MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, February 9, 2014

MAYBANK VS CIMBBANK


Main google jerk logo bank ni. Kalau bukan yang sebenarnya harap maaflah yer sebab Mokcik tengok macam sama jerk macam betul jerk alaaaa lawak tak jadi haha meh ketawa sendiri jerk. Tapi rasanya korang pon bukan perasan sangat pon logo sebenar yer dak. Asal kuning Maybank lerr, asal meroon2 gitu CIMB ler kan kan.

Apsal pulak tetiba masukkan logo bank plop??  Sebenarnya tengahari tadi saya pergi Maybank Taman Daya. Keluarkan sikit eh banyak ok sebab nak perabih semua untuk besok hari. Sedih........kumpul bertahun2, esok gedebuk kasi kat orang. Tapi kalau tak kasi nko jugak yang duduk tak senang, berangan tak sudah, laki pon terlupa sebab dok mengigau bender tu jerk.

Ok! Melalut sudah, balik pada cerita asal. Tajuk dah macam nak lawan bola jerk haha. Sebenarnya saya pelik asal berurusan nak keluarkan duit ASB dengan Maybank jerk semua senang, semua mudah, semua pantas. Macam tadi, saya dok terpikir2 nak koyakkan kupon parking sejam ker setengah jam. Memikirkan pengalaman yang lampau, saya koyakkan yang sejam. Kang dah kena saman nko jugak yang menonggeng2. Sekali masuk Maybank, terus jerk isi borang keluar ASB, ambik no. kat tingkat bawah, jejak jerk kaki kat tingkat atas, no. giliran dah kena panggil 2 kali. Nasib kaki tak bersilang sebab sebelah nak pi cari tempat duduk yang sebelah lagi nak pergi kaunter. Tak sampai 10 minit selesai. Adeh rugi kupon parking. Rasa macam nak lelong jerk kat orang ramai tadi kasi 30 sen pon oklah ngehngeh. Oleh sebab ada plak salesman jual mender tah Mokcik cepat2 lock pintu, start enjin bye2.

Apsal saya koyakkan kupon parking sejam ??? Huh nak cerita panjang, tapi ceritalah jugak kang blog ni pendek sangat haha. Macam ni, Sebelum2 ni, saya pernahlah keluarkan duit ASB tu kat CIMB tapi punyalah lama nak menunggu. Lembab nauzubillah. Saya tak pasti kenapa tapi memang hazablah kalau nak keluarkan duit ASB kat CIMB. Memang kaunter untuk ASB dia dah khaskan kat satu lorong jer. Tapi dia main selang seli dengan urusan lain perrggghhhh menyirap. Kalau selang seorang takper jugak ini sampai 4 ker 5 orang baru no. nko kena panggil. Kalau nko sorang jerk ok gak, sekali 4 ker 5 orang gak nak keluarkan duit tak ker hazab. 

Paling best kalau nak keluarkan waktu dapat bonus ASB. Awal bulan 1 hari tu nak pakai duit jugak, memang tunggu2lah hari bonus ASB keluar. Pergilah kat CIMB Taman Daya. Memang tau pompuan manager kot kat situ memang kekwat skit. Tapi sebab malas nak cari tempat lain, pergi jugak. Masa nak ambik no. tu siap dia cakap dengan muka kerek kalau nak update buku ok. Kalau nak ambil duit datang jer hari lain sebab hari ni Q ajer dah 50 orang. Perrrgghhhh bukan marah sebab yang Q 50 orang tapi meluat betul sebab kerek nak mamp. Sebab meluat terlampau Mokcik blah. Oleh sebab duit tu nak jugak transfer kat acc CIMB, Mokcik pergilah jugak menapak eh tipu drive ke CIMB lain. 

CIMB bertuah hari tu ialah CIMB Impian Emas. Perrgggghhhhh punyalah lama mak datuk. Kalau nak terberak dah terkencet hokey. Mokcik tunggu 2 jam nak transfer duit tu. Dengan nak pengesahan ic lah, siap kena print maklumat kat ic tulah, lepas tu tunggu macam nak giler, tang tung tang tung bagai barulah lepas seksa. Tapi terubatlah sikit sebab yang tarik no. giliran tu walaupun gelab gulita tapi lembut jerk bila berbicara.

Apsal tak pergi jer pejabat pos? Sebelah ofis jerk pon. Hehe yang ini pon masalah jugak sebab duit nak pakai besok pagi. Dah pernah pergi sebelum2 ni. Kalau nasib baik, dapatlah amaun yang kita nak. Kalau idak nko kena ambik sikit2 sebab duit madang tak cukup ikutlah transaksi masuk hari tu huhu. Transaksi keluar Mokcik kan banyak........sekali keluar juta2 hokey hahaha. 

Amboiii!!!!! Teruk bebenar nampaknya CIMB ni Mokcik bantai berdas2 haha. Dahlah gaji, TNT, duit sakit pening semua dorang uruskan. Akaun nko kena block baru tau haha. Jangan gitulah yerk abam CIMB.  Dalam meluat2, dalam benci2, dalam sakit hati....Mokcik sayang jugak kat CIMBclick berbanding Maybank2u. Pada saya, CIMBclick lebih userfriendly berbanding Maybank2u. Lebih mudah nak tengok dan report dia lebih senang nak faham. 

Ada sekali, masa tu dah lamalah. Pagi2 buta saya dah bukak CIMBclick ni. Tapi dah lupa sebab apa. Masa tengah bukak tiba2 error. Tak sampai 15 saat ada call masuk. Orang tu kata dia dari CIMB dan tanya ada tak saya bukak CIMBclick tadi. Saya cakap ada. Lepas tu dia tanya saya buka dari mana? Saya jawab JB. Dia double confirm dengan saya sebab tiba2 server dia detect yang bukak CIMB tu dari negara luar dah lupa apatah dia sebut hari tu. Terus dia block. Tengok!!! Betapa menjaga customernya mereka. I love CIMBclick hokey hehe. 

Oleh yang demikian, saya sayang kedua2 mereka. Tapi tolonglah perbaiki kelemahan masing2 yer. Kita bukan nak berurusan setahun dua, tapi selama2nya muuuaahhhhhh!!!!!
 

2 comments:

Unknown said...

thank you ye mokcik..jelas terang n kelakor mokcik punya penerangan.. jap lg nk g maybank keluarkan duit asb.. tp setuju ngan mokcik dua2 ada pro n kon lebih2 lg bab banking online, cimbclick lbh best, ssitematik gitu.. ok mokcik moga mudah urusan mokcik sbb dh share info berguna.. terima kasih banyok2

Anonimos said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...