MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, July 23, 2014

AKHIR2 PUASA

Banyaknyer perkara sedih yang berlaku tahun ini, Ramadan kali ini. Huh! Walaupun taklah terkena pada persekitaran sendiri, auranyer sangat menyentuh hati. Sangat2 menusuk naluri. Semoga mereka yang pergi mendapat tempat terindah disisi Allah SWT dan semoga ahli keluarga yang telibat dapat tabah serta redha dengan ketentuannya. Ya Allah!!! Lindungilah hamba2 mu ini.

Dalam bersedih2 hidup perlu diteruskan jugak. Banyakkan berdoa, mengirim doa, kalau dapat bersedekah lagilah baikkan. 

Hari ini budak2 ofis dah hias cantik perkarangan tempat kerja.Lip lap lip lap dari hujung ke hujung ofis. Siap beli lain lagi bila yang tahun lepas punya ada yang dah rosak.

Dah tinggal seminggu terakhir ni, sumbangan pon tak putus2 tiba. Alhamdulillah.....terima kasih kawan2 kawasan. Orang bersedekah pada kita, kita pon bersedekahlah pada yang memerlukan. 


Anak2 pon dah dapat persediaan masing2. Dekat sekolah lagi banyak ceritanya yang duka2. Kita tadah telinga jerklah bila dengar mereka bercerita. Macam2 versi pulak tu bunyinya.

Dah hujung2 puasa ni, mood masak pon dah kelaut. Ada masanya meehoon goreng pon dah cukup. Asal kenyang sudahlah. Nak makan kat luar....malaslah pulak. Nanti terkejar2, buang masa pulak tu. Anak2 pon tak berbunyi, oklah tu hehe.

Ulang ajer makanan yang disuka anak2. Itupun wajah mereka dah nampak bahagia ekekeke.

Haritu buatkan mee kari. Bukanlah banyak pon. Agaknya space perut dah mengecil. Dah tak boleh nak sumbat banyak. Konon nak repeat sebelum tidur, jadinya repeat dalam mimpi jer haha. Esok keluarkan balik, makan pulak dengan roti canai segera pulak.

Dah lama sangat tak merayap. Hari minggu haritu bawaklah dorang ni jalan2 kat Pasar Borong Pandan. Carilah apa2 barang yang patut beli. Hasilnya barang budak ni jer yang dapat. Sebelum balik singgahlah makan durian. Ambik yang paling murah tapi dapat yang sedap betul Alhamdulillah.... Bukak 2 biji jer. Itupun dah dia tolak dia nak mengabiskan haha.

 Makan sambil excited dengar orang nyanyi lagu raya. 

En. Suami kenalah layan. Macam biasalah omak dia mata dah separuh, malam2 ni.

 Budak yang langsung tak makan durian.

Budak ni pun dulu tak makan jugak. Tapi cik Mialah yang menggoda. Siap dah boleh tau mana satu durian yang sedap atau tidak.

Eh! Mama dia ni, ada kurus sikit ker erk hehe.

Wednesday, July 16, 2014

BAZAR JUGAK HUHU

Inilah yang dikata cakap tak serupa bikin haha. Hari tu punya berleter dok canang kat orang Mokcik masak jerk sepanjang Ramadan tak sebuk beli2 pon sekali petang tu en. Suami balik dengan penuh tangan plastik  pasar Ramadan.

Terkebil2lah Mokcik ni hah sebab rasanya ada cakap kat dia teringin nak makan laksa johor tapi yang sedap sahaja bila dia kata nak pi bazar kat Kulai tu hah. Sekali yang balik bersusun2 sampai nak letak pinggan pon takder space. Mula2 Mokcik diam ajer sebab kesian pulak dah penat2 bersesak kat bazar takkanlah nak dimarah pulak.....tapi hujung2 Mokcik membebel jugak bila peti ais pon tak muat untuk sumbat makanan tak habis.

Semua letak dalam mangkuk kecik sebab manalah muat meja 4 kerusi ni nak menampungnya. Kesian meja ni, sampai dah hilang warna berkhidmat dengan kitaorang. Dulu ada gak letak alas. Tapi asiklah hilang sebab cik Mia suka nau tarik. Dah pernah salotape bagai pun ditarik jugak. Togellah jadinya sampailah pindah rumah sekarang. Takperlah kalau ada rezeki kita transformlah jadi besar sikit. Sabar yer.......kita pakai yang tak payah pakai alas2 punya ker kan kan errrmmmmm.

