MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, January 28, 2014

MATA, KACANG BOTOL

Kuang hajak!!!! Tapi tak tau nak marah saper. Pagi tadi dah rasa macam tebal jer kat bawah mata ni. Dah tak rasa sakit ker gatal ker. Mesti kena gigit malam tadi masa tidur. Mokcik kalau dapat tidur, laki berdengkur bergegar dinding pon tak sedar dah haha. 

Tengahari tadi tidur lagi kat surau. Haha kaki tidur sekarang ni. Pantang jer kepala ni kena letak. Hanyut terus. Bila bangun rasa mata tadi gatal2. Siap2 basuh muka pi tengok kat cermin. Mak aiiii kena gigit lagi???? Dah start berbintat kat hujung mata.Makin teballah bawah mata ni. Rasa tak selesa betul. 

Kerap jugak saya kena gigit kat bawah mata ni. Nanti rasa perit2 gatal. Lepas tu naik bintat, lepas tu startlah nampak bengkak kat bawah mata tu. Tapi serangga apa yang gigit saya tak pasti. Tak pernah dapat tangkap. Kalau dapat ni......memang tak rupa arwahlah Mokcik kerjakan gggrrhhhhhh.

Ok sapa tak kenal menda alah ni. Dulu masa kena beli, saya kurang sikit makan dia ni. Kira pilihan terakhirlah sebab mudah lecurkan. Kalau beli hari ni kena makan cepat. Kalau simpan2 ke tong sampah jugaklah jawabnya nanti. Ingat Mokcik kambing apa nak ngunyah nko jerk ngengenge. 

Tapi semenjak boleh main petik jer kat belakang opis, kalau tiap2 hari makan dia pon takper ngehngeh. Sebab free jer. Kengkadang, kalau saya tapau nasi makan kat opis, saya tak ambil sayur. Saya letak nasi bungkus tu kat pentry, panjat tingkap pentry tu pi petik kacang botol ni betul2 kat belakang pentry tu. Tu tipu jer ok, Mokcik tetap jaga kemelayuan ikut pintu depan pusing pergi belakang petik 2 ker 3 biji buat ulam. Jimatlah sikit duit makan hari tu kan kan hehe.

Bila dah ada yang free ni pandai pulak Mokcik ni pelbagaikan hidangan berasaskan kacang botol ni. Ada masa2 rajin tu, saya buat sambal goreng ikan bilis, dah nak2 siap tu masukkan kacang botol potong2 . Perggghhhhh setakat 4 ker lima batang tu masuk terus ke perut saya sorang hokey!! Rangup2 gitu bila kunyah. 

Ada masanya saya buat sambal belacan, lepas tu gaul sekali dengan kacang botol yang potong agak halus supaya sama rata rasanya. Yang ini pon mengaumm bila makan. Sedu sedan dibuatnya.

Rasanya boleh buat kerabu kot. Yang itu Mokcik tak kuasa. Banyak prosedur nak dilaksana. Lambat nak dapat makan. Tapi kalau dah sedia ada saya bedal jerk ahaks.

 

Sunday, January 26, 2014

BERINGAT SEBELUM KENA


Semalam en. Suami pi melawat kawan dia kat HSA. Accident dekat traffic light yang nak masuk ke simpang rumah kami. Kiranya kami ni amat rapat jugaklah walaupun dia penyokong Kelantan dan kami penyokong JDT haha. Anak2 kami pon dah macam adik beradik. Bila sentap bergaduh, bila baik comolot gitu. Saya tak dapat ikut sebab semalam kerja. Nasiblah masa dia kena langgar tu dah siap  hantar anak dia ke sekolah Rabu lepas. Jadi dia sahaja yang kena. Pergelangan kaki hingga ke tumit kaki kanan dia terbarai jugaklah. Alhamdulillah tulang kaki dia ok. Cuma daging kat bahagian tu memanglah mengerikan. Sempat pulak en. Suami mengusik.... daging kat kaki ni banyak dah hilang ni, daging kat situ ada lagi tak? Kawan dia tu pon boleh tahan gak selorohnya eh ada! kompom power lagi. Semua yang ada bergegak ketawa.

Sebelum ni, dia bekerja sebelah malam sahaja, kerja menjaga anak2, mengurus rumah tangga, hantar dan ambil anak2, serta isteri dia yang bekerja semua dia uruskan dengan motor. Bukan takder kereta, tapi dengan motor lebih mudah sebab kawasan rumah kami tu kan jem doploh4jam. Isteri dia ada lesen kereta, tapi takut pulak nak bawak macam Mokcik jugaklah masa dulu2 hehe. 

Masa kat traffic tu, bila lampu hijau jer, dia terus jalan. Tiba2 ada 2 orang budak sekolah yang naik motor jugak dari arah tepi dengan laju terus langgar dan kena kaki dia. Budak2 tu tercampak ke depan dengan motor2 sekali. Kawan tu terseret jugaklah muka dia masa tu. Untung Allah nak gerakkan hati dia pakai helmet dah sarung jeans hari tu. Kata isteri dia selalunya dia pergi macam tu jer dengan kain pelekat. Bayangkan bayangkan haha. Oleh sebab itu, orangnya masih handsome, tang kaki jer lambat sikit nak pakai balik hehe.

Sekarang bila dah jadi macam ni, susah jugaklah nak menukar corak urusan harian. Kena banyak berfikir untuk menguruskannya. Mana yang en. suami dan saya boleh bantu, kitaorang akan uruskan sebaik mungkin. Lagipun bila tengok keadaan kaki, tidak mungkin dia boleh ambilalih tugas seperti sedia ada dalam waktu terdekat. Motor pon dah rosak teruk.

Dalam hari2 selesa seperti sekarang, saya selalu terlupa andai berlaku perkara2 yang tak diingini. Boleh ke saya menangani masalah tu sedangkan saya berjauhan dengan sanak saudara. Bila tengah beringat tu, giler Mokcik tak berhati2. Siap dok ingatkan en. Suami dan anak2 berulang2 kali sampai naik menanah dorang dengar haha. Bila keadaan mendesak Mokcik terlupa jugak. Mulalahlah nak hangin satu badan bila orang main potong jer, bila dah lambat mulalah berangan pelumba F1. 

