MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, April 26, 2012

Tupperware Star Recognition

Bertempat di Sunway Convention Centre pada 27/5/2012. Tupperware Brands Star Recognition akan diadakan. Errrmmmm cam best jerk kan. Sebab dah pernah merasa bahangnya tahun 2010 masa saya mula2 joint Tupperware Brands. Tahun ini cam nak pergi lagi. Tak pernah pun lagi jejak Sunway Piramid tu. Lagi2 dah start cuti sekolah. Best gak kalau bawak budak2 ni. Moga diberikan kelapangan dan poket berisilah masa tu. Ada sesiapa yang nak joint samer ??? Jom kiter.

Wednesday, April 25, 2012

penat di hari gaji

Boleh pulak cek RM30k tu dok clear hari ni. Jadi bersungguh2lah pi CIMB dok nak pi transfer ke kedai kereta. Saya ni, bab jalan yg sesekali terjejak selalu fail. Lagi2 bila ada supir yang bawakkan. Oleh kerana nak kena sattle sendiri hari ni, kenalah pi jugak meredah. Lepas dok tanya kawan2, terus tunjuk terror. Isi buku keluar, berdezupp pi cari CIMB Taman Molek. Sebabnya dekat sikit dengan Celcom. Nak mintak simpatilah konon, mana tau dapat diskaun ker hehehehe. 
Dengan semangat yang berkobar2 pi cari Petronas dan masuk kiri kata dorang. Cari punya cari....mana ni??? Alahaiiiii minyak pulak dah menyala dari tadi. Dalam beg duit RM10 pun x sampai ni. Telefon dah kena blok pulak. Patah balik dok cari Celcom. Hasratnya, lepas mencurah rasa kang, tanyalah kat cik Celcom mana CIMB. 
Nasiblah dapat gak cari Celcom. Tanya punya tanya, cerita punya cerita, rasanya sebab saya guna daily broadband haritulah. Sebab memang Arfan ada terguna lebih 15 minit. Tak sangka pulak bil terus berjalan sampai kena blok. Nasiblah saya dah limitkan RM150. Kalau dok biarkan RM300 cam sebelum ni, air mata dok jadi sungai lui weiii. Makanya kenalah bayar gak ni ??? Takder diskaunlah ni ??? Uwaaaaaa Terus keluar dari Celcom pi ke kereta. Haduiii...penyakit lupa dah menyerang. Pandang kiri kanan takder orang. Dah melintas jalan, malas pulak nak masuk balik nak tanya mana CIMB. 
Malas nak fikir panjang, berdezup jerk pi CIMB Taman Daya. Orang tak ramai, yessss tak sampai 5 minit no. dah naik. 
Adeh!!!! Cik CIMB mintak buku banklah pulak. Mengada2. Tapi, ada hikmahnya kan. Rumah saya dekat dengan bank tu. Jadinya, baliklah rumah kejab. Nasib ingat mana dok simpan. Patah balik ke bank sampai lupa nak cakap kat cik bank tu nak transfer bukan nak cash hahahaha. Nasiblah dia dok mengusik banyaknyer dapat tunggakan gaji, nak keluarkan semua ker ? Hah!!!! Eh! Bukan tunggakan gaji tu yang, nak tambahkan hutang ni. Nak transfer kat orang lain supaya orang tu boleh kaya uwawawawawa.
Ghupernya hari tu ada promosi untuk BIJAK SIMPAN kot namanya tadi. Cik Bank tu ingat saya ni kaya raya kot. Panggil budak wat promosi tu dok pasang ayat kat saya untuk joint. Jenuhlah pulak saya nak dengar yang BIJAK SIMPAN tu paling minima kena bayar RM100 sebulan, lepas 3 tahun akan dapat RM1090. Ingatkan dapat sekali RM100 yang setiap bulan tu, ghupernya tu burn sebab dikira insuran kemalangan dan apatah lagi.
Takperlah en. CIMB. Saya dah ada insurans pon. Lepas sattle terus pi kuarkan duit gaji, pi tuang minyak dan balik semula ke LPP. Penatnya, panasnya....

Tuesday, April 24, 2012

pindah segera

 Bukan pindah rumah yer, pindah ofis dari tingkat 3 ni. Perlu segera untuk langkah2 keselamatan. Tapi kena pindah menumpang kat bangunan orang. Takder meja, takder kerusi, takder port internet dan takder komputer. Perlu pindah dengan membawa barang keperluan sahaja. Maknanya tak boleh bawak barang2 berat. Errrkkkkkkhhhhh. Agak2 antara kami berempat saper yang akan menyahut seruan ini dahulu ?????

