MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, October 5, 2009

Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin

Lamanya aku tak update blog, dah nak 2 bulan rupanya. Maklumlah, semenjak handphone aku ilang awal puasa ari tu... sampailah handphone hubby gak ilang 1st raya ari tu.. aku cam takder semangat nak update blog ni. Sebab tak boleh masukkan pic. Kamera ader... tapi malas laks nak beli bateri. Itulah aku.. masa takder.. bekobar2 nak beli, bila dah ada terperuk jer barang tu...

Dalam bulan raya ni jugak aku dah pun jual kancil aku pada Adik. Sedih tul rasanya cam nak menitik air mata. Kancil tu kenangan terindah aku dari dapat lesen hinggalah membawa rezeki2 tambahan untuk aku sekeluarga. Tapi terpaksa pasrah untuk membesarkan anak2.

Tadi aku gi lagi ke JP Perdana untuk sattlekan tuntutan pembayaran rumah yang belum selesai2 lagi. Geram tul aku...orang beli rumah dapat duk rumah baru, aku beli rumah dapat bala baru. Dahlah aku kehilangan hak sebagai penjawat awam melalui pinjaman perumahan, ini nak tanggung kerugian lagi untuk bayar balik apa yang government dah bayar kat developer. Aku cuba minta dapatkan bantuan NCCC dan Jabatan Perumahan Negara. Cam nampaklah ada movement skit walaupun aku still tak nampak ada pembayaran dibuat lagi. Semalam, developer tepon minta aku sign lagi satu perjanjian minta bayar pulangan insuran pada dia bukan pada pembeli lepas sumer pembayaran dibuat sebab dia yang sattlekan semua pembatalan. Developer jugak berusaha untuk membuat pembayaran sebanyak RM5000.00 start Oktober ini. Aku harap - harap betullah semua ni sempena kelahiran baby aku ni. Aku dah tak sanggup menanggung sumer ni...Nasiblah hubby dah beli rumah flat sebelum ni.. dapatlah kami stay anak beranak.

Sunday, August 16, 2009

Alahaiiiii penyakit.....

Hari selasa lepas...badan Arfan panas semacam. Aku suruh hubby ambik cuti bawa dia gi hospital. Afternoon aku lunch dengan dorang, hubby citer Arfan nangis bila kena ambik darah dan cakap tak nak datang lagi kat situ sebab doktor dia sumer jahat. Alhamdullilah... Arfan demam biasa jer. Malam tu Arfan siapkan sumer homework dia yang tertangguh seminggu sebab nak sangat gi sekolah esok. Dia kata teacher tak pegang pun dia, jadi...teacher tak taupun dia tu demam lagi sambil merayu2. Sebenarnya aku tau...dia dah rindu sangat kat kengkawan tu...














Ini pic Arfan tengah siapkan homework dia. Tapi yg menarik tentang gambar ni ialah ada hanger kat sebelah. Itulah teman baik baba setiap kali ngajar. Tak kiralah Arfan sihat ker...sakit ker... sesah tetap sesah. Aku ingat kalau dulu bapak dia buat cam tu, dah jadi menteri kot laki aku ni.

Malam tu jugak, hubby ngadu kat aku badan dia macam nak demam. Pagi tu, badan dia dah panas. Dia cuti lagi, kali ni bawa diri dia pulak gi ambik darah kat HSA. Yang kesiannya, doc tak kasi mc kat dia. Geram betul aku, panas macam water heater tu pun tak dapat mc ? H1N1 tul punya doktor.

Balik dari kerja, hubby yang baru ambik Arfan cakap sekolah dia tutup khamis dan jumaat. Ada budak dah kena kot ??? Risau pulak aku. Arfan pun bengang tui, baru sekolah 1 hari dah kena cuti lagi. Alahai....nak tak nak terpaksalah tumpangkan kat rumah babysitter Wafiy.
Hari sabtu, badan Wafiy pulak dah panas. Tapi aktif bukan main. Malam tadi dia kena batuk2. Alaaaaahhaaaiiii. Aku tengok mulut dia merah betul. Kalau hari ni tak kurang gak esok, kena bawak gi hospital pulak. Alahaaaiii penatnya....

Sunday, August 9, 2009

kuih lagi....kuih lagi




B. Sweet Diyana
50 keping - RM20.00







Snowy Oats Crispie
50 keping - RM18.00







Singapore Tart
50 keping - RM20.00







B. Samperit Twins (pink)
50 keping - RM18.00







B. Choc. Spanish
50 keping - RM18.00







B. Sweet Rozie
50 keping - RM18.00







B. Triangle Ixora
50 keping - RM18.00







B. Smarties Avanza
50 keping - RM18.00







B. Nestum Suji
50 keping - RM18.00

Kuih...kuih....meh order kuih raya

Memandangkan raya tak lama lagi, ramailah kengkawan yang mintak tolong jualkan kuih - muih yang beraneka corak dan rasa. Kat bawah ni kuih yang first tiba minggu lepas untuk diketengahkan. Oleh kerana aku cuti seminggu, jadi baru hari ni sempat aku war -warkan kat korang. Ada lagi banyak kuih yang akan menyusul, untuk mencuba silalah ke IT LPP Johor. Tawaran merasa hanya dibuka sebelum Ramadhan yerk.













