MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, August 16, 2009

Alahaiiiii penyakit.....

Hari selasa lepas...badan Arfan panas semacam. Aku suruh hubby ambik cuti bawa dia gi hospital. Afternoon aku lunch dengan dorang, hubby citer Arfan nangis bila kena ambik darah dan cakap tak nak datang lagi kat situ sebab doktor dia sumer jahat. Alhamdullilah... Arfan demam biasa jer. Malam tu Arfan siapkan sumer homework dia yang tertangguh seminggu sebab nak sangat gi sekolah esok. Dia kata teacher tak pegang pun dia, jadi...teacher tak taupun dia tu demam lagi sambil merayu2. Sebenarnya aku tau...dia dah rindu sangat kat kengkawan tu...














Ini pic Arfan tengah siapkan homework dia. Tapi yg menarik tentang gambar ni ialah ada hanger kat sebelah. Itulah teman baik baba setiap kali ngajar. Tak kiralah Arfan sihat ker...sakit ker... sesah tetap sesah. Aku ingat kalau dulu bapak dia buat cam tu, dah jadi menteri kot laki aku ni.

Malam tu jugak, hubby ngadu kat aku badan dia macam nak demam. Pagi tu, badan dia dah panas. Dia cuti lagi, kali ni bawa diri dia pulak gi ambik darah kat HSA. Yang kesiannya, doc tak kasi mc kat dia. Geram betul aku, panas macam water heater tu pun tak dapat mc ? H1N1 tul punya doktor.

Balik dari kerja, hubby yang baru ambik Arfan cakap sekolah dia tutup khamis dan jumaat. Ada budak dah kena kot ??? Risau pulak aku. Arfan pun bengang tui, baru sekolah 1 hari dah kena cuti lagi. Alahai....nak tak nak terpaksalah tumpangkan kat rumah babysitter Wafiy.
Hari sabtu, badan Wafiy pulak dah panas. Tapi aktif bukan main. Malam tadi dia kena batuk2. Alaaaaahhaaaiiii. Aku tengok mulut dia merah betul. Kalau hari ni tak kurang gak esok, kena bawak gi hospital pulak. Alahaaaiii penatnya....

Sunday, August 9, 2009

kuih lagi....kuih lagi




B. Sweet Diyana
50 keping - RM20.00







Snowy Oats Crispie
50 keping - RM18.00







Singapore Tart
50 keping - RM20.00







B. Samperit Twins (pink)
50 keping - RM18.00







B. Choc. Spanish
50 keping - RM18.00







B. Sweet Rozie
50 keping - RM18.00







B. Triangle Ixora
50 keping - RM18.00







B. Smarties Avanza
50 keping - RM18.00







B. Nestum Suji
50 keping - RM18.00

Kuih...kuih....meh order kuih raya

Memandangkan raya tak lama lagi, ramailah kengkawan yang mintak tolong jualkan kuih - muih yang beraneka corak dan rasa. Kat bawah ni kuih yang first tiba minggu lepas untuk diketengahkan. Oleh kerana aku cuti seminggu, jadi baru hari ni sempat aku war -warkan kat korang. Ada lagi banyak kuih yang akan menyusul, untuk mencuba silalah ke IT LPP Johor. Tawaran merasa hanya dibuka sebelum Ramadhan yerk.













Tart Gulung Pontian
50 keping - RM20.00
Rasanya memang berbaloi - baloi

Cuti yang memenatkan

Aku takde minggu lepas dari hari selasa sampai jumaat. Anak aku kena sakit kaki tangan dan mulut. Teacher tak bagi gi sekolah. Babysitter Wafiy laks demam. Jadi terpaksalah aku bercuti menguruskan budak2 tu. Walaupun Arfan sakit, tapi dia amat aktif. Naik penat aku dibuatnya. Ditambah pulak dengan Wafiy yang tak reti duduk diam. Aku risau sangat Wafiy berjangkit penyakit tu jugak, sebab apa yang Arfan makan, minum dan pegang. Dia turut nak buat sama. Hari sabtu lepas aku tengok dia dah ok sepenuhnya. Jadi aku pun tarik nafas lega. Tup tup malam tadi dia mengadu demam pulak. Pagi tadi badan dia panas betul. Lepas bagi ubat, aku hantar dia gi rumah babysitter Wafiy. Aku mintak hubby mintak cuti pulak esok. Kalau perlu bawak gi hospital, bawa jerlah. Aku dah tak larat rasanya.

Sunday, August 2, 2009

Hari Isnin lagiiiiii

Sekejab tul masa berlalu kan. Aku rasa cam baru jer aku tengok bionik, malam ni ada lagi. Tapi bukan tu yg aku nak citer, semalam aku gi scan baby. First, sebab perut aku rasa cam lembik skit lately. Second, aku bleeding skit 2 kali...skit jer. So, bersama2 hero aku yg 3 orang gilah Poliklinik Kathi kat Taman Daya. Punyalah kecoh budak 2 orang tu... pening otak aku. Sampai doc cakap "wah....u mesti penat jaga your son right?". Aku senyum jer...aku tau sebalik soalan dia tu..."Wah...berani u pragnent lagi hah! look at your son..ayoyo". Apa nak buat doc, dah terkantoi hehehe.
Ini dia gambar baby aku yang dah masuk 15 minggu 3 hari. Kata doc lah. Tapi aku cam tak berapa percaya, sebab hujung April aku still period. Mungkin lari skit kot, maklumlah kan aku ni kuat makan, jadi baby aku tu pun cepatlah skit matangnya hehehe. Tapi sebelum2 ni pun baby Arfan n baby Wafiy kuar cepat. Maknanya budak2 ni dah kenyang sangatlah tu....nak kuar main pulak.
Dalam gambar tu, doc cakap uri baby berlonggok kat bawah. Kalau ikutkan itu bahaya tapi sebab kandungan kecik lagi, it's okeylah. Bleeding tu sebab kaki baby yg comel kengkadang tertendang uri yg berlonggok tu. Doc kata baby sihat. No problem!
Aku pun dengan segera kuar dan mintak hubby bawak budak2 tu masuk keta dulu. Tak sanggup aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...