Sebenarnya nak buat asam pedas. Tapi entah kenapa terpekat sikit dan agak pedas. Jadi budak2 ni makan terkuis2. Nasib jugaklah en. Suami membeli hari tu, taklah mama gabra nak sediakan makanan lain.

 Ikan terubuk gorengkan macam hari ti jugak. Kawan cakap tak payah pon buang sisiknya terus jer goreng lepas basuh haha. Kesian.....dah lama sangat duduk London ken, tak biasa makan ikan masin ni hah hahaha. Tapi serius memang sedap makan sisik dia yang garing tu grap grap.

Ini hasil tangkapan en. Suami kat bazar Ramadan Kulai bila teringatkan anak no. 2 dia. Semua sekali masuk mulut Wafiy ajer.

Donut pulak beli khas untuk anak bongsu dia yang belum kenal makna puasa. Ada sekali tu dah habis soya secawan, dia kasi kat saya bekas tu then cakap ok mama Mia nak puasa sekarang hahaha. Donut ni dia makan sebiji jer, sebiji sebelum pergi sekolah dan sebiji lagi tu hah kat dalam peti.

Laksa Johor sebekas untuk Arfan dan sebekas untuk pompuan kuat bebel. Saya makan suku ajer sebab dah makan nasi Wafiy ngan Arfan sebab dia kata tak boleh makan, pedas sangat. Rasa sedap cuma sambal belacan dia macam pelik sikit rasa macam sambal nasi lemak tapi pedas. Perli nampak!! Selebihnya masuk dalam peti dan makan sahur pagi tadi.

Bubur lambuk ni Arfan ambik kat masjid sebelah sekolah dia. Dia kata sepatutnya dia tak dapat sebab bukan turn kelas dia hari tu, tapi dia buat muka kesian bila terkenangkan en. Suami suka sangat makan hehe sweetkan si tampuk manggis Mokcik. Akhirnya pakcik tu bagi jugak. Masa ambik dia, berlari2lah dia dengan bubur lambuk kat tangan sambil keriangan walaupun nampak letih berpuasa. Saya larat makan sesudu ajer.... tapi serius sedap. En. Suami habiskan semua. Terharu kot dengan cerita anak yang paling suka kelahi dengan dia huhu.

Tauhu bakar ni penyebab en. Suami pi bazar Ramadan tu. Kawan dia yang jual. Nak support kawan katanya. Pon en. Suami makan habis. Memang sedap pon.

Tapi beli gak cucur udang ni sebekas sebab nampak sedap betul katanya. Yer... memang sedap. Tapi dok dalam peti lebih dari separuh yer.

Semalam buatlah nasi ayam walaupun en. Suami dah telefon ajak makan kat luar. Saya cakap tak payahlah nak bazirkan duit makan pun kang terkejar2 jerk. Biarlah saya masak jerk kat rumah, nanti awak bayar jer kat saya ni hehe.
 
Mana2 yang kat dalam peti pon keluarkan balik then panaskan. Pon kenyang jugak kan. Tak payahlah nak meriah sangat. Sila ingat2 sikit kawan2 kat Gaza tu yer sayang!!!!

Sunday, July 13, 2014

TAK PERLU BAZAR RAMADAN

Sana sini orang dok bercerita rasa tak puas hati dengan bazar Ramadan. Bazar sana jual karipap tak sedap, bazar sini jual air tawar hebeh, bazar situ jual nasi basi. Macam2 jenis tak puas hati ada hahahaha. Alhamdulillah..... sepanjang saya membeli kat luar ni semua okey2 sahaja. Itupon beli kat dekat2 rumah ajer. Adalah 2 kali jerk saya ngan en. Suami pi singgah bazar. First hari tu kat rumah MIL, itu pon tak beli apa just makanan untuk Mia jerk sebab dia kan tak puasa. Lepas tu sekali lagi kat bazar Taman Teratai, itu pon sebab kad Masley tertinggal. Oleh sebab sayang kalau membeli tak dapat point kitaorang tukar arah pi melawat bazar. Tahun ni belum lagi beli makanan utama kat mana2. Makanan utama mesti masak. Beli desert jerk untuk meriah2kan meja. Itu pun mesti ada tak habis walaupun beli tak banyak. Haisssshhh!!!! Tukang basuh pinggan pon mengeluh bila ada makanan masuk tong sampah.