Tapi satu perkara yang saya memang buat dari dulu, walaupun dah lampu hijau kat traffic light saya akan tengok kiri kanan dulu. Sebab simpang traffic light yang saya lalu semua besar2 dan memanglah selalu sangat kenderaan langgar traffic light. Bukan setakat mat2 motor jerk yang suka buat macam tu, dengan lori besar pon sama jerk mentelnya lepas tu jalan terkedek - kedek. Hempok sekali kang!! Dah mula nak samseng tengok!!

Masa dalam beringat2 tu, setiap kali jalan jer mesti saya baca doa naik kenderaan, pantang berhenti sikit, jalan balik pon baca lagi, sambil2 tu bacalah jugak ayat2 lain, zikir2 jugak tapi bila dengar jerk sore Najwa Latib, doa kemana zikir pon tah kemana2 hishishis.


Paling2 pentinglah hokey, bila dah ada lesen kereta bagi perempuan tu, dah ada kereta walaupun en. Suami yang punya, silalah beranikan diri untuk bawak hokey, janganlah peram jer. Kalau takder tolonglah pergi adakan. Dulu pon saya tak pernah bermimpi boleh memandu satu hari nanti. Tapi kan en. Suami ku itu sangat kejam. Dia boleh campak Mokcik kat driving school lepas tu tinggalkan jer.

Saya ambil driving test 2 kali baru pass. Masa fail yang first tu, bila nampak en. Suami jerk saya punyalah tersedu sedan menangis sedih tak terkata. Dia mati2 ingatkan saya menangis sebab fail, siap pujuk2 lagi kata takper lepas ni terus jer ambil lagi. Nanti pass lah. Tapi saya kata bukan nangis sebab tu, tapi sebab nak kena bayar lagi RM100, sayangnyer duit uwaaaaaaaaaa. Nasib dia tak siku paler Mokcik hehe.

Itu pon bila dah ada lesen, en. Suami dok tunda dari belakang sampai office selama 2 minggu. Lepas dua minggu, lantak arrr nko nak bawak macam mana pon haha. Setiap kali nak pergi kerja, Mokcik renung jer kereta kancil kelabu dari rumah flat sampai nak tertembus enjin kereta. Punyalah risaunya akakaka. 

Hidup kita ni, kena selalu beringat2 dan berhati2 tentang apa2 sekali pun. Kena jadikan iktibar dengan perkara2 yang berlaku disekeliling kita. Cuba jadikan tu perancangan masa depan. Hidup ni memang selalu indah, tapi bukan sentiasa indah. Bila dah nak kena jugak apalah daya kita kan kan. Sama2lah kita berdoa..................



 

RETIS BARU

Perhhhgggggg lakonan sikit punya mantap Mokcik tak kuaser.............. Lihatlah betapa betuahnyer Man Kueh, jawatan juruteknik komputer, tapi boleh merasa jadi pekerja kilang jus. Masuk pulak gambar kat dalam diari LPP, satu Malaysia tengok, retis sungguh nko Man Kueh oooiiiiii.


Gambar ihsan dari Fauziah Gous eh Fauziah Ahmad eh betul ker Fauziah Nawi kot ah tak kesahlah asal FAUZIAH. Sempat pulak Mokcik tu selak diari LPP yang baru jer dapat semalam. Lepas tu Mokcik pulak berkejar2 bukak kotak diari semata2 nak tengok gambar Man Kueh tu dah macam nak tengok gambar Aaron Aziz kiranya. 

Sekali baru tersedar eh gambar Man Kueh jerk pon........apadahhhhh hahahahahaha.

Saturday, January 25, 2014

BIRTHDAY

Morning!!!!!!!!!!!!!!! Eh dah petang rupanya nak bermanjer2 haha. Jangan muntah ok! Hari ni lambat sikit buat execise jari sebab ada meeting pagi tadi sampai ke tengahari. Berdesing2 telinga walaupun tak direct tapi aura geserannya cukup terasa hehe.

Mee goreng untuk breakfirst semalam. Warna kurang memikat sebab pakai cili hidup. Saya memang suka pakai cili hidup sebab rasa tak pedas sangat. Sangat sesuai untuk anjer2 ku. Masak nak dekat sekilo terus sebab tak masak tengahari. Tinggal nak tunggu en. Suami balik jer kang terus pergi rumah Lynn ada birthday party anak dia.

Kerja bapak dia. Kang anak dok mengikut marah plak. Tetiba malu nak bergambar sebab ada orang pandang.
 
Nampak kan ada awek yang pakai cermin mata kat sebelah tu. Mula2 saya duduk kat tempat Arfan tu. Kat tempat saya duduk tu kosong. Bila Arfan ambil mee bandung tu, dia dah terkeseng2 kat sebelah saya. Suh duduk kat situ taknak. Dia suh saya beralih. Rupanya malu nak duduk sebelah awek haha. 

Mia dah nampak sesuatu. Projek seterusnya bakal dilaksanakan. Nampak tak ada kepala baby kat depan saya. Tengah nak praktis balik macam mana nak mengedong budak. Adakah!!!

 Jeng Jeng. Yeyyyyyy!!!!!! Dia sudah mengambil tempat.Adakah birthday girl akan bertukar hari ini??

Terpaksalah penyelamat datang. Nasib tak buat perangai masa kena angkat. Muka bengang tetap!!!! Sempat cakap untie tak marah arrrrr

 
Birthday girl sebenar. Happy Birthday anjer QHASRINA. Semoga menjadi gigirl yang solehah dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat yer sayang.

 Nak jugak enterframe. Ok! Meh kita tumpang bergambar yer.

Eh nak gak gambar konon2 potong. Boleh2 jangan nak bawak balik sudah haha.

Wednesday, January 22, 2014

KERETA TERBAKAR

Pelik Mokcik ok! Kereta tu terbakar dekat seberang sana, kat tepi seberang sana. Itupon bukan betul2 tepi, dah ketengah jugak tepinya tu. Jalan tu kiri kanan ada 2 lane. Maksudnya memanglah jauh sangat kawasan kejadian tu. Tapi kenapa boleh jem?? Kalau jem setakat sebelah sanon tu oklah kot. Manalah tau tetiba kereta tu meletop ker. Mokcik pon seram. Lepas jerk dapat tengok kereta terbakar tu, terus jer jalan lancar balik. Grrrrhhhhhhhh masa tu baru pukul 7.10 pagi. Nasiblah hari ni keluar cepat. Legaaaa sampai masih awal.