Tart Gulung Pontian
50 keping - RM20.00
Rasanya memang berbaloi - baloi

Cuti yang memenatkan

Aku takde minggu lepas dari hari selasa sampai jumaat. Anak aku kena sakit kaki tangan dan mulut. Teacher tak bagi gi sekolah. Babysitter Wafiy laks demam. Jadi terpaksalah aku bercuti menguruskan budak2 tu. Walaupun Arfan sakit, tapi dia amat aktif. Naik penat aku dibuatnya. Ditambah pulak dengan Wafiy yang tak reti duduk diam. Aku risau sangat Wafiy berjangkit penyakit tu jugak, sebab apa yang Arfan makan, minum dan pegang. Dia turut nak buat sama. Hari sabtu lepas aku tengok dia dah ok sepenuhnya. Jadi aku pun tarik nafas lega. Tup tup malam tadi dia mengadu demam pulak. Pagi tadi badan dia panas betul. Lepas bagi ubat, aku hantar dia gi rumah babysitter Wafiy. Aku mintak hubby mintak cuti pulak esok. Kalau perlu bawak gi hospital, bawa jerlah. Aku dah tak larat rasanya.

Sunday, August 2, 2009

Hari Isnin lagiiiiii

Sekejab tul masa berlalu kan. Aku rasa cam baru jer aku tengok bionik, malam ni ada lagi. Tapi bukan tu yg aku nak citer, semalam aku gi scan baby. First, sebab perut aku rasa cam lembik skit lately. Second, aku bleeding skit 2 kali...skit jer. So, bersama2 hero aku yg 3 orang gilah Poliklinik Kathi kat Taman Daya. Punyalah kecoh budak 2 orang tu... pening otak aku. Sampai doc cakap "wah....u mesti penat jaga your son right?". Aku senyum jer...aku tau sebalik soalan dia tu..."Wah...berani u pragnent lagi hah! look at your son..ayoyo". Apa nak buat doc, dah terkantoi hehehe.
Ini dia gambar baby aku yang dah masuk 15 minggu 3 hari. Kata doc lah. Tapi aku cam tak berapa percaya, sebab hujung April aku still period. Mungkin lari skit kot, maklumlah kan aku ni kuat makan, jadi baby aku tu pun cepatlah skit matangnya hehehe. Tapi sebelum2 ni pun baby Arfan n baby Wafiy kuar cepat. Maknanya budak2 ni dah kenyang sangatlah tu....nak kuar main pulak.
Dalam gambar tu, doc cakap uri baby berlonggok kat bawah. Kalau ikutkan itu bahaya tapi sebab kandungan kecik lagi, it's okeylah. Bleeding tu sebab kaki baby yg comel kengkadang tertendang uri yg berlonggok tu. Doc kata baby sihat. No problem!
Aku pun dengan segera kuar dan mintak hubby bawak budak2 tu masuk keta dulu. Tak sanggup aku.

Sunday, July 26, 2009

Jam giler

Perrrhhhhgggggg punyalah sesak jalan pagi ni...nasib baik aku kuar agak awal gaklah. Itupun lagi satu minit nak kantoi. 8.29 pagi. Entah apa musibah dah menimpalah kat jalan hari ni sampai boleh jam terlampau. Yang aku sakit hati ialah jalan susur kiri dari taman daya ker pasir gudang tu pun dorang guna untuk potong keta kat depanlah kononnya. Sedangkan dorang dah nampak keta yang kat traffik light tu pun tak bergerak. Nak lepas lorong tu jer aku tunggu dah 10 minit...nasiblah kancil aku tu bukan keta kebal, kalau yerrrr sumer keta2 tu aku sondol ala2 badak sumbu.. hehehe.

Ni dia jalan susur kiri yang aku maksudkan tadi. Jalan ni sepatutnya tak terlibat dengan jam tu, tapi.... diatas ketidak sopanan pengguna jalan raya, jalan ni telah dikacau. Grrrrrrrr
Lepas jalan kat atas nu, baru aku ikut jalan ni untuk ke LPP. Lihatlah betapa panjangnya jam yang terlibat. Syukurlah LPP terletak kat lokasi ni. Walaupun tak berapa nak gah disitu, tapi sekurang2nyer begitu strategik di situ.



Thursday, July 16, 2009

Anak ku sayang. Ceh....masa perangai dia tengah baik jerlah.

