MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, March 21, 2012

Bebas

Selepas 3 minggu kejadian, akhirnya simen tangan Arfan telah dibuka. Tapi, tangannya tidak sesempurna tangan yang dulu. Ada bengkok sedikit dan masih ada rasa sakitnya.

N3 agak bengang

Petang ni tetiba saya diingatkan supaya berjaga2 dengan punch card. Uikkkk peliknya. Memang sejak akhir2 ini saya datang ke ofis sekitar pukul 8.25 pagi ke pukul 8.30 pagi. Apa salah saya, sebab saya masuk pukul 8.30 pagi.
Memang ada sesekali saya datang agak terlewat tapi tidaklah melebihi 3 kali dalam sebulan. Pernah juga sesekali saya berpatah balik ke kedai makan untuk tapau makanan. Sebab hari itu saya agak kelaparan. Tapi, rasanya tidaklah melebihi 3 kali sebulan juga. Kerana saya juga sayang nak berbelanja minyak petrol yang memang saya dah pastikan hanyak penggunaan RM30 seminggu untuk pergi dan balik kerja.
Mungkin apa yang menjadi masalah adalah sebab saya agak lambat sedikit naik ke ofis yang berada di tingkat 3 kot. Janganlah salahkan saya, sebab parking terhad. Bila saya sampai, parking di tangga saya penuh. Apa barang saya nak parking kat tempat jauh yang penuh ngan tahi kucing tu. Lepas tu, saya suka ambil air dari RO machine kat IPP. Itu pun janganlah nak salahkan saya, sebab sapa suruh tak bagi guna pentry. Jadi, saya guna jerklah mana2 alternatif yang tidak menyebabkan saya keluar minum pagi. Untuk itu, saya akan sampai ke muka ofis di tingkat 3 sekitar jam 8.35 pagi. Ok apa ???? Makan pun sambil buat kerja kat meja. Tapi kadang2 perut ni meragam skit dan perlukan saya ke tandas. Jadi, kalau ada yang telefon tiadalah berangkat.
Saya tidak pernah menggunakan hantu punch card yer....kalau saya lambat, punchcard saya turut lambat. Kalau ada sesiapa yang pernah punch cardkan untuk saya, silalah komen kat sini. Saya tak kisah pun. Sebab saya amat pasti, kad saya hanya di punch card oleh saya sorang saya sejak tahun 2003 lagi. Janganlah sebab ada yang ternampak saya terlambat sekali, dia ingat saya lambat tiap2 hari. Grrrrrrr

