MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, April 28, 2014

GANTIKAN ORANG

 
Haha telur ni takder kena mengena dengan cerita hari ni, masa nak upload tadi boleh tertarik plak gambar ni. Mehlah mehlah masuk sekali, ingat telur pon taknak glemer kat belog mokcik ker hehe. Tapi bagus gak ada bekas ni sebab leh tapis air basuhan telur tu. Bagus jerk air dia tos ke mangkuk tu hah hehe jimat masa Mokcik nak lap2 bagai.
 
Nak bagitau korang sebenarnya semalam Mokcik kat sini. Itu pon last minute kena gantikan orang. Maklumlah ceramah berbayar rugilahkan kalau tak berganti. Masa diberitahu pon Mokcik blur2 ni. Main pergi jerk. Entah kena buat apa kat sana pon tak tau. Tapi agak2 ada makan free kot pergi jerklah akakakakaka

Selfie ngan semua jelitawan LPP yang hadir. Dorang ni dah datang dulu. Dah takder orang baru cari Mokcik. Nasib ceramah best.

Adoiiii jauhnya. Tengok orang lain kuarkan hampon lepas tu zoom lepas tu kechek kechek. Mokcik pon sama ngikut kuarkan hampon, pon sajerk jer jari dok tarik kat screen phone tu, eh apsal tak boleh zoom ni? apsal? apsal? Lepas tu jeling kiri kanan ooooo hampon dorang mahal punya. Tarik hampon sendiri dekat2 kat muka, kang dorang tau hampon nko tak power....malu arrrrr huhu.

Susah2 sangat kita ambik jerk gambar kat bag goodies. Sama jerk gambar penceramahnya pon. Memang best arrr pakcik ni memang terbaik. Tak sanggup nak tinggalkan tempat duduk. Rasa nak terkucil pon kepit kan ajer haha.

Pukul 5 baru selesai semua. Hambek!!! Bila dah petang baru nak balik. Pukul 7 lebih baru sampai rumah huhu.

Sunday, April 27, 2014

RONDA KULAI

Sabtu lepas menggedik nak ronda2 Kulai.Giler rajin pagi2 buta pi hantar en. Suami kat McD Skudai tu sebab leh tumpang kawan dia pi kerja, kang pukul 1 saya ngan anak2 pilah ambik dia kat tempat kerja.

Pukul 3 baru sampai kat tempat kerja en. Suami lepas tu terus pi lunch dulu haha. Takper itu merangkap minum petang sekali. Kang nak lunch, minum petang, banyak duit nak keluar. Mana boleh jimat kan kan terror kan Mokcik cipta ayat cover ngeeeeee.

Pi makan ayam penyek kat area Kulai tu tengah hujan2 lebat. Budak ni tak nak makan. Lagipun saya dah nampak dia makan roti canai 3 keping pagi tu. Nak tengok movie jerk,sukatilah.

Budak ni mana boleh tak makan. Lepas 2 jam makan mesti gosok perut lagi. Semalam petang pon dah makan nasi ngan sup ekor sepinggan kat kedai Zaiton, lepas tu boleh dia mengendeng Mc Chicken en. Suami tapau masa jumpa kawan. 
 
Tu tiba2 buat muka sentap sebab Arfan mintak tab. Dah tibalah tu musim berangin dia. Dia terlupa plak musim taufan omak dia ni hah!

Nasi ayam penyek dah sampai nyumnyum. Tapi tak leh lawan gak kat pasar borong Pandan punya. Totap dihatiku.

Makan 4 pinggan. Sekor ayam dibelah 4. Gilor ngko! Kat rumah sekor ayam leh wat makan 3 kali masak hokey hahaha. Ayam tak abis bungkus bawak balik nanti boleh wat rencah nasi goreng haderrrrrr. Sampai rumah budak2 ni dah kirai wat ratah ayam tu. Pon tak habis jugak, tapi dah rupa cam haper jerk masuk tong sampah jugak.

Cik Mia I muuuaahhhh!!!!!

Sekian cerita ronda Mokcik kat Kulai akakakakakaakakaka

Tuesday, April 22, 2014

UBAT BEBAS DENGKI

Kita kan selalu rasa ada jerk orang dengki kat kita. Ada jerk orang selalu nak khianat kita kan kan. Pakailah mender alah ni supaya jiwa kita tenteram, hati kita tenang. Kalau tak tenteram pon, kalau tak tenang pon buat2 jerk ok sebab dah beli kan. Mahal tu! Makan sekeluarga kat kedai Zaiton pon tak habis duit banyak tu.