Monday, April 23, 2012

partition baru

Hari ni, tiba2 budak2 IT dok bawak masuk besi2 panjang ke dalam ofis. Datangnya dari LPPKL yang dah dok pindah bangunan baru. Besi2 tu untuk jadikan rak fail dalam stor layaknya. Takkan nak pacak kat ruang ofis kot. Tapi, IT mana ada stor pon.  
Jadi, saya ada idea nak masukkan rak untuk stor ke dalam bilik untuk jadikan partition. Bilik ofis saya ni agak besar dari bilik exec yang lain. Saya pon x tau nak wat apa dgn bilik besar2 gini. Jadi korbankan sedikit ruang untuk jadikan ala2 pentry sebab tak dibenarkan guna pentry kat sebelah. Maklumlah saperlah kami. Nak pi ngeteh kat luar pon tak dibenarkan. Ada cam anak tiri tak ? Bukan cam anak tiri dah ni. Cam anak pungut gamaknya kan kan.

Adik2 comel sedang memasang rak.

Yeyyyyyy dah siap. Tapi belum sempurna. Nak tampal belakang rak ni ngan cupboard kot nanti. Bilik pon masih berterabur. Belum susun lagi. Nantikan pentry yang vouge nanti yer hehehe

sila tanya yang pakar

Kepala rasa ketentong tak cukup tidur. Kena pergi bank hari ni. Nak kasi clear RM30k tu dan nak transfer terus kat kedai kereta kononnya. Pukul 9.45 pagi dok isi buku keluar dan bedezuppp pi CIMB Taman Daya. Sebelum tu en. Suami ada telefon, kalau tak pandai buat dia boleh datang tolong kejab. Tapi saya menolak sebab memikirkan jauh dia nak berpusing balik nanti.
Sampai2 bank, en. Bank kata cek tu clear 3 hari. Lepas tu baru boleh transfer kat kedai kereta tu. Hadoiii...kalau tahu itu macam dari Jumaat ritu dah kasi bankin. Jadi hari ni kenalah pi bawak masuk machine.
Sebelum ni segala cek Tupperware semua en. Suami handle. Jadinya hari ni, hari memandai sayalah buat2 pro kan. Lepas dok isi no. acc, nama dan no. telefon kat belakang cek, terus pi jolok kat machine bentuk box tu. zzzrrtttttzzzzzrrrrtttttt keluarlah sekeping kertas pengesahan kemasukan. Aikkkk!!!! Kenapa tak der yang gambar scan yang selalu en. Suami dok kasi kat saya tu. Sebab berlagak pro, saya pun terus keluar dan balik ke ofis.
En. Suami telefon dan saya dok tanya dia kenapa takder pon gambar scan cek. Dia kata saya salah masuk machine. Kalau nak guna machine tu kena pakai sampul bank. Alamakkkk!!!!!! Cam mana ni ??? Bila tanya sana sini...sumer dok pakat gelak kan saya. Malas betul nak pi bank balik!!!! Mengantuk niiiii.....
Sekali teringat Adik PAR yang selalu dok handle segala cek ke bank. Tanya kat dia perlu ker saya pi korek balik cek tu. Dia kata, kalau dah isi detail kat belakang cek. Bank akan terima. Kalau ada problem, bank akan telefon. Hehehehe senang hati saya.
Buat korang2 yang dok pakat gelak kat saya termasuk en. Suami saya, lecehlah korang ni baik ada yang pakar kat sini. Tengahari tu..tak kemana2. Pakat dengkur kat kerusi yang bila dah ngantuk sangat terasa sungguh empuk gitu. Zzzzzzz

ngantunyer

Hari ni datang kerja dengan rasa mengantuk teramat sangat. Tak tahulah malam tadi tah kenapa banyak sangat nyamuk kat rumah. Sebab dok layan mentor dan layan comel2 mama yang dah tidur dalam kereta terang plak mata malam tadi. Start boleh tidur pukul 11 lebih gitu.
Tengah syok2 tido, rasa gatal2 kat kaki. Saya ni, bab panas masih boleh layan. Tapi, kalau bab nyamuk memang arr jadi panas jadinya. Kerling jam pukul 1 lebih. Punyalah malas nak bangun. Capai selimut kat kepala, terus berselimut. Rasa gatal kat kaki menyebabkan saya susah nak tidur. Mia pun jadi terganggu, apa lagi...dok nak menyusu jerklah. Dalam keadaan tidur mengiring dan rasa gatal2 kat kaki menyebabkan mata tak boleh lelap.
Baru jerk mata nak terlelap, Mia dah bantai gelisah. Buka gak mata dan tengok kenapa. Tengok Mia dok garu2 kaki. Alahai...nyamuk ni. Bangun jugak dok betulkan kipas. Biar kuat sikit. Biar takut nyamuk nak dekat kononnya. Mia duk arah garukkan kaki dia. Tapi nak menyusu dalam masa yang sama. Adedehhh....en. Suami dok buat music kat sebelah Mia. Grrrrhhhh kuat gilerr...masa tu jam duk kui 3 pagi.
Baru jerk mata nak terlelap lagi, kaki rasa gatal lagi. Siap lengan pun rasa gatal jugak. Tak boleh tahan ni. Saya duduk dok perhati kaki. Mana tau masa tu bender alah tu hinggap. Memang nak kasi piak kuat2. Biar bersepai isi perutnya. Fuh zalim betul bunyinyer kan. Tapi, sekor pun tak nampak.
Terus bangun. Pi ambil shelltox. Kasi sembur bawah katil, celah almari dan belakang pintu. Bukan cam sembur perfume. Cam bomba sembur air kat api rumah terbakar punya. Memang tekan kaw2 punya.
Sambung tidur balik. Oleh kerana rasa gatal2 mengenyam2 kat kaki dan lengan serta Mia dok nak menyusu lagi, pukul 4.30 rasanya baru tertidur balik.
Tit titit tit titit Arrrggggghhhhhh dah pukul 5pagi. Mengatuknya....menonggeng kejab kat baju bertimbun tak sempat lipat sebab baru balik dari kampung kan. 5.45 baru terjaga balik sebab dengar azan subuh...

