MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, May 27, 2014

MAJLIS SUKA2 MAN KUEH

Sekitar jamuan suka2 kitaorang meraikan Man Kueh yang akan berpindah ke KL minggu depan. Nasiblah budak ni rajin nak menolong orang. Ada gak kawan2 sayang nak celebrate untuk berpindah. Mokcik asal makan jerk joint. Engkau nak pindah, pindahlah Man Kueh oooiiiiiiiii kalau tahan pon tak guna orang nak sangat jadi orang keel......pindahlah pindahlah (Sambil mengorek - ngorek daging kambing bakar)

Asalnya majlis suka2 sebab pagi tu berkebun dulu bersihkan apa yang patut kat belakang opis, itu yang pakai pon ala2 nak lari marathon, sekali tuan pengarah pon joint. Mehlah kita formal sekejab main bagi2 ucapan. Man Kueh muka dah cuak kena bagi ucapan lagi. Sedangkan dah bagi dah semalam akakakaka

Makyong kena jadi MC tetiba akakakaka. Mokcik wat2 sibuk ambik gambar. Malas aku nak dengar Man Kueh berucap. Kompom ayat poyo jerk yang keluar.
Adoiiiii Mokcik lapar balik tengok segala yang kena bakar ni. Macam terbau2 jerk sekarang ni.

 
Masa ni tuan pengarah ada cakap Mokcik macam tak kisah jerk Man Kueh kena pindah KL sebab kelihatan sangat happy. Yer saya sangat happy sebab dapat merialisasikan impian orang yang nak sangat berpindah sejak dia melangkah daftar diri kat sini 5 tahun yang lepas. Tok dia pon ada bagitau jangan kahwin ngan orang Johor sebab jauh sangat dia nak ngantar pinangan nanti. Oleh sebab dia cucu yang baik, sampai sekarang dia masih membujang. Tidak kah saya patut happy kalau perpindahan ini membawa kebahagiaan kepada dia tuan! (Sambil kesat2 hingus sebab resdung!)

MACAM CHEF NIK

Semalam balik kerja punyalah jem sakitnyer hati. Nasiblah dah membeli lauk tengahari tu. Jadi kerja memasak semestinya mudahlah sikit. Saya sangat suka kalau beli lauk balik terus masak sebab semua tengah fresh. Potong2, basuh2 terus baling dalam periuk. Nasi masak, lauk masak terus boleh soru ngeeeeee. 

Hajat semalam masak Tom Yam Asalkan Boleh. Sedap tak nama dia. Saya bagi dia nama tu sebab bahan asalkan jadi tom yam jerk jalan........ hehehe. 1/3 ayam, serai, tomato sebiji tapi 2 ulas jerk biarkan nampak yang lain blend, carrot separuh jerk. Daun limau terlupa nak kebas kat opis. Bongkar2 peti ais jumpa yang dah kering, belasah jerklah haha.
 
Saya blend tomato, bawang besar, bawang putih, halia dan kiub tomyam sekali jalan. Mesin dengan mangkuk tu dah tak sama warna sebab hari tu mangkuk asal dia air asik keluar jerk kat bahagian bawah tu, Mokcik punya perangai, mana2 barang buat perangai terus baling dalam tong sampah haha. Tu yang baru beli punya ngeeeeeee.

Panaskan kuali terus masuk bahan kisar kat dalam periuk. Periuk Tupperware hokey!  Baru leh feeling cam Chef Nik masak ngeeeeeeee

Sekali Mia datang tanya masak apa. Kita jawablah tomyam. Boleh pulak dia buat muka. Merengek2 nak makan ikan. Nasiblah haritu masa pi Tesco ada beli ikan simpan dalam freezer. Suh dia cepat pergi mandi kalau nak makan ikan. Terus lari2 capai towel. Dia tak habis mandi lagi, ikan goreng dah siap hah! Teror kan kan haha

 Tomyam Asalkan Boleh pon dah nak siap hah.

Bila tengok ayam dah masak, carrot pon dah empuk. Tutup api. Tunggu en. Suami balik kejab lagi dah boleh makan. Mana budak Mia ni sunyi jerk kat dalam jamban ni ???? Jom tengok sat!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bertuah punya budak! Ini pekerjaannya (Sambil tepuk dahi)

Sunday, May 25, 2014

BURGERBEST!

