MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, August 18, 2014

MASIH RAYA

Khamis lepas adik beradik en. Suami datang rumah. Oleh sebab haritu balik awal, Mokcik pon pilah pasar tengok apa2 yang boleh dimakan malam kang. Dah pusing punya pusing pasar S'Mart tu pikir nak beli apa, last2 Mokcik terpikir nak masak nasi ayam jerklah mudah dan ringkas.Sampai rumah pukul 4 petang terus bukak silat gayung. Sebelum tu sms kat en. Suami balik awal, ambik anak2 balik sekolah. Tak bagitau awal2 kang, dah maghrib pon tak nampak batang idong lagi.
Sebelum dorang sampai Mokcik makan dulu haha. Kang dorang sampai tengok Mokcik mengah2, mesti dorang ingat punyalah penat masak untuk dorang. Sedangkan 2 pinggan bagus punya masuk dalam perut akakakaka. Tapi masa dorang sampai Mokcik lupa pulak nak ambik gambar akakaka. Seronok pulak tengok dorang makan bertambah2 malam tu, asik topup nasi jerk kerja Mokcik....sajer nak bagitaulah tu nasi ayam Mokcik sedap oooiiiiiii akakakaka.

Lepas makan pi layan bola pulak. Korang tengok cik Mia buat perangai. Lagi ada orang datang lagi bukan main mengada2. Sorang lagi budak kecik tu anak abang ipar. Pon sama tak reti nak duduk diam. Jalan dok terhoyong hayang lagi tapi bukan main laju sampai nak ambik gambar pon tak boleh sebab langsung tak duduk diam.Badan kecik tapi pipi melayut.

Ini salah seorang biras Mokcik. Semua biras Mokcik lebih muda dari Mokcik walaupun laki dorang semua dah tua2 haha kongajor. Mokcik sebarang jerk panggil dorang nama masing2. Tak rock arrrr panggil kakak2 ni haha.

Esoknya sup banyak lagi. suh en. Suami beli mee kuning sebelum pi kerja then celur jerk terjadilah mee sup untuk breakfirst ngeeeee. 

Semalam IPP buat open house. Masa orang Marhaban kitaorang baru sampai. Takper tunggu dorang habiskan acara. Kang masuk jerk terus leh serbu makan akakakaka. Mokcik suka bergambar ngan @fauziahahmad ni, nanti Mokcik nampak cerah sangat akakakakaka. Lengan besar pon takper yang penting nampak putih. Susah nak nampak putih ni selalu result kelabu asap jerk. Terima Kasih banyak2lah yer @fauziahahmad. Jab lagi kita ambik gambar lagi eh eh akakakakaka.

Mokcik paling letih bila bergambar dengan budak tecik ni. Mesti Mokcik nampak gelita, mesti Mokcik nampak bolat. Mokcik ada darah cina, mokcik nu ada darah jawa jerk. Ini tidak adilllllllllllll!!!!!!!!!!!

Menggedik sikit biar nampak syomel............aaarrrggggghhhhhh babad pulak yang nampak!!!!!!!

Jom kita bergambar berdua jerklah @fauziahahmad. Nyampah ngan orang tu huh! sambil makan sate bercocok2, lemang ngan rendang, mee rebus, laksa johor errrkkkkkk Alhamdulillah.....taknak diet tak nak diet menyampah2 eh! Apsal tak larat nak bangun ni????

Perrggghhhh sedap betul laksa johor ni, wajib ambil sambal belacan banyak2 baru meletop2 makan.

Tuesday, August 12, 2014

ANAK SEDARA VS CUCU

Ahad lepas my Chacha datang rumah. Geram betul dengan budak Chacha ni muka lebar cam apam balik, peha drumstick pon kalah, dia punya lengan rasa nak geget2 jerk. Minggu lepas dia dah datang raya dah. Tapi sebab adik bawah saya datang ngan family belum jumpa cucu dia lagi, si Chacha ni pon kena heretlah datang lagi hari tu. Meriahlah lagi rumah dengan 2 budak kecik. Sorang cucu, sorang anak sedara. Anak Mokcik semua hantar pi sekolah pagi tu. Jadi bolehlah masak dengan aman damai.