Thursday, April 19, 2012

apsal hitam ni mama??

Malam tadi, walaupun baju berbakul tak basuh sempat jugak dok masak. Asik hujan ajer. Ampai dah tak muat. Masak sempoi jerk. Tapi kalau asik diganggu dek budak kecik sorang tu, kerja cepat pon boleh jadi lambat. Kebetulan en. Suami balik awal skit pukul 6.30 petang. Jadi, saya ambil keputusan bersilat hebat skit di dapur.
Balik jerk terus masak nasi dulu. Baru jer nak jerang. Mia dah tarik2 nak susu. Hadoiiii... terpaksa layankan kejap sambil tengok televisyen. Tiba2 en. Suami balik. Biasalah anak baba....
Cepat2 saya masuk dapur balik dok siang ikan. 2 ekor jer. Bertambah cepat sebab guna Multipurpose Shears dari Tupperware yang amat tajam dan serbaguna. Belum pun sempat bersihkan. Itu budak kecik sudah datang balik. Siap angkut bekas sabun sebab nak panjat. Apa lagi mama dah ready nak jadi tarzan. Tapi panggil en. Suami dulu suh bawak pi depan. Lepas bersihkan ikan terus pi lumur kunyit ngan garam, terus campak dalam kuali. Mia datang lagi merengek2 nak susu lagi. Suh baba jagakan ikan kejap.
Bila dia dah khayal dengan Galaxy Y en. Suami, terus bersilat lagi dengan sayur kangkung goreng dan sambal goreng ikan bilis. Siap2 masak, bersih2kan mana yang perlu. Terus pi mandi dan sembahyang. Tengok jam pukul 8.00 mlm sudah. Suh Arfan ngan Wafiy pi mengaji sambil hidang makanan. Dorang mengaji kejap jer. Kalau hari tu takder yang tersangkut, belum habis hidang pun dah tercongok balik depan pintu.
Bila Arfan habis mengaji, terus masuk rumah dah menghampiri meja makan." Apsal ikan goreng ni hitam ma ? " " Jangan banyak soal. Tadi mama beli ikan ni 2 ekor jer RM7. Jangan nak membazir." Arfan memuncung sambil mengangguk. Akhirnya semuanya licin juga pada malam tadi. Hehehehee

mokcik kayoooo

Tungu punyer tunggu punyer tunggu punyer tunggu....akhirnya lulus jugak loan kenderaan saya. Bukan duit untuk enjoy sakan yer. Tambah2 pulak duit dalam beg tinggal RM20 jerkkan. Kalau dapat pi melangkah depan skit jerk Jusco Tebrau kan. Huh!! Macam2 dapat ni hehehehe.
Motor en. Suami kan hilang awal tahun ritu. Jadi, fikir punya fikir. Bincang punya bincang. Kami ambil keputusan beli kereta jerklah untuk gantikan motor Honda yang hilang tu. Sekali lagi diulang!!!! Motor Honda yer. Belum mampu lagi nak pakai kereta Honda tau. Masih tahu keupayaan poket sendiri hehehehe. Motor tu dah hilang 2 kali sebenarnya. Kali kedua inilah tiada rezeki kami jumpa balik nampaknya.
Buat masa ni, en. Suami dok pinjam kereta kakak dia dok pi balik kerja kat Kulai. Kesian kakak dia kan. Syok jerk en. Suami saya dok lenjan kereta dia.
Kami buat loan government untuk second car ni. Jadi tak pening nak pikir interest terlewat bayar. Interest loan pon kurang skitlah dari dok pinjam kat bank. Tapi, punyerlah jenuh nak tunggu lulus. Kawan2 kata hampir sebulan. Oleh kerana jarang staff Johor ni wat pinjaman kenderaan, saya dok betulkan borang sampai 3 kali sebab xder tempat nak refer. Hah kau, lagi seminggu genaplah 2 bulan baru lulus.
Jadinyer, malam ni insyaallah dibankinkan. Esok lusa transfer kat kedai kereta. Minggu depannya Insyaallah keluarlah si comel Viva 850 jer. Lepas tu kira hutang laks tiap2 bulan sampai 9 tahun. Ambik nko!!!