Tapi itu masih gak diterima akal kot. Sebab masa tu api tengah marak kat kereta tu. Kelakarnya kawan2 yang masuk pukul 8 pagi semua pakat bengang hari ni sebab terlewat sampai pasal jem tu. Walaupun waktu dorang lalu tu just nampak rangka kereta yang terbakar tu jerk. Asap kesan terbakar pon dah takder. Sungguh prihatin betul rakyat Johor ini. I Lap U huh!

Pagi tadi terlibat ngan amanat pengerusi LPP. Masih handsome walaupun dah berumur 66 tahun. Ucapan kejab kelakar kejab serius. Yang kelakar kita gelak ramai2, yang serius pon kita kena buat muka serius. Lakonan kena mantop. Setuju atau tidak tolak tepi. Orang Melayu kenalah berbudi bahasa. Kena ambil hati orang tua hehe. Tapi sangat berminat dengan petua nak jaga kereta supaya sentiasa berkilat. Nak cerita ker. Eh ceritalah, Mokcik ni dahlah kaki lupa. Nanti2 bila terlupa boleh gak review balik kan kan haha. 

'Nak kereta sentiasa berkilat, masa basuhan air terakhir, masukkan sedikit minyak gas / minyak tanah kat dalam baldi air dah kacau hingga sebati. Lepas tu siram pada permukaan kereta kemudian lapkan.'

Nak cuba ker????

Monday, January 20, 2014

HANDBAG, MIA, ARFAN

Adoiiiii apalah sengalnyer pagi ni. Walaupun mata rasa mengantuk2 gak masa drive tadi, sampai opis tetap sebelum waktu merahnya. Jalan pon walaupun kereta banyak, tapi perjalanan langsung tak sangkut2.Mia pon walaupun nampak yang dia mengantuk lagi, tapi langsung tak buat perangai. Walaupun semua lancar dan langsung tak stress...........lepas saya parking, macam biasa nak angkut mender tu. Cari kat sit sebelah takder, kat sit belakang pon takder. Jengah sana sini pon takder arrrgggghhhhhh macam mana Mokcik boleh tertinggal handbag pagi ni ?????? Arrrgggghhhhhh bukan beg duit, tapi handbag gedabak Mokcik tu ok!!! Semuanya ada kat dalam tu. Segala2nya duit, telefon, segala kad, kamera dan segala2 sampah sarap semua simpan kat dalam tu.

Sampai kat kerusi opis, Mokcik dah tersandar. Mula membayangkan nasib diri yang perlu berpuasa tanpa niat hari ni. Langsung takder duit nak breakfirst nanti. Nak lunch lagi. Takkan nak kirim kat Man Kueh lagi. Lepas tu sengih2 kat Man Kueh sebab duit tapau semalam pon lom bayar lagi huuuuaaaaaa. Tiba2 lamunan terhenti (perhggg word tak hagak akakaka) telefon berbunyi.....ada Mokcik dalam bahaya......hehehe rupanya ada penyelamat sampai. En. Suami datang bawak handbag yeeeeeeeeeeeeee. I love my Hubby!!! Muuuuahhhhh haha tetiba, selalu nak mengentan jerk. 

Dah alang2 kanda hulurkan bantuan, apa kata kanda hulurkan makanan sekali ngehngeh. Pagi2 Pokcik ni dah kena pau ngan anjer dia ngehngeh. sayang en. Suami saya ketat2. 
 
Ni gambar malam tadi. Saya dengar suara budak Mia menyanyi2 kat bilik abang dia. Mia memang suka duduk kat bilik ni sebab boleh switch on lampu bila panjat tangga tu. Kalau bilik dia kena cari kerusi lain atau mintak bantuan orang lain. Bila jengok, tengok dia tengah menonggeng kat katil tingkat atas sambil tulis2 apa tah kat buku sambil menyanyi2. Sokatilah nak, asal tak terjerit2 bergaduh dah. Lotih omak nko ni.
 
 Ada cerita kelakar tentang cik Mia ngan apak dia. Arfan mengadu buku panjang hijau dia hilang. Buku tu kat dalam buku Bahasa Melayu tu. Jadi mintak tolong en. Suami pergi kedai buku malam tu jugak untuk beli sebab ada homework kena sattlekan. Masa dorang nak pergi, cik Mia sibuk jugak nak ikut. Nak tak nak terpaksa jugak bawak sebab saperlah boleh tahan dengan amukan dia nanti. Tapi dah ingatkan yang dia boleh ikut jerk tapi tak boleh beli apa2. Setuju! Maka pergilah dorang dalam pukul 8 malam gitu. 

Masa dekat kedai tu, en. Suami cerita cik Mia dah berkenan kat buku tulis kat sebelah dia tu. Mokcik pon tak paham apsal plak dia boleh berkenan ngan buku tu. En. Suami kata, kan dia dah janji tak boleh beli apa2. Mulalah dia buat muka. Lepas tu en. Suami konon nak buat trap. Macam nilah kalau Mia boleh eja nama Mia nanti baba belikan buku ni. Terus jer cik Mia sebut. M. I. A. Mia. Terkejut En. Suami, Arfan ngan budak kaunter tu. Jadi kenalah jugak belikan akakakakaka.

Kesian ok Arfan ni. Kena bawak sekaligus buku sekolah agama, sekolah kebangsaan dan baju sekolah agama sekali gus. Beratnya Mokcik pon tak sanggup nak sandang. Tengahari dia tak transit mana2. Terus jer tukar baju dekat sekolah agama, pergi makan kat kantin lepas tu masuk kelas balik. Pukul 5 dia baru balik tapi still kena tunggu saya sebab lambat sikit sampai. Sabarlah nak, hidup kat Malaysia ni memanglah macam ni. Kalau nak relaks jerk meh Omak nko bungkus dalam kotak hantar pi Mongolia sana. Tengok nanti mana satu yang nko leh tahan. Saya memang selalu cakap macam tu kat dia. Nanti Arfan gelak2 lepas tu kembali bersemangat balik.

