MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, December 30, 2013

KAT MELAKA HARITU

Krismas hari tu balik Melaka sebab nak ambil Arfan yang dah sebulan lebih kat sana. Saya ambil cuti dua hari selepas tu sebab nak beli keperluan sekolah dorang sekali. Hehe tahun ni lewat skit bersedia sebab rasa macam barang2 lama masih boleh pakai kononnya haha. 

Ni gambar kat tepi Graha Maju. Adalah playground sejemput untuk kanak2 melepak sementara nak tunggu mak pak buat urusan2 dunia. En. Suami singgah nak bayar saman kat sini sebelum nak pi beli kasut sekolah kat Jusco kat tepi taman ni. Haha main tepi2 plak. Kat playground tu ada Wafiy tengah main. Saper rajin leh carik. Kalau tak rajin pon takper. Takder hadiahnyer haha.

Inilah Graha Majunya. Mokcik baru tau tempat bayar saman menyaman majlis kat Melaka ni kena sattle kat sini. Bukan Mokcik yang kena saman, Pokcik pon tak kena saman. Tapi bos anjer Pokcik mintak tolong bayarkan saman dia masa bercuti kat Melaka hari tu. Saman parking RM50. Tapi hulur RM30 jerk boleh!! Pekerja berhemah cakap, takper...nanti boleh mintak lagi RM20. Baik kan laki Mokcik. I lap U.
 
Bawak sekali budak rambut sarang tebuan ni. Kalau tak bawak, takut salah pilih saiz kasut. Payah plak nak tukar2 nanti. Cik Mia tertidur kat rumah puan Mak. Cepat2 kitaorang berdezup naik kereta. Bawak dia kang macam2 dia paw nanti.

Bila rambut dah macam ni, nampak kepala dah lebih besar dari badan haha. Kulit pon dah warna ubi bakar sebab dok ngekor mak2 sedara mandi pantai. Lepas tu asiklah merengek tak nak duduk taska. Nak duduk rumah sendiri jerk lepas balik sekolah. Boleh cayerlah tu huhu.
 
Kat depan seberang jalan Graha Maju ada plak Melaka Mall. Wah kalau Mokcik kerja kat sini mau pokai tengah2 bulan ni. Kiri shopping, depan shopping  wahhhhhhh bahagianyerrrrrrrr.

Sattle bayar saman. Bukan main posing bila nampak Mokcik nak ambil gambar haha. Lepas tu terus pi Jusco cari kasut sekolah. Lepas dah sattle semua, teringin plak nak pekena ais jagung kat Klebang. Esoknya dah balik Johor. Ngences plak tak dapat. Tapi kesian plak kalau tak bawak si kenit Mia tu. Terus telefon puan Mak suh bersiap sementara nak tunggu kitaorang balik ambik. 

Tempat ni serve dia cepat. Tapi bila dah petang2 sangat, banyak menu yang dah sold out. Redha jerklah dengan apa yang ada. Ais yang Wafiy punya tu still terlupa nak tengok nama dia haha.

Mia dengan Mak Busu. Puan Mak cerita, masa cik Mia bangun langsung tak cari kitaorang. Terus jerk dia keluar rumah pi main ngan sepupu kat depan rumah. Puan Mak diam kan ajer takut dia mengaruk haha. Lepas setengah jam dia balik, terus jer pi mandi lepas tu pi cari baju sendiri dan pakai. Lepas tu pi cari sepupu2 dia balik. Kata Puan Mak, cik Mia ni kalau kitaorang takder pandai jaga diri sendiri. Tapi kalau kitaorang ada, dia mengada lebih.

Dan akhirnya ais kegemaran Mokcik tiba. Sedut sampai ke titisan terakhir. Kalau ngences jugak tak taulah kan kan haha.

CUTI AHAD JUGAK!!!!!

UWWWWWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!Mokcik tensen ni. 
Kejab nak sambung meraung sikit lagi UWAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!! Hamboi caption besau punya melalak hahahaha. 