Chacha ngan bapak sedara haha. Boy ni Darwish anak no. 2 adik saya. Mulut wajib ada poting kalau idak nak nangis jerk kerjanya.

Chacha nko jangan nak wat muka pelik sangat erk. Wanteh kunya pipi tu kang. Masa nak balik, dak Adik kasilah duit raya. Bukan main dia kemam duit tu sampai lencun kena air liur menjejes2. Bila mak dia ambik, sikit punya marah sampai menggigil2 nak balik akakaka. Lawak betul tengok muka dia menangis. 

 Sepupu

Darwish kena gosok kening baru nak tidur. Kang kalau poting tercabut terus terpekik macam kena cubit.

Bapak mithali tengah susukan Chacha. Lenggang kangkuklah si Anis banyak mender laki yang uruskan.

Orang yang kepenatan dok layan orang datang kengkonon.

Sunday, August 10, 2014

TERIMA KASIH SUDI DATANG

Salam korang!!!!!!!!! Semalam Mokcik ambik cuti tak terjangka ngeeeeee. Adik sefamily datang rumah beraya, takkanlah Mokcik nak buat2 rajin datang kerja keeennnnn!!!! Cuti campur semalam baki tinggal 5 hari jerk gurlppp. Ada lagi hari raya korban, cuti sekolah, deepavali, cuti sekolah lagi glurrrppp cukup ker ni huhu. @fauziah ahmad jangan nak perli2 Mokcik plak pasal cuti anugerah tu yerk. Yang itu Mokcik nak simpan untuk hari tua. Nak buat pi honeymoon masa gigi2 sumer dah gugur ngeeeeeeee.

Sebelum semalam hari Sabtu kan??? Sebelum Sabtu, Jumaat kan??? Haha tetiba buat soklan cam cik Mia suka tanya. Jumaat tu pi ambik puan Mak kat rumah kakak. Dorang jamu nasi ayam sedapnya makan masa panas2. Sedap sangat sampai lupa nak ambik gambar haha.

Puan Mak dah ready nak ikut kitaorang balik. Tapi kitaorang macam malas nak balik sebab nak habiskan cerita abang ketak captain America.

Lagi2 dengar mak budak yang cerita tak habis2 ni. Nilah anak sedara paling tua dalam keluarga kitaorang, dah kahwin, dah ada anak sorang. Tapi bukan budak kecik tu, budak tu tukang terbalikkan rumah jerk.


Esoknya, lepas sembahyang Subuh Mokcik dah bersilat kat dapur sediakan makan untuk tengahari. Masaklah sambal tumis daging. Cili ni langsung tak reti nak pedas. Macam tak feel pulak kalau setakat makan ni jerk.

Telur dadar spesel. Puan mak kata telur ni sampai petang still rasa gebu. Kalau dah gebu kompomlah sedap ekekekeke

Lawankan ngan sambal belacan meletop ni. Baru terangkat makan ngan...........eh mana pulak gambar tomyam Mokcik ni????? Saperlah dah sabotaj ni ???? @kamarulhatta !!!!!!!!! Nko erk erk????

Inilah tetamu yang first sampai itupun dah kena jerit baru nak datang kengkang2. Malas betul bangun pagi ni. Tengok Mokcik perkasa ni, lepas Subuh terus bertindak. Paham!!! Huihhh garang sangat ni hehe. Sebelum ambik gambar bukan main suh masuk blog, bila nak ambik sumer dah malu2 tunduk macam alim bebenau ni gggrrrrrhhhh.

Lepas dorang ni balik, my bff Mysara cun melecun sekeluarga datang cam sarung baju pegantin adanya sampai. Tapi lupa plak ambil gambar dengan alasan nanti wajah tuan blog tenggelam orang ingat maid dia huh! 

