MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, January 14, 2015

HURU HARA

Minggu ni agak hura hara sikit dengan budak2 sekolah. 
Badan pun rasa terletih2 sikit sebab baru nak biasakan rutin yang dah tertinggal lama. 
Sekarang ni mata pulak dah pandai mengantuk bila drive. 
Ada sekali hari apa tah hari tu masa drive nak balik dari ofis mata bukan main mengantuk sampai tak perasan dah termakan jalan sebelah. Nasiblah jalan sehala. 
Lepas tersedar barulah mata terang balik. Sebelum ni kalau bawak kereta 2 3 jam pon relax jerk.
Faktor usia kot!! Bawak kereta tak sampai setengah jam pon boleh tersengguk2.

Ahad lepas Mokcik ambil cuti yang berbaki tahun lepas. 
Saja nak meraikan budak2 ni first day sekolah.
Lagipun en. Suami kan cuti weekend. 
Kengkonon naklah berpoya2 sementara anak2 dok kat sekolah..... hagham!!!!  
Wafiy kononnya Ixora dah handlekan transport dia. Jadi haritu kena kenalkan dia jerklah dengan bas baru tu. Bas yang lama dah taknak uruskan sebab kat area situ budak tak ramai naik dengan dia.

Kembali kepada rutin asal bangun pukul 5 pagi sediakan bekal air. Pagi tu ada nasi lebih buat nasi goreng.

Arfan ni, Mokcik dah tanya kasut sekolah dia boleh pakai lagi ker?? 
Sebabnya kasut lama dia dah nak hujung2 tahun jugak rasanya beli haritu. Rupa memanglah ok lagi. Tapi kalau dah baju sekolah pon dah tetiba senteng!!!
Budak tu biasalah semua pon ok! boleh! 
Sekali pagi tu nak sarung dia kata ketat giler. 
Manalah omak nko ni tak menggiler!!!!
Pakai jugak kasut ketat tu pergi sekolah. Padan muka!
Hari pertama tu, hantar dorang pergi sekolah, then tunggu sekejab kat sekolah. 
Saja nak perhatikan budak2 darjah satu yang toet2 tu. 
Sambil2 tu perhatikan jugaklah budak berdua tu manalah tau ada masalah berbangkit ker. 
Setengah jam lepas tu kitaorang hantar Mia pulak pi Ixora.


Pagi tu Mokcik breakfirst berduet ngan en. Suami kat kawasan perumahan dorang jadikan kedai makan. Dekat2 jerk dengan sekolah.

Oleh sebab masih pagi, kedai kasut pon belum bukak, kitaorang pergilah Econsave Pontian. 
First time datang situ. Ramai betul bangla. Dah rasa cam dok berhijrah kat Bangladesh pulak. 
Belilah mana2 yang patut. Mana yang tak patut, walaupun dah masuk troley, keluarkan balik. 
Lepas tu ternampak treaksuit kain boleh tahan harga pon murah. 
Ambilkan sorang 2 buat tambah2 treaksuit yang ada. 
Kasut sekolah pon ada gak tapi jenama tah haper2 tapi harga lebih kurang jerk dengan brand yang biasa budak2 ni pakai. Tak jadi beli! 

Terus pergi kedai kasut dekat dengan area rumah pi cari kasut hitam dengan putih pulak. 
Satu kedai tu ada kasut putih jer, kasut hitam dah takder saiz. 
Ambillah kasut putih tu jer sebab ada diskaun tolak RM2.
Jumpa kedai lain yang ada kasut hitam pulak. Beli pulak kasut hitam tanpa ada diskaun tapi harga sama jerk dengan kedai yang tadi dengan harga dah tolak RM2 tu. Cet!!! Saiko punya kedai!!

Bila semua dah sattle, tengok2 dah dekat pukul 1. 
Wafiy dah nak balik. Bekejar pulak ke sekolah sebab nak tunjukkan bas sekolah baru kat dia. Lambat kang, esok masalah budak ni nak balik sekolah tak kenal bas.
Sampai sekolah tengok budak belum keluar. 
No. bas yang Ixora bagi pon takder.
En. Suami pon telefon owner bas tu tanya kat mana??
Eh!! Boleh pulak bas tu kata Ixora takder bagitau pon ada budak Ixora nak naik bas dia. Tapi takper dia boleh ambil. Cuma bas lambat sikit sebab jem. 
Eh!!! Menyiraplah pulak. Tapi tak tau nak menyirap ngan bas ker....dengan Ixora ni????
Kitaorang tak bolehlah nak tunggu sebab Wafiy ni kang pukul 2 dah masuk sekolah agama. Arfan pulak pukul 1.20 dah balik sekolah kebangsaan.
Kitaorang balik rumah dulu yang tak sampai pon 5 minit suh Wafiy mandi then salin baju sekolah agama sebab nak ambil abang dia pulak. Lepas tu cepat2 bawa diorang pi makan. 
Pukul 2.15 petang baru sampai sekolah agama balik pi hantar Wafiy. Relax jer Wafiy turun pi kat tapak perhimpunan. Budak ni bukan ada perasaan pon. Dah lambat pon selamber jer.

