MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, December 28, 2011

MEH SECEWEN



Nak citer sikit kisah agak lucu pagi tadi. Macam biasa, setiap pagi saya akan buat breakfirst for my kids n hubby. Hari ni sempat goreng nasi dan nugget serta air nescafe. Bila dah siap2 dan nak pergi kerja, tengok kat dalam jug, ada lagi air nescafe dalam secawan. Teringat pulak pada Eco Bottle 500ml yang saya dapat dalam beg goodies masa hari keluarga hari tu. Memang berangan nak rasmikan. Bangga giler nak tunjuk kat orang. Botol ni ada kat seluruh dunia, tapi hanya ahli KSK LPP dan PPN Johor ajer ada stiker hari keluarga kat tepinya. "Korang ada ???? Hahahaahha."

Kebetulan pulak en. Suami kata air tu agak manis. Jadi ada can nak minum panas skit kat ofis dengan bergaya. Air tu terus saya curah kedalam botol tu. Hajatnya, nak tambahkan air panas RO yang disediakan IPP. Bila sampai ke Ofis, saya terus melangkah menuju ke blok asrama IPP yang ada RO water tu. Dengan amat yakinnya, saya terus tarik paip yang warna putih. Dalam berangan2 tu, tangan ala2 tak bedung ni tergegar dan air dari paip tertumpah ke jari. "Adududududud...errrkkkk." Tetiba malu sendiri. Kenapa sejuk jerk air ni. Lorrrrrrrr baru perasan, paip putih tu untuk air sejuk, paip merah kat sebelahnya untuk air panas. Lepas tu terus blah senyum2 sendiri. Melepas nak minum air nest panas pagi tu. Masuk ofis, terus masukkan kat dalam fridge. Pekena nest sejuk tengahari ni yerk...."meh secewen!!!!!"

BACKGROUND

Rasa ada yang tak kena ngan background blog ni. Cam bertindih2. Macam mana nak buang erk ?? Ada sapa boleh bantu ?? Saper yang dapat bantu dan berkesan...akan dapat mystery gift. Tolong2

Monday, December 26, 2011

Wonderland Theme Park Melaka

Thanks kepada Kelab Sukan dan Kebajikan LPP Johor (KSK LPPJ) kerana memberi peluang kepada ahlinya masuk tempat ni secara PERCUMA!!!!!!! yeyyyyy best sangat2. Tapi yang tak bestnya, tak dapat nak ambil gambar banyak2 sebab hujan tak berhenti2 dari pagi sampailah ke petang. Telefon i yang canggih tu menginap di dalam kereta sepanjang hari tu. kamera D90 abang Ajid pon tak boleh nak nolong.....huh!!!. Jadi entry kali ni syok tanpa gambar jerklah yerrr....
Pagi tu full dengan majlis perasmian, cabutan bertuah (ada samsung galaxy tab tu...tapi tak bertuah macam biasa) dan mesyuarat agong.
Boring dengar ucapan lama sangat, saya ajak dorang bergambar sebelum handphone ni en. Suami simpan kat dalam kereta.
Selingan dari itu, dapatlah saya bawa balik goodies bag warna purple dari KSK LPPJ dan PPNJ yang full 3 botol air mineral Peladang, 3 plastik roti coklat, 1 kotak biskut n 1 eco bottle 500ml tupperware yang dibeli dari team saya (bukan dari saya terus yer...harap maklum.) Saya jugak dapat cabutan sandwich maker (walaupun tak dapat Samsung Galaxy dapat sandwich maker pon oklah jugak dari dapat gelas orang kawin akakakaka.) dan RM50 sebagai wang kehadiran mesyuarat agong.
Makan pagi hari tu ialah nasi lemak, air mineral dan epal. Makan tengahari pulak, nasi ayam dan air milo kotak. Makanan pon best.....tapi tak cukup sebab cuaca sejuk...lapar jerk memanjang. En. Suami ajak saya meluncur kat mender alah ni. Walaupun seram2 sejuk dibuatnya saya ikutlah jugak sebab kesian kat dia takder regu. Kebetulan pulak Mia tidur dan ada mak yang nak menjaga. Pehhhhhhhhh!!!!!!!! Lepas sampai ke bawah, saya pandang en. Suami, "Lepas ni, ajak Arfan jerk yer. Saya dah kena darah tinggi ni." Sumpah mati saya takkan naik lagi tempat tu.









