MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, October 28, 2013

Happy Family Day

Waaaaaaahahahahahaha lama betoi Mokcik tak update belog.Sibuk tu taklah sangat tapi otak ni banyak nak kene pikir. Kerja kat opis, kerja kat rumah, waaaaaaa banyak nak kena rancang dan pikir pikir and pikir.
 
Nak sangat update mengupdate ni. Tapi otak rasa terganggu. Baik Mokcik kasi sattle mana2 yang boleh buat dulu kan kan. 
 
Hari ni nak cerita pasal family day LPP Johor yang dianjurkan KSK LPP Johor 2 minggu lepas. Errkkkkk dah basi eh eh akakakaka belasah jerklah dek non. Sayang plak rasa tak syer citer ni sebab kali ni punya gelora pi family day ada lain macam skit sebab anak2 dah besar kan. Dah boleh ajak masuk games. Lepas tu mak dia yang terkinjer2 suh anak dia menang sebab nak collect hadiah akakakaka.
 
Salah satu acara yang anak2 masuk. Tiup belon sampai pecah. Orang lain punya belon dah membulat tapi budak2 ni cam tak cukup angin dalam badan. Tapi kalau berangin masing2 kasi Mokcik hangin.
 Arfan punya belon dah agak besar. Lepas tu dia cuba2 piat tak boleh pecah jugak akakakaka. Bersungguh2 betol dia kira berapa orang yang yang lari pergi pada pengadil bila belon masing2 dah pecah. Bila belon dia pecah ajer dia lari ala ala Usain Bolt demi untuk mencapaikan impian omak dia nak collect hadiah akakakaka. Paling2 kelakar belon Wafiy langsung tak besar sampailah habis acara cian nko nak. Sorang lagi tu Kimi. Anak sedara saya, anak abang Mokcik tu. Dia bengang betul belon dia tak boleh besar. Rupanya belon tu bocor. Lepas tu hentak2 kaki sambil jerit sabotaj sabotaj akakakakaka. Akhirnya Arfan dapat no. 9. Nasiblah ada hadiah sampai no. 10 yeeeyyyyyyyy omak dia lompat2 bintang.


Ni plak acara isi air dalam botol. Satu kumpulan ada 5 orang. Anak abang saya ada dua orang, anak saya pon dua orang. Sorang lagi anak blogger
 Mula2 Wafiy dok depan sekali jadi tukang perah air. Sekali perah berderai air jatuh kat pasir. Omak dia ni jerit2 suh tukar dengan Kimi dengan harapan budak paling tua tu boleh penuhkan botol.
Hagham.....tangan tak cukup bedung. Perah dah beriya, air sumer tak masuk dalam botol hadoiiii. Siap terjatuh2 botol dikerjakan dia. Omak sedara dia ni dah terjerit2 suh "focus Kimi focus" akakakaka.
 
Akhirnya dapat gak no. 5 hasil sokongan dah dorongan Mokcik yang terjerit2 kat tepi pantai tu wakakaakakaka. Amboiiiii cantik2 anak dara tajaan LPP ni.
 
Acara ni sweet sangat ok! Cik Mia yang dari tadi dok mengaruk nak masuk games sebab nak ikut abang2 dia akhirnya dapat gak joint acara kumpul gula paling banyak. Tapi muka cuak masa nak start. Tapi nampaknya memang sumer pon muka cuak kan kan.

Tapi Mia memang Da Best lah. Lari2 kat tempat dorang tabor gula2 lepas tu kutip satu2 masuk kat dalam baju yang dia tarik dari bawah. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab teruja sangat kat dia yang langsung tak kekok atau takut.
 Yeeeyyyyy Mia dapat no. 5. Tengok muka dia teruja sangat dapat ambil hadiah.



Lepas tu merengek2 nak main air. Mula2 tak bagi sebab tengok ombak cam ganas jerk. Risau ok! Tapi bila dah start nak mengaruk, saya lepaskan jugak tapi warning kena main kat tepi jerk. Belum sempat nak suh pi tukar baju, dorang adik beradik dah lari pi kat air.

Budak Kimi ni relaks jer main panas kan kan. Bila petang hambek.... berselubung kat bilik sebab demam kecian dia.


Cik Mia pon tak melepaskan peluang kotorkan baju. Joint gigirl main pasir. Tapi lebih pada wat hal sendiri.

En. Suami pon join game mencari harta Karun. Giler laju mintak orang tanggalkan barang. Dapat no. 1 nko akakakaka

Dah puas main air, perut dah kebulur pandai plak budak2 ni cari makan sendiri. Saya pergi mandikan Mia yang dah berlumpur pasir. Sekali keluar toilet tengok dorang ni tengah makan hidangan yang KSK sediakan. Badan berlenggas pon berselera hah.

Dah kenyang bantai termenung. Mengantuklah tu. Tapi seronok punya pasal jangan haraplah budak2 ni nak tidur. Dorang boleh bantai main sampai petang. Walaupun semua dah mandi, sementara nak tunggu saya habiskan mesyuarat petang tu boleh plak dorang pi pantai balik siap Mia jatuh terduduk lagi sampai seluar habis basah uwaaaaaa.