Semalam punyalah syok berbelanja. Macam dah tak cukup tangan capai barang masa kat Tesco. Ligat jerk kepala cari barang sebab rehat sejam jerk. Sampaikan anak dara yang ikut pon terjebak sama bermakcik - makcikan haha nasiblah korang kalau ikut aku. Lepas tu terjebak pulak dengan website Giant, segala sabun ada sale. Maklumlah minggu ni nak balik kampung, bekalan kat rumah perlu diutamakan. Kang seronok jerk joli2 katak kat kampung, dapur kat rumah kosong huhu. 

Petang tu suh en. Suami siap2 ikut pi giant pulak dekat2 rumah sebab Mokcik tak hafal jalan ngeeeeee. Pon kena capai barang cepat2 jugak sebab anak2 balik sejam lagi. En. Suami teringin nak makan burger buatan sendiri malam tu, jadi kita bagi galakan pada dia sebab bolehlah Mokcik bersorak kat depan tv jab sambil nonton piala thomas kan kan.
 
Burger buatan en. Suami yang gebu dan seksa sebab baru jerk masak 6 biji, peluh dia mengalir kalah orang jual burger haha.

Sedap wei!!!! Tak payah nak pi beli kat gerai burger giler mahai yang jual kat depan nunnnn...... Arfan jerk makan 2 biji. Biau betolll budak ni!!!!!

Saturday, May 24, 2014

KEM BADMINTON ASTRO

Hahaha tajuk kena gempak supaya korang berdedai masuk. Cerita pasal badminton tu adalah sekelumit jerk tapi oklah tu buat kena2 tajuk.
 
Hari cuti haritu celik2 mata teringin nak makan telur separuh masak. Mehlah kita layankan tekak pi rebus air sat. Oleh kerana sifat gelojoh menguasai diri, telur keluar dari peti ais terus campak kat dalam air masak ngeeeeeeee

 Jawabnyer jadi telur suku masak akakakakaka.
 
Mokcik tunjuk pandai pi wat ala2 telur separuh stim kengkonon. Masukkan air panas kat tingkat bawah, lepas tu masukkan mangkuk yang ada telur tu lepas tu tutup ngan piring kecik kat atas dia. Sudu yang dah guna tadi letak kat atas piring tu ekekekeke. Result tak boleh tunjuk sebab memang ada menunjukkan peningkatan tapi totap tak berapa separuh masak. Oleh kerana nak gak makan..........Mokcik telan jerk, tak lari mana pon rasa dia akakakakaka giler gelojoh!!!


Tengahari tu bertemankan cik Mia, Mokcik pi ngantar peganti Lee Chong Wei pi Kem Badminton Astro. Siap pi beli kasut baru semata2 nak datang sini. Hoverrr nko nak! Bawak sekali kawan dia untuk jadikan teman. Anak teruna Mokcik ni kat rumah berkobar2 kang dah sampai takder kawan, maunya dia cuak terus kejung kaki nak masuk. Baik bawak sekali kawan dia buat naikkan semangat.

Budak ni nama Taufik anak lecturer kat UTM. Punyalah pemalu macam anak dara. Arfan kata Taufik ni terror english. Harap2 dorang bolehlah bantu membantu dalam pelajaran. Senang hati Mokcik bila anak2 kita ada kawan2 yang bagus kan.

Ni masa tunggu giliran masuk kem tu. Satu jam jerk kem dorang ni. Lepas tu sesi tunjuk bakat. Kalau coach tengok budak2 ni ada talent baru dorang serap dalam pemilihan sebenar. Arfan tak masuk mana2 akademi badminton sebelum ni. Entah macam manalah dia dok balun bulu tangkis tu agaknya Mokcik tak tau sebab parents tak dibenarkan masuk. Tapi kita turutkan ajerlah hasrat dia nak pi kem ni. Biar dia rasa macam mana rasa bersaing. Budak2 cina berlambak hah.

 Tengok muka dah cuak, nama tak dipanggil2 lagi sedangkan daftar dah awal.

Lepas habis kem terus pi makan. Budak ni asiklah lapar sekarang ni. Risau betul tengok selera dia.

 Sebelum balik cik Mia pon nak bergambar kat bena ni sebab warna pink.

Haritu, balik jerk dari kerja pi goreng keropok lekor yang Sufian bawak dari Trengganu. Konon tak goreng habis sebab ingat tak laku. Rupanya habis dikerjakan Arfan.

Lepas tu goreng habiskan semua. Pon habis dikerjakan anak2. Mokcik langsung tak sempat merasa.

