MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, June 13, 2013

pi zoo kiter

Ni gambar masa pi Zoo Melaka cuti sekolah ritu. Haha lama betul mokcik peram. Busy oooiiii tak sempat nak bersandiwara. Ari ni pun patut dah hantar 1 kertas kerja. Tapi pening nak wat ayat, mokcik wat plak ayat kat N3 ni kejab ahaks!

Pergi ni pon tak dirancang. Dah nak hampir masuk highway nak balik JB baru suh en. Suami ambil simpang pi ke zoo ni haha hengkau boleh buat???
 
Tapi oklah dari tak berjalan langsung kan. Budak2 pon bukan main gumbira terlari2. Saya dengan en. Suami jerk yang kepenatan sebab leh tahan gak besarnya tempat ni. Sempot ooiiii dibuatnyer.
  
Nampak topi yang cik Mia pakai tu?? Masa lom dapat meraung2. Bila dah dapat, pakai adalah 15 minit, lepas tu mokcik yang jadi tukang pegang gggrrrrhhhhh
 
Pelik ngan tenaga budak2 ni. Langsung tak reti penat.

Aceh! en. Arfan posing ngan mender tah binatang kat bawah tu.

Mia yang snap gambar ni. Kengkonon nak ada view zirafah kat belakang tu haha
 
Jom tengok kuda
 
Arfan naik kuda malu2

Budak terlebih malu

Budak yang paling tak tahu malu haha. Terjerit2 tak sabar nak naik sebab Q panjang sangat.
Meh ambik gambar 3 beradik dengan berlengas2 peluh huh! Mucyuk.
Tiger wat muka comel

Oh Nooooo!!! Mokcik ker tu??? Naper saiz dah jadi gitu????

Bukan senang nak peluk2 gini. Selalu bertumbuk jerk huhu.

Posing plak dengan gajah

Malas nak upload gambar ni sebebnarnya sebab budak tu dah wat muka sebab tak dapat nak ambik gambar ngan ular huhu. Tapi nak tunjuk kat korang sirap ikat tepi yang mokcik pegang tu beharga RM2.50 akakakakaka. Giler harga dalam hutan dah macam harga dalam hotel!


progress lembbbb

Minggu lepas baru tahap ni.

Minggu ni baru baru jadi macam ni. Itu pon lepas en. Suami call tanya bila nak sambung kerja. Barulah terkial2 esoknya wat kerja. Alaaaahaiiiiii bilalah nak siap ni oooiiiiii





Tuesday, June 4, 2013

Syukurrrr

Alhamdulillah.....penantian yang mendebarkan berakhir sudah. Apa naulah yang mendebarkan si mokcik ni. Cam dia jerk pernah beli rumah kan kan. Hello!!! Memang ler mendebarkan sebab dah disaat2 akhir ni, kalau Perbendaharaan tak habis gak bayau mokcik kena interest tau haha. Berangan banyak ni. Nak tambah itu, nak tambah ini. Hahaha ada sesaper nak sedekah mana2 bahagian yang patut tak???

Isnin minggu lepas dah pon ambik kunci sebenarnya. Cuma tak sempat nak di N3kan atas faktor2 kesibukkan dan kestressan hehe. Saya dah maklumkan pada en. Suami apa yang saya nak. Oleh kerana dia ada beberapa orang kawan yang boleh merealisasikan impian saya tu, maka saya serahkan pada dia bulat2. Maka!!!!! Membulatlah mata dia haha.

Ahad lepas saya pi tengok2 balik rumah tu. Bawak sekali rombongan cik Kiah haha. Maklumlah anak sedara kawin Sabtu tu, jadi ramailah sedara dari Melaka yang ada kat JB ni termasuk pn. Mak. En. Baba takderlah sebab tunaikan umrah.

Stage pertama nak naikkan tembok kat ruang belakang tu. Tapi baru naik tembok bawah jer. Alahai...... lambatnyer progress. Kontraktor mangkuk hayun manalah en. Suami ambik ni lemmmm betuller. Lepas tu en. Suami pandang mokcik macam nak lempang sebab kontraktor tu baru jerk pagi tadi start wat kerja hahaha.
pandangan penuh dari arah belakang. Semua bahagian ni nak ditutup untuk dijadikan dapur basah.

Tembok separas betis tu saya soh buang. Menyebok jerk kat situ. Macam mana nak letak mesin basuh semi auto mokcik yang kadang2 air turun sendiri walaupun tak dibuang airnya haha

Amboiii lenggang kangkung orang sebelah masuk ghumah nanti. Tembok mokcik dah sediakan. Korang buat hal siap haha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...