Haruslah Mokcik mengentan sebab en. Suami tetap cuti pada hari Ahad tahun depan. Kerja setengah hari tetap hari Sabtu. Baru semalam dia dapat notis cuti tu. Korang boleh rasa tak apa yang saya rasa ni. Hah!! korang dapat tak dapat tak. Pokcik tu nama jerk kerja setengah hari pada hari Sabtu. Dia tetap muncul dah nak malam jugak ok! Maknanya memang takderlah hari2 berpoya2 lagi mulai esok hokey.

Malam tadi kepala saya dok ligat nak menguruskan hari2 seterusnya mulai esok. Minggu ni dah start sekolah. Minggu ni saya dah start cuti hari Jumaat.  Eh! Lupa nak tanya taska tu ikut kerajaan ker ikut swasta? Kalau ikut kerajaan, laki Mokcik selamat. Kalau ikut swasta, laki Mokcik jawab. Eh bagus gak dia cuti hari Ahad erk akakakaka.

Lepas tu kepala dok ligat atur jadual. Mulai esok saya kena pi kerja lebih cepat. Sebab nak masuk kerja pukul 7.30 pagi hehehehe. Korang doakanlah semoga Mokcik berjaya datang sebelum jam tu yer ekekekeke. Sebabnya Arfan dah taknak duduk taska. Dia kata dia dah besar, dah sunat, tak boleh duduk ngan budak pompuan kicik2 kat taska tu dah. Lagipon, jadual sekolah agama dengan jadual sekolah kebangsaan rapat. Rugi pulak rasanya nak hantar taska setakat sejam sehari tapi kena bayar RM190 sebulan. Jadi minta jer kawan yang ambil anak dia, ambil sekali Arfan. Transit sejam gitu kat rumah dia sebelum saya pi ambil.

Isnin sampai Rabu, saya akan hantar Arfan pergi sekolah, lepas sekolah kebangsaan, dia akan salin baju then terus pergi sekolah agama betul2 kat sebelah sekolah kebangsaan tu. Balik dari sekolah agama, kawan saya akan ambil. Balik kerja saya terus pi ambil Arfan kat rumah dia, ambil Mia dan segala beg kat taska. En. Suami akan hantar Wafiy dan Mia ke taska waktu pagi. Wafiy akan balik rumah naik bas sekolah yang taska aturkan. Petang en. Suami punya relaks bukan main eh!

Khamis, saya akan hantar Arfan macam biasa. En. Suami pon akan hantar Wafiy dan Mia macam biasa. Oleh sebab Khamis saya balik awal, saya akan ambil Arfan balik sekolah then ambil Mia dan terus balik rumah. Wafiy tetap akan balik rumah naik bas sekolah. Tak rajinnya Mokcik nak patah balik petang tu. Pon en. Suami relaks tahap gaban ok!

Jumaat dan Sabtu, Saya main jerit2 ngan budak2 tu, sesekali main tarik2 telinga sambil jengkil2 bijik mata. Lepas tu cik Mia kompom 2 3 kali main nanges2 sebab tak puas hati dengan abang2 dia kan kan. Maknanya start hari ni Mokcik dah kena lancarkan lagi hafalan bacaan doa tahan sabar. 

Ahad! Bergantung pada taska cuti hari apa. Kalau ikut gomen, en. Suami selamat tahap dewa ok! Kalau ikut swasta!!!!!!!! Mokcik ketawa panjang macam hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Kanda layanlah budak2 tu dengan ceria hokey! Sambung lagi hahahahahahahaha.

Sunday, December 29, 2013

BALIK KAMPUNG, URUT KAT KAMPUNG LAIN

Hehehe asal cuti ajerk blog kompom sunyi sepi. Kan saya ni makcik2. Kalau cuti manalah nak pegang gajet2 ni. Lantaklah eh apa pon nak jadi kat dunia luar hah. Saya banyak kerja nak uruskan dunia saya haha. Mokcik tak sempat ooiiiiii. Kalau berhajat pegang pon boleh sempat on jerk. Lepas tu ada rampasan kuasa berlaku punya. Malas Mokcik nak berebut2 dengan budak2 ni. Dah tua2 ni, perangai biar senonoh sikit. Jangan plak nak berebut2 cam budak2 kan kan hehe.