Lepas tu kawan sebelah taman perumahan Liza pulak sekeluarga datang. Lepas maghrib, kawan opis Rosnah call nak datang rumah malam tu, jomlah sementara ada makanan ni, kalau idak kang kuih raya jerk Mokcik letak hah. 


Lepas tu kawan en. Suami Bentan sekeluarga pulak sampai tapi gambar pulak blur semacam malas nak upload. Upload jerk gambar budak kepenatan main tak hengat ni. Budak ni ligat non stop, lepas maghrib baru charge bateri balik. 

Pukul 10 lebih dia dah ligat balik bila kawan2 lama en. Suami datang serbu bawak kawan2 baya dia. Mokcik pon masuk dapur keluar dapur non stop sampailah pukul 1 pagi huhu. Takperlah sekali2 layan kawan2. Thanks yer korang sudi datang rumah tak siap deko lagi ni haha.


Wednesday, August 6, 2014

JALAN RAYA NAK MASAK APA

Dah nak masuk minggu ketiga kita raya erk.... Masa ni biasanya dah startlah kawan2 nak datang rumah, kita pon sibuk gak nak datang rumah dorang. Mulalah pening kepala masing2 nak sediakan menu apa. Saya perati jerk orang Johor masa dah nak hujung2 suka buat open house. Kadang2 sampai dah masuk bulan baru pon still ada open house. Ishishish terlajak laris betul kalau orang Johor ni raya. Saya dok tadah perut jerk. Berat masa puasa pon tak turun2 nihah kasi tambah lagi....pitam!!!!!! 

Saya ni semenjak dah anak 3 ni, hagham dah tak buat open house dah. Sekarang ni kira anak dah besar2 pon, tapi dorang ni masih suka nau buat perangai bila ada ramai orang. Buatnya tengah sibuk2 dorang ni bergusti, kang Mokcik pulak wat suara soprano.....seramlah pulak korang nak datang lagi kan kan haha. Lagipun saya ngan hubby tak sama cuti, jadi ada kelam kabut disitu huhu. Takperlah saper nak datang meh cakap. Mokcik masak jerk untuk korang yeyh. Tak payah nak open2 sangat. Kang susah nak gossip ngee.

Minggu lepas adik beradik saya datang beraya kat rumah. Puan Mak pon ikut sekali siap angkut ikan parang, daging angsa, petai, sayur bayam, ikan talapia dari Melaka. Haha bahagia hidup Mokcik semua lauk ditaja haritu. Ikan parang tu saya buat masak lemak pekat. Bubuhlah cili padi sikit2 kang pedas sangat budak2 ni nak makan apa plak.

Daging angsa ngan petai puan Mak masak sambal tumis. Memanglah licin sampai keruk2 mangkuk punyalah sedap. Bayam masak rebus jerk tapi terlupa nak ambil gambar. Talapia ada lagi kat dalam peti tu. Ada saper2 nak request ker nak masak apa???


Sabtu ni, budak2 opis kecoh nak datang beraya kat rumah. Nak datang raya bunyi cam nak datang perang siap tempah2 menu lagi. Nko ingat rumah Mokcik tu restoran??? Hamboi!!! Hidang ikan bilis masak asam pedas kang baru tau. Korang jangan nak banyak songeh eh!!! En. Suami kerja hari tu setengah hari, Mokcik ni jerklah pon nak bersilat kat dapur. Kang apa yang keluar kat meja makan itu jerk yang korang makan paham!! Jangan nak mintak yang bukan2 pulak. Kang cik Mia buat perangai bukan2 Mokcik kuarkan ajer air gas jerk haha. Budak umur 4 tahun tu bukan kira bila dia nak buat perangai. Lagi ramai orang, lagi banyak perangai dia huhu. 

Ni kepala tengah pikir nak kasi korang makan apa erk??? 

 Adakah kuehtiaw goreng jerk??

 Atau mee sup jerk??

Nasi + udang masak sambal petai ker??

 Mee tomyam ker??

Nasi Ayam ??? Errrmmm

Roti jala ???? Sedap gak ni.