Wednesday, April 18, 2012

Bye2 I love you

Malam tadi, Wafiy beriya2 suh beli hadiah untuk teacher Ida dan Teacher Suguna. Sebabnya hari ni ada celebrate party sempena perpindahan mereka ke Puchong. Ada branch NURI Education baru akan dibuka disana. Mereka berdua perlu handle aktiviti disana bermula minggu depan.
Saya beritahu Wafiy tak payah beli, Mama ada bekas yang cantik2 untuk mereka. Melompat2 suka budak bertuah tu. Cepat2 dia masuk bilik Tupperware saya duk buka kotak Rainbow cube set. "Wafiy nak bagi nilah." sambil ambil 2 cube warna biru dan purple.
Saya ketawa. "Keciknya, kita bagi tumbler jerklah. Nanti mama tulis2 letak dalam dia."
Start muncung berjuih. "Tak cantik. Macam budak2 jerk. Kasi ni arrr cantik, teacher Ida boleh letak sweet dia.
" Suka hatilah nak, terus on pc dan buat ayat skit.
"Bye2 I love You." Ujar Wafiy tersengih2.
"Letak nama arr baru comel" Ujar saya.
"Ok2 hehehe." Melompat2 sambil tepuk2 tangan. Lepas siap saya print dan masukkan menghadap ke luar dalam rainbow cube yang comel. Jadinya, bila tengok betul2 dari luar pun boleh nampak perkataan yang ditulis. Lepas tu saya bungkus dengan plastik hadiah balance dok bungkus Tupperware sebelum ni. Wafiy hanya dapat lihat small gift tu pagi tadi sebab dah terlelap. Ngantuk sangat. Apa lagi, bekobar2lah dok pi school rini. Selamat Berpindah Teacher Ida dan Teacher Suguna. Kalian memang yang terbaiklah.

rindu padanya....

Dulu, pernah jugak tertinggal di surau, toilet, kat kampung pun pernah tertinggal. Tertinggal kat umah jangan citer arrr hehehe. Tapi dah rezeki agaknya esok lusa, jumpa balik. Tapi, kali ni dah lama sangat. Dah hampir 2 bulan. Dah selongkar habis rumah. Pon x jumpa. Tak ingat kali terakhir buka dimana. Arrrhhhh sakit jiwa melayan penyakit pelupa aku ni. Rindu sangat pada kamu sayang.

Tuesday, April 17, 2012

si comel

Akhirnya malam tadi baru berkesempatan nak mengalihkan mender coet2 ke bekasnya. Baru nak ambik gambar, dah datang pembantu kanan. Sempat plak sambar bekas kecik mama eh. Letak balik! Babap kang. Tergelak2 sambil lari ke arah Baba.
Yerr...puan2 inilah bekas yang saya guna untuk letak bahan2 perasa makanan ini yer. Semua bekas ini, memang khas untuk ditempatkan di fridge. Bukan freezer yer. Bekas panjang tu, promosinya tahun lepas. Yang kecik2 tu, promosinya masa raya krismas lepas. Tapi, katalog bulan ni 3/2012 pun ada jugak dengan harga yang menarik. Tapi kena buat pembelian RM190 baru boleh beli 6 bekas bewarna warni dengan harga RM9.90. Harga retailnya ialah RM35.40 yer.
Jom kasi masuk 1 persatu. Dimulakan dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Hehehehe untuk nak masukkan N3 ni, terpaksa google semua nama bahan2 ni. Takut tersalah. Itupun berpandu pada blog tiffinbiru.blogspot.com Mat Gebu. Terima kasihlah bagi panduan nama bahan2 ni. Lepas tu susun cantik2 kat dalam fridge. Eh!! Kenapa banyak pulak bekas ni? Hehe yang lain tu adalah bahan yang lain pulak. Cube tomyam, cube ayam dan asam keping. Sumer saya boh dalam. Hah!! Cantikkan. Selain tersusun, bewarna - warni dan sedap ajer mata memandang.

terima kasih, semoga murah rezeki

Tengahari ni, ada orang belanja makan. Jadi tak payah pi kuar makan. Duk senyap2 kat opis dan makan nasi beriani dan air soya pemberian Hj. Ramli Isa. Tak tahulah nazar apa agaknya kasi kitaorang makan free rini. Beberapa tahun lepas, dia dipinjamkan ke Lembaga Nenas. Bulan ni, dia kembali semula ke LPP dengan semangat baru dan berkobar2 untuk memajukan LPP. Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan lebih murah rezeki hendaknya. Terima kasih banyak2 dengan makan tengahari hari ni. Kenyang betul. Sampai lupa nak ambil gambar dulu sebelum soru. Lepas setengah makan baru teringat. Alhamdulillah...kenyang.

katalog 3/2012

Untuk pengetahuan semua, katalog terbaru Tupperware Brands 3/2012 dah start sejak 2 April 2012 lagi yer. Promotion akan berakhir 12 Mei 2012. Semestinya item yang best2 yang dimuatkan dan menjadi kegilaan peminat jenama ini sejak turun temurun. Ini sebahagian item2 yang limited edition dan terliur bila melihatnya. Item kali ini lebih tertumpu kepada bekas2 kuih dan bekas2 lauk untuk persediaan Hari Raya nanti. Jom add fb azlinaazis N Tupperware untuk cuci mata. Kemmonnn babe...