Inilah dia en. Sufian yang baik hati bagi keropok lekor tu. Terror dalam bidang bakar membakar ni. Perapan untuk ayam, kambing dan segala ikan bagi kat dia. Yum yum masih terasa2 ni. Ni masa majlis perpisahan Man Kueh haritu.


k
 Saya buatkan mee kari jerk haritu. Eh! Macam cantik pulak gambar ni.

 Oleh kerana nampak cantik kita up sekali lagi dekat2 sikit dengan pinggan free beli Darlie ngeeeeee

Cik Mia mintak ikatkan rambut senget sebab nak pergi UTM sempena jualan konvo. Apak dia dok cebik2 kata selekeh jerk ikat gitu. Mia dah terjerit2 biar ar biar arrr cantik apa!!!!!!!!



Sesuka hati dok lanyak jualan orang kat tapak jualan UTM tu. Pandai pulak dia ngajar kita "Ma cepat ambik gambar! Nanti abang tu marah kita cepat2 lari."

Wednesday, May 21, 2014

IKAT RAMBUT

Anak dara Mokcik dah semakin besar. Dah macam2 permintaan. Sekarang ni tengah menggila nak ikat rambut.Nanti kang minta omak dia ikatkan terpacak dua, bosan yang cam tu pacak satu, lepas tu pacak senget pulak, ikat setengah pon dia dah pandai mintak. Untung tak mintak tocang princess elsa ker......perrgggghhhh jenuh Mokcik nak paham permintaan dia. Budak ni kengkadang cakap dia pelat lagi. Puaslah saya nak pahamkan. Kalau buat2 paham pon dia dah pandai agak kita tak paham lepas tu mengaruk tak tentu pasal huhu.

Ni haritu mintak ikat satu masa nak pi sekolah. Mata pon sepet lagi sebab baru bangun tidur.

Dah macam ekor ayam jantan. Rambut basah2 pon nak ikat jugak huhu. Ukutkan ajer kang dia mengaruk lagi payah pagi2 kita nak bersiap pi kerja.

Hari tu pi belikan dia getah ni kat S'Mart. Masa nak ambik dari sekolah teacher boleh pulak suh beli getah yang licin tu sebab tiap2 hari budak2 ni habiskan getah dia. Adeh! Salah getahlah pulak. Macam mana getah dia tak habis, bila ambik dorang jerk dah macam2 pesen rambut dorang ni teacher dia dandan. Dah macam ekor kuda ada, macam tanduk lembu pon ada haha. Belum lagi yang ikat serata kepala huhu. Masa nak mandi, kalau bukak tak boleh2 nanti minah ni terjerit. Mokcik malas nak sopan santun, ambik guntung grap Mokcik potong getah tu haha berakhirlah riwayat nko getah!!!

Tengok anak dara Mokcik sopan jerk dengan rambut bertocang, dapat roti coklat sebatang dok diam2 kat sit belakang.

Terus duduk depan sebab nak ambik gambar. 


Tak puas hati tocang tak nampak. Suh ambik dekat sikit. Kembung mulut nko nak dengan roti cokolat. 

Malam tadi sebelum tidur, mata Mokcik dah nak terlelap suh gak ikatkan rambut. Lepas tu Mokcik bebel2 macam mana nak tidur kalau ikat rambut. Sajer jer dia jawab. Mia tidur jer cenggini.....sambil baring mengereng tongkat kepala ngan tangan. Geli pulak hati Mokcik tapi mata pulak mengantuk malas nak layan. Apak nkolah pi layan ambik gambar zzzzzzzzz......

Monday, May 19, 2014

SEMPAT MASAK

Haritu ada kawan tanya macam mana saya boleh sempat masak untuk keluarga walaupun pada hari bekerja, walaupun takder maid, walaupun rumah jauh. Haha saya kan ada magik. Magik tu terjadi bila kita memang bersungguh2 nak buat. Kalau datang pemalas hari tu, jom jerk kita pi kedai ngeeeee..... 

Takdernyerlah Mokcik ni rajin bebenau nok ooiiii!!!! Tapi berjimat adalah lebih baik. Baik kita menabung sikit2 boleh gak beli apa yang diangan2kan. Kat luar tu pon kita tak tahu tahap kebersihannya. Tapi kalau dah terpaksa kita telan sambil tutup mata akakakaka.

Biasanya saya akan sampai rumah paling lewat jam 5.30 petang sebab saya punch jam 4.30 petang tanpa seminit pon berlengah akakakaka. Pukul 4.31 petang saya dah terbayang2 cik Mia melebar senyum bila nampak saya. 