Arfan, Wafiy n Mia berendam kat kawasan ni hampir 3 jam selepas puas main kat kolam besar yang ada ombak tu. Sampai menggigil2 dan tangan dah kecut2 pun tak ingat nak naik lagi. Xpecially Arfan. Mia dan Wafiy sempat tidur walaupun dititik dek hujan lebat, Tapi Arfan tetap gagah memanjat, melompat, menggelonsor dan menyelam. Akhirnya kami meninggalkan juga tempat tu sekitar pukul 5 petang. Semasa melangkah keluar, Arfan bertanya " Bila lagi kita nak pi sini erk ??? tak puas arrr." Huhuhuhu pengsan mama.



Berada di Wonderland Theme Park Melaka adalah antara pengalaman terindah saya kerana dapat menghiburkan anak2. Selain itu, TEAM saya juga dapat bekerjasama menjayakan hari keluarga ini dengan edaran 750 biji eco bottle 500ml kepada semua ahli. Saya amat2 berterima kasih kepada KSK LPP Johor kerana memberikan kepercayaan kepada TEAM dilse E'La. Inilah kenangan terindah kami...Muahhhh5 hehehehe.

Multi Dispencer

Sebelum ni saya ada citer nak pi family day kat Wonderland Theme Park Melaka kan, hehehe dah selamat balik pon. Entry yang ini belum nak citer pasal tu. Tapi nak citer pasal bekas Multi Dispencer yang saya guna untuk masukkan jajan sebagai penghilang mengantuk sepanjang perjalanan ke Melaka. Inilah bekasnya....warnanya merah memikat dan boleh sumbat 3 makanan kering serentak sebab ada partition kat dalamnya. amat sesuai diletak didalam kereta sebab tak mudah tumpah walaupun tanpa penutup sebab ada satu lagi cover putih berlubang kat dalamnya.Kerepek pisang, maruku dan keropok paip. Tu semua favorite anak2 dan en. Suami serta saya juga. Semua pon boleh masuk sekali tanpa bawak banyak2 bekas. Best kan !!!!! Tengok....kuantitinya pon tidak terlalu sikit dan terlalu banyak. Cukup2 untuk hilangkan mengantuk semasa drive.









Inilah penutup putih yang saya bagitau tadi. Tujuannya adalah untuk menghalang makanan yang lain tertumpah semasa kita dok hayal mengerjakan yang 1 bahagian.



Masa perjalanan balik pulak, saya beli biskut ala2 chipsmore yang timbang kilo punya. Biskut tu pon saya sumbat jerk dalam bekas ni. Memandangkan semua kerepek pisang, maruku dan keropok paip ni dah sold out, saya keluarkan partitionnya. Belum sampai JB, biskut tu dah licin. Errmmm menyesal plak tak borong banyak kat Family Store Batu Berendam hari tu....

Thursday, December 22, 2011

Happy Birthday to all my love








Hari ni takder birthday saper2 pun dalam family saya. Cuma nak kongsi gambar cake yang saya tempah haritu. Tapi tulis Happy Birthday kat atasnya untuk Arfan, Wafiy dan Mia. Hajat asal nak suka2 ngan family belah mertua sebab Ojai bertunang pada hari Ahad lepas 18/12/2011. Pastinya semua ahli keluarga en. suami balik kampung.

Team kami sampai di kampung petang Sabtu, kat rumah takder saper pun. Dorang sumer keluar untuk cari kelengkapan pertunangan esoknya. Wafiy dah tak sabar2 nak potong kek. Suruh tunggu malam pun x nak jugak. en. Suami dan Arfan dah menyirap jerk dengan perangai Wafiy yang sudah mula mengaruk.

Malas nak dengar Wafiy bising2, saya pun ambil kek tu suh dia potong. Takder nyanyi2, takder tiup2 lilin, takder horay2.


Ini lah keknya...Boboiboy!!!! gambar Mama n Baba pon ada. Taknak terlepas sama akakakaaka. Saya tempah dari kawan. Rasanya memang marvelossss... Kalau korang nak try kek dia boleh add fb Fieza Nizam Kyokhafiez dan tempah.
Tengok tu buat muka tak bersalah.....Arfan bengang jerk bila saya layankan perangai budak ngaruk tu.

Masih boleh sengih2 lagi. Arfan cakap, "Abang Ngah tiup sendiri, potong sendiri, makan sendiri...takder masa orang lain nak nyanyi."