Monday, April 16, 2012

cam mana nak tahan lama ??

Jumaat lepas ada kata nak tunjukkan apa terjadi pada sayur2 yg saya beli kalau x termasak kan ? Pagi tadi sempat selongkar peti kejap semata2 nak ambik gambar utk tatapan korang.
Hari tu saya beli sayur kangkung 2 ikat, sayur sawi seikat, kacang panjang sikit, bender ntah berapa biji dan tomato 3 biji. Hasil kerajinan saya weekend lepas, yang tinggal pagi tadi iaitu setelah 5 hari berlalu hanyalah kangkung seikat dan tomato sebiji. Adalah kacang panjang sebatang yang tertinggal. Ada sebahagian lobak merah yang saya dah beli 7 hari lepas dan 3 batang serai yang genab 2 minggu. Disamping itu, adalah beberapa cili api yang dah lebih 2 minggu. Herrrmmmm...dulu, sayur ini tak sempat pun seminggu dah benyek semuanya. Lagi2 sayur kangkung. Habis tukar warna. Lepas saya gunakan modular keeper with grid, sayur2 berdaun boleh tahan seminggu lebih dan sayur yg keras2 boleh tahan sehingga 2 minggu lebih. Kiranya, saya agak jimat selepas menggunakannya sebab walaupun jarang ke pasar saya masih ada stok sayur yang boleh dimasak. Kalau dulu, kalau 2 hari atau lebih tak ke pasar jawabnya mehlah beramai2 pi makan luar. Ada dua sebab. 1, sebab memang stok sayur dah habis. 2, stok sayur ada, tapi dah rosak. Saya pun dah kuranglah selalu ke pasar. Bukan apa, kalau pergi selalu tu, kang barang yang nak dicapai asalnya 1 ke 2 jerk. Tetiba trolly jadi penuh plak. Jadi perlulah kurangkan hari ke pasar untuk menyelamatkan poket yer.
Apa bender Modular Keeper With Grid ni? Modular Keeper with Grid (1) 58324
A generously sized vegetable and fruits keeper with an innovative base grid that keeps contents above any water residue to prolong freshness.

Features & Benefits:
Polished window on opposite sides make for easy content
and identification.
Remove the grid, and this versatile container can be used for
storing dry food in the cupboard, pantry or on the countertop.

Capacity: 9.4L
Dimension: 38.0cm (L) x 28.4cm (W) x 11.7cm (H)
Itulah bendernya..... Keberkesanannya memang tip top yer sebab saya memang menggunakannya. Ahaks!!

sarapan bila hati bengkek

Minggu lepas, masa saya dok pi membeli barang kat S'Mart, terpandang denderam. Dah lama tak pekena. Oleh kerana anak2 suka makan keropok ikan, saya sambar 2 paket keropok ikan dan 1 paket denderam ni. semuanya RM10. Kalau beli satu paket jerk RM4.
Saya tak pasti ejaan nama kuih ni betul atau x? sebab saya selalu panggil Telinga K61148 hehehehe. Bila dah dok JB ni, panggilan orang kat sini lebih mulia. Jadi saya ikutlah mana yang sedap didengar.
Kebetulan hari ni bawak denderam ni pi kerja dan hari ni bengang tul dengan tepon yang dah kena barred. Memang padan benaulah. Pagi ni dok bantai makan dier jerk. Dari 3/4 bekas Modular Mate Oval 1.1 liter sekarang dah tinggal 1/4. Marah benau ni!!!!!

tetiba kena barred

Mlm tadi tetiba dpt sms dari celcom suh bayar bil telefon sebab dh nak capai limit RM200++ tu. Oleh kerana mengantuk sangat, aku abaikan sahaja. Pagi ni nak wat call dah tak boleh. Adoiiii betul2 tak faham. Bila plak guna telefon mengarut2 ni. Sesebelum ni pun tak pernah guna lebih lebih dari RM50. Tapi bayar gak setiap bulan RM53 sebab dah terikat kontrak kan. Cuba cek mana2 yang on ngan internet ker...semua off. Cek ada anak2 main sms ker call orang ker pon takder jugak.
Tetiba teringat awal bulan hari tu ada pi wat daily celcom broadband. Ke mender tu jalan terus. Bukan dia terminate sendiri ker bila dah cukup sehari ?? Adoiiiii pening arrr.

pergi....

