MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, November 26, 2012

turbo chopper wallahhh!!!!

Nasi lebihan malam tadi masih ada separuh periuk. Jam dah pukul 6.30 pagi. Terasa cam nak makan nasi goreng plak pagi2 ni. Tapi naklah ada rasa2 cili skit. Kalau nak mesin kena tambah air, nanti makan masa untuk menumis. Kalau nak tumbuk pulak, mau bergegar satu flat pagi2 ni. Pon leceh gak nak membasuh batu berat tu lagi.

Elleh!!! ngader2. Tu sumer alasan kan. Meh kasi keluar turbo chopper dari Tupperware Brands ni. Masuk segala bahan untuk kisar. Kasi tarik2 secukup hancur. Lebur dalam kuali. Campak dalam sinki, setengah minit pon tak sampai untuk cuci. Lepas tu masukkan telur dalam kuali, masukkan nasi, masukkan bahan2 perasa, gaul2 sekata.......................



















 
 




















tadaaaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!
lupa plak ambil gambar nasi goreng nyer dah licin daaaaaaaaaaa

Sunday, November 25, 2012

berlembab dengan dia

Lama jugak kan musim hujan kali ni. Kengkadang paginyer nampak cerah, dah nak petang kang siaplah tak sempat nak mendung, tiba2 jerk hujan mencurah2. Macam dah sebulan tak hujan jerk gamaknya. Memang arr tidur malam best. Tapi tengok arr kain baju. Sempatlah kering gak. Tapi bau tak sedap. Keringnyer tak bersungguh kan. Kata mak bau 'kepam semacam' huhu

Saya ni bukannya boleh tahan cuaca sejuk2 ni. Lagi2 kalau kena aircond memanjang. Lagi2 kalau kena aircond bas sepanjang malam. Lagi2 nak tidur hotel 2 ker 3 malam. Lepas tu kompom hidung tersumbat memanjang. Lepas tu kulit kaki dan tangan kering sampai sakit2 sebab merekah.

Citer pasal kulit kering merekah ni, memang saya ada masalah serius pasal ni. Amat ketara bila tiba musim2 hujan sebab sejuk kan. Jalan terbaik, pakai losyen. Tapi oleh kerana kegemaran saya suka basuh tangan dan basuh kaki, losyen2 biasa semua hilang sekali. Lepas tu keringlah balik. Nak sapu balik memanglah pemalas nauzubillah.

Baru2 ni, kulit kering terlampau tu datang balik. Sampaikan rasa macam nak tersiap kulit kaki ni bila nak sujud tau. Sekali saya teringat plak ada product Nutrimetic dulu yang pernah saya guna atas nasihat Haida masa saya baru nak mengandung anak pertama. Dia tolong belikan untuk saya supaya takder scratcmark. Masa tu harga 60ml sekitar RM80 ke RM90 gitu. Nak tahu sekarang berapa harganya ? RM125. Oleh sebab tau keberkesanannya saya pun belilah setelah 8 tahun dah tak guna.

Alhamdulillah....kalau kata bukan nak promosi pun bohongkan. Memang kesan lembapan dia bertahan lama walaupun dah kena air. Lepas 2 hari dok sapu merata, rasa kering tu masih terasa cuma taklah merekah lagi dengan garis2 putih tu kan. Maklumlah rajin sangat kan pakai losyen, tanggunglah sendiri pon..... 


botol air baru

 
Hah!!!!! Ni salah satu item dari katalog bulan ni. Menggoda kan kan. Masa mula2 beli katalog ritu, saya yang teruja lebih - lebihan. Sambar 1 set. Untuk wat koleksi. Harga bagi set ini RM52. Kalau beli dengan saya pastinya ada harga spesialnyer kan. Memanglah comel tak terkata. Nak ambil gambar ni pun kena bersilat2 dengan anak2 yang teruja samer.
 
Tapi cam biasalah. Yang kompom menang si Princess Mia. Habis jerk sesi photografi, terus sambar suruh en. Suami isikan air masak. Siap letak atas almari tv. Pagi tadi, belum sempat mata bukak dah tanya mana air dia. Bila saya hulur, terus sarung tali tu kat leher.  
 