Sunday, January 19, 2014

RUMAH LAMA, KERJA SEKOLAH

Aduhaiiiiii lemau betul harini datang kerja. Malas jerk rasa hati ni lagi2 musim berangin sejuk2 sekarang ni kan kan. 3 hari duduk kat rumah macam tak cukup jerk hehe. Pukul 11 mata dah kuyu. Tepat pukul 1 Mokcik dah ghaib. Tiba2 muncul kat surau walaupun perut kelaparan. Tidur tetap no. 1 hehe. Pagi tadi dah makan mihun goreng kirim ngan Man Kueh. Belum bayar lagi ni sebab takder duit kecik ngehngeh. Makan nak cepat, bayar boleh lambat akakakaka. Kita kumpul sebulanlah yer Man Kueh nanti Mokcik nak bayar lumsum siap ada diskaun 20% ekekekeke.Eh kat mana Mokcik tadi akakakaka oh nak bagitau walaupun dah breakfirst, perut still lapar arrgghhhhhh ada kerepek jerk kat pentry tu huhu.

Hari ni tak tau nak cerita apa sebab tak buat apa2 yang menarik sepanjang cuti haritu. Mokcik cuci baju sebeban, lepas tu sebeban lagi, pelik betul banyak betul baju kotor kat rumah tu huh! Lepas tu iron baju untuk 5 orang untuk seminggu, lepas tu masak, makan, masak lagi makan lagi. Lepas tu tak habis2 basuh pinggan mangkuk. Lepas tu menyapu, bersepah lagi, menyapu lagi bersepah lagi. Lepas tu pergi Giant Taman U semata2 nak beli beras jer tapi kena paw dengan budak2 ni RM100 pon tak cukup grrrhhhhh. 

Paling hebat pon pi rumah lama sebab ada orang nak sewa rumah. Alhamdulillah..... ada gak ongkos penyambung hidup yang dah semput2 ni. Sampai2 kat sana Wafiy dah tertidur. Kalau kat rumah sekarang saya biarkan ajer kat dalam kereta, bukakkan pintu, bila terjaga nanti dia akan masuk rumah sendiri akakakaka. Tapi kat rumah lama haruslah kena kejut. Kalau idak mau kejung plak dia kat dalam kereta tu kang Nauzubillah hisshhhh. Kejut manja2 nanti dia hangin. Cik Mia dah berlari pergi kat playground kat tengah2 flat tu. Dah beli rumah berdepan ngan playground pon, nampak kat tempat lain still cam jakun gak. Tapi kata Wafiy, kat depan rumah tu takda buai. Kat rumah lama ada buai. Yelah....yang kat depan rumah tu buainya dah dikebas mangkuk hayun mana tah. Terok betul perangai beruk2 takder kerja ni kan. Eh dah masuk simpang lain ni hehe. 

Oleh sebab Arfan pon dah kemana2 bila dah jumpa bff kat flat tu. Suka tengok kawan2 Arfan, bila nampak jer kereta saya parking kat bawah flat dorang yang tengah2 berkumpul terus panjangkan leher senyum2 tengok kitaorang lepas tu datang dekat cam nak sambut menteri besar jerk akkakaka. Bila Arfan keluar terus dorang salam2. Macam dah besar sangat jerk dorang tu. 

En. Suami terus naik ke rumah, saya pergi temankan Mia.Wafiy nak ikut saya tapi kata lapar. Kebetulan ada bawak mihun sebekas. Jadi makan jerklah kat bawah flat ni nak, dengan muka tak siap tu haha.

Sedap gak makan kat bawah ni. Dah macam picnic plak bila kena angin boleh tahan gak kencangnya. Kalau ada tikar ni, boleh gak baring2 ker akakakaka dah over plak!

Bila dah deal semua, dalam pukul 4 petang gitu kitaorang balik. Tapi haruslah singgah mamak E n Y dulu lepaskan rindu akakakaka. Budak2 ni mengeluh sebenarnya bila nak balik tu sebab tengah sedap2 jumpa kawan lama. Sedih jerk muka masing2 huhu.

Ni gambar malam tadi. Wafiy dah kepenatan awal2 dah tertidur. En. Arfan ni yang Mokcik geram sangat ok! Dari hari pertama cuti saya dah selak buku2  supaya dia siapkan homework. Harapannya lepas2 tu bolehlah goyang kaki, tak payah nak buat2 lagi kan. Mana2 kerja tak siap saya dah paksa buat. Siap suh ingatkan kalau ada kerja2 lain yang kena buat. Semua kata dah takder. Semua buat muka kompiden. Sekali semalam barulah dia keluarkan satu homework English untuk dibuat. Lepas tu mata tu asiklah jengok tv. Dah nak dekat pukul 11 malam baru dapat tidur. Itupun asiklah saya ni bebel ggrrrhhhhhh.

Korang tengok! tengok cik Mia, dengan buku sekolah dia. Teacher dia suh buat sampai huruf C. Sekali habis dia belasah sampai satu buku. Bukan pon dia buat apa yang teacher dia ajar pon. Dia buat suka2 hati dia jerk. Kalau ditegur mulalah dia buat perangai. Ingatkan anak perempuan, senang sikit nak diajar, rupanya lagi pening2 lalat Mokcik dibuatnya.
 
Arahan tu kata, warnakan gambar yang bermula dengan huruf yang diberikan. Kita pon kata jangan buat dulu teacher belum ajar yang ini. Dia tunjuk perasaan pi kalerkan dinding. Oklah2 teacher kata warnakan gambar baju dengan gula ajer ok! Buat muka teruja dapat gak nak warna. Warnakan baju dengan gula, bila tak perasan, habis dengan cili, ayam pon dah bewarna. Tepuk kepala!