Tuesday, March 20, 2012

KL time


Sambil habiskan masa bercuti kat kampung ritu sempat pulak celok ke KL Sabtu lepas. Pi sehari jer. Bawak emak, Iza dan Nani sekali. Hajatnya nak pergi KLCC jer. Nak pi Petrosains kat sana. Sajer nak hiburkan anak2. Sekali, Iza pasang angan2 nak jual brooch masa bulan puasa nanti. Tanya saya mana nak survey. Teringatlah pulak Plaza GM yang pernah saya pergi tahun lepas yang jual barang borong.
Sampai hari nak pergi, saya terbangun agak lambat. 6.30 pagi. Tapi yang bestnya, mak dah sediakan bekalan untuk pergi KL. Siap ngan nasi goreng, kek, kuih karipap dan air teh. Sumer dah ditapau. Iza pulak dah siap basuh dan sidai baju lagi. Hahahahah semangat sumer nak berjalan yerrr...
Lepas siap2 terus bertolak. Tak tunggu sarapan lagi. Tapi yang lebih kelakar, tak sampai setengah jam perjalanan en. Suami dah cari perhentian untuk sarapan. Baik sarapan jer kat rumah tadi. Aduhaiiii kelakarlah. Jadi kami pun singgahlah perhentian Air Keroh untuk menikmati sarapan pagi.
Inilah Iza, tunangan orang. Belajar serve. Taklah kekok nanti depan mak mertua. Hahahaha. Nasi goreng mak memang terbaik. Lelagi makan ngan plate Tupperware kan. Sold out kat situ jugak. Ekekekeke Start jer keta jalan, Mia tido balik. Mana taknya, malam tu aktif giler. Tido pukul 1 lebih. Nasiblah sebelum pergi tak meragam. Xcited nak berjalan, terus ajak mandi.
Asal ambik gambar jer, Wafiy posing macho (katanya). Arfan biasa arr buat muka berpura2. Tangan dah macam tu pun nak lagi pakai kasut bertali. Baba lah jadi mangsanya.
Lepas perut dah penuh, terus tuju Plaza GM dulu. Cehhhh....bunyi cam senang jerk kan. Dahlah tak tau jalan. Main belasah jerklah pakai GPS vengong Iza. H/P saya lupa nak charge, dah kong. Berpusing2 gaklah, sebab ada jalan ditutup. GPS tu pulak suh jugak masuk jalan tu. Kan ker vengong tahap cipan tu. Hahahaahha Last2 jumpa jugaklah Plaza GM tu hasil ingat tak ingat saya yang pernah ke situ.
Bila sampai kat sana, sumer dah hilang pedoman. Iza dan Nani dah bawak haluan sendiri. Hajat sebelum ni nak survey jer bertukar menjadi sebaliknya. En. Suami pun boleh tahan jugak nafsunya. Nak beli cermin matalah, beg duitlah, bajulah. Anak2 lagilah jangan cerita. Jam tanganlah, beg duitlah, ntah apa2 gambar angry bird pon dibelasahnya. Mama ni jugaklah yang melopong sebab tak sempat nak memilih apa pon sebab terpaksa handle 3 budak baik tu.
Suka2 hati selongkar barang jualan. Mujur tak kena marah dek tuan kedai. Si Gurgurl tu lagi susah nak halang. Ikut dan dia jerk nak buat apa.
Diam tak diam dah pukul 3.00 ptg. Terus pi KLCC pulak. Tapi agak senanglah nak kesitu. Semua dah melompat suka nak masuk Petrosains. Akakakakaka malangnya, mungkin cuti sekolah kot, tempat tu penuh giler. Tiket dah sold out. Semua melopong. Jadi, pergilah kat sebelahnya. Free lagi kan. Budak2 pun suka jugak. Mia tak tentu arah nak main games yang mana satu. Sampai bergambar pun tak sempat sebab nak tengok mana tempat yang nak pergi dulu. Tapi sumer pun tak sesuai untuk Mia, sebab tempat tu untuk way education. Bukan cam games angry bird yer. Wafiy tengah tunggu giliran untuk dapatkan bola nak melintas jalan. Tungguuuuuu
Lepas dah boring kat situ, perut plak dah berkeroncong. Maklumlah dah pukul 5.00 petang. Pi soruuu plak.
Semua makan beriya hari tu. Maklumlah dah lapar giler. Tapi bagus jugak, sebab harganya tak macam makan kat kedai mamak kan. Ahaks!!!
Lepas dah sattle licinkan kesemua pinggan, pi tengok keta lumba petronas plak. Ari tu Kiran ada jadi hos untuk kuiz hari tu. Kejab jer kat situ dan masing2 pakat nak balik. Sebab dah rasa letih. Tapi Insyaallah akan datang kembali sebab hajat asal lom tertunai. Bubuy!!!!

Sunday, March 18, 2012

tak percaya

Arfan : Kalau kita cakap kat kawan yang kita pergi KLCC haritu, mesti dorang tak percaya kan mama.
Mama : Apsal pulak ?
Arfan : Kita kan duduk rumah flat ajer. Dorang sumer duduk rumah teres.
Mama : ???

bukti balik kampung

puteh. bila hangin suka terbalikkan mangkuk air dan makanan.
Mia n Aliya.
Toni. Sedang kerinduan. Tom kawan baik dia hilang tanpa dikesan. Mia pulak suka lepaskan geram dengan tarik2 ekor dia. Kesian Toni.....
Semua gambar ehsan dari saper tah yang sesuka ambil gambar dengan tepon saya.

Friday, March 9, 2012

yahuuuu balik kampung oooooo

Hampir 2 minggu aku cari idea nak mengerjakan presentation ni. Sendiri rancang, sendiri cari maklumat, sendiri design. Akhirnya hari ni siap jugak. Kalau ada apa2 bangkangan sila renovate sendiri yerk. Mokcik nak melarikan diri sudah. Huh!!!! Letih paler otak. Tapi jadi segar semula bila pikir nak balik kampung esok. Yehaaaaaa!!!!!!!! Kali terakhir balik masa Hari Raya Cina hari tu. Kali ni balik kampung ikut gaya cikgu sekolah. Hahahaha seminggu saya melantak dok kampung. Harap2 orang tua tak menyampahlah. Balik kampung o o o balik kampung o o o balik kampung hati girang........