Tahun ni, macam dah berikrar selambat mana pun Mokcik sampai rumah, mesti masak. Tak kisahlah masak nasi goreng pon family tak pernah komplen sebab masa berbuka perut dah lapar semua nampak istimewa. Saya suka tanya Arfan kalau dia sedang makan. Jawapannya mesti sedap giler mama! Hahaha terbang melayang jerk rasa.





Minggu lepas adalah satu hari tu saya pi outstation. Dah terbayang2 nak masak best sikit kalau dapat balik cepat. Rupanya nak dekat pukul 6 petang baru terkejar2 leh ambik budak2 ni balik sekolah. Sampai rumah dah nak pukul 6.30 petang. Garu2 kepala boleh masak apa dalam jangkamasa secepat yang mungkin sebab terlupa nak turunkan kat fridge bahan2 untuk masak. Cepat2 masak air, rendam ayam beku, masak nasi, air beras siram kat ayam beku. Goreng telur dadar kat kuali yang goreng ayam sahur tadi haha tu sebab ada nampak coklat2 kunyit melekat kat telur tu. Air dah masak, buat air teh O, lebihan simpan dalam termos untuk susu Mia malam nanti, ada lebih lagi siram kat ayam beku tadi kasi cepat lerai hahaha. Ambik segala bawang siang cepat2, potong tomato, ambik kiub tomyam semua campak dalam blender on kasi hancur. Potong carrot sesuka hati, potong ayam, basuh2 segala semua masuk dalam periuk terus masak. Campakkan jugak serai ngan daun limau biar wangi. Sambil tu potong timun. Nasi pon masak, sementara nak tunggu tomyam siap, buat air oren sejuk sambil kacau2 tomyam. Lagi seminit nak azan, sempat hidang semua. En. Suami yang kalau tak disuruh beli apa2 untuk tambahan, jangan harap pandai nak pi cari apa2. Maka makan jerklah ini ajer tambahannya ayam goreng seketul lebih sahur hahaha. Takderpon rungutan, semua pon makan dengan berselera. Arfan pon siap jilat2 pinggan bila pinggan dah kosong. Tak payah pon nak pi bazar kan kan.

Adalah satu hari tu kejadiannya gas habis berlaku. Masa tu tengah goreng cekodok sosej cik Mia. Nasiblah bahan2 untuk buat mee goreng dah siap masak tinggal nak masuk mee kuning ajer. Gelebup gas habis. En. Suami tengah melayan anak2 dia kat kedai jual kuih dekat2 rumah. Telefon tinggal kat rumah. Masukkan ajer bahan2 tadi dalam periuk nasi, bila rencah dah mendidih masukkan sayur ngan mee tu. Jadilah kejadian mee goreng masak dalam periuk nasi kihkihkih terus hidang kat atas meja. Bedal jerklah haha.
Adalah sepiring lagi nasi goreng tak habis masa sahur tu, en. Suami tak kasi buang. Sedap sangat katanya mehlah I habiskan hahahaha. Itu sebab yang buncit kat perut dia tu dah 2 minggu puasa langsung tak reti nak turun2.

Ini konon hidangan nak western sangat. Gorengkan ayam chicken chop, ikan fish n chip, kentang, then buat coslow. Eh mana pulak sayur2 segala ni haha. Sebelum tu pi merayap beli kuih, dia sedekahkan jugak bubur lambuk. Lepas tu tekak ni rasa macam tak kenyang pulak kalau setakat makan cam gitu2 jerk. Ada mee kuning lebih semalam jadikan mee goreng lagi. Kalau biarkan kang kejung pulak dalam peti tu ngeeeeee.

Ini berlaku hari Khamis lepas rasanya sebab saya pergi pasar S'Mart sebelum balik rumah. Khamis kan boleh balik cepat, jadi belilah barang2 dapur sikit. Belilah roti canai segera ni. Buatkan kari ayam untuk lawannya. Nenas tu PPK bagi kat Pembangunan, bawak lari sebijik bawak balik rumah. Makan macam ni pun dah heaven sangat. Tak payah pon nak buang2 duit pi bazar nak bersesak2 lagi huuuiiiiii Mokcik tak kuaser.
 