Kompius tak korang baca tajuk tu haha. Mokcik dah tulis cancel tulis cancel dah nak 5 ke 6 kali. Last2 stay jerk kat tajuk tu. Tak tau nak tulis cam mana lagi. Kang nak xplain bebetul....ada plak tajuk lagi panjang dari N3 haha. Layan jerklah....................

Saya cuti 2 hari lepas krismas ritu balik kampung Melaka. Ambik budak rambut dah cam sarang tebuan kat kampung tu hah. Boleh plak dia cakap kat atok dia tak payah gunting rambut dulu sebab tengah cuti sekolah lagi. Nak pengsan Mokcik jumpa dia haritu. Selamba jer muka sengih2.

Kulit punyalah hitam legam dah macam pekerja restoran mamak. Nasib muka jawa kuat. Lesung pipit memikat haha. Masa saya sampai Melaka haritu, dia takder pon kat rumah. Ikut Makusu dia pergi berjimba kat Genting. 

Ini bukan gambar kat kampung Melaka. Ni kampung en. Suami kat Adela. Tadi terjumpa plak gambar ni  saya snap masa balik kampung awal bulan hari tu. Cik Mia ni kalau korang nak tau, bukan boleh nampak atok dia duduk2 macam ni. Dari kecik dulu dia kompom terhegeh2 kat atok dia mintak urut. Selagi atok dia tak layan, selagi tu dia dok ajak atok berbual. Tanya itu, tanya ini, soal itu, soal ini. Sajer jerk atok buat2 tak paham. Last2 atok mesti kalah punya lepas tu offer urut. Laju jerk dia meniarap hehe.


Selamba jerk muka bila kena urut kan. Kita plak yang risau lepas tu tanya dia tak sakit ke Mia? Sengih jerk sambil geleng2 haha. Kalau dulu masa kecik2 atok siap tarik2 kepala, tarik2 kaki, tarik2 tangan. sampai berdetup2. Bukan main suka lagi cik Mia sampai terkekeh ketawa. Tapi sekarang bila dah besar atok dah tak larat. Setakat urut2 biasa jerk. Lepas dah kena urut barulah dia pi main jauh2 skit. Baru tenteram orang tua tu haha.


Monday, December 23, 2013

GUNTING RAMBUT

Ini kejadian semalam. Lepas sembahyang maghrib terus berdezup pi kedai gunting rambut. Dah tak sanggup nak menatap muka sorang2 kesayangan Mokcik ni. Kalau jatuh lipas, mau sesat dok dalam kepala tak tau jalan nak kuar. 


Pi kedai uncle Nan kat Taman Seri Pulai. Jarang sangat pergi tempat lain kecuali atas sebab2 tak boleh dielakkan. Bayangkan, kami akan pergi jugak Taman Seri Pulai ni semata2 nak gunting rambut dengan dia walaupun waktu tu kitaorang duduk Taman Daya. Jauh ok! Dalam 25 km gitu.


Kenapa? Kenapa ? Hehe ... sebab pertama, en. Suami memang dah lama kenal dia. Kalau tak silap, sekampung kot dengan dia dulu. Sebab kedua, uncle Nan sangat pandai tackle budak2 masa gunting rambut. Kalau budak2 buat perangai pon, kesabaran dia amatlah tinggi. Sebab ketiga, keupayaan menggunting ikut style yang kita nak hampir menepati piawaian. Sebab keempat, harga ikut harga kawan2 ngehngeh.