Monday, January 13, 2014

CERAMAH DAN MAULIDUR RASUL

Semalam seharian duk kat IPP sebab ada majlis. Duduk plak dengan orang mengandung. Saya plak yang duduk menyandar lepas tu asik rasa nak gosok2 perut. Ceramah start pukul 10 pagi. Pukul 9.30 pagi saya dah tercongok kat situ sebab takut breakfirst habis haha. Kenalah alas perut dulu kan, sebab nak ngadap 3 jam nonstop lepas tu hehe. Alas perut saya hari itu ialah nasi goreng + mee goreng + telur sambal terbaek!!!! akakakakaka.

Jangan salah paham yer.....bukan kawan tu yang mengandung tetapi kawan yang sebelah kiri saya akakaka. Yang ini anak kecik dia baru jerk setahun. Tapi kalau nak laju boleh jerk ni akakakaka. Menyampah hokey ambik gambar pakai tap. Nampak muka Mokcik tak indah lepas tu nampak lebam. Walaupun itulah hakikatnya akakakaka. 

Hari tu singgah kedai nak beli bateri untuk kamera. Maklumlah dah lama tak beli bateri. Mokcik lupa harga bateri untuk kamera berapa. Sekali nampak eveready 4 biji RM4.90. Terus jer sambar. Balik rumah terus masuk dalam kamera snap 2 ker 3 kali lepas tu dah tak hidup. Lepas tu gabra ingat kamera rosak. Siap marah en. Suami bila kata low batt. Siap cakap low batt kebendernyer kan baru masukkan bateri. Arfan pon backing cakap kita nampak tadi mama baru masukkan bateri baru. En. Suami tengok2 packing bateri tu lepas tu cakap bukan bateri kamera 2 biji pon dah berbelas hinggit ker??? Julingkan biji mata sambil keluarkan lidah comel ekekekeke. 

Kesimpulannya... kamera tak boleh guna2 lagi selagi tak beli bateri baru hokey! hehe.

Pakcik ni bagi ceramah siap main lelong2 duit lagi. Kat tangan dia tu ada RM20. Cahaya terang sangat, gambar jadi silau. Lepas tu saya bisik ngan orang mengandung, duit banyak2 lelong doplohengget jerk. Lelong arrr 2 ratus kerr hehehe. 

Acara selepas 3 jam berikutnya.....makan2 lagi ngehngeh. Bukan main ceria muka masing2 masa tengah beratur nak ambik makanan. Cuba korang suh dorang beratur pi ambik darah ker....hahahaha.

Ni gambar masa majlis Maulidur Rasul malam semalam. Kitaorang sambut Maulud cepat 2 hari. Azam baru kena advance haha. Dah mandi yer, dah wangi ok. Pinjam sabun mandi Nisa yang pakai cermin mata tu. Mandi bersama2 kat toilet. Tapi toilet asing2lah. Melampau nko pikir bukan2 heh ekekeke. Bawak tudung bawal, tapi tak bawak broach. Syabas!! Nasib Nisa bawak lebih satu. Pinjam lagi Nisa punya pin kat bawah dagu. Yang melampai tu kita ikat jerk hehe.

Bergambar dengan Fauziah Ahmad n anak dara dia yang cemerlang. Rajin korang balik mengangkut anak yer. Mokcik tinggalkan anak kat rumah biar Pokcik jaga. Biar dia tau langit tinggi ke rendah akakakaka. Lagipun rumah saya kan jauh.....masa dekat dulu pon tak pernah gak bawanyer ekekeke.

Sebahagian kawan2 yang hadir malam tadi. Untuk pengetahuan korang, inilah first time saya hadir majlis Maulud ni. Sebelum2 ni saya terus jer cabut balik bila habis office hour ekekekeke. Masa tu duk dekat jer. Setakat nak balik, nak mengangkut anak2 rasanya takder masalah pon. Tapi risau tak boleh nak kawal budak2 tu.Nak tinggalkan dengan pak dia pulak rasa macam tak sampai hati pulak sebab dulu kan dorang kecil lagi. Takkanlah nak suh en. Suami angkut semua2 tu pi makan kat kedai. Nak suh en. Suami masak???? Huh! Abaikan jerklah huhu.

Aien Amiety sedang melayan anak2.........muridnya hehe. Budak lelaki tu anak Fauziah Ahmad, yang budak comel ayu sangat geram macam nak cium2 tu anak Erin. Contohilah Erin (tiada dalam gambar) yang sanggup balik Kulai sebab nak bawak anak2 dia hadir majlis. Kulai ke LPP lebih daripada 40km hokey!!! 

Buat masa ni Aien Amiety sila layan anak2 orang dulu yer. Coming soon dah ada anak sendiri sila jangan serabai macam Mokcik. Urat sana sini terputus lupa memanjang ngehngeh.

Malam tadi sampai rumah pukul 11 lebih malam. Cek balik beg sekolah budak2 (dasar tak percaya kat laki yang kemas haha), readykan baju sekolah, towel, duit untuk esok, turunkan sosej ke fridge, siap2 utk tidur, borak2 jab ngan en. Suami, pukul 12 gitu baru tertidur. Pukul 5 pagi dah bangun. Jerang air, masak sosej, buat teh O, tengok jam pukul 5.30. Belum azan kan. Masuk bilik Arfan peluk2 dia, tertidur balik. Sekali pukul 6 pagi baru terjaga. Lepas tu kelam kabut sendiri haha. 

Pukul 9.30 pagi dah tersenggut2. Hari tu Arfan ada cakap ubat bila mengatuk is tido. Pukul 9.45 saya angkat kaki, pandang kiri kanan, terus jerk masuk surau. Hehehe layan mata kejab around setengah jam. Bukak2 mata dah pukul 10.15. Dalam kepala terhoyong hayang teringat suh Man Kueh tapaukan mee goreng. Perut berkeroncong, mee goreng dah ada.Jom makan. Pukul 1 balas tidur balik sampai pukul 1.45. Bos is takder.......................ngehngeh.

Saturday, January 11, 2014

BIRTHDAY MIA AMIRA

Birthday budak baik ni jatuh hari Jumaat lepas. Kena panggil budak baik sekarang ni. Kang sentap habis satu rumah barang berselerak. Maunyer dia kata taknak pi sekolah lagi.......lagi haru. Jadi kenalah panggil budak baik ker, budak comel ker kan kan.