Sampai kat rumah, terus masak air lepas tu saya pi solat Asar. Kalau waktu masuk cepat, saya biasanya sembahyang kat surau opis jer, tapi sekarang ni waktu masuk lambat jadi saya pun solat kat rumah jer. Kalau nak sembahyang dulu kat surau pon boleh gak, tapi biasanya dah petang sikit jalan Pasir Gudang jem. Jalan kat UTM pon jem. Baik kita pecut balik, sekurang2nya dah sampai kat rumah kan kan.

Siap solat saya akan buat air panas untuk kesayangan. Teh O wajib sebab itu kesukaan cik Mia. Kalau teringin yang lain, saya buat kole kecil. Biasanya budak berdua tu ikut mood. Kalau dorang nak cecah biskut ker, roti ker, dorang suka yang bersusu. Kalau tidak teh O gak dorang pilih.

Sambil tu saya buatlah sirap ker, oren ker, bandung ker yang sejuk2 untuk bawak masa nak ambil dorang. Kalau tak bawak, nampak jerk muka kita dorang dah mintak duit extra untuk beli air gas atau jajan kat tepi sekolah tu. Sakitlah pulak hati dengan tukang jual tu. Cubalah jual benda2 yang berkhasiat sikit Makcik oiiiii!!!! 

Hari tu baru terperasan botol air Arfan boleh tertinggal. Dah alang2 tu buatkan sirap lebih sikit manis2 buah masukkan siap2 kat dalam freeze buar beku. Esok boleh minum air sejuk2 sikit basahkan tekak bila dah tengah hari. Arfan ni pesennya susah sangat nak minum air suam. Nak suruh gak minum, buatkanlah air manis2 buah. Kalau Wafiy, kita pulak dimarahnya kalau bekalkan air bergula. Dia nak air suam jerr huhu macam2 pesen budak2 ni. Layannnnnn!!!!!!

Sebelum tinggalkan rumah, pi jerang nasi dulu. Kalau ada masa lagi keluarkanlah lauk2 dulu untuk nak masak. Kalau ada lagi masa..........jom kita masak lauk terus haha. Hari kerja kita masak simple2 jerk. Keluar satu dua lauk pon dah kira Alhamdulillah! Lagipun saya tidak menggalakkan diri untuk masak beriya sebab nanti menjejaskan masa nak check homework anak2 dan kerja2 rumah lain.
 Jom pi ambil budak2 cergas saya.

Pi ambik Mia dulu. Tu tengah say bye kat best friend dia Arip. Arrrghhhhh Mia's bff adalah boy! 

Nanti dari sekolah sampailah ambik abang2 then sampailah patah balik nak balik rumah dia merengek nak beli roti coklat. Sampai kedai baru diam. Lepas tu omak dia ni plak yang bising sebab RM5 pon tak cukup untuk cover roti budak2 ni. Segala jenis roti pon dorang sapu huhu. Tiap2 hari pulak tu. Kalau ada birthday party jerk budak ni diam sebab dah ada jajan. Omak dia ni pun senyum meleret sampai rumah haha.

Semalam pi rebus kerang sebab hari Khamis nak buat mee kari. Mintak2 menjadi ngeeeeeeee..... Sambil rebus kerang, pikir2 nak masak apa.

Last2 dapat masak nasi goreng jerk akakakakaka. Cekodok tu pagi punya haha. Orang jantan kat rumah ni kan makin liat nak pakai baju dok umah. Panas katanyerrr. Over betul alasan korang ni gggrrrrhhhhhh.

Sunday, May 18, 2014

DOA UNTUK PUAN MAK SAYA

Waaaaaaaaa......... teruja sangat bila bukak blog tengok angka follower dah 50 orang. 50 termasuk diri sendiri ngeeeee. Acikan ajerklah untuk blogger yang cerita kurang mantap, kurang rajin, gambar kurang menarik, asiklah tak nyempat jerk nak update huhu.

Bila ada masa saya blogwalking gak tapi selalu terlupa tinggalkan jejak macam korang jugak kan kan. Kalau idak takkanlah angka visitors meningkat walaupun tidaklah melenting2 cam blogger hebat2. Takper Alhamdulillah!!!! Saya pon bukanlah nak menjana pendapatan dari dunia blogger ni. Tapi kalau berpeluang, kecil tapak tangan satu kompleks LPPJ ni saya tadahkan ngeeeee giler demand haha. 

