MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, December 30, 2013

CUTI AHAD JUGAK!!!!!

UWWWWWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!Mokcik tensen ni. 
Kejab nak sambung meraung sikit lagi UWAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!! Hamboi caption besau punya melalak hahahaha. 

Haruslah Mokcik mengentan sebab en. Suami tetap cuti pada hari Ahad tahun depan. Kerja setengah hari tetap hari Sabtu. Baru semalam dia dapat notis cuti tu. Korang boleh rasa tak apa yang saya rasa ni. Hah!! korang dapat tak dapat tak. Pokcik tu nama jerk kerja setengah hari pada hari Sabtu. Dia tetap muncul dah nak malam jugak ok! Maknanya memang takderlah hari2 berpoya2 lagi mulai esok hokey.

Malam tadi kepala saya dok ligat nak menguruskan hari2 seterusnya mulai esok. Minggu ni dah start sekolah. Minggu ni saya dah start cuti hari Jumaat.  Eh! Lupa nak tanya taska tu ikut kerajaan ker ikut swasta? Kalau ikut kerajaan, laki Mokcik selamat. Kalau ikut swasta, laki Mokcik jawab. Eh bagus gak dia cuti hari Ahad erk akakakaka.

Lepas tu kepala dok ligat atur jadual. Mulai esok saya kena pi kerja lebih cepat. Sebab nak masuk kerja pukul 7.30 pagi hehehehe. Korang doakanlah semoga Mokcik berjaya datang sebelum jam tu yer ekekekeke. Sebabnya Arfan dah taknak duduk taska. Dia kata dia dah besar, dah sunat, tak boleh duduk ngan budak pompuan kicik2 kat taska tu dah. Lagipon, jadual sekolah agama dengan jadual sekolah kebangsaan rapat. Rugi pulak rasanya nak hantar taska setakat sejam sehari tapi kena bayar RM190 sebulan. Jadi minta jer kawan yang ambil anak dia, ambil sekali Arfan. Transit sejam gitu kat rumah dia sebelum saya pi ambil.

Isnin sampai Rabu, saya akan hantar Arfan pergi sekolah, lepas sekolah kebangsaan, dia akan salin baju then terus pergi sekolah agama betul2 kat sebelah sekolah kebangsaan tu. Balik dari sekolah agama, kawan saya akan ambil. Balik kerja saya terus pi ambil Arfan kat rumah dia, ambil Mia dan segala beg kat taska. En. Suami akan hantar Wafiy dan Mia ke taska waktu pagi. Wafiy akan balik rumah naik bas sekolah yang taska aturkan. Petang en. Suami punya relaks bukan main eh!

Khamis, saya akan hantar Arfan macam biasa. En. Suami pon akan hantar Wafiy dan Mia macam biasa. Oleh sebab Khamis saya balik awal, saya akan ambil Arfan balik sekolah then ambil Mia dan terus balik rumah. Wafiy tetap akan balik rumah naik bas sekolah. Tak rajinnya Mokcik nak patah balik petang tu. Pon en. Suami relaks tahap gaban ok!

Jumaat dan Sabtu, Saya main jerit2 ngan budak2 tu, sesekali main tarik2 telinga sambil jengkil2 bijik mata. Lepas tu cik Mia kompom 2 3 kali main nanges2 sebab tak puas hati dengan abang2 dia kan kan. Maknanya start hari ni Mokcik dah kena lancarkan lagi hafalan bacaan doa tahan sabar. 

Ahad! Bergantung pada taska cuti hari apa. Kalau ikut gomen, en. Suami selamat tahap dewa ok! Kalau ikut swasta!!!!!!!! Mokcik ketawa panjang macam hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Kanda layanlah budak2 tu dengan ceria hokey! Sambung lagi hahahahahahahaha.

2 comments:

Lynn Huraiza said...

hadoooooiii...berjela kak entry ko hari nie...sama2 kita struggle utk tahun 2014 nie yer...

Azlina bt. Azis said...

nak lepaskan perasaan harus berjela akakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...