MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, October 29, 2014

KICKSTART ACADEMY

Haha tajuk cam nak belajar kungfu jerk kan haha. 
Sekarang ni seriau jerk bunyi orang kena bunuh, kena rompak, kena culik, kena itu, kena ini haiiissssshhhh seramnya. Tapi kalau nak culik Mokcik ni, memang idaknyalah akakakaka mau mandi spa penculik tu nak nyeret lemak2 tepu ni.  

Jadi manusia kat muka bumi Allah ni, banyak hal kita kena hati2. Bukan setakat orang luar, orang yang bertahun2 kita kenal, darah daging kita, orang yang tidur sebantal ngan kita pon kalau tiba2 datang angin meroyannya kita wajib sedia untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati biasa kita dengar untuk elakkan penyakit, tapi nak elakkan jenayah pon leh pinjam peribahasa tu. Tak payah nak create lain2 peribahasa.

Mokcik pergi seminar ni semalam. Sangat bagus untuk kita refresh balik otak kita yang dah nak terlupa2 sebab pagi petang siang malam hidup tenang jerk tanpa gangguan. Kalau bukak paper pulak dengar macam2 kan. Cuma nasib kita baik tak terserempak dengan individu2 merbahaya ni. Tapi jangan ingat orang yang hilang kewarasan ni takder kat sekeliling kita. Seminar ni mengajar cara2 untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah. Bukan untuk menangani jenayah tu. Kalau dah tak boleh nak elak pon, dia bagi jalan mudah dan paling senang orang yang takder apa2 kemahiran macam kita ni untuk tangani.

Inilah Master Saiful yang tak jemu menyampaikan langkah2 terbaik daripada diserang, Mokcik pon tak jemu2 menghayatinya sampai tengahari. Pakcik ni penceramah dari Kickstart Academy dan banyak buat kajian berkenaan sains jenayah di seluruh dunia gitu.. Tengok gaya macam chefkan......tapi skill dia mempertahankan diri sangat tinggi. Mokcik agak mungkin dia ada Taekwondo ker, karate ker sebab pandai sangat buli budak2 dia. Tapi apa yang dia mahu kita buat bukan sepakar dia. Just buat apa yang kita mampu macam terus lari, tampar dahi, tampar pipi, tampar tengkuk, cubit, gigit, pijak kaki, tendang lutut dan yang paling penting lariiiiiiiiiiiiiiiii.


Masa break Mokcik pon start menggedik haha. Ambik gambar ngan budak beza 10 tahun, perangai pun kena turun 10 tahun jugak egegegegegeeee.

Budak2 yang ikut Master Saiful ni memang mintak kena lempang jerklah nampaknya haha. Tapi Master ni cakap budak2 ni selain ikut dia, dorang ni chef, pelakon, dan pemuzik. Paling penting yang Master Saiful sebut yang Mokcik mesti kena ingat selalu. 'Jangan lihat orang buruk jahat dan jangan lihat orang cantik baik.' Bye!

Sunday, October 26, 2014

CUTI MAAL HIJRAH

Dah lama benar tak weekend dengan en. Suami. Sejak cuti hujung minggu dah tak sama ni jarang benar dapat santai2 duk kat rumah sama2, tengok tv kepit2 kat relax chair sama2, masakkan untuk dia waktu lunch. Haissshhhh banyak betul waktu sama2 yang dah hilang rupanya. Hari Sabtu haritu cuti sempena Maal Hijrah, barulah dapat nak repeat balik benda yang dulu2 selalu buat huhu. Cik Mia sampai tanya berulang2 kali kenapa baba tak kerja? Sampai en. Suami tak larat nak jawab lepas tu peluk dia kuat2 suh jangan tanya lagi. Kejab2 kang dia tanya balik haha.


Budak ni ada sedikit tak sihat haritu. Tapi pagi2 dah bangun sebab tidur awal. Omak dia dah buat kuak labah2 konon nak tidur balik lepas sembahyang Subuh sekali dia bersuara mintak buatkan susu. Lepas tu apak dia pulak boleh ajak kuar breakfirst. Adoiiiiii!!!! Baru pukul 7 pagi tu.......... tapi sekarang ni pukul 7 dah macam pukul 8 jerk terang diakan. Layankanlah jugak, kang kata tak menghargai waktu bersama. Bawak budak ni sekali. 3 biji karipap tu, dia layan sorang jerk. Siap tapau lagi 2 biji bawak balik rumah.

Sebelum balik, anak dara ni cakap nak pi kedai tujuh. Nak beli layang2. Apak dia dah kerut2 dahi tak paham. Bab ni Mokcik tak campur, biar apak nko yang layan dan akhirnya dia berjaya gak pau itu layang2 haha.

Hari dah petang, makanan tengahari dah habis pulak. Omak kita dah malas nak masak lagi sebab dah pening kepala dok hadap abang kita yang asiklah ngelat study. Jomlah kita pi makan kat luar jerk. Ada macam orang demam tak kita ni??

Haritu en. Suami pau jam ni kat kawan dia yang kerja kat bengkel kereta. Mula2 jerk semua dok pakai macam dah tak mau bukak kononnya. Dok rumah pakai, keluar pakai, sampai tidur pon pakai. Korang tengok sekejab lagi saper yang pakai eh!

Nampak kat mana dah letak jam tu??

Sejak anak dara ni dah pandai selfie guna timer........ penuhlah hampon omak nko nak.


 Lagi sekali.

Layankan lagi sebab nampak cam bersih jerk goper omak kau ni.

Eh eh!!!!!! Naper comel sangat omak nko ni?????

Lama2 omak korang pon dah start biol hah!