Pujuk2 Arfan suh ambil gambar kenangan. Arfan pandai posing macho lerrrr...

Giliran Mia pulak. Tapi anak dara ni tak minat arrr potong kek. Tak heran pon dia. Terus blah wat hal sendiri. Tengok muka en. Suami.....huh takut lerrrrrrr.

Lepas dah kenyang, terus wat hal sendiri. Aiiiii lah anak.

Wednesday, December 21, 2011

FREEZER MATE



Hari ni dah hari Khamis. Esok malam dah bertolak balik kampung dengan tujuan menghadiri Hari Keluarga LPP. Tahun ni, KSK sambut di Melaka Wonderland Melaka. Ini namanya sambil menyelam minum air hehehehe. Jadi, malam tadi nak tak nak kena gak pi beli barang dapur. Taklah nanti lupa diri kat Melaka. Duit dah habis, dapur kering kontang.



Masa berbelanja, seperti biasa saya akan ambil sebungkus nugget FarmBest yang memang best. Itulah sarapan untuk anak2 selang beberapa hari dalam sebulan sebelum pergi sekolah. Tapi, pada hari cuti biasanya saya akan sediakan sarapan yang agak berat.



Apa yang nak saya ceritakan hari ni ialah cara saya menstokkan nugget berkenaan. Biasanya sekali masak saya hanya akan goreng dalam 10 biji sahaja. Pagi2 anak2 tak makan banyak, tapi mesti ada sesuatu untuk dimakan.



Dalam satu bungkus jika sekali goreng 10 biji, maknanya saya boleh bahagikan dalam 4 bahagian. Itu pun adalah terlebih beberapa biji. Jadi, saya suka mengasingkannya didalam bekas freezermate yang ngam2 jumlah berkenaan. Sebabnya, setiap kali hendak memasak, malam sebelumnya saya akan turunkan 1 bekas berkenaan ke ruang penyejuk dibahagian bawah peti ais. Bila saya lakukan pembahagian berkenaan, bahagian2 yang lain yang tidak dimasak pada hari itu akan kekal beku dan tahan kesegarannya. Pernah tak anda terfikir perkara berkenaan ? Kalau belum....baik bertindak sekarang. Ia akan memudahkan proses memasak anda...percayalah.






Bekas freezemate ini juga memang dicipta khas untuk tujuan sejuk beku. Ia memudahkan proses pembekuan dan pengembalian ke suhu bilik.






Tengok, selain itu...freezer saya juga kelihatan bersih, kemas dan bergaya yessssssssss I LOVE FREEZERMATE.

Tuesday, December 20, 2011

JOHOR PREMIUM OUTLET

Assalamualaikum.....sejak akhir2 ini bila ada kerja luar ajer, hari esoknya mesti rasa lemau semacam. Mudah penatlah sekarang ni. Tepatlah kiranya kiraan dorang masa wat healthy checkup kat TUPPERWARE BRANDS CARNIVAL di Danga City Mall haritu. Nak tau tahap kecerdasan saya bersamaan orang yang berusia 43 tahun. Adoiii....tuanya huhuhu sedih mokcik.


Semalam saya ada meeting akaun di PPK Parit Raja. Habis dalam pukul 2.30 gitu. Dalam perjalanan balik, singgah 2 tempat. Tapi rini saya nak cerita sikit tempat singgahan kedua yang kami ambil masa kurang 10 minit untuk lawatan itu.




JOHOR PREMIUM OUTLET.....




Sebelum ni banyaklah cerita yang menggambarkan yang tempat ni jual benda brandard yang dah lama2, lepas tu harga pulak mahal nak pitam. Tapi........aper ke jadah parking full pada hari bekerja ??? Saya lupa nak ambil gambar kereta yang sesak kat sana. Lihatlah betapa dasatnya orang Malaysia ni, pantang ada tempat baru dibuka. Khabarlah kat dorang kat sana mahal ker, barang dah lama ker, ada hantu ker....mereka tetap pergi jugak. Tak kira ngan family, kawan2 atau rombongan. Asalkan lepas tu mereka boleh cakap ' aku dah pernah pergi tempat tu '.


Yang paling kelakarnya...ramai Singaporean yang cakap barang kat situ lebih mahal dari tempat mereka. Tapi....cuba korang singgah, berapa ramai orang dia yang pergi ke sana. Pada hari bekerja pulak tu.