Sebelum ni, uncle Nan pernah bukak kedai gunting rambut kat Taman Daya. Jadi kompomlah dekat sangat dengan rumah kan. Dari zaman Arfan baby lagi dah sorongkan kepala kat dia ni.Arfan ni dulu sangatlah bermasalah bila nak gunting rambut. Sakitlah, gelilah, gatallah. Bila kita marah, mulalah meraung macam telinga terpotong. Lepas tu dia senget2kan kepala taknak gunting. Paling sakit hati bila dia jejerkan air liur bila rambut masuk mulut. Selekeh betul budak Arfan ni tau. Tapi uncle Nan sabar jer. Siap pujuk2 lagi. Itulah sebab saya suka budak2 ni gunting rambut dengan dia hehe. Tabik kat uncle Nan.

2 atau 3 tahun lepas dia berpindah plak kat Taman Seri Pulai tu. Join ngan kawan bukak kedai sama2 huhu. Walaupun jauh, kitaorang tetap pergi jugak. Sebab dah cuba gak pi kedai lain, ada yang last2 suh en. Suami yang potong sendiri huhu.

Sekarang ni, anak2 dah besar. Dah tak mengaruk lagi masa nak gunting rambut. Siap bila cakap nak bawak gunting ajer, terus masing2 dah berangan nak style apa. Bila jumpa jer muka uncle Nan, terus order style apa nak gunting. Uncle Nan pon siap tepuk2 kerusi sambil cakap beres bos! haha.


Semalam potong dua kepala haha. 1 kepala lagi tinggal kat kampung. Esok2 baru bawak lagi 1 kapala. Kepala yang kat kampung tu kompom dah macam pokok padi bila kena tiup angin rebah. Bila takder angin tegak jer semua.Lagi Mokcik mabok tengok bila panjang huhu.

Ini budak tak payah nak uncle Nan bagai. Dia pandai gunting rambut sendiri. Jangan dia berangan potong rambut omak dia sudah. Pengsyan Mokcik.

Dah hensem anak omak hah. Style dah siap cakap awal sebelum duduk kat kerusi gunting rambut tu.

Sebelum balik rumah, posing ngan cik Mia yang mulut penuh ngan jajan.

MASAK

Hamboiiii sedapnyer kata Mokcik tak mithali yer.....mentang2 sejak2 ni asik publish gambar makan kat luar, sedap2 korang belasah kata Mokcik tak masak eh. Belum lagi publish gambar yang makan kat mamak, kat Zaiton yang depan rumah tu, kat Mc D lagi heheehhe. Tengoklah keadaan, kalau dah seharian duk menguruskan hal2 kat luar, perut anak2 dah berkeroncong, takkanlah saya nak tahan gak masak kat rumah semata2 nak tunjuk kengkonon saya nilah Maharaja Rajin, Maharaja Hebat kan kan. 

Biasanya hari kerja, bila saya balik macam biasa, saya akan masak untuk makan malam. Kalau nak keluar balik dah macam malas jerk sebab banyak kerja menanti untuk dibereskan. Jadi saya masak jerk cincai2 asal en. Suami boleh kenyang, anak2 nak makan. Kalau terlewat balik, barulah saya beli kat luar sebab takut anak kelaparan.

Kebiasaannya hari Sabtu saya akan masaklah beriya skit sebab en. Suami kerja setengah hari. Tapi biasanya dah nak petang baru nampak batang hidung lepas tu mengadu lapar tahap gaban.

Ni hidangan Sabtu lepas. Ada ayam sikit kat dalam freezer saya goreng. Ada 2 drumstik saya asingkan untuk Mia dan Wafiy, yang lain2 saya masak sambal.
 
Minggu lepas, ada PPK bagi labu. Saya tak pernah sebelum ni masak labu. Makan selalu hehe. Tapi masak Melayu punya hal apa susah. Agak2 jerk. Kat depan taman ada banyak kedai runcit. Pilih jerk bahan2 tambahan yang biasa tengok. Semua kasi campak dalam. Siap! Tapi lupa masuk ikan bilis akakakaka. 