Wednesday, March 7, 2012

47th ANNIVERSARY 12 - 31 MAC 2012







hujan lagi....errrmmm mee kari

Tengahari tadi saya tak pi lunch kat S'Mart macam hari2 biasa. Sebab hujan tadi kan. Lagi petang, lagi hilang romantiknya. Hujan bertambah lebat. Lepas tu siap dengan guruh berdentam dentum lagi. Kebetulan semalam dah beli buah epal ngan buah lai. Ngappppp ajerlah. Tapi....bila dah petang2 begini, laparlah pulak. Tetiba teringin nak makan mee kari. Dah lama rasanya tak masak mee kari sendiri. Lepas tu teringat gambar mee kari masa makan kat Secret Recipe dulu. Urrmmmm tertelan air liur sudah....

Tuesday, March 6, 2012

Hujan




Kompleks LPP disimbahi hujan pada tengahari ini. Oleh kerana takder campurtangan angin, petir dan guruh, ia kelihatan sungguh romantik gitu. Mana taknya, semua lampu jalan menyala. Cuba tengok berapa banyak lampu jalan kat jalan raya nun. Kamera ni jerk tak berjaya merakamnya. Maklumlah kamera handphone jerk hehehehe. Tapi serius!!!!! memang sweet pemandangan dari tingkat 3 bangunan LPP ini.

Monday, March 5, 2012

Jelita

Dah lama tak beli majalah. Dulu, masa belum ada Arfan rajin gak membeli. Tapi semenjak Arfan dah pandai ramas2 kertas, trus stop beli. Majalah yang ada pun terperuk kat dalam almari. siap seal lagi pintu dia. Jawabnya memang cam simpan harta karunlah gamaknya. Memang dah lama tak berbukak pintu tu. Mau 4 ke 5 tahun jugaklah.
Kali ni agak teruja plak dengan majalah Jelita. Sebabnya ada Ezani kat dalam dia. Dr Ezani Masterchef tu. Bukan sebab nak sangat try masakan dia. Tapi suka pulak nak tahu perkembangan dia. Bakat tengah meletopzzzz kan. Tengoklah malam2 nanti bila pi petrol kios, kalau ada rembat sajer.

Sunday, March 4, 2012

appy bufday my luv




Kalau ada kek ajer mesti kecoh. Tak boleh tunggu sesaat pun. Mesti acara kelam kabut berlaku. Nak pendekkan citer, bila sampai rumah jerk hidang kek, pacak lilin, nyanyi mana yang sempat, lepas tu potong dan makan. Baru aman. Wafiy dah standby lilin untuk dicucuk atas kek. En. Suami pulak sedang kawal Mia yang tak sabar2 nak potong kek. Sempat letak sebatang jerk lilin. Semua tak sabar nak tiup. Kek dari Season yang sempat disambar disaat2 akhir. Baru perasan yang perkataan Baba yang saya soh tulis dia tertinggal. Cettt Mia dah tak sabar2 nak potong kek, dah buat double chin sebab lambat sangat. Hantu kek sedang menikmati potongan ke 3 kek. Orang lain dah tak berapa nak layan dah. Separuh yang belum diusik sumer masuk kat dalam perut dia. Boleh percaya ????

Thursday, March 1, 2012

Ahad - di minggu yang pancaroba




Keadaan Arfan pada hari Ahad jam 2 pagi. Budak baik sangat memang begitu. Mereka sampai ke rumah malam itu sekitar jam 3.30 pagi. Paginya, Arfan mengadu sakit pada jari2nya. Kata en. Suami, kalau ada rasa sakit doktor minta ke hospital semula untuk periksa. Nampak gaya, memang kena pergilah jawabnya. Simen yang dibuat agak ketat menyebabkan jari2 Arfan sukar menerima darah. Kena bukak balik dan pasang simen baru. Lu pandai buat ker bro??? Pasang simen baru, huh! Berat giler katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...