Hajat kami nak singgah sebentar untuk cuci2 mata nampaknya terkubur dek gara2 takder parking. Kalau ada pon dekat2 ngan gate keluar. Tak kuasalah nak menapak masuk. Tapi masih ada hajat untuk pergi. Mungkin dengan suami dan anak2 nanti. Maklumlah saya pon orang Malaysia dengan jiwa 1 Malaysia. 'Weiiii aku pon dah pegi lerrr JPO tu....' hehehehe

Wednesday, December 14, 2011

SYOK SENDIRI

Akakakakakakaakakakaka macam nak pecah perut ketawakan diri sendiri hari ni. Apa taknyer, beriya2 dari semalam dok promosi YES 2011, ghupernyer album tu leh diaccess oleh saya seorang sajer. Tah macam mana tangan ni leh terpilih only me. Nasiblah ada en. Hirzam Ahmad Hanafi selaku senior Juruteknik aka penglipur lara bos IT datang membantu dengan keadaan yang penuh dramatik adanya. Akhirnya, semua orang bolehlah cuci mata dengan item2 yang terpilih untuk YES 2011. Paling tak pon leh cuci poket, dengan baki2 duit yang ada. Hahahahahaha. Okeylah jangan buang masa lagi, meh bukak album YES 2011 kat facebook saya. Kalau belum add, meh add Azlina Azis N Tuperware segera. Ini adalah kerana item2 yang ditonjolkan adalah terhad, saper lambat jangan nak cebik2 muka macam puan Fauziah Ahmad yerrr. Ahaks...

Tuesday, December 13, 2011

YES 2011

Jangan ingat kat shopping complex ajer ada YES ni. Kat dilse E'La pon ada tau. Tetapi, anda perlu add saya di facebook anda jika nak tahu apa yang dioffer untuk Year End Sale tahun ini. Bila ada sebarang soalan boleh tanya terus. Jangan malu2. Kerana semuanya akan menyemarakkan lagi suasana.
Puas jugaklah nak mencari harga terbaik untuk anda semua supaya anda dapat harga murah dan saya tidak bankrup. Hahahahahaha. Harga semua ada diskaun antara 20% ke 40%. Yang paling menarik, setiap pembelian pada 15 - 31 Disember 2011 akan menerima small snowflake sebijik secara percuma dari saya jika berbelanja RM100 dan ke atas. WAHHHHhhhh giler punya menarik kan !!!! Jangan tunggu2 lagi. Meh add saya, azlina azis N Tupperware. MMuahhhhhhHHH!!!! gediks skit hahahaaaa



Monday, December 12, 2011

PURPLE LAGI........

Assalamualaikum...




Hari ni saya nak tunjukkan koleksi purple saya lagi kepada anda semua...saya amat teruja kerana memilikinya. Saya memang mengilai PURPLE tahun ini. I LOVE PURPLE!!!!!
.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


JENG JENG JENG..............


Yehaaa.....inilah barangnya. Amboi!!! mencebik nampak. Kenapa ?? Dah biasa tengok ?? Cuba perhatikan betul2, yang anda semua biasa tengok adalah warna oren, kuning, merah dan hijau. Warna sebegini confirm sesekali jerk terlihat. Untuk memiliki salah satu eco bottle 500ml warna sebegini, anda perlu membeli 2 set eco bottle 500ml. Ia bersamaan 8 botol. Anda akan terima salah satu botol ini dengan percuma.Nak tahu berapa harga untuk 2 set itu ? RM129.60. Sanggup tak ?? Mestilah sanggup....sebab saya telah buktikan. Tetapi.....kalau masih berkira-kira lagi, saya pulak jadi x sanggup melihat anda. Dapatkan jerklah dari saya RM16 satu. Tapi, jika anda ambil 2 saya bagi RM30. Harga yang hebat bukan ?? Jangan tunggu2 lagi sebab stok amat terhad. Dapatkan untuk anda dan keluarga sekarang dengan SMS saya di no. 013-7092169 yer....ahaks

Sunday, December 11, 2011

Arrggghhhhh lambat sudah....