Terpaksalah tunggu en. Suami belikan kek petang tu sebab dia kerja. Kitaorang ni dok menunggu jerklah kat rumah sebab masing2 cuti. Oleh kerana nak main beli jerk tanpa pi tempah, en. Suami balik dengan tangan kosong. Secret Receipi ngan Seasonnya kek Indulgence engak ader. Slice ajer yang ada. 

En. Suami kan suami yang mendengar kata, memanglah saya kata jangan beli kek selain yang itu, tapi kalau takder jugak cubalah cari alternatif lain, ini boleh plak balik kosong2 jerk. Uwaaaaaaaaa kanda memang suami yang comel grhhhhhhh.

Oleh yang demikian jom kita pi makan kfc jerk.......... Nasiblah birthday girl ok jerk.
Nak bergambar dengan abang long. Sama2 dah membolat. Arfan semakin kuat makan. Bila tepuk bontot dia, tangan kita yang sakit.

Arfan dan Wafiy. Wafiy jerk yang tak membesar. Kalau dah dapat roti ker, biskut ker, kompom dah taknak makan nasi. Kalau paksa pon boleh makan sikit sangat.

3 orang jerk kesayangan saya. Dulu masa mula2 kawin konon nak anak selang 2 tahun. Baru dapat 2 dah tobat tak larat haha. Bila Wafiy dah 3 tahun lebih boleh pulak mabuk balik. Eh cam mana boleh berlaku ni haha. Alhamdulillah.....kalau tak terlekat haritu, takder pulak Mokcik anak dara kembang semangkuk teman tidur peluk2 ni. Ada ker yang nak terlekat lagi???? Fuhhh seram sendiri akakkaka.

Sangat sayang kat korang bertiga. Semoga anak2 mama dilindungi Allah sentiasa dan hidup berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn......

Wednesday, January 8, 2014

PUKUL 3 HARI KHAMIS DI JOHOR

Ni N3 nak cepat haha. Sebab dah nak pukul 3. Saya nak pi Taman Daya kejab sebelum berdezup nak ambik Arfan balik sekolah. Dah janji dengan dia hari ni ambil cepat. Kang diatertunggu2 plak. Budak tu bukan boleh, ada kang dia jalan kaki balik rumah kang. Nak pergi Taman Daya sebab nak order basket yang letak kat bawah table top tu. Hari tu dah nak pergi, sekali jem giler sampai rasa nak termuntoh. Pusing balik jalan belakang kilang pulang ke opis huhu. Hari ni mesti kena order jugak sebab tak lama lagi dapur Mokcik nak pasang kabinet sambilkelipmatalajulaju hahaha.

Oleh kerana hari ni dapat balik cepat meh tengok gambar Mokcik tunjuk rajin kat opis

Hari ni ada gotong royong kat opis. Semalam lagi dah tau. Tapi Mokcik tetap tunjuk ayu dengan pakai baju kurung. Sebenarnya terlupa haha.

Nampak tak drama Mokcik hari ni. Walaupun hujan, takper Mokcik sanggup berlakon. Lagipun pukul 3 kang dah cabut kan kan. Apaderhal.

Ni gambar Puan Fauziah Ahmad pedajal Mokcik. Dah macam rupa Fauziah Ahmad Daud dah haku. Ok bye2 dah pukul 3.04 petang. Tunjuk arrr skit cam tak rela balik awal ni hahaha oklah bye2, selamat berhujung minggu untuk warga Johor. Muahhhhh baling flying kiss sambil sangkut beg  tangan ke bahu akakakakaka

ANAK OH! ANAK lagi2

Sampai mana erk cerita tadi haha. Kacaulah meeting tadi. Nak suh ambik gambar jerk pon. Sekali kena dengar gak sampai pukul 12 tengahari. Habis 3 biji kueh Mokcik telan. Eh teringat Man Kueh pulak. Ngader erk Man Kueh, masa kita suh jaga slidelah buat2 nak cutilah, nak balik kampunglah lepas tu pegang2 dahi konon banyak nau masalahnyer. Lempang kang bautau.

Sampai mana erk tadi citernya haha. Blurlah pulak macam Mokcik buat2 blur kat dalam meeting tadi haha. Pagi tadi mood cik Mia agak stabil. Walaupun dia ada cakap taknak pergi sekolah sambil pejam mata. Bila pujuk2, bila lembut2 layan, dia menurut jugak. Tapi jangan pulak nko tersaiko sikit jerk nanti dia sentap tak tentu pasal. Minta saya hantar pergi sekolah. Ok! No hal. Tepat pukul 6.30 pagi dah start enjin. Berbual2 baik2 sampai depan sekolah. Salam, cium, dia masuk sekolah. Selamat. Terus pecut pi kerja. 

Tapi siap kang balik kompom kena singgah kedai. Nak rotilah, nak ais krimlah. Bukan dia sorang ajer. Siap nak tapau sekali untuk abang2. Pokai Mokcik terusan macam ni uwaaaaaaaaaaaaaa.

Tuesday, January 7, 2014

ANAK OH! ANAK lagi

Camera tertinggal lagi akakakakaka. Sebab sangat sibuk ok! Berkait ker??? 
Betul2 sibuk ok! Tapi kat rumahlah....kat opis Mokcik santai2 jerk. Sampai opis pukul 7.15 pagi boleh layan Ariana Ros kejab, sambil tu belek2 diari baru, lepas tu carik mana2 hari boleh cuti lama ngehngeh. 

Itu hari ni, semalam.....saya sampai kui 7.45 hokey!!! Lambat 15 minit. Layan ombak rindu jab kat rumah. Cik Mia maraung2 taknak pergi sekolah. Siap cakap Mia sayang mak, Mia sayang mama, Mia budak nakal, Mia nak cuti, Mia nak duduk rumah mak uwaaaaaaaaaaaa. Peluk Mokcik kuat2 meraung lagi. Itu budak pandai drama hokey. Sampai Mokcik pon menitik air mata. Betul2 punya ongbak ghindu. Masa tu dah pukul 6.35 pagi.

