Hari tu ada citer pasal tingkap mengadap hall rumah yang dah togel kan kan. Kalau terlepas boleh baca kat sini hehe. Memanglah hodoh ghupernya kalau tak tutup dengan apa2. Bukak2 pintu rumah dah boleh nampak. Kalau nak letak langsir......macam rumah nenek nenek si bongkok 3. Kalau nak letak bidaiiiiiii glurp. Dah survey dah. Kalau dalam tangan takder RM500 tak payah citer panjang2lah yer. Sebab kena tempah ngam2 dengan saiz lubang tu. Macamlah kalau tak tutup tingkap tu tak boleh hidup plop kan. Jadi kita abaikan dulu. Cari lagi idea murah2 hehe.
Tetiba ada mentol menyala. Teringat ada tirai yang saya beli raya lepas konon nak gantung kat rumah lama kat pintu nak ke ruang bilik dan pintu nak ke ruang dapur. Dah gantung pon. Tapi apakan daya gorilla2 saya telah buat main kat area situ sampai jatuh tirai tu. Lepas tu gantung balik. Jatuh lagi. Gantung balik. Jatuh lagi. Mokcik bungkus balik dalam plastik lepas tu peram terus dalam almari grrrrrrhhhhhhh.
Jumaat lepas balik rumah lama then ambik barang baik tu. Sabtu, paksa manja en. Suami panjat balik untuk sangkut tirai tu ngehngeh.
Dari depan rupa dia begini. Tak lawa kan kalau tak halang dengan sesuatu. Hari tu saya dah beli bidai putih dari ikea. Oleh kerana takder saiz ngam2, saya beli 2 supaya kontraktor boleh pasang kiri dan kanan. Saya suruh dia ukur dulu sebelum buat plaster siling sebab saiz tu akan jadi lebih panjang. Rupanya dia tak ukur langsung dan sediakan ruang tu ngam2 jerk ikut tingkap. Lepas tu dia boleh pasang bidai tu berlapik. Rupanya sangat hodoh. Jadi en. Suami dah buka semula dan gantung kat bilik yang tingkapnya lebih tinggi dari ni.
En. Suami sedang bertungkus lumus mengukur panjang tingkap. Tangga ni just bukak 2 dan tenggekkan kat atas meja makan. Kalau kat bilik, tangga ni kena bukak habis dan tenggekkan atas meja juga baru sampai ke tingkap.
Kerja2 mengadjust tirai kat batang paip. Hahahaha guna batang paip lebih yang kontraktor tinggalkan untuk jadi reel tirai tu. pssstttt tolong jangan bagitau kontraktor tu ok Mokcik kebas batang paip dia. Saper soh dia tak datang2 ambik cepat2 akakakakaka.
Ini budak tecik tengah tunjuk perasaan sebab bangun tidur takder orang dekat dia. Bergolek plak atas lantai dengan lovely strawberry yang dah bau accam.
Tadaaaaaaaa.......dah siap. Panjang rupanya tirai ni. Kata Wafiy macam ada rambut orang tergantung jerk. Choiii!!! Kalau ada masa kasi potonglah lepas ni huhu. Tapi tirai ni tak dapat nak membantu untuk menyorokkan rupa tingkap tu macam bidai erk. Maklumlah tirai murah jerk Mokcik beli kat bazar karat ritu. Mungkin kalau yang mahal tu lebih rapat juraian dia kot. Tapi buat sementara waktu ni pakai jerklah labu. Kesian plop kat en. Suami naik turun naik turun hehe.
No comments:
Post a Comment