Kat atas ni contohlah yang Mokcik ni masak jugak kat rumah kan. Tunjuk kang masakan hebat2 yang lain mau korang sedu sedan nengok. Pernah tanya Arfan sebelum ni apa masakan yang paling saya terror masak. Tau apa dia jawab hehe. NASI GORENG. Akakakakaka sentap Mokcik dengar. Budak2 bukannya nak makan beriya2 pon ok! Asal kita masak, asal tu tak susah dia nak telan, ok jerk.

Malam tadi, paksa jejaka2 kat rumah tu pi kedai gunting rambut. Dah tak berselera saya tengok muka masing2 dah. Ingatkan nak singgah pasar malam masa otw balik. Tapi en. Suami terus jerk balik sebab nak makan telur bistik. Masa tu dah nak pukul 9 pon, malas arr saya nak masak. Sambil muncung saya kata kalau nak makan sangat masak sendiri. Sampai jer rumah, saya terus sembahyang Isyak. Dengar pokcik tu pangpung2 kat dapur. Amboi!!! Sejak2 tengok Masterchef ni, macam yoyo jerk cincang2 sayur kat dapur. Bila saya dah siap, jengahlah kat dapur. Nampak Pokcik tu tengah goreng telur mata. 
"Eh! Kata nak buat telur bistik? Kenapa goreng telur mata?" 
"Eh! Salah eh? Alamak nak wat cam mana ni?" 
Akakakaka memang poyo kan kan. Last2 Mokcik jugak yang masaknyer. Untunglah dia dah siapkan bahan2 yang nak buat kuah bistik. 5 minit jerk....

tadaaaaaa.........telur bistik main belasah jerk hehe. Dah boleh hidang dan santap sambil tengok Masterchef All Star kat tv huhu. 

Lihatlah dunia!!! Saper kata Mokcik tak mithali................


RENEW ROADTAX

Lambat skit update hah. Tak paham kamera ni, sebelum ni batteri tunjuk full jerk memanjang. Ingatkan budak baik, tak kuat makan batteri. Sekali nak transfer gambar terus tunjuk low batt lepas tu langsung tak boleh nak bernafas dah. Cet!! Ni yang buat Mokcik frust ni. Idea tengah berbunga2 ni. Terus idea laju2 datang nak tanggalkan batteri tu then jemur kejab. Mana tau kejab2 lagi leh guna sekejab nak aliH gambar pun jadilah kan kan.

Baru tadi teringat nak masukkan batteri tu balik. Hambik!! Memang panjang punya kejab hah. Dah petang betul baru teringat akakakaka. Yang penting memang boleh pakai kejab. Boleh plak transfer gambar pagi tadi. Gambar roadtax kecemasan kena bayar extra RM20 hadoiii hai. Dah 5 tahun dok pakai Avanza tu, sepanjang tulah asik dok cakap nak pi ambik geran kat CIMB. Sampai hari ni pon tak ambik2 jugak hihihihi. Hari ni paling cuak sebab semalam roadtax dah mati. Semalam baru perasan tarikh matinya huhuhu.

Nasiblah insurance dah hidupkan siang2 bila dapat notis dari Etiqa haritu. Call jerk Peladang Agrochemical Trading ni, transfer duit secukup rasa, insurance beres.

 
Oleh sebab geran still lom ambik. Roadtax pon dah mati semalam. Bank yang simpan geran pon Mokcik tak tau jalannya, kita pi jerklah MYEG dekat deretan kedai nak masuk JPJ tu. Hantu tol sampai doplohhengget nko ambik untuk charge perkhidmatan. Dah sendiri yang pemalas nak pi ambik geran, bayar jerklah huhuhu


 Dah siap pon. Untunglah perasan masa hari tarikh mati. Buatnya perasan dah balik kampung Rabu ni, jawab sendiri hehehehehe.

