MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, October 22, 2012

Penyakit kulit Mia punya citer

Baru balik dari klinik pakar kulit hah. Dah kenapa dengan kulit mokcik?? Nak kasi hilang kedut ker ?? hehe. Kulit I tegang lagi ok. Masih mantop. Ni hah melayankan kulit si Budak Mia hah. Dah tak boleh jadi ni, penyakit kulitnya dah merebak ke muka. Betul2 kat pangkal kening. Semalam kecik jer. Pagi ni dah membulat gitu. Ado yang gondol kening anak daro den ni hah!


 

Memula ritu besar ni jerk kat lengan kiri (abaikan kesan2 hitam kat bahagian lain tu yerk. Habis satu tangan dah dihias dengan magic pen Wafiy.) Hari ni dah jadi sebesar ni.
                                  
Lepas tu merebak pulak kat pelipat tangan kanan. Pon mula2 kecik jer. Cepat betul en. Kuman ni merebak. Dalam 3 hari dah jadi sebesar ni. Dah disapu ubat pun, tetap merebak. Ngeri mokcik tengok hah.

Dah pergi 2 klinik ni, tapi krim yang dia bagi tak menunjukkan kesan yang mujarab. Jadinya terpaksa jugaklah saya pergi klinik pakar kulit Low dekat Wisma Maria JB. Payah sebenarnya bagi saya nak kesitu. Dahlah lupa jalan, nak parking kat mana pon taktau.


 
Makanya....haha en. Suami gaklah yang saya heret pi temankan kami. Huhu dahlah belum ada cuti. Kasi potong gajilah jawabnya. Anak punya pasalkan. Masa lum ada sibuk nak, dah ada sila jaga betul2 ok!!
 
Doktor kata, tu kuman punya kerja. Bila kuman tu dapat melekat pada kulit, mana2 kulit yang kurang melawan, dia kasi tawan. Penyakit ni boleh berjangkit. Jangan berkongsi towel. Ooooooooo
 
Lepas tu dapat bil. Oooomak aiiiii nasib dah dapat gaji. Bayar jerklah huhuhu
 

 

 




6 comments:

Lynn Huraiza said...

kesiannya tengok mia...huhuhuhu...moga cepat sembuh la...guna sabun sebamed kak...

Azlina bt. Azis said...

baru beli tadi kat farmasi smart huhu

lieyalatif said...

ish takut tgk...mesti pedih tu kan...seb baik cepat dptkan rawatan...hope cepat laa sembuh tuh....

Azlina bt. Azis said...

lieyalatif - thanks doakan budak ucuk ni. pagi tadi tengok cam ada perubahan skit.

Unknown said...

Untuk semua penyakit kulit, boleh try krim aloe vera.
http://www.muslimchoices.com/?p=aloe_vera_jelly&s

lily said...

ok tak kak kat klinik tu? ada perubahan selepas rawatan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...