Mengidam cabutan bertuah yang ini akakakaakaka. Siap dah jampi2 lagi. Sekali yang menjadinyer yang......
 
 
'
 
 
 
'
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
Oklah tu daripada takder akakakakaka
Bila dah sampai rumah posing ngan hadiah masing2. Lawak ini budak. Main kat pantai pakai baju lawa2. Bila balik rumah pakai baju swimming sebab baju dah takder akakakakaaka.



 bapaknyer pon tak ngalah nak tayang hadiah akakakakaka. Mama dia jerk yang cool heheehehe sebab  
 


Thanks kepada KSK Johor kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya untuk menyediakan hadiah2 sempena hari keluarga LPP Johor. Cayang kat korang muahhh!!!!Gedik skit akakaakaka






Thursday, October 10, 2013

demam




Nampak tak kegebuan pipi dia dah susut. Bibir pon masih merah menyala. Kat gambar ni tak nampak sangat sebab masa ambik tangan gegel haha. Malam tadi hari ke 4 cik Mia demam selsema. Hasilnya berat badan dia menyusut dengan drastiknya. Dukung dia pon relaks jerk hantar pi rumah pengasuh.

Bubur nasi tu pengasuh dia masakkan sebab anak dara ni dah hilang selera makan. Sedap plak tu. Tapi cik Mia blh telan sesuap dua jer. Sebenarnya cik Mia orang ke 4 yang demam lepas Arfan kemudian disusuli Wafiy diikuti yang paling anjer en. Suami. Sampai malam tadi, saya masih gagah perkasa lom berjangkit lagi. Tapi bangun2 pagi tadi...................errmmmmm ada tak mana2 klinik jual mc jerk. Mokcik kan pemalas makan ubat uhuk uhuk.

Wednesday, October 9, 2013

cerita semalam

Alahaiiiiii badan rasa letih sebab malam tadi sampai rumah pukul 12.18 mlm. Hehe sempat jeling jam masa sampai tu sebab rasa sangat hebat boleh drive dari Skudai ke Taman Daya dalam masa 15 minit. Bila dah sampai rumah rasa bangga giler akakakaka. Cuba kalau terpelangkup kat tengah jalan tu. Nauzubillah.....

Semalam ada meeting kat Muar. Malamnya ada jamuan meraikan anggota yang akan bersara esok. Muar ke JB dalam 2 jam jugaklah. Kalau setakat siang Mokcik rempit jer sorang diri, malas Mokcik nak menumpang orang. Sebab ada majlis malam tu, terdesaklah jugak sebab mampukah daku memandu sambil ditemani kesunyian malam uhuk uhuk. Lagipun mata ni dah kalah dek silau. Kereta kat sebelah jauh dekat pon tak boleh nak beza. Kesian kan kan, Makcik sangat2.

Dah pikir punya pikir punya pikir maka menumpanglah ketua Audit yang sejadual ngan saya. Bukanlah tak biasa pon. Tapi Mokcik kan pemahlu hehe. Itulah sebab Mokcik terpaksa parking kat rumah dia. Tapi takper, itu en. Audit full of idea nak berceloteh. Saya tak payah cakap apa pon. Just tambah oooo, aha, ketawa2 skit, angguk2 skit dah memadai akakakaka cukup 2 jam sampai tempat meeting.

 Gambar ni sekitar majlis malam tadi. Majlis yang penuh emosional sebab bos besar sangat sayang pada orang yang nak bersara uhuk uhuk.

Makanan yang dihidangkan kalau nak diikutkan ok. Tapi lauk2 semua dah kejung sebab kena aircond lama sangat. Patah selera Mokcik. Saya leh jamah setakat tu jerk. Lepas tu dah tak dan dah.

Ini pulak desset yang boleh buat Mokcik menangis guling2. Ada yang kena bahan dek anak2 kalau tau Mokcik makan mender ni malam tadi. Lepas tu mesti dorang cakap makan roti canai mamak lagi sedap ma. Kalau korang sentap tak cuping telinga akakakaka.

Dalam perjalanan balik pon dah rasa bangga sebab makan sikit sangat tadi dan dah rasa diet giler tu. Agak2 esok leh turun sekilo dua tak hehehehe.

Masa perjalanan balik ni Mokcik agak struggle. Giler tak struggle, en. Audit cam dah hilang idea nak berborak. Kalau dia diam dan sampai ke JB takper gak. Buatnya dia diam lepas tu dia mimpi!!!!! Oh tidak!!!! Dahlah jalan dari Muar nak sampai ke tol Yong Peng Selatan tu jauh dan gelap gulita. Terpaksalah saya perah otak malam tadi cari bahan nak berborak. Dia pulak cakap sikit2 jerk lepas tu diam. Mokcik cari lagi bahan. Dia pon cakap sikit2 dan diam lagi. Akakakaka masa Mokcik jawab soklan periksa pon tak perah otak cam gitu tau.

Alhamdulillah akhirnya sampai.......dan dapat datang opis lagi hari ni hehe itu saja bye......nak sleep kejap time rehat zzzzzzzzzzzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...