Mokcik kalau pakai ni kompon rasa tenang sebab nyamuk memang sangat suka ngan darah manis I ni, kengkadang orang lain relaks jerk yang Mokcik dah tergaruk sana sini sebab dah kena kiss ngan binatang durjana ini. Eh binatang ker??? Haha. Tapi serius hokey nyamuk memang sangat suka dengan saya!

Gambar ni kawan2 sekolah lama wassapp tadi. Hilang mengantuk jab bila tergelak. Kat Giant pulak tu. Alahaiiii betapa tak prihatinnyer....kalau kedai2 apek kat rumah2 kedai tu bolehlah nak dimaafkan errrrmmmmm.

Monday, April 21, 2014

INSTAGRAM

Errrrmmmmm apa erk nak citer kat korang sebelum balik ni erk erk. Haha nak gak cerita walaupun takder cerita akakakakaka. Saper2 yang terbaca jangan muntah heh Mokcik nak merapu ni haha. 

Hari ni tangan tergatal pi download instagram kat mobile. Lepas tu pening jab nak guna. Tapi kejab jerk. Try2 berjaya gak. Tapi dok bebal rupanya kat instagram tu boleh comment. Lepas 6 jam baru perasan ada orang komen kat situ akakakakaka. 

Sorrylah yerk Mokcik tak perasan. Mokcik ni kalau mender2 yang takder keperluan ni memanglah malas nak bermanja. Tapi dah alang2 en. Suami dah bagi hampon ni, mehlah kita buat dia rasa bangga yang apa diberi tu amat berguna kan kan.
Gambar pertama diinstagramkan hari ni. Uuuuuu memanglah mengantuk Mokcik lepas sattle sebungkus tadi. Terima kasihlah pada yang sedekahkan hari ni. Sebenarnya saya pon tak tau sapa yang bawak ni. Main bedal jerk ekekekeekeke.

Sunday, April 20, 2014

TANAH LIAT

Hari ni nak share ngan korang gambar bulan lepas. Sampai dah terlupa ada gambar cikgu tadika yang badan ada pax ajar cam mana nak wat orang dengan tanah liat. Apa erk orang putih panggil plastesin erh. Ejaan tu kalau salah tutup jerk dua belah mata sebab Mokcik malas nak google haha.

Sebelum tengok Captain America kat Melaka hari tu kan budak Mia dah pau Mokcik tanah liat tu. Dari ada 6 warna, sampai kat JB dah jadi 1 warna jerk. Dah bagi amaran main kat luar rumah jerk. Alas pakai kertas masa nak tenyeh ke lantai.
 
Sekali pak dia balik kerja terus ajak budak2 ni tenyeh kat lantai rumah. Ambooiiiiiiiii seronoknya main lenyek2 lepas tu tekap dengan acuan. Mokcik menyirap jerk tengok.

 Lenyek yang lenyek......mana tau dari 1 pax leh jadi 6 pax ker kan kan.

Eh semua nak tergolek



Inilah hasilnya yer anak2. Lepas dah siap semua bangun bawak diri dengan apak2 dia sekali. Sapa nak kemas ni????!!!!! Sapa nak mop lantai ni ???!!!!!!

Thursday, April 17, 2014

MAN KUEH

Hahahahha terperanjat tak korang bukak2 blog Mokcik nampak gambar budak yang asal dari kampung yang ritu kecoh sembur cat kat bas JDT. Lepas tu kutuk Mokcik kata apahal orang Melaka nak bising2 ni orang kampung dia nak gurau2 dengan orang Johor pon tak boleh. Ayat kongajor kan kan.

Mokcik sajer tepek gambar dia sebab hari ni birthday dia. Tapi langsung tak wish pon sebab kang macam2 permintaan Mokcik malas nak layan hahahaha. Tapi tetap doakan semoga kehidupan Man Kueh dilimpahi kegembiraan, sentiasa diberi kesihatan yang baik, sentiasa berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. 

 

Saturday, April 12, 2014

PREMIERA HOTEL

Jumaat hari tu ada kerja lagi kat KL. Arrrggghhhhhhhh kerja dihari cuti adalah sangat menyeksakan. Dengan semangat yang ala2 nak berlakon demamlah, nak berlakon sakit perutlah Mokcik seret kaki gak pergi. Tapi takper ia boleh dicover sebab dapat duduk hotel best. Premiera Hotel, kali ni ditaja oleh NAFAS.