Tunggu jerklah rezeki apa yang ada nanti. Tapi nanti korang basuh pinggan sendiri erk. Mokcik ni pecinta alam. Tak main polistren2 ni lalalalalala.


Tuesday, August 5, 2014

RAYA 2014

Selamat Hari Raya, Hari Untuk Kita Bersuka Ria...... sila baca ucapan tu dengan nada menyanyi erk!! Sebab Mokcik pon taip sambil bergoyang2 ni walaupun tengah posa hehe. Kalau dapat habiskan posa ni, maknanya dapatlah 2 hari hah. Sementara ada kengkawan yang puasa ni baik Mokcik tekadkan iman puasa sama. Kang dah ujung nak Ramadan balik Mokcik yang meroyan posa sorang2. Takper2 kuatkan semangat. Nanti sendiri yang senang kan kan. 

Tahun ni giliran raya kat kampung en. Suami. Macam biasa tak pakai baju raya masa raya pertama sebab dorang masak non stop haha. Kaum2 adam ngan anak2 jer yang boleh pakai baju raya ni sebab dorang joint Marhaban. Tapi....Mokcik kan giler skit akakaka skit jerk hokey suku pon tak sampai. Dah tengahari gitu pi cepat2 mandi then pakai gak baju raya dengan harapan dapatlah ambik gambar sama2 lepas tu kang Mokcik salinlah baju balik, bersilat balik. Dah siap2 tunggulah en. Suami balik kengkonan nak salam2 nak cium2 eh! Tapi sampai terlelap my hero tak kunjung tiba. Mia pon dah tanggal tudung, dah tanggal kain, Wafiy pulak dah terkeruk2 badan berlengas. Mokcik pon tanggalkan balik baju.........merajuk!!!!!! Nasib badanlah takder laki cam Zill Faezull nak pujuk huhu hehe korang tengok tak citer tu citer tu. Giler meroyan Mokcik dari bulan puasa ritu asiklah mengadap masa berbuka. Hangin jerk bila anak2 dok mintak itu ini tak gheti2 nak ngambik sendiri akakakaka.


 
Pagi raya lepas kesat2 airliukbasi dah kena buat mee kari meletop Mokcik yang popular akakakaka. Tolong jangan muntah, nanti batal posa korang ekekeke. MIL suh saya buat mee kari untuk hidangan orang Marhaban. Baik Bos! Bisa diatur.

Nko tengok punyalah berebut2 dorang makan walaupun dah pergi 5 biji rumah. Itulah petanda yang mee kari Mokcik memang terbaik......paham @fauziahahmad????


Tok Mudim pon tak sabar2 nak senduk tu hah sampai gambar pon dah aksi twilight akakakaka. Eh betul ker tu tok mudim en Suami?? Ayang tembak jerk tu ekekekekeke.

Lepas dah habis Marhaban, kemas2 terus Mokcik berdezup mandi lagi. Pakai lawa2 konon nak sambut suami balik. Sambil tunggu, snap gambar ngan Wafiy jab. Lagi 2 orang dah ikut en. Suami.

Bergambar dengan sepupu. Apsal dorang ni putih2? Anak Mokcik bukan main hitam. Kalau kena ngan Arfan lagi kelaut ni huhu. Budak2 ni bukan main pandai lagi, Bila orang marhaban dah agak2 nak balik dari rumah orang, masing2 berkejar masuk sebab nak duit raya. Lepas tu kang dia balik pi simpan duit. Lagi 15 minit kang berdedai pi balik rumah lain pulak. Dapat duit jerk dorang balik.

Wah!!! Dah kaya ni Wafiy dah ada gaya lain bergambar nihah. Lepas ni Mokcik wat2 sibuk ngemas kat bilik sedangkan bertotak2 ntah apa lagi yang dorang anak beranak dok tenggek kat dapur tu lagi tapi lepas tu terlelap kejab ngeeee. Lagipun Mokcik yang paling awal bangun masak pagi tu kan kan zzzzzzzzzzzzz........