Awal2 pagi tadi, mak telefon. Tapi masa tu saya sedang menurunkan barang2 ke kereta. Terdengar suara Arfan terjerit2 memanggil dari rumah. Bila sampai ke muka pintu, Arfan bagitau nenek telefon. Aku seperti tahu apa sebabnya. Oleh kerana takut terlambat ke ofis, aku terus bangunkan Wafiy. Dalam bersiap2, telefon berbunyi lagi. Abang Ajid menyampaikan perkara yang sudah dijangka. Pak Itam sudah pergi meninggalkan kami.
Dalam masa terdekat ini, sudah beberapa orang ibu dan bapa saudara saya pergi. Ada yang sudah lama sakitnya, jadi tentulah kita faham dan redha pemergiannya. Tapi, Pak Itam baru lagi dikesan ada penyakit. Sudah suratan yang hidup pasti akan pergi. Aku menerima berita ini dengan penuh ketenangan walaupun rasa sedih yang tidak terhingga. Alhamdulillah berkesempatan datang menjengoknya bulan lepas semasa terlantar dihospital. Arwah masih beperwatakan ceria dan seloroh. Tapi sudah kurus benar waktu itu.
Takziah untuk Mak Itam sekeluarga. Terbayang2 kesedihan yang perlu ditanggung mereka sekeluarga. Lebih2 lagi Mak Itam yang paling murah air matanya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka. Al-Fatihah...

Sunday, April 15, 2012

belum berkesempatan

Bersama2 kisah memborong kat N3 sebelum ni, saya jugak sempat menyambar 4 paket mender2 alah ni kat Midas ari tu. Sepeket singgit U all. Aduhaiii nilai barang sekarang ni. Setotet2 gini pun dah RM4 kesemuanya. Dahlah tengah2 bulan ni. Tapi nak makannya pasal. Buat2 kecikkan mata jerklah. Kang tutup mata, tersalah capai pulak.
Masalah saya sekarang ialah tak tahu nama2nya. Nak guna tang mana tahu. Kalau nak suruh orang ambilkan, memanglah siap berpuisi nak menggambarkan bender alahnya. Senang citer, lari sendiri, capailah sendiri.
Hajat sebenar saya sebenarnya nak tunjuk kat korang kat mana saya dok parking mender2 ni. Tapi, sebab bekasnya yang dah kosong kebanyakannya dah saya pi kasi basuh dan keringkan. Kononnya kejap kang, bila dah kering pilah kasi campak mender2 ni. Tup2 terlupa, sampailah ari ni. Jadi, esok2 jerklah saya tunjuk bekas comel lote saya tu yerk. Tunggu jerklah.

Friday, April 13, 2012

berapa lama boleh tahan ??

Jumaat. Kebiasaannya saya akan beli lauk di S'Mart Pandan pada lunch hour. Maklumlah nak mengisi weekendkan. Malas nak kuar lagi dengan budak2 3 perangai tu kan. Bukannya jauh pun. Kalau jalan kaki, 10 minit jerk. Tapi dah lama sangat saya x buat gitu semenjak dah pandai bawak keta n dah ada keta ni. Hehehehe dh rasa jauhlah plak. Lagipun saya rasa seram2 jugak sebab kenderaan yang lalu ala2 pelesit gitu. Sunyi plak tu. Budak2 opis lain adalah buat gitu. Itu pun berkonvoi.
Tadi saya pergi S'Mart sensorang. Mysara balik rumah adahal katanya. Oleh kerana nak beli barang2 untuk buat koktel hari Isnin depan, jadi saya ambil keputusan pergi sendiri jerk. Memula masuk ke Midas dulu. Carilah barang2 yang boleh dicampur2 untuk koktel nanti. Lepas tu barulah beli ikan kembung 1/2 kilo, ikan pari sepotong dan sayur2 yang murah2 ajer. Maklumlah dah tengah2 bulan ni kan. Paham2 jerklah hehehehehe Inilah sayur2 yang saya sambar sekejab tadi. Nampak segar2 lagi kan. Agak2 boleh tahan berapa lama kalau tak termasak ni ?? Seminggu tahan tak agak2nya. Kalau main baling jerk kat dalam peti ais, tak payah citerlah. 3 hari pun dah melecet semua daun2 dia kan. Saya ada rahsia cam mana nak kasi tahan. Tapi kena tunggu seminggu lagi yerk kalau nak kasi bongkar itu rahsia.