Sunday, December 22, 2013

Pencarian Bloglist 2014 By BBL


 Haha join lagi mender alah seumpama ini. Macam best jer...... dah nampak follower semakin bertambah. Tapi faedah lain masih sedang belajar2 ni hehe. 

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2013/12/senarai-peserta-pencarian-bloglist-2014.html

Wednesday, December 18, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com

Haha agak lawak sebab ini first time menceburkan diri dalam segmen mensegmen ni. Punyalah kalut tak paham arahan. Harap2 betullah caranyer ni haha.

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, December 17, 2013

Bubur No1 JB






Dah lama sangat tak pergi makan bubur ni. Mau lebih 5 tahun dah ni. Kalau kat JB ni, bubur ni rasanya paling popular. Bubur No 1 kalau tak silap nama dia. Dengar citer ada gak bukak cawangan kat Pasar Borong Pandan. Tapi tak sama feel makan kat sini. Kat sini kalau nasib tak baik memang kempunanlah nak makan. Lainlah kalau korang datang tak pakai kereta. Tu senang sebab tak payah nak cari parking bagai hehe. 

Hari tu kitaorang pergi kengkonon nak parking jerk kat depan rumah tah saper2 kat belakang rumah kedai tu. Baru jerk nak tarik handbreak dengar anjing menyalak2 hahahaha. Terus jalan balik parking kat lorong salah satu bangunan tu. Itupon jauhnya boleh lapar balik lepas makan nak dapatkan kereta.

Happening giler tempat ni sebab ada pakcik pakai hailer ambik order. Dia carikan tempat duduk jugak untuk customer. Lepas tu ada plak sorang minah ni, kalau bagi order terpekik terlolong. Masa dulu2 pon ada gak sorang pompuan yang bagi order cam tu gak, tapi dah tak nampak dah dia. Yang ni pompuan lain. Cara bagi order sama jerk. Mungkin syarat pompuan nak kerja ngan bubur No. 1 ni mesti terpekik terlolong gitu kot hahahaha. Saya tengok yang lelaki orait jerk. Takder pon nak terpekik gitu. Ada pon pakcik yang pakai hailer tu. Itu pon steady jerk dia bagi order. Lepas tu ada plak mamat baskin eh eh betul tak Mokcik sebut ni hehe. Terhiburlah jugak bila ada liveband ni kan walaupun sore kalau baru ujibakat AF pon dah kena blah haha.

Tempat ni dah bertahan sangat lama. Dari zaman Mokcik anak dara sampai dah anak 3. Rasa dia still maintain gitu. Zaman baru2 kawin selalu gak datang sini sebab malas nak masak. Makan berdua kelecah satu dapur. Baik kita makan kedai jerk hehe. 


Bergambar dulu sebelum makanan sampai. Baru perasan banyak pakai baju leopard ni sejak akhir2 ni. Haha maklumlah dah banyak baju yang takleh nak sarung dah. Jadi pusing2 dok baju tu jugak.

Muka budak berangin sebab baru bangun tidur. Kat rumah main jerk. Masuk kereta tak sampai 5 minit dah pengsan.

 Budak ni siang2 dah kena warning ngan apak dia jangan tidur. Kalau tidur gak, minggu depan tak nak balik kampung.


Yeyyyyy bubur dah sampai then terus ngap. Eh lupa plak ambik gambar. Telur masin dah berlubang baru teringat nak ambik gambar huhu.


 Ambik gambar orang kusyuk makan ni sekali.

 
Nasiblah korang dah makan kat rumah. Budak2 ni tak minat bubur kat situ sebab lauk2 dia semua ada cili. Order 3 set. Mak Pak habiskan semua ngehngeh.

Upin dan Ipin

Hari tu, lepas buat IC singgah jab Jakel. Jakel kan dah tutup kat tempat lama dan bukak lagi besar kat bangunan baru dekat2 dengan Angsana tu. Itu pon tahu masa raya ritu officemate nak beli baju Aaron Aziz. Nak gak feeling raya ngan Aaron Aziz minah tu akakaka. Oleh kerana masih tak banyak kedai bukak kat area bangunan baru tu, nak pi Jakel rasa amatlah selesa sebab parking banyak. 