Hari ni, punch card jam 8.34 pagi. Huhuhu...sumer ini gara2 bebudak main PS2 tak hingat dunia. Tah tidur pukul berapa. Pagi2 kejut, bukannya main liat nak bangkit. Lepas tu demand itu ini. Bila masuk keta dah pukul 7.55 pagi. Tapi kalau ikutkan, masih boleh kejar masa lagi. Sebabnya, sekarang kan cuti sekolah. Jalan very2 clear. Tapi.......gggrrrrrhhhhhh!!!!! bila sampai rumah pengasuh Mia, baru teringat susu dah habis. Tension betul. Sabtu dan Ahad membuatkan Isnin pelupa. Hahahaha tetiba Sabtu, Ahad dan Isnin plak yang jadi mangsa erk... Aku memang PELUPA. kengkadang agak kronik. Oh ya, bila sentuh bab PELUPA ni nak celahkan kat sini skit. (Pada mana2 kengkawan yang saya terlupa cakap TERIMA KASIH. Saya mintak maaflah banyak2. Tapi kalau itu punca orang nak menyakat saya untuk gelak saya terima dan kalau itu punca orang nak cari pasal ngan saya pon saya terima.) Uiitttt berdrama pulak hehehe.




Berbalik pada cerita kat atas, saya dengan perasan panas sendiri pon terpaksa memandu balik kerumah. Oleh kerana tahu sangat punch card hari ni confirm merah, saya ambil masa seketika mengambil gambar susu Nan2 yang saya sumbat kat dalam bekas Tupperware large square round. Bekas ni boleh memuatkan susu sehingga 1 kg dan sangat jimat space almari. Korang dah ada ? Hehe kalau takder meh SMS saya di 013-7092169 yerkkk ahaks.











Monday, December 5, 2011

Bila penutup x fit kat bekas

Assalamualaikum...



Pernah tak terjadi tiba - tiba penutup bekas Tupperware anda tersasar saiz dari badannya... sebagai penjual, pada mulanya saya menjadi cuak bila keadaan ini terjadi kepada customer. Mereka mengadu, bekas mereka tidak boleh ditutup dengan penutupnya. Adoiiii....mau tak gelabah !!!! Tapi setelah diberi tunjuk ajar oleh upline, baru saya faham kenapa situasi ini berlaku. Semasa kita belajar sains, xpecially fizik dulu...kita pernah diterangkan bagaimana sebuah jambatan itu dibina. Penyejukan dan pemanasan suhu cuaca diambil kira semasa pengukuran sesebuah jambatan dibina. (betul ker istilah yang digunakan ni yerkkk hehehehe) Tapi begitulah lebih kurang maksudnya. Keadaan ini sebenarnya untuk mengelakkan jambatan meretak kerana proses regangan dan pengucupan hasil suhu yang berubah - rubah. Bekas Tupperware jugak dicipta dengan mengambil kira perkara yang sama, boleh berinteraksi dengan suhu. Keadaan mengecut sedikit akan terjadi bila suhu menurun dengan banyaknya. Tetapi akan kembali seperti sediakala bila suhu kembali normal. Ia dicipta begitu supaya bekas milik anda tahan lama dan selamat digunakan.



Masalah ini sebenarnya jarang berlaku, kerana pengecutan dan regangan yang terhasil tidaklah begitu tinggi. Tidaklah seperti yang berlaku kepada mr. hulk. Siap bertukar hijau lagi hehehe. Tetapi, jika ia agak tersasar juga..meh ikut cara ini.



1. Didihkan air...biasanya saya guna kuali jerr.



2. Bila air mula mendidih, tutupkan api. Masukkan penutup bekas yang mengecil.






3. Selepas seketika, ketika masih panas, angkat penutup berkenaan dan terus acukan kepada bekasnya. Biarkan ia kembali ke suhu bilik.4. Tadaaaaa........

Thursday, December 1, 2011

2nd day for December 2011

Semalam, en. Suami request dibawakan bekal untuknya ke Eon Kulai pada hari ni. Katanya, dia kerja seorang diri. Bos cuti. Jadi, takleh kuar lunch. Errmmm apalah nak dilodeh untuknya. Bukak peti ais, ada tinggal daging beku hari raya korban sahaja. Idea paling mantap yang terfikir ketika itu hanyalah daging masak sambal jerk. Sebab banyak barang dapur yang dah habis. Belum sempat nak berbelanja barang dapur lagi akibat cuti balik kampung minggu lepas. Resultnya...ini sajerklah yerk en. Suami.

Daging masak sambal yang ditumis menggunakan Tupperchef Fryer

Lepas tu bekalkan nasi dan daging masak sambal tadi dengan mangkuk tingkat TUPPERWARE hijau memikat ini.
Canggihhh beb !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...