Sim IC en. Suami rosak. Dah lama dah tahu, tapi malas nak buat baru. Lagipun dah tergambar2 sesaknya masa nak buat tu. Tapi minggu depan wajib nak guna. Dah tak boleh nak tangguh2 lagi hah. Oleh sebab IC saya pon dah lebih 10 tahun usianya. Jomlah kita together2 buat IC baru. Oleh kerana buat hari Ahad, kena arr bawak budak2 tak tau duk diam2 huhu.
Korang dah tahu erkkk boleh buat IC hari Ahad? Mokcik baru tau minggu lepas ngehngeh.
Perancangan paling lambat pukul 7 pagi dah kuar rumah. Gedebak gedebuk gedegang gedegung, kui 8.15 pagi baru leh start enjin kereta. Bila sampai JPN Setia Tropika barisan dah panjang ni huhu. Mau ada 150 orang dah ni. Rupanya hari minggu dia bukak pukul 9. Saya sub kat en. Suami untuk beratur. Saya bertenggek kat bendol tepi parking jaga anak2.
Sambil menunggu, layan cik Mia posing.
Post satu lagi. Yang tadi tak cukup tinggi. Baru jerk nak post lagi, tengok barisan dah mula bergerak. Laju plak tu. Saya pon bangkit sebab nak kejar en. Suami. Tiba2 Mia cakap dia lapar. Alamak!!! Memang pon tak sempat sarapan tadi sebab konon nak kejar masa sangat kan. Cik Mia ni kalau dia nak apa2 terus jerk merengek tang tu jugak.
Barisan terus jerk laju masuk dalam bangunan. Bila saya dah dapat en. Suami, Mia merengek2 lagi. En. Suami suh layan budak2 ni dulu nanti saya naik kemudian. Jadi saya pon pilah cafe kat situ belikan air kotak dan muffin sorang seketui. Bila dah siap pilah konon nak naik. Sekali dengar guard kat situ jerit2
" Yang beratur terus naik tingkat satu!"
Then saya dengan control ayu buat2 melawat kawasan jerk. Lepas tu pujuk2 hati kata IC saya ok lagi. Biar jer en. Suami buat dulu kan kan. Lepas tu budak2 ni kata lapar lagi. Haishhhh korang ni, mengada betullah. Jadi saya pon pi cafe balik dengan hati yang hampa uwaaaaaaaa.
Tengah melayan budak2 ni, sekali nampak en. Suami datang. Amboi cepatnya siap. En. Suami cakap nombor lambat lagi. Jadi dia turun makan dulu. Dia dah ambilkan sekali nombor untuk saya. Hahahahahaha ingatkan lepas ni dah boleh balik. Rupanya berdedai orang naik tadi semata2 nak ambik nombor jer akakakaka sakit perut Mokcik ketawa. Saya hampir nak nangis guling2 tadi ingat tak dapat buat IC.
Lepas dah siap makan, terus kitaorang naik tingkat 1 sebab kat situ ada aircon. Kat cafe macam panas sikit. Tapi kenalah berdiri sebab tempat duduk tak cukup nak menampung punyalah ramainya orang.
Sampai tertonggeng main games punya pasal. Dorang ni ingat ni lantai rumah agaknya nak baring2 haissshhhh. Lama giler menunggu dan bila siap, tengok jam pukul 12.30 tghr. Huahuahua sentiasalah bersama ku wahai IC, sebab nak simpan sampai mati.
Saya tak tahu apa motif JPN letak kaunter no. giliran pon dekat tingkat 1. Mungkin saya tak tahu apa yang tersirat. Tapi bagi sayalah, adalah lebih baik rasanya kalau setakat nak ambil no. giliran dia letak kaunter tu kat bawah jerk. Lepas tu paparkan nombor berapa sampai berapa untuk naik ke atas. Mungkin ini boleh mengurangkan kesesakan.
Rasanya ini boleh banyak membantu pada individu yang kurang keupayaan sebab tak perlu bersesak2 untuk dapatkan nombor ditingkat satu mengunakan tangga semasa beratur. Lagipun orang ramai boleh bawa diri nak bersantai kat kawasan rehat ker, cafe ker lepas dah dapat no. giliran masing2. Kawasan kat bawah tu amat luas, rasanya boleh jer kalau nak buat pameran ker, jualan ker. Jadi taklah dorang bersesak2 kat ruang tingkat satu tu. Nak ambil nombor pon kat situ, nak buat IC pon kat situ, nak ambil IC pon kat situ adeh!!! Sesak paler Mokcik.
No comments:
Post a Comment