Balik rumah, pi sidai baju, kemas sana sikit, sini sikit, sembahyang, eh!! dah pukul 3. 
Rehatlah kejab sementara tunggu Arfan pulak bersiap nak pergi sekolah Agama pukul 3.30 petang. 
Mulut ni punyalah bising sebab budak yang kegembiraan dapat kasut sekolah baru asiklah ucap terima kasih!! Tapi lemah gemalai bersiap. Kita nak cepat sebab nak jumpa jugak driver bas Wafiy dia boleh pulak terhegeh2.

Sampai kat sekolah agama, hantar Arfan, ambil Wafiy, bas sekolah tu still tak nampak batang hidung. Berpusinglah kitaorang mencari dan bila nampak, kitaorang pulak dah terlepas simpang. 
Dah drama kejar mengejar berlaku. 
Driver van tu perempuan. Tapi boleh tahan laju makcik tu bawak van dia.
Masa dia nak turunkan budak barulah kitaorang dapat blok dia lepas tu kenalkan Wafiy dengan dia. 
Konon senanglah hati then lepas tu terus pergi kat kedai pemborong kat Taman U untuk beli barang2 untuk goodies birthday cik Mia sibuk benar nak buat jugak kat Ixora esok.

Balik rumah sibuklah pulak membungkus goodies. Tapi badan punyalah penat rasa macam nak cuti jer sehari lagi. Nasiblah kerja2 iron baju untuk seminggu dah sattle. Siap jerk membungkus, Mokcik pon terus membungkus dalam selimut. Budak2 ni pon tidur awal. Penatlah tu semua.


Esok paginya bangun pukul 5 pagi macam biasa, bersiap macam biasa. 
Cik Mia excited lebih bangun pagi tu nak pergi sekolah sebab nak sambut birthday dengan kawan2. 
Kek tu dari hari Sabtu dah ambil sebab ingatkan nak sambut hari Ahad, tapi cikgu kat Ixora kata kelam kabut sikit sebab first day sekolah. Jadi terpaksa sambut hari Isnin. Takperlah asalkan sambut. Siap pakai gaun baru lagi yang apak dia beli terbesar tahun lepas. Peram dulu sampai boleh pakai. Pagi2 tu dia sendiri yang angkut bawak masuk kereta hahaha.

Masa nak masuk kereta Wafiy tanya saya sambil tunjuk kat kasut sekolah dia. 
Betul ker kasut kita pakai ni Mama?
Saya pon pandang kedip2 mata. Eh! Apsal kasut ni kiri2. Jenama sama, tapi ada lain sikit design dia.
Buat aksi mata terbeliak....mulut ternganga!!! 
Budak ni!!!!! Aku serkop dengan stokin kang baru tau. Boleh kasut dia bertukar dari semalam, hari ni baru dia rasa tak selesa. 
Pergi jugak sekolah gaya tu. 
Kalau pakai kasut lain kang macam mana pulak dia nak tukar bila jumpa kasut sebenar dia. 
Dah kena marah pon muka maintain jerk. 
Langsung takder perasaan!!!!


Hari Isnin tu semua ibu bapa kena datang ambil duit persekolahan anak2. 
Mokcik pon baliklah kerja awal sikit sebab waktu ambil duit tu dari pukul 2 hingga 4. 
2 orang anak bersekolah dapatlah RM200. 
Dapatlah cover2 mana yang patut sementara nak tunggu bonus nanti. Eh! Hari ni dah dapat....Alhamdulillah!!!
Lepas dah ambil sambil berangan2 tu, sekali owner bas Wafiy call. Lepas tu minta maaf berkali2 sebab tengahari tadi dia tertinggal Wafiy. 
Hah!!! Tertinggal!!! 
Dia boleh terlupa Wafiy sebab tak masukkan dalam list. 
Tapi masa dia call tu Wafiy dah ada dengan dia sebab ada budak balik sekolah sama waktu sepatutnya Wafiy balik sekolah agama. Maknanya Wafiy tak sekolah agamalah tadi. 
Saya terus pergi Ixora. Tanya dorang tak perasan ker Wafiy tak datang tengahari tadi?? 
Semua terkemut2 garu2 kepala. 
Bila van sekolah tu sampai, driver van minta maaf banyak2 tapi sempatlah pulak hulur kad bayaran bulanan van sekolah. 
Nak marah ker, nak senyum ker pon tak terjadi bila nampak RM85 sebulan. Makaiiiii giler harga. Tahun lepas RM63. Naik macam tu punya banyak sekali!!!!!
Dari van terus jer Wafiy dengan baju sekolah kebangsaan masuk kereta Mokcik sambil sua muka kat aircond.
Langsung takder perasaan............

