyup haha selamat.....


Dah basah2 pi pulak masuk kat Lego Academi sampai kering. Dah nak dekat2 Krismas ni, dorang kasi model snowman ngan penguin. Buatlah dalam 1 jam. Kalau tak siap gak sila blah dari tempat ini haha.

Abang Long mula2 jerk poyo konon nak buat snowman. Tapi otak melayang nak main mender lain pulak. Setengah jam pon tak sampai dok dalam ni.

Yeay!!! Cik Mia dah siap buat pokok akakkaka

Arfan excited sangat nak masuk Star Wars ni, bila masuk boring pulak. Macam Muzium Star Wars jerk feelnya.

Mia bawak diri kat Forestman's HideOut bila abang2 dia pi main kat The Dragon. Lepas dah puas kat sana, dorang temankan cik Mia main kat sini. Barulah muka ada senyum.

Naik kuda lagi.....
Hari pertama datang budak ni taknaknyer naik kuda ni. Dia kata macam kanak2 rebina. Semalam nak naik pulak.
 
Sementara nak solah maghrib, layankan budak pompuan tu dari semalam merengek nak makan kek. Sempatlah apak dia sakat...
" Dah dapat kek ni, nanti birthday Mia dah takder kek tau!" "Eh! Ni bukak kek birthday Mia. Ni kek birthday Wafiy. Abang Ngah belum ada kek birthday kan?" 


Mokcik punya...

Sepatutnya en. Suami punya....tapi tetiba jadi en. Arfan punya pulak.

Jom wefie! En. Suami tengah habiskan curry mee. Makan kena sampai licin sebab mahal sangat hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...