Ini kejadian semalam yang dah buntu nak masak apa. Singgahlah kedai dekat ngan rumah. Belilah kelapa parut, konon nak makan ketam sebab haritu pernah ternampak dorang ada jual. Tapi semalam rezeki nak makan ketam takder. Senang cerita belilah ayam sekor then ikan kerisi 2 ekor. Alahaiiiiii punyalah lama nak tunggu dia potong terhegeh2. Nasiblah en. Suami cuti then pi ambik budak2 then singgah kedai jual kuih. Sampai rumah dah pukul 6. Bertempurlah Mokcik kat dapur sensorang buat ayam masak lemak, ayam goreng, then hati ngan pedal masak sambal jerk. Ada tepung lebih tak sempat goreng haritu sebab minyak habis kasi goreng balik. Kuih hijau2 tu semua Wafiy habiskan sorang. Yang lain2 kuih untuk Mia buat menghabis duit jerk. Bukan dia makan sangat pon, buat kirai2 jerk.

Saturday, July 12, 2014

GROUPON

Korang selalu tak beli barang kat Groupon??? Korang dah biasa erk erk Mokcik jerk yang ketinggalan erk haha. Nampak dah selalu, tapi baru2 ni jerk Mokcik berjinak2 beli2 barang ni. Itupun hasil hasutan Man Kueh sebelum dia berpindah haritu. Tragedinya masa Mokcik tanya dia pernah booking hotel tak dengan Groupon ni bila nampak ada potongan untuk Gold Cost Morib haritu. Dia pon turunkanlah ilmu2 menghabiskan duit kat situ. Tapi sebab hari yang Mokcik nak pi tu hotel full, jadi Mokcik pon cancellah.

Tapi perkenalannya tak berakhir disitu saja. Rupanya menjadi sahabat sejati pulak uwaaaaaaaaaaa. Haha orang ada sahabat baru, suka. Mokcik asiklah pi tengok acc cukup tak nak bagi kat sahabat sejati ni haha. En. Groupon ni pon pandai gak, kasi email banyak2. Melampau hokey! Asiklah tangan ni gatal nak tengok apa2 yang boleh mengeratkan persahabatan ini eceh!
 
Tengok! Mokcik beli apa ni! Haha Maggi cup ni harga RM10 dapat sepuluh. Maknanya 1 cup jatuh RM1. Murah kan kan. Dah beli sebulan yang lalu tapi still ada balance lagi kat rumah tu. Maklumlah bulan2 puasa ni tak sempat nak telan mender ni. Hari tu ada jumpa sekali kat Econsave jual 6 cup pon dah nak RM10. Jadi ini adalah murah ngeeeeee

Beli gak kuali tefal hah! Tapi ini adalah keperluan yer....sebab kuali goreng ikan Mokcik kat rumah tu dah tak rupa kuali dah. Bila letak kat dapur masak pon asiklah tersenget2 sebab ringan sangat tak sesuai ngan pemegang dia. Memanglah dah lama rasa nak buang pon, siap dah tinggalkan kat rumah lama. Sebab asik tak sempat2 nak beli, en. Suami boleh pi kutip balik kuali tu masa nak bersihkan rumah dulu hahaha. Pakailah lagi sampai pemegang dia dah nak tercabut. Nasiblah haritu tak tersiram minyak panas sebab pemegang dia dah longgar sangat. Dalam masa tulah ternampak iklan kuali tefal ni. Terus order RM51.90.

Adalah beberapa barang lagi Mokcik dah beli ngan Groupon ni tapi tak ambik gambar. Cari yang postage free, yang murah2 jerk. Senang sikit duk jerk kat ofis, nanti barang leh sampai then Mokcik senyum2 simpul macam bulan jatuh keriba ngeeeeee.

Monday, July 7, 2014

LAPAR

Semalam bff mokcik ajak pi Jakel. Dah lama benar tak keluar dengan mokcik sorang ni. Kalau hari tak puasa best jugak pau minah ni kat restoran Upin Ipin dekat2 ngan Jakel tu hah. Tapi bukan setakat Jakel, habis kedai dekat2 situ ditawafnya. Bila dah petang2 aduhaiiiii kering giler bibir kehausan.
 
Cuba bezakan mana kain untuk dijual ngan bff Mokcik tu haha. Muka tak leh tunjuk sebab dia lawa sangat nanti Mokcik pulak tenggelam no! no! no! Hahahaha.

Bila sampai rumah budak ni dah bukak periuk nasi nak makan. Nasiblah ada nasi sikit lagi masa sahur pagi tu. Gorengkan telur dadar. Meh! makan dekat dapur temankan mama masak. Kang makan kat depan ada jugak budak ngendeng tak puasa dah petang2 .