Sampai laaa ni sebelum tidur malam, kenalah balut buku2 budak ni lagi hah. Buku2 yang dah siap2 dapat hari tu dah siap semua. Tinggal buku2 sekolah agama dan buku2 sekolah kebangsaan yang baru dapat terkencet2 ni hah. Puaslah tiap2 malam bergotong royong, tapi kang last2 omak dia jugak yang tinggal tertonggeng2. Buku Mia belum sampai lagi ni.....lama lagi nak patah pinggang ni!!!!

Tapi dalam banyak2 tu Mokcik punyalah rasa senang hati sebab baju kemeja sekolah kebangsaan budak2 ni pakai sekali jerk seminggu. Hari lain semua pakai baju PJ. Yeeehhooooo!!!!!!!!


Wednesday, January 7, 2015

PERCUTIAN BAJET

Ahad lepas saya ambil cuti sehari memandangkan ada lagi cuti berbaki. Kesian gak budak2 ni kena peram kat taska sedangkan masih ada cuti sekolah. Kita buat percutian bajet kat Legoland jerklah!!! Akakakaka bunyi bajet sangat ala2 hartawan. Dah bayar untuk setahun kan, kita serbu jerklah bila2 pon kita suka kan kan. Untung Mokcik tak berkemah kat tepi kaunter tu ekekekeke.

Sampai sana dalam jam 12 tengahari. Punyalah panas berdentum kemain lagi. Selalunya kitaorang pergi dah petang2 dah nak masuk Asar kuranglah kot panasnya. Bila masuk kali ni menyeringai panas, ambik gambar sekeping 2 terus lari cari tempat teduh.

Sebelum ni pergi, dengar atuk ni berdengkur memanjang. Tapi kali ni speaker dah rosak kot. Tidur mati! Cik Mia pon beranilah nak panjat. Selipar dah berka'ah. Asal balik kampung jerk selipar dah rupa jumpa dalam longkang. Dah kena pikir plak nak ganti selipar plak. Adooiiii duitttt bila nak jatuh dari langit ni????

 Budak Wafiy ni lagi kongajor.

Sampai belum setengah jam dah lari2 masuk kat Lego Academy. Nyaman skit bila kena aircond. Sementara nak tunggu budak2 ni masuk Lego Mindstorm pukul 1.15 petang, lepaklah dulu kat sini. Mainlah cantum2 mana yang patut sambil bercerita anak beranak. 

Dalam 3 bekas besar tu ada berpuluh2 ribu lego kecik2 untuk budak2 ni main. Tak payah nak rebut2. Cantumlah sampai muntah!


Kitaorang duduk jer kat sini layankan Mia buat bangunan tinggi2 sementara tunggu abang dorang kat Lego Mindstorm selesai dalam 45 min. Tak kisahlah rupa apa pun asalkan tinggi ekekeke.

 Comelkan Wafiy dengan rabbit!

Nampak game ni simple jerk naik turun naik turun tapi haritu sekali Mokcik naik tobat dah nak naik lagi. Serun perut. Tobat taknak naik lagi!


 Laki bini pakai baju the hobbit yang dapat kat 1 Utama haritu.



Duplo Express ni dah beberapa kali pergi barulah ternampak. Saya suh en. Suami layankan budak2 ni sementara saya nak sembahyang kejab. Tengok muka Arfan kena paksa naik ketapi comel ni akakakaka.

 
Masa balik dari surau saya nampak ada kanak2 comel tengah duduk sambil baca map. Dah2 pi tunaikan yang wajib. Lepas ni nak pergi tengok wayang pulak. 4D hokey!!! Lepas tu tertanya2 apalah yang 4D bagai ni???

Sekali movie pukul 3 terlepas sebab en. Suami wirid lama sangat kot hahaha. Sebelum pergi dah bawak 2 bekas air ribena sejuk dengan kek pisang. Makan tengahari dah siap2 semua kat rumah. Agaknya cuaca panas sangat, semua sold out. lepas tu semua kebulur balik terutama budak ni. Konon masuk kat restoran pizza ni nak beli air jerk. Itu pon dah Rm5 sebotol. Beli 3. Sekali dia dah terliur2 tengok orang lain makan pizza. Kesianlah pulak, belilah set adult ada pizza 6 potong, sup mushroom ngan air soda RM35. Dapat diskaun 10% sebab ada kad. Percutian bajet sangeeetttt!!!!!!