Ada cerita bengang sebelum sampai hotel. Tulis siap2 kat kertas alamat hotel untuk tunjuk kat driver teksi. Boleh pulak pakcik tu taktau hotel tu. Siap call KCTM Pahang kak long tanya kat mana hotel. Dah bagitau dekat dengan Sogo sebelah bangunan MARA. Ini driver ingat Mokcik datang pakai selipar jerk leh duduk hotel cikai2 jerk ker. Boleh dia dah pusing dua kali kat Sogo tu tak jumpa2 jugak. Asiklah mata dia melilau kat hotel2 biasa kat situ. Bila meter pon dah RM20++ saya suh jerk dropkan kat Sogo mintak kak long jemput. Baik jer lalu bangunan MARA tu terus nampak bangunan tinggi tulis Hotel Premeira. 
"Ooooo kat sini". Baik jerk nko punya oooo erk! Lagi tadi dah cakap kat sebelah bangunan MARA nko leh masuk lorong lain pulak. Sekali Mokcik bagi penumbuk baru tau! Terus bayar lepas tu bla ala2 gaya orang kaya masuk hotel mewah akakakaka.

Muka bukan main ceria walaupun kepala mabok. Mokcik mana ada kenderaan yang tak buat mabok. Naik kereta pon mabok, bas pon mabuk, flight pon mabok, kalau naik feri kompom lagi mabok. Orang macam saya ni leh dok dalam hutan diam2 jerk jangan kuar2 baru kepala tenang haha.

Katil dah bekembur sebab sampai2 jerk terus berenang kat katil untuk hilangkan rasa mabok.



Hotel ni classlah sikit berbanding dengan hotel2 yang kitaorang duk sebelum ni. Lagipun ni hotel baru kot. Sebab furniture dia semua masih dalam keadaan baik. Paling best ada iron siap kat dalam bilik. Tak ler Mokcik pi mengiron kat bilik belakang hotel sambil seriau jerk pandang kiri kanan.

Lepas tu jakun dok sarung baju ni sambil sarung selipar untuk ambik gambar nak send kat laki.

Cafe dia punyalah besar. Makanan berlambak sana sini. Saya ambik gambar banyak sebenarnya kat sini tapi semua goyang sebab malu haha. Kompom orang kata jakun minah ni ntah kuar dari solok mana pon tak tau haha.

 Dah macam telur dinasour haha.

Tapi banyak2 makanan, Mokcik just makan bubur nasi tu ngan telur separuh masak 2 biji jerk. Taknaklah nampak jakun sangat kan kan haha.

Bergambar sat dengan Anis KCTM Trengganu. Belah Mokcik 2 baru sama dengan besar Anis uwaaaaaa.

Taklimat bermula kat bilik meeting hotel yang bergaya moden kat tingkat 25. Pemandangan kat luar punyalah tinggi nampak bumbung bangunan jerk.

 Minum pagi.


Lunch pon ada banyak sangat hidangan. Pening paler tak tau nak telan apa. Perut pulak masih kenyang. Ambiklah jugak nasik sesenduk, ikan merah masak asam pedas, kerabu perut, kobis goreng, ayam tandoori, ikan masin, sambal belacan, budu. Makan kasi licin jangan membazir.

Dessert ni bukan saya punya tapi kak long. Tapi saya tolong habiskan tang buah tembikai tu.

 Sebelum balik kena ABC dulu. Leh letak sesuka hati nyumnyum.

Sebelum balik pi sembahyang dulu kat surau hotel. Bawak bagpack jerk sebab kerja just sehari. Apsal nampak gemuk pendek sangat ni? Ayat terlupa diri.

Sebelum tu kak long ajak pi Sogo dulu merembat apa yang patut. TNT dah masuk jom kita habiskan ngehngeh. Lepas tu kak long ajar naik LRT pi TBS. Cuma RM1.70 sahaja. Ketawakan diri sendiri semalam kena RM27.20 akakakakakakaka.

Nampak tak awek ayu pakai baju biru tu? itu kak long sebab nak pi Pekeliling. Lepas tu kak long asik SMS tanya ok ker idak Mokcik ni hahahaha.