Tonggengkan baldi baru basuh tu suh dia makan ngadap mama masak yer sayang. Bestlah mama hari ni ada orang teman masak berselera makan nasi ngan telur dadar kicap. Langsung tak kacau mama masak macam selalu.

Arrrmmmmm sedapnya mama masak hari ni. Lapar betul kita. Kat Taska masak tak bestlah huhu.

 Malam2 sebelum tidur budak ni ajak baba selfie.

Senyum macam nilah baba.

 Kenapa confuse baba kita ni?

 Kita dah tertonggeng2 pon baba dok confuse lagi

 Apsal teruk nau cara baba ambik gambar ni.

 Asik nampak rambut jerk. Mehlah kita sikatkan rambut baba.

Ayo baba kita memang tak pandai selfie.....lecehlah!!!!!!

Sunday, July 6, 2014

LEWAT HINGGA BERBUKA

Pagi2 sampai opis rasa macam nak hantuk2 kepala kat device thumprint tu. Alasan pertama konon nak tunjuk bertapa kesalnya boleh terlewat hari ni, alasan kedua kalau device tu rosak leh lambat selalu2 akakakaka. Tapi serius memanglah Mokcik stress 2 minggu ni sebab asiklah terlambat uwaaaaaaa. Bayangkan baru 7 hb Mokcik dah lewat 3x. Apa punya sengal ni hah!!!!!!! 

Pagi tadi rasa sangat2 marah memandangkan Mokcik dah berazam untuk tidak terlambat lagi. Keluar dah bagus ngam pukul 6.30 pagi. Hantar Mia berdezup pi kerja. Mula2 jalan punya clear, radio pulak bukak lagu happy dan kening Mokcik pon menari2. Lepas jer Taman Teratai saya dah nampak punyalah banyak lampu berhimpit pergi ke Jalan UTM sebab jalan tu berbukit sikit. Setengah jam kat situ baru jumpa eksiden ngam2 kat jalan sempit kat depan UTM. Menyumpah2lah Mokcik sambil pandang dorang yang dah nak hampir  aksi2 bercakaran. Menyumpah dalam hati jerk, cermin pon naik rapat jerk. Bulan Ramadan kena cool lagipun dah nasib dorang nak kena hari ni, hari kita lom tau lagi huhu (Jauhkan ya Allah!). 

Tapi Mokcik tetap marah!!!!!!!! Marah sangat2 ni!!!!! Apalah salah kalau korang beranjak pergi depan sikit kat jalan lebih lebar. Kereta tu kena sikit jerk kat bahagian depan. Tengok pon tau tak terjejasnya enjin turbo korang tu. Prihatinlah sikit ngan orang lain yang nak cepat pagi macam Mokcik yang dah terlewat 3x ni hah! Janganlah pentingkan diri hokey!!! Haissshhhhh kering tekak dah bebel pagi2 ni, kumur2 air soya boleh tak???? Akakakaka

Sebut Soya ni, dah 8 hari kitaorang dok berbuka ngan air soya tanpa jemu ngeeee. Masa pi Econsave ritu, bolehlah pulak dorang jual Soya Yeo's 1 liter tu RM1.49. Tak cukup tanganlah Mokcik ni pi mengendong sebab hari Sabtu takder plastik. Limited 3 per family, sangguplah dah bayar pi masuk balik semata2 nak simpan stok kat rumah ngeeeeee. Agak2 leh putih tak Mokcik anak beranak musim raya2 nanti ekekekeke.

Oklah masuk terus bab makan2 masa berbuka. Tak hebat pon, cuma menu laju2 yang mana leh sempat masak sebelum azan maghrib. Kueh tiaw goreng basah sebenarnya ni untuk berbuka Ramadan ke 3. Biasalah pastikan anak2 dan suami start makan dulu, line dah clear barulah senduk untuk sendiri tu yang dah jadi kering. panaskan bergedil yang buat semalamnya. Letakkan sebiji limau yang sempatlah petik kat belakang surau opis. Sedaplah jugak dari takder.


