MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, March 31, 2013

rajin ker?


Pagi masak nasi goreng. Tengahari pi jemputan. Petang, habiskan nasi goreng pagi tadi. Malam, takdernyer mokcik rajin nak masak. Mamak E n Y lah jawabnyer haha

Thursday, March 28, 2013

apricot foaming cleanser nutrimetics

Sudah berwajah baru ok! Baru dapat hari Rabu ritu. Dah start guna semalam. Saya guna 2 botol dari tahun lepas masa ada offer dulu. Yang satu masih ada separuh botol kat rumah, yang satu lagi tertinggal kat kampung Melaka. So, kat ofis dah takleh cuci muka dengan dia. Bila nampak ada offer jerk, teruslah sambar. Tapi dengan design baru, formula masih sama. Agak kecewa, harga ada sikit up. Tapi nasib baik ada offer. Jadi, kalau nak rembat, baik sekarang. Lepas2 ni harga macam asal balik. Berapa ??? meh sms ke 013-7092169. Saya leh bagi harga retail. Saya jual dengan harga lebih rendah.
 
Best tau guna produk ni, sebab sebotol leh tahan setahun. Wangi pulak tu. Lepas dah bilas, muka pon rasa segar jerk. I Likeeeeee!!!!

Tuesday, March 12, 2013

sekarang saya berada disini

Datang untuk tujuan lain, kemudian dapat manfaat lain. Ada konvensyen usahawan tani jugak rupanya. Amat gembira sangat sebab Tun Mahathir bersama. Sementara tunggu kawan sekereta, jom layan Tun kejab. 

Yeyyyy!!!! Jumpa ex kerani it kat Johor dulu. Boleh berbual panjang, Shopping pon sempat tadi haha.


Sunday, March 3, 2013

JDT vs Negeri Sembilan

 
Tapi en. Arfan yang dicarinyer. Keterujaan seorang ibu bila tau anak masuk tv hahaha. 8.45 malam startnyer pon. Pukul 8.30 dah terpacak depan tv siap dah on camera lagi akakakakaka. Puaslah menunggu bila cameraman nak focus kat muka Arfan masa perlawanan bola JDT melawan Negeri Sembilan ritu. Tapi sesaat pon tak ada hahahaha. Yang paling ada pon dari arah inilah. Maklumlah ketinggian tak mencukupi kenalah dok tengah2. Tau ke yang mana satu Arfan ? Hahahahaha no 8 dari kiri yer. Oklah tu dari takder hahahahaha.

JDT menang malam tu. Tapi hati rasa sayu mengenangkan nasib pahlawan kita di Lahat Datu.

80% sudah!!!!!


Setakat ini amat berpuas hati sebab bayaran dah dibuat ikut peringkat rumah siap. Terima kasih Tuan Perbendaharaan sebab wat saya senang hati. Saya amat takut kalau kena interest kaw2 dari pemaju. Sebab poket saya selalu bocor huhu.

Friday, March 1, 2013

bila mokcik balas tembakan

 
Hamboiii.... N3 ni menjawab persoalan dari N3 tengahari tadi. Bukan main lagi hengkau nak tembak mokcik erk!!!! Kononnya cerita saya yang pakai bekas kuning ni ritu dok angkut lauk yang saya beli dari pasar hanya kelentong semata2 yer.
 
Saya ni, menumpang cawangan orang sekarang ni, takkanlah nak simpan peti ajaib ni kat freezer orang sesuka hati. Boleh jerk kalau nak pakai freezer sendiri kat tingkat tiga tu. Tapi pintunya sekarang berkunci. Kuncinya pon kat jaga. Lecehlah pulak nak menyusahkan orang kan. Jadi saya simpan 4 jenis ikan yang saya beli tadi kat fridge dan yang lain saya sejukkan pakai aircond jerk.
 
Bila dah pukul 5 petang ni hah, barulah saya masukkan dalam bekas ni dan campak masuk kereta. Hah! Puas hati.
 
 
 Hahaha mangkuk tingkat tu memang sentiasa ada kat dalam kereta saya. Senang kalau2 nak tapau dari kampung ker, kenduri kahwin ker, rumah adik beradik ker ekekekeekke. Yang sebelahnya pulak item dari customer yang dah ditukar sebab leaking dan tutup dah pecah. Yang sebelahnya pulak tisu CNY yang baru pakai sekotak. Hah! Apa lagi? Apa lagi?


kasut baru


Cantik tak? Cantik tak? Hehehe baru jerk beli tadi lepas membeli lauk pauk tadi. Saya ni amatlah cerewat bila nak membeli kasut. Itulah sebabnya saya tak ada kasut extra pon. Saya hanya ada sepasang kasut sahaja pada satu masa. Kelakarnyer bila kasut yang saya pakai dah mula hendak lunyai, saya beli jerk mana - mana kasut asalkan muat kat kaki. Tapi untuk tambah2 koleksi susah benar berkenan di mata.

Kasut saya sebelum ni, ada reben kat depannyer. Lama jugak saya pakai kasut tu. Tapi saya tak bawak balik ker rumah. Selalunya saya tinggalkan dalam kereta dan ganti berselipar untuk naik kerumah. Entah macam mana minggu lepas, saya boleh terlupa tanggalkan. Itulah pertama kali cik Mia nampak kasut tu. Bukan main dia belek lepas tu puji2 kata kasut tu cantik. Lepas tu pakai kasut tu pergi balik dan membebel2 sambil berangan2. Cam sama jerk perangai mamanyer dulu haha.

Esoknya bila saya hendak pergi kerja.................alahaiiiiiii cik Mia!!!!!!!!!!!!! Mana pi reben sebelah dah hilang ni ???????? Grrrrrrrrhhhhhhh itulah pasal mokcik beli kasut baru hah!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...