Dalam taknak sekolah tu, mintak saya yang hantar. Sempat pulak mintak tapau sosej saya goreng untuk sarapan. Tapi mulut asiklah cakap Mia taknak sekolah, Mia nak cuti, Mia nak pergi rumah mak. Meruntun jiwa Mokcik dengar hokey!!! Bila dah sampai sekolah meraung besar. Peluk Mokcik kuat2. Bila teacher tarik masuk, macam nak tercabut pintu gate digoncangnyer. Saya cepat2 masuk kereta lepas tu pecut kejar jem sambil begombak ghindu lagi sensorang. Dah macam gaduh ngan pakwe jerk gamaknya sambil kesat2 air mata. Lepas tu layan jem giler kat Taman Teratai. Mokcik celok jalan belakang. Sekali salah masuk jalan, terambik simpang yang ada sekolah. Hambek!!! stuck dengan budak sekolah plak. Dari mood feeling2 dah bertukar samseng plak. Mana leh celok saya masuk. Mana yang terhegeh2 Mokcik himpit2. Giler baru sampai UTM dah pukul 7.10 pagi. Bagus!! tak bawak Touch n Go, maknanya kena jugak lalu Taman Impian Emas. Arrrgggghhhhhh kalau macam ni setiap hari Mokcik pindah balik rumah lama hokey.....Mokcik tensi!!!!!!!! Sangat tensiiiiiiii.

Alamak dah pukul 10 pagi Mokcik ada meeting bye! Kang sambung lagi muahhhh haha.


Monday, January 6, 2014

CANTIK KER???

 
 Haha percubaan kedua dok melayan segmen2 ni melayakkan Mokcik menang. Bling2 hati Mokcik sebab memang kategori Blogger Cantik Uuuuuuuuuuu!!!!!! Cantik ker????? Hehehe
 
  http://budakbandunglaici.blogspot.com/2014/01/pemenang-pencarian-bloglist-2014-by-bbl.html
 
Blogger Kacak

2. Kucing Hitam - http://www.kucinghitam.net
4. Mimbar Kata - http://mimbarkata.blogspot.com
5. Feetri Mahadzir - http://pheet3stories.blogspot.com
7. Muhammad Khairuddin Lim - http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com
8. Oh Oh Zulasri - http://ehbloger.blogspot.com
9. Hikayat Budak Pening - http://pening-pala.blogspot.com
10. Hamka Rosli - http://hamkarosli.blogspot.com

Blogger Cantik 
2. Azlina bt Azis - http://www.azlinaazis.blogspot.com
4. Mama As Blog - http://mamamamy.blogspot.com
6. Ashyas Sories - http://ashyastories.blogspot.com
9.  Nuur Farhani Zulkifli - http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com
10. Cerita Si Hitam Manis - http://blogyanapunya.blogspot.com
12. Dzureen Darwis - http://dzureendarwis.blogspot.com
13. Syira Lokman - http://syiralokman.blogspot.com
 
Dapat tempat kedua plak tu. Waaaaahhhhhhh memang cantik betul ni kan kan hahahaha. Dah perasan dari semalam. Tapi baru hari ni dapat gagahkan jugak menulis. Hati masih gundah gulana ni huhu.
 
Thanks pada Budak Bandung Laici sebab memilih ahkak ok! Eh! AKAK tetiba ngehngeh

Sunday, January 5, 2014

ANAK OH! ANAK

Semalam dan pagi ni kepala Mokcik agak serabut ok! Awal penghijrahan yang agak mencabar sebenarnya. Hari pertama sekolah semua berjalan lancar. Dari Arfan, Wafiy sampailah cik Mia, semua perangai elok dan menyenangkan hati perut Mokcik. Rasa nak cium2 semua sepanjang masa muaaah2. 

Punyalah bangga dengan cik Mia, sampai gate sekolah selamber lambai2 kat kitaorang sambil senyum2. Tak payah nak hantar depan gate pon. Pandai jer handle diri sendiri. Hebat betul anak Mokcik kan kan haha.Tup2 hari kedua dia demam. Lengkap dengan selsema, dengan batuk lagi. Tapi masih terkawal sebab dia dok tidur sepanjang hari dalam kereta walaupun kami kehulur kehilir menguruskan apa yang patut.

Semalam pagi mood Cik Mia pon baik. Siap minta saya mandikan. Sebelum saya pi kerja, dia dah sandang beg tunggu Pak dia hantar ke sekolah. Cuma saya risau hari Sabtu Wafiy mengadu sakit kepala. Saya ada pesan, kalau Ahad dia rasa demam tak payah sekolah. Duduk jer kat taska. Semalam pagi bila rasa kepala dia pon tak demam. Kira oklah tu kot. Masa kat opis saya call en. Suami yang cuti semalam.

Mokcik : Mia ok?
Pokcik : Masa hantar abang, dia ada cakap tak nak sekolah. Tapi bila dah nampak teacher lambai sambil senyum2, terus dia masuk jer sekolah.

Lega...... Sekali bila ambil dia petang semalam, teacher cakap tadi Wafiy kata taknak sekolah sebab pening kepala. Bila rasa tak demam. Dorang paksa jugak dia pergi sekolah. Alahai kesiannya. Saya pulak terlupa nak pesan kat taska pasal tu. 

Cik Mia pulak buat perangai. Meraung2 dalam kereta. Tanya nak apa pon semua taknak. Tanya teacher ada marah ker, geleng. teacher ada pukul ker, geleng. Ajak ngeteh ngan en. Suami dan Arfan pon dia meraung2. Stress Mokcik ok! Masa perjalanan balik dia dah tertidur dalam kereta. 

Masa ambil Wafiy balik sekolah nampak dia ceria jerk. Bila tanya pening lagi ker? Dia kata kadang2. Kat sekolah muntah sekali. Tapi tak demam. Itu yang susahnyer kan. En. Suami kata nak bawak pi klinik lepas maghrib. Sampai jer rumah Arfan pulak mengadu pening. Dia kata nak tidur sekejab. Saya paksa mandi dulu sebelum tidur. Lepas mandi, dia muntah. Lepas tu semua jejaka2 Mokcik pi klinik. 