Malam Ramadan ke 3 tulah @Lynn Hamzah yang mabok2 buatan orang datang ngantar siakap masa Mokcik tengah bersiram bunga seri. Esoknya outstation pi Muar balik cepat sikit Mokcik bersilat ngerjakan ikan ni. Makan nak sedap, kenalah berkorban sikit dengan sisik bersepah keliling sinki, pedih2 tangan dok nak tarik insang keluar dan hanyir ikan kasi sattle ngan limau belakang surau tu then peram sekali ngan asam jawa. 4 Ramadan dapatlah makan siakap 3 rasa air tangan sendiri dengan macam2 sayur leh campak kat dalam dari kasi kat kedai ikan tu dah siap siang jumpa cili jerk penuh dalam kuah dia charge sepuluhhinggit huhu.

Nak cepat saya pakai sos ni jerk untuk buat kuah dia setelah sekian lama teman saya kat ofis ekekekeke. Sos ni dah ada nenas jadi tak payahlah menyusahkan diri nak siang2 nenas mana nak datanglah rajinnya. Nak power lagi tambahlah sos tomato lagi then sos tiram. Maka lajulah makan sekeluarga yang terdengar hanya sedap giler ni mama! Kombang2lah jadinya walaupun banyak pakai bahan2 bantuan.


Hari cuti meriahlah sikit meja ni hah. Tapi yang dimasaknya cuma daging masak kari, ikan tongkol goreng dan ikan terubuk masin jerk. Lain2 pi tapau kat Bazar Ramadan kat Taman Teratai. Itu pon bingitlah telinga ni Arfan yang dipaksa ikut jugak mengeluh2 malas nak bersesak sebab semua pon dia tak berkenan. Cik Mia pulak yang melebih, habis semua nak diborongnya. Kari tu dah jadi terpekat sebab sementara nak tunggu maghrib, Mokcik panaskan lagi.
 
Hari tu, jiran sebelah kasi ikan terubuk masin kat Mokcik. Tak tau nak masak pesen mana menatang ni sebab kat rumah ni tak berapa nak layan ikan2 masin ni. Sisik dia punyalah keras, gigihlah mokcik siang sampai kat kening nihah pon sisik dia hinggap. Oleh sebab yang makannya saya sorang jerk pon, potonglah kecik untuk masuk tekak sendiri then gorenglah bawang besar ngan cili api agak2 boleh lawan ngan kari daging tadi.

Wafiy dah ready nak makan chicken chop dia beli kat bazar yang terpaksa alihkan dari bekas polistren ke mangkuk plastik. Muka dah masam sebab chicken chop dah jadi rojak. Bila dah pegang macam2, habislah polistren tu senget2 sampai apa kat dalam semua dah tunggang langgang. Ikan tongkol goreng tu langsung tak disentuh elok duduk kat peti 2 hari sebelum campur ngan nasi goreng semalam.

Alahai syomelnya anak dara mokcik tolong buat cekodok sosej semalam. Tekak kalah orang puasa ni. Saya pon sibuk nak masak nasi goreng, sibuklah dia keluarkan tepung kat kabinet bawah dapur tu. Lom sempat saya tanya nak buat apa dia dah bukak fridge ambil sosej yang saya nak buat hot dog. 
'Mia nak buat cekodok sosej.' Eh! cakap macam teror jerk nak pi masak. Terus saya masukkan tepung, garam ngan air separa panas kat dalam bekas. Kacaulah dia perlahan2 ikut arahan sebab takut jugak dia terkena air panas tu hehe.

Sosej tu saya dah alihkan ke fridge awal2 sebab nak buat roti john ringkas macam ni. Orang kat rumah ni, tak payah nak beriya sangat nak masuk macam2 bahan kat dalam hidangan. Nanti langsung tak disentuhnya. Panaskan jerklah kuali leper, tenyeh ngan mentega. tuangkan telur dadar then tekap jerk dengan roti panjang2 ni. Sosej yang dah kena salai tu letak ajer tengah2 tu. Dah nak berbuka kang, masing2 nak sos cili ker, lada sulah ker, sos lada hitam ker sila lah request. Siap2 masuk segala kang ada pulak yang ngentan itu taknak ini taknak.

Buatkan jugak nasi goreng yang bahan2nya ikan tongkol, telur dan kacang panjang. Tak payah nak lebih2 kang ada yang makan terkuis2.

Inilah cekodok sosej cik Mia yang bukan main rangupnya diluar dan lembut didalam. Sukalah budak tak posa tu. Karipap frozen pon goreng jugak bila tekak ada aura2 tamak. Ada baki 2 lagi dah simpan kat peti pagi tadi ngeeeeeee.

Budak ni berangin lagi sebab mengantuk dah nak sampai2 berbuka tapi tak dibagi tidur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...