Lepas Marhaban dah nak pukul 2 barulah en. Suami balik bagi2 duit raya kat anak sedara. Dia balik senyum2 tapi pusing balik sebab Mokcik dah buat muka cam Armel setiap kali laki dia balik kerja. En. Suami bagi2 duit raya sementara semua anak sedara ada. Anak sendiri pon sebok jugak walaupun dah tanggal kain. Mokcik dah tanggal segala.

Wafiy seronok betul dapat duit raya. Asik kira duit jerk. Haritu dalam perjalanan balik Melaka, singgah RnR. Sekarang ni kan berlambak baskinrobins. Lepas tu Wafiy cakap, wah!!!! Hari ni dah tak puasa kan mama, kalaulah dapat makan ice cream sedap ni. Saya cakap pilah suh baba belikan. Duit Wafiy kan banyak, pakai jerklah. Muka dah lain. Mahallah maaaaa kita beli ice cream kat motor tu jerklah. Amboi pandailah pulak sayang duit dia. Tapi memang dia betul2 pi beli kat motor tu jerk lepas tu eksen nak pakai duit sendiri maklumlah tak sampai duahinggit haha.

 Comel tak kita buat muka cenggini??

Ada sepupu perempuan. Tapi nak main gak ngan sepupu lelaki. 



Budak ni bukannya boleh berlengas sikit. Habis terkeruk2. Badan dia mudah naik gelgater kalau berpeluh2.

Ni dah hari kedua. Nak balik kampung Melaka pulak. Ambil gambar kejab kat pokok yang tengah lebat berbunga ni. Cantik betul kan. Semua pokok kat Felda ni sedang berbunga ria. Cantik betul persekitaran raya tahun ni.


Fresh jerk muka budak ni sebab baru mandi. Cuba tunggu sejam, melekat rambut kat dahi sebab dah berpeluh2.

Budak 2 orang ni sangat rapat tapi dalam masa yang sama sangat suka gaduh. Dorang kalau gaduh memang wrestling giler2 punya. Memang taklah kalau nak tinggalkan sama2. Mesti salah sorang kena bawak sama2.

 Nko tengok kasut raya dia tu. Beli 2 minggu sebelum raya. Dalam masa 2 minggu tu dah kena bawak pi sekolah. Nampak muka ayu jerkkan. Kalau menjerit rimau pon leh lari lintang pukang.


Nak gambar berdua, cik Mia ni mengacau betul nak gambar sekali. Kesian en. Suami baju raya tertinggal kat rumah JB haha. Pakai jerklah baju bola tu. Pon baju jugak kan.

Suh Wafiy ambikkan gambar. Dahlah gambar mendongak, tergelap pulak.

Mokcik suh berlakun cium bunga tu, akkaaka sekali dia cium betul ngan mulut. Bolehlah nak, dah!! cepat2 moh balik Melaka. Mokcik dah tak sabar nak pekena sambal kacang puan Mak ni. Kat sini sambal kacang dia manis langsung tak meletop cam kat Melaka boleh terbakar telinga haha.


Dah sampai Melaka yeeeeyyyyy. Sukalah budak2 ni dapat main bunga api tanpa had. Ntah mana Pakcik Adik dia dapat pon tak tau. Main sampai tengah malam pon tak habis2. Mokcik pon tak ngabih2 makan ketupat ngeeeeeeee.


Budak pompuan ni punyalah berani segala jenis bunga api pon dia belasah. Kalau tak kasi dia mengentan.

Mee goreng sedap giler me yang masak yerr hehe. Sila jangan buat muka dengan statement tu sebab rasa dia memang sedap menggiler akakakaka.

Musim2 buah ni, penuhlah buah2han hasil gabungan paw buah dari kampung mertua masing2. Ini gambar dah hari ketiga. Kalau baru2 letak ritu dah snap macam pasar buah jerk nengokkan.

Menyakat kucing kat depan pintu rumah. Tak banyak gambarlah kat kampung Melaka sebab sibuk nau raya sakan ngeeee byeeee!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...