Thursday, April 12, 2012

Rabiatul Adawiyyah

9 tahun yang lalu kami suami isteri selalu berangan nak dapat anak perempuan sebagai anak pertama. Kata en. Suami, boleh tolong saya buat kerja rumah bila besar dan tolong jaga adik2. Saya pun suka sebenarnya sebab geram tengok gaun baby yang cantik2. Berangan cam banyak duit jerk kan.
Bila saya dah mula mengandung, en. Suami mati2 nak namakan anaknya Rabiatul Adawiyyah sebab rasa best sangat. Bila saya sajer cipta2 nama lain, dia mula merajuk dan cakap biarlah anak yang first ni dia yang namakan. Yang lain2 nanti nak boh nama apapon suka hatilah.
Masa umur kandungan 7 bln, saya pernah terasa sakit. Rasanya lain macam. Rasa itulah yang saya rasa ketika melahirkan Arfan. Saya tak tahu kenapa saya rasa sakit begitu pada usia kandungan saya waktu itu 7 bln. Oleh kerana masa saya sakit, saya di rumah mertua. Saya hanya mampu tahan sahaja. Kenapa ? Sebab hospital terdekat satu jam perjalanan dari rumahnya. Lama juga saya terpaksa menanggung sakit berulang 5 minit sekali tu. Hampir 10 jam rasanya. Kami terus ke klinik untuk checkup bila pulang semula ke JB. Tapi, waktu tu rasa sakit tu sudah hilang. Bila scan, doktor sahkan baby boy kami dalam keadaan sihat. En. Suami mula berkerut dahi. Dia bersyukur dengan pemberian baby boy tapi masih mengharapkan baby girl. Dia tegak pada nama Rabiatul Adawiyyah. Langsung tak memikirkan nama baby lelaki. Bila saya gelakkan dia dan minta carikan nama untuk baby lelaki. Dia suh tunggu baby keluar dulu.
Nak jadikan cerita, pada tarikh 10 Jun 2004. Masa saya hendak melahirkan Arfan, seorang nurse yang baik sangat membantu saya. Maklumlah kelahiran pertama. Banyak perkara perlu dibantu. Nurse comel itulah yang mengajar saya. Bila Arfan sudah dilahirkan dan dibersihkan, dan ketika membersihkan saya pula, seorang rakannya menegur name tagnya. "Huh! Ingatkan keturunan raja tadi. Tulah nama panjang sangat. Kan dah terpotong2 tu." Ucapnya tergelak2. Nurse itu hanya tersenyum. Saya memandang name tagnya. R. Adawiyyah. Dalam menghayati balance2 sakit, spontan saya bertanya namanya. "Rabiatul Adawiyyah." Ujarnya tersenyum. Saya pun menyambutnya sambil tersenyum.

Monday, April 9, 2012

nasibler

Hari ni dapat gift dari Kak Salisah. Dah habis satu paket pon saya kerjakan. Pemberian atas perpindahannya ke Kelantan. Hampir setahun atau dalam setahun dia di tempatkan di sini. Sebelum ke sini, dia bertugas di Trengganu. Dipindahkan ke sini atas sebab kenaikan pangkat. Masa dia sampai dulu, sedang berbadan dua. Kasihan kan. Terpaksa berjauhan dengan anak2 dan suami sehingga ke hari ini. Alhamdulillah akhirnya dengan sokongan padu pengarah, akhirnya minggu depan dia dapat berpindah kembali ke Kelantan di samping suami tercinta.
Terima kasih kak, semoga perpindahan ini menguatkan semangat akak untuk terus berkhidmat dengan LPP. Sayang akak.

sayang

Lokasi saya sekarang ialah di tingkat 3 dan bersebelahan dengan bilik mesyuarat. Itulah tempat saya pada tiap2 hari bekerja kecuali kena kerja luar. Saya tak tahu siapakah dia. Yang saya tahu hari ini ada mesyuarat yang dihadiri oleh orang2 penting. Saya masih tertanya2 siapakah dia. Takkanlah salah seorang dari orang2 penting berkenaan. Diluar ofis saya ada sebuah tong sampah. Cermin office saya pula berwarna gelab. Saya lihat dia mendekati tong sampah itu dengan sebatang rokok. Pastinya dia hendak membuang putung rokok itu. Ya, memang tepat tekaan saya. Tapi, rokok itu hanya dibuang selepas 6 kali sedutan cepat berlaku di depan tong sampah berkenaan. Kesian, sayang betul sampah itu hendak dibuang.

Friday, April 6, 2012

oppsssss melotup!!!!!!

Huh! Memang terperanjat. Dalam terkejar2 hendak mengambil anak2 pulang, tiba2 tayar kereta depan kiri meletup dek terlanggar apa tah. Batu kot. Rasa taklah laju sangat pon bawak kereta. Dah memang nasib takder rezekilah nampaknya tu. Memang kat tepi jalan tu dah beberapa hari tah dorang korek buat apa tah. Tapi x sangka pulak ada benda2 yang merbahaya sampai terkoyak tayar yang baru ditukar tak sampai 4 bulan. Tayar baru pulak tu. Aduhaiiiiii....$$$$$$.
Bila dah dengar meletup tu siap toleh kiri kanan blur. Tak tau lagi tu. Nasiblah ada traffic light kat depan then berhenti. Tetiba rasa stering senget ke kiri. Pelik!!!! (Dah kenapa stering aku ni ??? ) Bila lampu hijau dan hendak bergerak, baru rasa sesuatu yang pelik. Mesti tayar pancit ni. Cepat2 pi parking kat tepi. Dahlah tempat bukan laluan orang plak tu. Bila keluar kereta dan tengok. Oh nooooooo!!!!!!! Pancit habis. Takder saper pon lalu kat situ. Alamak!!! Terus call en. Suami yang masih di Kulai. Masa tu pukul 6 petang. Bajet dia akan sampai 6.30 ptg. Tapi, kalau tak sampai gak time tu ??? Wafiy kat Nuri macam mana ? Terus teringat nak telefon Mysara yang anaknya bersekolah sama dengan Wafiy walaupun tahu dia balik pukul 5 petang. Confirm dah sampai rumah. Dail jugak nama dia, test nasib. Alhamdulillah...baru jerk nak ambil rupernya. Allah mudahkan 1 perkara. Teringat pulak Arfan yang biasanya balik dari sekolah sekitar jam 6.30 petang. Teringat pulak jiran bawah rumah. Call mintak Arfan tunggu sekejab. Alhamdulillah lagi. Call kak Siti yang jaga Mia beritahu agak lambat hari tu. Nampaknya semua dapat membantu hari itu. Syukur kepada Allah, permudahkan banyak perkara2 berjangkit atas 1 sebab sahaja. Dalam tunggu punya tunggu, sempat snap bahagian yang terkoyak. Kemudian terbayang2 pulak poket yang bakal koyak. Mau RM200 juga akan terbang dalam bulan ini nampaknya. En. Suami sampai dalam pukul 6.40 petang. Yeyyyyy abang pomen sampai sudah. Bajet sebelum pukul 7mlm akan sattle semua perkara. Apakan daya, nut tayar ketat giler. Sampai tempat bukak yang bengkok dah nak jadi lurus dikerjakannya. Nasiblah ada abang ipar yang kerja kat Taman Johor Jaya boleh datang membantu. Akhirnya kerja2 menukar tayar selesai jam 7.30 malam.