Saya tak pergi Jakel yang jual baju, tapi pergi sebelah dia yang jual carpet. Sajer nak cari carpet untuk buat basahan. Kalau boleh limaplohhinggit ke bawah akakakaka. Konon hujung2 tahun tengah offer ni dapat arrr carpet feel RM1000 tapi harga RM50 ke kan kan hahahaha. Bila masuk.....memang arr ada harga cam tu, tapi tahap alas kaki ekekekeke. Kalau ada pon yang murah, yang bila anak2 lari atas dia terpelangkup ke depan, carpet tu melayang ke belakang. 

Bila tanya2, nampaknya yang paling sesuai untuk buat basahan pon dah harga RM259. Otak kata jom kita kuar! Jom kita kuar. Tapi hati kata jom kita beli jom kita beli. Memandangkan kat rumah takder sofa dan hajat nak ajak puan Mak datang rumah minggu depan, kita ikutkan jerklah kata hati huahua. Puan Mak tak boleh tahan sejuk. Nanti mulalah sakit situ, sakit sini. Dapat tawar sampai RM240 jerk. Sila bungkuskan dan jom kita beredar. Bahaya lama2 kat sini.

Jam dah 1.30 petang. Perut pon dah berkeroncong. En. Suami ajak pi tempat baru kat bangunan sebelah Jakel tu. 

Eh tak tau pon JB dah ada Restoran Upin dan Ipin ni. Pernah dengar kat KL jerk. Kata en. Suami, baru jer bukak ni. Anak2 melompat tak sabar nak masuk.


Kat dalam ni semua barang yang dijual ada label Upin dan Ipin. Mana budak2 ni tak giler. Air yang macam ni memanglah jadi kegilaan budak2 ni. Mana2 pon dah ada air ni. Bukan sebab sedap sangat pon. Air dia pon bukan banyak. Tapi sebab label karton dia tu buat air ni popular. Sebab label punya pasal harga kasi up RM3.
 
Sebelum makanan sampai, jom posing tunjuk bukti kat Abang Long kita dah makan kat sini. Kasi dia sentap skit kat kampung akakakakaka.

Senyum tak menahan sebab berjaya pau ice cream Upin dan Ipin.

Nasi Asam Pedas Ikan en. Suami punya.

Cik Mia punya.

Nasi goreng TomYam, saya punya.
 

Roti Milo, Wafiy punya. Set ada 2 keping. Wafiy dah sambar 1.

 En. Suami plak yang beriya tengok cerita Upin dan Ipin kat TV.


Hayal tengok TV. Kat rumah pon layan, kat kedai pon layan. Tak jemu2.


Sementara tunggu Mak Pak habis makan, layan lagi Upin dan Ipin.

Restoran ni dekat sangat dengan bangunan Jakel. Jalan kaki pon boleh. Senang sangat nak nampak dari belakang Angsana. Kalau rasa nak makan dalam keadaan yang damai, bolehlah datang sini sebab budak2 pandai bawak diri sendiri sementara kita nak habiskan makanan. Pada saya, makanan dia pon taklah mengecewakan tapi taklah meletop sangat.

Monday, December 16, 2013

buat IC

Sim IC en. Suami rosak. Dah lama dah tahu, tapi malas nak buat baru. Lagipun dah tergambar2 sesaknya masa nak buat tu. Tapi minggu depan wajib nak guna. Dah tak boleh nak tangguh2 lagi hah. Oleh sebab IC saya pon dah lebih 10 tahun usianya. Jomlah kita together2 buat IC baru. Oleh kerana buat hari Ahad, kena arr bawak budak2 tak tau duk diam2 huhu. 

Korang dah tahu erkkk boleh buat IC hari Ahad? Mokcik baru tau minggu lepas ngehngeh.