Thursday, November 22, 2012

jom naik kapal

Semalam sebelum berangkat pulang ke JB singgah jab kat kapal ni. Orang dari Perlis hingga ke Sabah dah naik kapal ni. Saya yang orang Melaka, baru semalam jejakkan kaki huhu. Cantik rupanya negeri ku.





Tuesday, November 13, 2012

ambik nko

Wah!!! Ceria jerk muka sensorang kan. Maklumlah gaji dah dapat minggu lepas lagi. Yang berholiday sakan minggu ni, bukan main melaram lagi kan. Sumer pon leh capai kan. Poket penuh katakan.

Semalam saya habiskan hari raya yang riang ria dengan pi kenduri potong jambul anak kawan en. Suami. Comel betul babynyer. Nasiblah anak orang kan, kalau anak sendiri....eh!! cop cop sempangkan dulu kat kawan2 yang lom cukup korum yer. Fuh!! Penat lom habis lagi ni.

Lepas tu pi tinjau2 rumah kat Bandar Baru Kangkar Pulai tu. Dah nak siap sangat jerk nampaknyer. Ini yang rasa xcited terlebih ni. Tapi duitnyer cam tak berapa nak cukup lagi jerk untuk renovate ker, grill ker haissshhhh.

Lepas tu, pi pulak beli pakaian sekolah Arfan dan Wafiy. Cari kat S'Mart jerk. Cari yang murah2 jerk macam tahun2 sudah. Maklumlah bukan boleh beli sepasang dua pon. Kalau suri rumah sepenuh masa bolehlah sambar dua tiga pasang jerk. Besoknya lehlah sental sambil nyanyi lagu Jaclin Victor. Ini hah, nak basuh baju kerja ngan washing machine pon asik tak sempat jerk memanjang. Lagi2 musin hujan cam sekarang. Dah basuh pun kena peram sebab tunggu giliran ampaian.

Takper beli jerk untuk seminggu sorang....beli yang murah2 jerk kan. Sekali nak bayar, ambik nko 

diam pleezzzzz


Walaupun semalam saya tahu Deepavali, bila dah berdentam dentum segala, saya jadi terkeliru. Siap bising2 marah saperlah yang main mercun segala malam2 buta ni. Sekali en. Suami ingatkan yang esoknya Deepavali. Nak cover malu, saya cakap tah hapa2 sumer nak meniru.

Lepas tu, en. Suami ketawakan saya. Abis yang raya Melayu tu berdentam dentum tu, awak relaks jerk pulak. Siap join sekali pulak tu. Menjawab lagi, tu takper sebab saya ada keturunan Cina. Itu dah jadi ada resam ler. Haha boleh gitu ??

Tapi memanglah memekik telinga sungguh dua malam semalam. Baru jerk nak sampai Singapore, kena patah balik sebab kena jerkah dek bunyi mercun. Masa raya Aidilfitri saya tak taulah pulak bunyinyer cam mana. Kan setiap tahun saya raya kat kampung huhu.

Sunyi

sepi jerk ofis hari ni. Kejab kerja kejab cuti kerja balik cuti lagi. Jadinyer ramai yang ambil keputusan untuk bercuti terus seminggu. Cuba cari ada tak yang langgar jerk cuti tu. Kerja terus haha.

Si Man Kueh ni hah pon, minggu lepas beria2 tak nak cuti. Siap cakap cuti dah nak abislah, kasi can orang lain ambil cutilah, tetiba ada plak borang permohonan cuti kat meja saya ni hah. Hampeh punya Man Kueh. Kita tengok Jumaat ni, entah datang ker tidak hah. Silap2 surat MC jerk muncul. Bukan leh percaya budak rambut pacak tu hah!

Saya kerja sepanjang hari bekerja minggu ni yer. Ingat nak gak join cuti ramai2. Biar sekerat dua yang tinggal kat LPP ni bekerja sambil meraung tak balik raya haha. Oleh kerana en. Suami tak boleh cuti sebulan dalam bulan November ni, lemau jerk perasaan nak cuti. Lagipun mak kat kampung pi Bandung semalam. Jadi kalau balik pon, tak berapa nak ada kawan nak berlawan masak haha.  Jadinya saya duk jerklah kat opis. Sattlekan jerklah mana2 yang patut. Nak outstation pun, deskofficer  kat PPK pon cuti gaks. Nak wat kerja cam mana plak kan ?