Wednesday, April 4, 2012

alamak !!!! lupa hafal

Muhammad Adib Wafiy memang agak lambat dalam pelajaran. Maklumlah lahir pun hujung tahun, pelat pun tak hilang lagi. Mengaruk no. satu, main lagilah keutamaan. Memang untuk Wafiy saya terpaksa fokus lebih. Tapi sejak akhir2 ni macam tersibuk lebih plak. Oleh itu, saya kerap terlupa benda2 penting untuk anak2.
Setiap hari Isnin, Wafiy ada spelling. Setiap hari Jumaat pulak ada hafalan perkataan. Wafiy mesti menghafal 2 hari sebelumnya. Kalau tidak, alamatnya memang dia tak boleh ingat apa pon. Tup2 Isnin lepas saya boleh terlupa yang Wafiy ada spelling.
Masa mengemas beg sekolah pagi tu, saat saya terjumpa spelling book dia barulah saya teringat. Saya cuba untuk mencari jalan supaya kalau tidak 5 word pun seperti biasa, 2 ker 3 word pun jadilah. Taknaklah nanti teacher marah2 padanya. Takut terencat pulak jika asyik dimarah.
Waktu hendak membangunkan Wafiy, saya buat2 lawak dengan memicit2 badannya konon2 massage. Lepas tu, saya marah2lah diri sendiri dengan cakap yang saya ni dah tua betul. Sampai Wafiy ada spelling hari tu pun saya boleh terlupa. Konon2 saya simpatilah kalau Wafiy kena marah nanti. Tak sangka pulak dalam mamai2 tu, Wafiy bersemangat nak menghafal 2 word. Masa nak pakaikan baju, saya pujuk2 lagi hafal 1 word lagi. Bila turun tangga untuk ke kereta, 1 word lagi. Masa dalam kereta, 1 word lagi. Nasib lah Arfan jugak membantu sambil mengulang2 word untuk hari itu. Hari itu, ketiga2 kami menghafal dengan begitu bersemangat hingga depan NURI.
Saya amat berharap, sekurang2nya Wafiy boleh spell 3 word for that day. Janganlah tak dapat langsung.
Bila petang di saat saya dah terlupa pasal spelling Wafiy, Wafiy tersengih2 naik kereta untuk pulang. Belum pun kereta bergerak, dia dah keluarkan spelling book dan suruh saya tengok berapa star yang dia dapat. Wah !!!!! Amazing, 3 star. Wafiy dapat eja kesemua word dengan betul. Oleh kerana dia dapat 3 star hari tu, saya belanja dia makan luar hari tu. Melompat2 lah dia. Tapi yang sebenarnya mama ni hah yang malas nak masak malam tu hahahahaha

Tuesday, April 3, 2012

baju baru

N3 lepas2 rasanya ada bagitau yang en. Suami baru bekerja di Eon Kulai. Kalau takder, ni hah dah bagitau heheh. Adalah dalam 5 bulan gitu. Dalam tempuh itu, en. Suami pakai jer baju2 lama dari tempat kerja lamanya di Proton Part Centre. Maklumlah budak baru. Lagipun bidang kerjanya pun hampir sama. Jadi tiadalah masalah tentang etika berpakaian.
Minggu lepas, baju baru untuknya sampai. Sebijik warna baju Korporat LPP der. 3 pasang kesemuanya. Cepat ajer suruh kita basuh. Berkobar2 nak merasmikannya. Ialah, orang lain sumer pakai baju seragam kan. Tang dia jerk yang lain dari yang lain. Hari pertama pakai baju baru bukan main bersemangat. Tak pernah2 suh kita tolong betulkan baju tang pinggang, ari tu siap berdepang2 tangan lagi hahahahaha Encem tak en. Suami kita ???? hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...