Perancangan paling lambat pukul 7 pagi dah kuar rumah. Gedebak gedebuk gedegang gedegung, kui 8.15 pagi baru leh start enjin kereta. Bila sampai JPN Setia Tropika barisan dah panjang ni huhu. Mau ada 150 orang dah ni. Rupanya hari minggu dia bukak pukul 9. Saya sub kat en. Suami untuk beratur. Saya bertenggek kat bendol tepi parking jaga anak2.


Sambil menunggu,  layan cik Mia posing.

 Post satu lagi. Yang tadi tak cukup tinggi. Baru jerk nak post lagi, tengok barisan dah mula bergerak. Laju plak tu. Saya pon bangkit sebab nak kejar en. Suami. Tiba2 Mia cakap dia lapar. Alamak!!! Memang pon tak sempat sarapan tadi sebab konon nak kejar masa sangat kan. Cik Mia ni kalau dia nak apa2 terus jerk merengek tang tu jugak. 

Barisan terus jerk laju masuk dalam bangunan. Bila saya dah dapat en. Suami, Mia merengek2 lagi. En. Suami suh layan budak2 ni dulu nanti saya naik kemudian. Jadi saya pon pilah cafe kat situ belikan air kotak dan muffin sorang seketui. Bila dah siap pilah konon nak naik. Sekali dengar guard kat situ jerit2 

" Yang beratur terus naik tingkat satu!" 

Then saya dengan control ayu buat2 melawat kawasan jerk. Lepas tu pujuk2 hati kata IC saya ok lagi. Biar jer en. Suami buat dulu kan kan. Lepas tu budak2 ni kata lapar lagi. Haishhhh korang ni, mengada betullah. Jadi saya pon pi cafe balik dengan hati yang hampa uwaaaaaaaa. 

Tengah melayan budak2 ni, sekali nampak en. Suami datang. Amboi cepatnya siap. En. Suami cakap nombor lambat lagi. Jadi dia turun makan dulu. Dia dah ambilkan sekali nombor untuk saya. Hahahahahaha ingatkan lepas ni dah boleh balik. Rupanya berdedai orang naik tadi semata2 nak ambik nombor jer akakakaka sakit perut Mokcik ketawa. Saya hampir nak nangis guling2 tadi ingat tak dapat buat IC.


Lepas dah siap makan, terus kitaorang naik tingkat 1 sebab kat situ ada aircon. Kat cafe macam panas sikit. Tapi kenalah berdiri sebab tempat duduk tak cukup nak menampung punyalah ramainya orang.
 
Sampai tertonggeng main games punya pasal. Dorang ni ingat ni lantai rumah agaknya nak baring2 haissshhhh. 

Lama giler menunggu dan bila siap, tengok jam pukul 12.30 tghr. Huahuahua sentiasalah bersama ku wahai IC, sebab nak simpan sampai mati.

Saya tak tahu apa motif JPN letak kaunter no. giliran pon dekat tingkat 1. Mungkin saya tak tahu apa yang tersirat. Tapi bagi sayalah, adalah lebih baik rasanya kalau setakat nak ambil no. giliran dia letak kaunter tu kat bawah jerk. Lepas tu paparkan nombor berapa sampai berapa untuk naik ke atas.  Mungkin ini boleh mengurangkan kesesakan.

Rasanya ini boleh banyak membantu pada individu yang kurang keupayaan  sebab tak perlu bersesak2 untuk dapatkan nombor ditingkat satu mengunakan tangga semasa beratur. Lagipun orang ramai boleh bawa diri nak bersantai kat kawasan rehat ker, cafe ker lepas dah dapat no. giliran masing2. Kawasan kat bawah tu amat luas, rasanya boleh jer kalau nak buat pameran ker, jualan ker. Jadi taklah dorang bersesak2 kat ruang tingkat satu tu. Nak ambil nombor pon kat situ, nak buat IC pon kat situ, nak ambil IC pon kat situ adeh!!! Sesak paler Mokcik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...