 Lain jugak muka orang poket merana ini akakakaka.

Movie pukul 4 pon terlepas lagi akakakaka. Kita tunggu pulak yang 4.30 petang. Korang tengok kaki anak dara Mokcik tu!!!!! Anak sapalah tu!!!!

Sebelum balik, en. Suami ajak naik Dino Island. Sebelum ni tak pernah naik lagi ni. Mokcik dah cakap mesti Mia tak boleh naik. Tapi dia ajak cuba jugak. Bila staff kat situ tak benarkan, Mokcik yang jadi mangsa nak pujuk cik Mia meraung2 nak ikut apak ngan abang2 dia jugak. Cik Mia kalau mengamuk dia bukan kira ada orang takder orang. Kat situ jugak dia tunjuk perasaan. Nak paksa dia diam, sambil dukung, Mokcik ketil pinggang dia. Kan dah kena. Lek jerk apak nko bergembira eh!!

Masa ambil gambar ni pon cik Mia terjerit2 lagi tak puas hati. Mat Salleh kat situ pon pandang2 ingat ada budak kena dera ker haper.


Konon datang cepat naklah balik cepat. Hader!!! Masa ni kaki dah sakit.Ajak balik, tapi ternampak pulak train ni. Wafiy ajak naik dulu sebelum balik. Lepas tu nampak pulak permainan yang lain. Dia ajak singgah lagi. Mokcik buat tak reti jerk. Terus jerk jalan walaupun rasa nak suh orang dukung...boleh??

Sunday, January 4, 2015

REZEKI ALLAH

Subhanallah, Alhamdulillah bulan ni poket Mokcik rasa agak panik. Selagi budak2 ni tak start musim persekolahan, selagi tulah runsing itu tak cukup, ini tak cukup. Membayar yuran budak2 sekolah pon rasa nak tercekit batang leher, belum lagi kelengkapan sekolah. Hari tu, belek2 baju sekolah Arfan tengok semua elok2 lagi tapi bila suh dia try balik, makkaaiiiiii!!! Bila pulak budak ni membesar???? Semua dah senteng, seluar pon dah tak boleh kancing. Nak tak nak semua kena beli baru. Nak kena beli cukup2 seminggu pulak tu. Bukan boleh repeat balik minggu yang sama. Bau jerk dah boleh sesak napas. Kalau Mokcik kena pi outstation berhari2, sapalah pulak nak basuhkan baju dia. Nak suh apak dia??? Setakat basuh bolehlah. Kang terlupa sidailah, tak pandai ironlah banyak cekadak mamat tu. Cungkil2lah duit celah mana pon, tetap kena beli jugak. 

Jimat kat Wafiy jerklah sebab budak tu tak besar2 lagipun boleh jerk belasah mana2 yang Arfan punya pon. Dia bukan kesah pon. Macam takder perasaan jerk budak sorang ni hahaha.

 
Minggu lepas ada sorang staff kena pindah. Dia belanjalah semua makan asam pedas ngan pecal. Mokcik makan sipu2 dua pinggan tu jerk. Satu lagi pinggan tu bukan Mokcik punya yerk, sumpah!! I diet, boleh makan dua pinggan jerk. 

Masa nak balik tengok kuah asam pedas tu banyak lagi. Tapaulah bawak balik kuah tu, campaklah ikan kat rumah, jemaahlah makan anak beranak malam tu. 




Haritu bapak mertua ku macam tau2 anak menantu dia duit cukup2 nak makan telur ayam jerk bulan ni. Sekor ayam kampung dia bekalkan bawak balik rumah. Siap dah potong 4, siap bergaram kunyit lagi. Menantu boleh tahan derhaka ni basuh balik bersih2 pi buat masak sup akakakakaka. 

Malam Ahad pulak rumah Lynn Hamzah buat kenduri arwah. Masa nak balik dia tanya nak sup ker?? Tersipu2 malu nak jawab sekali Arfan tarik2 " Kata nak mama! Sup tulang tu sedap sangat." Bukan Mokcik yang tak malu eh! Anak Mokcik yang kuat makan yang suruh. Lepas tu dia bagi lagi pulak kek pisang tu sebatang. Uwaaaa malunya......tapi tangan laju jerk ambik akakakakaka.

Esoknya dapatlah kitaorang sarapan dengan meriah bukan setakat ada sup tulang, kek pisang dengan nasi impit tu ajer, mee siput pon ada hasil pemberian kakak kat Nusantara. Serunding tu pon jiran sebelah yang bagi......Alhamdulillah!!!!! Berbanyak2 syukur Ya Allah!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...