Mokcik tinggal temankan cik Mia tengah tidur. Sambil tu basuh baju, iron baju, kemas beg sekolah budak2 ni. Nampak ada homework. Adeh!!! Dah pukul 8.30 sempat ker dorang ni siapkan kang. Pukul 9 lebih semua balik dari klinik. Lepas makan ubat Arfan terus masuk bilik. Homework tak buat. Wafiy sempat siapkan jugak walaupun asiklah main2.
 
Sampai pukul 10 malam macam tu baru Mia terjaga lepas tu meraung balik. Lepas tu terkencing kat atas karpet yang Mokcik baru beli. Stress ok! Dalam meraung2 tu saya mandikan dia lepas tu terus ajak tidur. 

Pukul 6 pagi dah kejutkan Arfan. Tanya dah ok ker? Angguk. Terus mandi. Lepas tu Wafiy pulak mandi. Pukul 6.15 pagi kejutkan cik Mia pi sekolah manjer2. Ingatkan dah ok. Ghupernya meraung lagi. Taknak mandi, taknak pergi sekolah. Siap cakap nak cuti lagi adoiiiii. Seret jugak mandi, pakaikan baju. Berperang2 nak butangkan baju. Sampai saya dah keluar rumah pon dia meraung lagi. Tapi tak taulah apa yang jadi sebab en. Suami yang hantar dorang pagi ni huhu. 

Kalau tiap2 hari macam ni, boleh histeria Mokcik tau. Tapi Mokcik kan positip. Selalu jadi tukang cari jalan penyelesaian keluarga kan kan. Maknanya Saya boleh! Saya boleh! Sambil garu2 kepala yang boleh tahan gak gatalnyer ni huhu.
 

Saturday, January 4, 2014

AHAD

Lawak arrr rini. Nyampah I tau. Asik terlupa....lepas tu terlupa lagi....dah teringat...lepas tu terlupa lagi adehhhhh.....menyampah betullah. Korang jangan nak scroll2 kat bawah nak carik gambar eh. Memang takder gambar harini. Camera tertinggal haha. Dengar jerk Mokcik berceloteh ok!

Hari ni, dengan semangat dah 4 hari tak jumpa opis, pagi2 Mokcik dah siapkan report. Konon nak send tru skype kat budak KL, tapi pelik skype dia tak on. Lepas tu teringat yang KL cuti derrr......hahahaa. Lepas tu teringat plak nak bereskan satu kerja. Tapi tak sure cam mana nak buat. Sajer jerk tangan ni dok dail nombor HQKL. Dalam tengah dok dengar bunyi rington telefon, baru teringat KL cuti hari nilah ooiiiiii. Cepat2 letak telepon malu2 sendiri.

Pagi tadi keluar rumah pukul 6.40 pagi gitu. Sebenarnya target 6.30 pagi dah start enjin. Ibu Mithali mana boleh tengok anak2 tak siap lagi nak ditinggalkan walaupun pak dia sah2 cuti hari ni. Lagi2 cik Mia request suh mandikan. Alahaiiiiii Mokcik kalah tol dengan budak tembam tu kalau buat perangai baik awal2 pagi pulak tu. Lagipun dia baru jer baik demam. Mokcik tunaikan jugaklah permintaan dia walaupun jam dah pukul 6.30 pagi. Dah siapkan dia, baru saya tinggalkan rumah. Pandai2lah en. Suami sattlekan penghantaran dorang semua ke sekolah nanti.

Masa sampai traffic light Taman Teratai Mokcik dah cuak sebab kereta dah start banyak. Masa cuti sekolah ritu walaupun keluar pukul 7 pagi still ok lagi jalan tu. Dalam 10 minit jugak saya nak lepas ke UTM tu. Untunglah Jalan Impian Emas ke highway lengang. Sampailah jugak ke opis sebelum pukul 7.30 pagi. Bangga oiiii boleh sampai opis pagi2 haha. Rasanya esok mesti keluar pukul 6.30 pagi jugak. Tak boleh lewat langsung ni. Sebab semua warga Johor bekerja kan kan. En. Suami pon kena jugak keluar awal ni, kalau tidak, kompom dia pon tersangkut jugak sebab kena hantar anak2. Huh!! Memang betul2 berhijrah Mokcik ni huhu.

Kalau korang ada baca N3 lepas, saya ada cerita macam mana nak menguruskan Arfan sebab dia taknak duduk di taska. Start jerk sekolah hari tu, mokcik punyalah rasa lega tak terhingga sebab sekolah agama dah dipanjangkan waktu sekolahnya.  Omak lega, anak terbeliak biji mata wakakaka. Sebelum ni, waktu sekolah agama 1 setengah jam jer. Mulai tahun ni, darjah 4 ke atas kena stay kat sekolah 3 jam. Maknanya pukul 5 petang baru boleh balik. Saya habis kerja pukul 4.30 petang, lepas tu berdezuplah ambil dia. Insyaallah paling lambat pon pukul 5.30 petang sampai. Lega betul hati Mokcik ni hah.

Tapi kesian plak kat dia masa tau kedudukan kelas dia kat sekolah kebangsaan. Masa kat sekolah lama, sepatutnya Arfan kelas 4 Arif. Kiranya banggalah dapat duk dalam kelas tu sebab kelas pertama. Dulu dia selalu perli2 Wafiy sebab dok kelas nombor 3. Dah beralih tahun pon Wafiy still duduk kelas nombor 3. Lepas tu dia selalu cakap, Wafiy ni suka mainlah, tulisan tak cantiklah itu sebab duduk kelas nombor 3. Haritu masa nak mendaftar kelas, kelas pertama kat sekolah baru tu pon nama Arif jugak. Tapi Arfan tak dapat dok kelas tu, dia dapat kelas 4 Cemerlang. Wafiy pulak dapat kelas 2 Cemerlang. Nak tau kelas keberapa tu? Hehe kelas ke 3. Nampak sangat muka tak puashati Arfan hari tu. Tapi punyalah baiknya Wafiy, siap suh saya pi tanya cikgu kenapa Arfan kena duduk kelas ke 3. Mungkin dia pon bangga dengan abang dia yang duduk kelas pertama sebelum ni. Tapi takper, sebagai ibu mithali, saya dah suntik kata2 semangat membara. Nampaknya auta mama berjaya mengembalikan wajah ceria anak dia ngehngeh.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...