MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, December 30, 2013

KAT MELAKA HARITU

Krismas hari tu balik Melaka sebab nak ambil Arfan yang dah sebulan lebih kat sana. Saya ambil cuti dua hari selepas tu sebab nak beli keperluan sekolah dorang sekali. Hehe tahun ni lewat skit bersedia sebab rasa macam barang2 lama masih boleh pakai kononnya haha. 

Ni gambar kat tepi Graha Maju. Adalah playground sejemput untuk kanak2 melepak sementara nak tunggu mak pak buat urusan2 dunia. En. Suami singgah nak bayar saman kat sini sebelum nak pi beli kasut sekolah kat Jusco kat tepi taman ni. Haha main tepi2 plak. Kat playground tu ada Wafiy tengah main. Saper rajin leh carik. Kalau tak rajin pon takper. Takder hadiahnyer haha.

Inilah Graha Majunya. Mokcik baru tau tempat bayar saman menyaman majlis kat Melaka ni kena sattle kat sini. Bukan Mokcik yang kena saman, Pokcik pon tak kena saman. Tapi bos anjer Pokcik mintak tolong bayarkan saman dia masa bercuti kat Melaka hari tu. Saman parking RM50. Tapi hulur RM30 jerk boleh!! Pekerja berhemah cakap, takper...nanti boleh mintak lagi RM20. Baik kan laki Mokcik. I lap U.
 
Bawak sekali budak rambut sarang tebuan ni. Kalau tak bawak, takut salah pilih saiz kasut. Payah plak nak tukar2 nanti. Cik Mia tertidur kat rumah puan Mak. Cepat2 kitaorang berdezup naik kereta. Bawak dia kang macam2 dia paw nanti.

Bila rambut dah macam ni, nampak kepala dah lebih besar dari badan haha. Kulit pon dah warna ubi bakar sebab dok ngekor mak2 sedara mandi pantai. Lepas tu asiklah merengek tak nak duduk taska. Nak duduk rumah sendiri jerk lepas balik sekolah. Boleh cayerlah tu huhu.
 
Kat depan seberang jalan Graha Maju ada plak Melaka Mall. Wah kalau Mokcik kerja kat sini mau pokai tengah2 bulan ni. Kiri shopping, depan shopping  wahhhhhhh bahagianyerrrrrrrr.

Sattle bayar saman. Bukan main posing bila nampak Mokcik nak ambil gambar haha. Lepas tu terus pi Jusco cari kasut sekolah. Lepas dah sattle semua, teringin plak nak pekena ais jagung kat Klebang. Esoknya dah balik Johor. Ngences plak tak dapat. Tapi kesian plak kalau tak bawak si kenit Mia tu. Terus telefon puan Mak suh bersiap sementara nak tunggu kitaorang balik ambik. 

Tempat ni serve dia cepat. Tapi bila dah petang2 sangat, banyak menu yang dah sold out. Redha jerklah dengan apa yang ada. Ais yang Wafiy punya tu still terlupa nak tengok nama dia haha.

Mia dengan Mak Busu. Puan Mak cerita, masa cik Mia bangun langsung tak cari kitaorang. Terus jerk dia keluar rumah pi main ngan sepupu kat depan rumah. Puan Mak diam kan ajer takut dia mengaruk haha. Lepas setengah jam dia balik, terus jer pi mandi lepas tu pi cari baju sendiri dan pakai. Lepas tu pi cari sepupu2 dia balik. Kata Puan Mak, cik Mia ni kalau kitaorang takder pandai jaga diri sendiri. Tapi kalau kitaorang ada, dia mengada lebih.

Dan akhirnya ais kegemaran Mokcik tiba. Sedut sampai ke titisan terakhir. Kalau ngences jugak tak taulah kan kan haha.

2 comments:

maszull said...

assalamualaikum ...selamat tahun baru yer...:)

Azlina bt. Azis said...

selamat taun baru kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...