Tadi ada officemate dari cawangan lain terbeliak mata bila terserempak dengan saya.

Macam tak caya saya leh bertapa kat office dalam minggu mood cuti ni. Heehehehe memang korang jangan percayer pon. Sebab minggu depan mokcik ambil gak cuti sampai hari Rabu. Hari Khamis kan cuti birthday Sultan Johor. Pelik plak apsal tak highlight kat calender ni. Nasiblah ada yang giler cuti cam mokcik ni wat laporan. Yehaaaaa!!!!!


Sunday, November 11, 2012

comel ker Mia??

Haritu, bila saya letak pic Mia dengan Modula Mate seketul kat fb, beberapa orang kawan dok puji yang Mia comel. Ada pulak yang topup lebih kata cute cam maknyer haha. Bantai gelakkan ajerlah kan.

Sekali bila belek2 gambar kat phone en. suami terjumpa plak gambar yang lagi comel. Meh kasi publish haha.Kompom dia bengang bila tengok balik 10 tahun lagi. Sajer nak pedajal dia haha

Thursday, November 8, 2012

Bila Cik Mia plak nak meniaga Tupperware


Tu item dari flyer Mystery November bulan ni. A656 Modular Mates Rectangular 4.3 liter. Harga retail RM44.40. Tupperware kasi offer menarik dengan turunkan lebih dari 30% harganya, iaitu RM29.80. Cik Mia kasi lagi harga cukup menarik iaitu RM27.

Ada saper2 minat leh order dengan Cik Mia yer. Dia dah nak ambil alih bisness mokcik ni. Habis Stor Tupperware digeledahnya. Siap kasi adjust akaun Tupperware hah! Adoi!!!! Makin besar, makin panjang akal hah!

Wednesday, November 7, 2012

All About Us: Parents Day Tadika Ixora Ria

All About Us: Parents Day Tadika Ixora Ria
congrat qis, jauh sangat gambang tu. ajak jer mama pi uss haha

tak larat mokcik hah!!


Ini gambar dari handphone yer. Tu sebab kelam. Orang2nyer pun tak cerah kan. Dah macam gambar lama jerk rupanya haha. Gambar yang betul2 akan dapat Jumaat ni. Harapnyer cantiklah. RM60 tu. Berbaloi lah dengan cameraman yang perlu bersabar snap berkali2 supaya nampak perfect kan. 5 perangai tu haha.

Gambar ni masa graduation day NURI Education Ahad lepas. Banyak slot drama tau setiap kali nak ambil gambar cam ni. Ada jer yang buat kantoi itu gambar. Tengok muka toyer Arfan. Tu muka taknak bergambar tu. Tapi kena paksa gak ambil gambar. Tengok plak aksi Mia. Boleh2 nak rasa gak tempat simpan sijil tu. Masa gambar sebenar, saya dok takut2kan apek cameraman tu nak tangkap saper yang tak leh dok diam. Diamlah sekejab. Tapi bila pakai handphone, dah tak makan saman dah. Nak jugak pegang. Haru betullah!!!

Adib Wafiy pulak dok bengang yang Mia asik dok nak pegang sama benda panjang tu. Dahlah aksi tarik menarik berlaku. Agaknyer kalau apek tu kasi kesemua gambar yang dia snap, mau pecah perut dok tengok gambar2 candid tu. Adoi!!!! Baru 3 tu. Tak larat doh mokcik hah!!!

Sunday, November 4, 2012

yeyyy man kueh menang

Ritu dah citer yang ada tournament bowling Sabtu lepas anjuran Kelab Sukan LPP kan. Saya memang tak dapat nk pergi sebab Wafiy ada exam penentuan kelas untuk darjah satu nanti. Semalam pulak ada convo pulak kat Dewan Johor Jaya. Perrgghhhh convo. Mokcik dulu tak pi tadika pon sebab orang tua tak cukup duit nak hantar sekolah. Bertapa untung nyer anak - anak sekarang kan.

Eh!! nak citer apaerk sebenarnyer haha. Oh! nak citer saya jumpa gambar kat wall man kueh yang dia menang gak kat tournament tu. Tak sempat lagi nak tanya menang no. berapa sebab sekarang ni saya kat Melaka sebab ada meeting. Besok ada taklimat Dana pulak kat Batu Pahat.



Dah start busy kah mokcik ni ?? uwaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...