Terciptanya blog ini cuma suka2, menyampaikan pengalaman seharian sebagai ibu bekerja auuuuuuuuu cam formal sangat. Ini semua sebab dah terbaca blog hebat seorang ibu bekerja gak we tell sweet stories. Sambil2 membaca Mulalah rasa rindu sesangat dengan orang tua kek kampung. Sangat rindu lebih2 lagi puan mak ada kat hospital besar saat ni. Memang hajat haritu nak redah jerk walaupun separuh hari tapi memandangkan jalan penyelesaiannya sudah ada, tabahlah wahai hati di hujung negara. 


Awal bulan haritu puan Mak dan En. Baba pergi menunaikan umrah. Pon saya tak dapat nak hantar sebab anak2 bersekolah. Takut pulak terkena hari kuiz budak2 ni. Maklumlah dah bulan 5. Terpotong pulak markahnyer nanti.

Comel sungguh puan Mak saya diusia hujung 60an. En. Baba semakin kurus. Mungkin atas faktor umur, diabetes pon mungkin jugak.

Nasiblah ada abang2 yang boleh uruskan segala. Terima kasih sangat2 kat korang.


Rupanya 5 hari terakhir puan mak kat sana dia diserang deman dan batuk yang teruk sampailah balik ke Malaysia. Masih demam dan batuk teruk lepas seminggu kat sini walaupun dah pergi beberapa klinik dah hospital swasta. Akhirnya anak2 cadangkan pergi ajer hospital besar. Kena tahan ward confirm. Saya ingat nak balik Melaka beserta GL. Tapi abang yang baik kata tak usah dia boleh bayarkan segalanya. Alhamdulillah...... lagipun susah pulak rasanya nak balik sedangkan anak2 tengah musim periksa pertengahan tahun berapit2 adik dan abang hah. Anak periksa boleh main badminton lagi dalam rumah. Omak dia stress pening kepala entah dorang ingat ker idak apa yang dah hafal. Redhanya doa dan solat sunat mana yang mampu jerklah huhu anak oh! anak....

Tiap hari boleh tanya kabar jerklah puan Mak kat hospital. Untunglah puan mak terror gunakan handphone murah yang saya berikan lama dulu hehe. Bolehlah telefon setiap hati moga2 bolehlah ampunkan dosa anak dia ni yang tak boleh balik menjengah. Alhamdulillah.... semakin hari banyak khabar baiknya. Insyaallah... hari ni bakal discharge. Syukur syukur syukur Allah.........eh!! Menitik pulak air mata huhu.

Saturday, May 17, 2014

MAN KUEH SAJER!!

Haissssshhhhhh ni yang Mokcik berangin ni, kenapa pulak gambar masa opis gotong royong boleh corrupt?? Banyak pulak tu. Tension! tension! tension! Dahlah nak buat input untuk blog LPPJ, sekali habis semua gambar tak boleh bukak grrrhhhhhh. Tapi peliknya gambar yang ada @man kueh sumer ok! Ini adalah ajaib! Engkau sihir gambar tu ker apa @man kueh ooiiiiii hahahaa

Ini gambar pertama saya ambik haritu. Itu pon bahagian bawah dia dah tak boleh nak papar. Agaknya @man kueh kacau cat tu ada baca2 ker ker.....

Lepas gambar kat atas tu, Mokcik ambil plak beberapa keping gambar lain, lepas tu baru gambar skandel ni. Mesra sangat kan, meluat Mokcik uweerrkkk. Peliknya gambar yang lain semua tak boleh buka kecuali gambar ni. Lepas tu ambik lagi gambar2 budak2 opis buat kerja. Malangnya semua gambar2 tu pon sama nasib tak boleh dibuka.
 
2 gambar kat atas ni ialah gambar terakhir yang saya ambil sebelum saya pi shopping. Errkkkhhh??? Haha saper suh bawak pi AEON BIG pi cari benih pokok. Pi lah nursery pokok ker, kompomlah bawak balik spesis pokok. Kalau AEON BIG dah tentulah yang keluarnya paling sempoi pon sabun mandi hahahahaha

Rasa2 ini N3 terakhir kot tentang @man kueh kat blog saya. Sebab lagi 2 minggu dia dah jadi warga KL. KL sangat keeennnnnn!!!!! Saya biarkan jerk dia pergi sebab dia dah janji nak belikan barang2 kat Ikea untuk saya nanti.....(sambil senyum menjeling kembang2kan edung)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...