Dah lama tak update blog ni. Ceritanyer banyak cuma tak ada gambar jer. Aku ni kalau tak der
gambar tak berapa seronok nak bercerita. Pagi tadi, sementara tunggu Arfan mandi aku pun ambiklah gambar spelling dia kat sekolah semalam dengan 3 star yang dah selalu dia dapat tiap2 minggu sejak akhir2 ini. Itu pun setiap kali esoknya ada spelling, malam tu baba dia mesti pegang rotan kat tangan paksa dia hafal. Bila dah tak tahan tengok asik kena pukul jer budak tu, mesti baba dia yang kena marah ngan aku. Kiranya aku ni mama penyanyang di saat2 akhirlah. Ekekeke. Nanti aku slowly minta dia hafal lagi suruh dia tulis kat paper banyak2. Esoknya bila ambik dari Nuri mesti buku tu dia pegang sebab nak tunjuk yg dia dapat 3 star. Budak2lah katakan. Aku pun puji2lah dia biar kembang skit. Tapi penting tu untuk menaikkan semangat dia. Baru2 hari tu pernah sekalilah spelling dia takder star dan pernah sekali dapat 1 star. Waktu tu kami tak perasan yang dia dah ada spelling, itupun dengar dia asyik hafal2 sendiri father, mother, sister. Tang brother jadi bother, uncle jadi ancle tu yg tak dapat star tu.
Tapi bila fikir balik jadi risau pulak, sebab Arfan memang terkenal dengan nakalnya. Kami fikir biarlah dia ni glamour dengan nakal tapi pandai....bukan budak nakal nakal nakal. Ceh! besar sungguh harapan kami kan.

oleh kerana Arfan dah menggembirakan kami, akupun dengan gembiranya menghadiahkan dia jam tangan transformers yang aku redeem dari bonuslink. Hehehe jimat skit tak payah nak kuar duit. Itu pun setelah dia boleh hafal ejaan TRANSFORMERS.

Ini gambar dia nak gi sekolah pagi tadi. Bukan main bergaya lagi. Asik belek jam ajer...





Wednesday, July 1, 2009

wajah ibu mengandung 8 minggu

Ekekeke kelakarlah muka aku ni. Gambar ni aku ambik masa kebosanan semalam. Sebenarnya aku tengah mabok ni. Rasa loyer semacam jer. Aku rasa nak ambik gambar setiap bulanlah dalam proses mengandung ni. Mesti kelakar bila tengok lepas bersalin nanti.

Wednesday, June 24, 2009

Nak Baby Lelaki atau Perempuan ????

Tadi....buat sekian lamanyer wanie ym aku. Macam tak cayer jer. Berbual punya berbual, citer bab baby. Dia kata doc cakap bakal anak dia lelaki, bila aku tengok jadual ni macam perempuan. Aku tengok bakal anak aku pun perempuan. Etetete terpulanglah, asal baby selamat dah.
Tapi result untuk 2 orang teruna aku memang tak mengecewakan. Baby - baby yang baru lahir kat LPP ni pun sumernyer mengikut jadual ekekeke.

Tuesday, June 23, 2009

Begitu dasat sekali


Inilah rupanya bila dah tidur dalam kepanasan. Sejak akhir - akhir ni kan panas semacam. Walaupun dah bukak kipas angin no. 3, bahang tetap ada. Sejak akhir2 ni, Wafiy dah pandai bukak seluar sendiri bila tengah malam. Bila pagi jer, mesti tinggal diaper. Kesian tul.

Sunday, June 21, 2009

Isnin yang biasa


Hari ni macam hari Isnin yang biasa - biasa. Mesti cam malas skit nak buat kerja. Sampai kat opis terserempak dengan Djah. Dia tahan supaya tengok towel yg dia jual. Macam2 saiz ada. Dari harga RM6 - RM18. Aku yg memang dah berlambak towel ni pun terjebak 3 warna towel yg harga RM6. Sesuailah untuk dijadikan towel anak - anak. Aku tak beli yg besar2 tu sebab dah banyak kat rumah.
Lepas tu dia ajak gi PPK Johor Bahru Timur. Ada problem SPPP kat sana skit. So... memang aku malas hari ni nak duk opis, dengan pantasnyer gilah ke sana. Bukan jauhpun kat depan opis jer. Lepas bercerita panjang problem yang dihadapi kak Itadan Djahpun dahpun turunkan ilmu kebalnyer...Djah pun mula kuarkan ayat - ayat powernyer supaya kak Ita turut terjebak cam aku jugak. Aku pun sukalah mengayat sama kak Ita dan menokok tambah mana yg perlu. Nampaknya kak Ita borong utk satu keluarga sekali.
Lunch, Djah ajak gi PPK Johor Bahru Selatan laks. Utk jual towel dia, sebab aku dah mula naik loyer...aku pun turut sertalah. Kat sana lagi banyak towel yg laku. Kak Saba ambik 5 yg harga RM13, kak Ana, Lin, Aida, Fara sumer ambik sekurang - kurangnyer 2. Suka benar si Djah hari ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...