Sampai kat JB dah malam. Terus ajak semua dinner kat restoran baru Wak Radol. Giler mahal kat sini. Last lah Mokcik pegi huhu.

Monday, April 7, 2014

KENDURI DAN DINASOUR

Mari kita tepek gambar aktiviti Sabtu lepas. Takder yang menarik pon. Tapi sebab dah ada gambar, gambar pulak nak cuci mahal sekarang ni, kalau cuci pon kang bersepah2 jadi mainan budak2 ni. Nak masuk dalam album??? Ader ker orang simpan gambar dalam album sekarang ni huhu. Album lama kat rumah tu pon dah berbukit tak tau nak simpan celah mana. Oleh yang demikian kita tepek jerklah gambar kat sini. Boleh refer balik nanti2. Omak den kek kampung tu pun leh tengok anak cucu dia buat mender duk jauh2 hah.

Setiap hari Sabtu en. Suami saya kerja setengah hari. Tapi biasanya dah petang sangat baru balik. 1 hari dalam sebulan dia dibenarkan bercuti sebab jam kerja pada hari tu dah dipindahkan pada hari2 yang lain. Minggu lepas, en. Suami ambik cuti tu sebab bapa dia nak datang JB. Lagipun penjaga lama Mia buat kenduri kahwin anak sulung dia. Maka Sabtu lepas dapatlah kami bersama2 menghabiskan masa hujung minggu.

Inilah pengantinnyer. Anak Mak Siti yang perempuan tu tapi lupa nama. Saya panggil kak long jer hehe.

Mia jumpa balik BFF dia Raihan. Budak ni setahun tua dari dia. Dulu Mak Siti jaga dia jugak. Tu yang kamceng bukan main. Dulu masa belum sekolah, parent dia biarkan rambut dia panjang. Tapi bukan panjang ke bawah, tapi macam rambut Hafiz AF tu sebab kerinting habis.
 
Alaaaaaa gambar ni kabur pulak.

Menawan senyuman anak dara Mokcik. Gigi depan Wafiy dah gugur sebatang hehe. Dah darjah dua baru start gugur.

 Suka tengok Raihan dan Mia posing. Comel!

Lepas tu terus pi Pasir Gudang melawat mak mertua kat rumah abang ipar sat. Mak mertua baru lepas operate kecil untuk keluarkan air lebihan kat buah pinggang kiri. Alhamdulillah semuanya selamat. Sebelum sampai singgah bergambar sat kat tempat ada replika dinasour ni. Tapi yang kat bawah ni dah tak berjaga. Dinasour dia dah banyak yang cacat. Lupa pulak nak ambik gambar dinasour kat atas bumbung bangunan tu. Ada 4 ekor tapi dua dah terbalik.

Saya tak keluar pon sebab tengah pangku tuan puteri beradu. Posing dalam kereta jerklah.

Lepas tu Wafiy sibuk nak bergambar dengan Dinasour besar dabak tu. En. Suami pi melayan pilah menapak dengan Wafiy. Arfan lek jerk dalam kereta tak kuasa nak buang lemak. Omak dia???? Lagilah kalau boleh nak berdengkur sama dengan Mia lepas dah kenyang makan nasi jagung yang sedap giler kat rumah Mak Siti tadi.
 
Masa kat kereta tadi dah cakap dah....tak payah pi dekat sangat nanti tak nampak dinasournyer. Kan nampak perut dinasour jerk tu haha.


 Gaya tak menahan.
Pak pon nak gambar jugak. Haha kepala dinasour takder.

Ni gambar masa dah balik dari rumah abang ipar. Tuan Puteri dah bangun. Nak jugak bergambar. Menapak lagi pergi kat dinasour. Pak jugak pi layan. Omak nak kuasa!!!

 Nampak dua ketul budak bawah dinasour.

 Kat sini pon nak gambar jugak. Pak layan lagi haha. Ini gaya sopan yer adik2.

 Ini pulak gaya kurang sopan tapi masih terkawal ngehngeh.

Masa ni agak kelakar. Wafiy nak bergambar kengkonon dinasour gigit kaki dia.


Sekali Mia pi tarik kaki Wafiy sampai susah dia nak keluar. Wafiy dah mengamuk2 sebab kaki dia susah nak tarik balik.

Mia dah gabrah ingatkan dinasour tu betul2 gigit kaki Wafiy. Muka dah pucat haha.

Sekian takder penutup macam selalu haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...