Wednesday, October 22, 2014

MENANG LOTERI

Minggu lepas dapat email ni. Agak2 kalau tukar duit Mesia dapat berapa erk??? Banyak nau kosongnyer tu. Kalau USD, paling ciput pon kali 3...........Wooowwwwww!!!!!! Mokcik kaya sangat ni wahahahahahahahahahaha.......... 

Semalam pagi pi balik kampung en. Suami, lepas tu pikir sampai kang dah tengahari. Kang anak2 nak makan mestilah kena masak, tapi jiwa malas sangat2 ni sebab dah kaya sangat kan kan. Terus suh en. Suami lalu Kota Tinggi pi tapau nasi ayam Baser. Lepas tu dia tanya aiikkk dah hujung2 bulan pon nak tapau??? Takper......saya dah kaya. Terus tunjuk email tu. En. Suami pandang muka Mokcik sungguh2. Macam nak makan pon ada, macam nak sekeh pon ada akakakakaka.

Ada gaya orang menang loteri tak ???? Ahaks!!!

Saturday, October 18, 2014

SUKA MASAK..MALAS NAK BELAJAR MASAK

Haha paham tak maksud tajuk tu. Sajer nak kenakan korang berfikir pagi2 Ahad ni. Asik Mokcik jerk pagi2 orang pertama sampai opis sedangkan korang berdengkur lagi kat rumah. Meh bangun!!! Layan jab Mokcik ni boring betul hari ni sebab ramai nau dah sambut raya hah!Melampau erk korang semua raya pon sapu.

Semalam lepas memasak, Mokcik pi keluar nak sidai kain baju, lepas tu jiran sebelah tegur.
"Masak tomyam hari ni?"
"Eh! Bau sampai rumah ker?"
"Tadi keluar kat belakang. Terus terbau. Rajin erk masak. Sampai dah hitam exhaustfan akak."
"Abang nkolah ni, pemalas nak bersihkan selalu." Tiba2 salahkan laki haha. Budak ni pon nak puji ker, nak kutuk exhaustfan Mokcik heh!
"Saya ni malas nak belajar masak. Laki saya boring asik makan benda sama. Selalu makan kat luar jerk." 
Hehe nko berdua dik, bolehlah selalu makan kat luar. Kalau Mokcik pon sama gak..eh! eh! Tak2 dulu2 masa berdua pon Mokcik masak gak sebab laki Mokcik masa tidur jerk ada kat rumah, masa lain dia asik kerja3 konon! 

Eh! Rajin ghupernya Mokcik ni yerr!!!!! Haha tapi........................sebenarnya Mokcik pemalas nak belajar masak akakakakakaaka. sama jerk macam nko dik non!!!!

Mokcik ni akan masak benda yang sama selang beberapa hari. Contohnya cam tomyam tu kan kan, rasanya dalam sebulan, kira2 ada gak seminggu Mokcik masak menu tu akakakaka. Kalau asam pedas pon sama hari ni asam pedas, lusa asam pedas, 2 3 hari lagi asam pedas lagi, minggu depannya asam pedas lagi, mau tak seminggu akakakaka. Jadinya dalam sebulan adalah  keluar 5 ke 6 menu sahaja akkakakaka giler punya pemalas nak belajar masak kan kan.

Contohnya rendang ayam omak den ni hah. Mokcik suka makan ni, kalau dah habis ayam dia, siap leh gesek dengan jari kat pinggan dia lepas tu jilat sampai licin akakakaaka. Tiap2 tahun sebelum raya orang tua tu yang masak sendiri. Kalau puan Mak suruh goreng kelapa, Mokcik pon gorenglah, kalau dia suh mesin bawang, Mokcik pon mesinlah, kalau dia suh potong daun kunyit pon, Mokcik pon potonglah dan yang paling penting kalau nak suruh rasa tawar masin pon, Mokciklah orang pertama pi hulur lidah akakaka. Tapi untuk buat sendiri, nak makan sendiri kat rumah, belum lagi. Mokcik malas eh nak belajau cara nak memasaknya. Entah kenapa sangat pemalas. Kata orang belum sampai seru.



Rendang Cili kerang ni pon sama. Masa tolong2 kacau tu, Mokcik ada tanya2 jugak puan Mak letak apa, masuk apa, lepas tu apa..........tapi langsung tak masuk dalam otak sebab malas betul rasanya nak pikir. Tapi kalau makan, pinggan lom letak kerang dah masuk mulut dulu ngeeeee. 


Seronok betul bila tengok orang lain masak bermacam2 menu. Sampaikan kang pagi lain, tengah hari lain, malam kang lain pulak ohmakaaiiiii super duper rajin itu. Mokcik ada gak teringin nak masak segala jenis laksa, lasagna bagai ker, spageti ker. Bila makan kat kedai kang, yang sorang ni suka, yang sorang ni kang eeeiiiiiyakkkk, sorang lagi dah buat main pondok2. Lom lagi Mokcik masak tahap itu, kalau masak cekodok, paling2 lebih pon leh masukkan sosej jerk. Nko buatlah lain sikit masukkan carrot ke. Sampai malamlah cekodok tu terbiar, paling kebulur pon kang di koreknya carrot tu bersepah kat atas meja. Itu belum lagi masukkan ikan bilis ker, daun bawang ker. Rendang2 bagai tu pon, budak2 ni bukan nak makan pon. Pedaslah, daun apa ni, tak cukup kuahlah, tapi kalau kari oklah pulak. Pelik yang amat budak2 ni. Ini bukan penyakit anak2 jer hokey, dengan bapak2 dia sekali selera tak berkembang. Korang paham tak apsal Mokcik malas nak belajar masak???  Jawab sendirilah bye2 selamat berhujung minggu muaaahhhhh haha.











































Tuesday, October 14, 2014

JANGAN BERDUKA

Semalam seorang kawan meluahkan rasa. Rasa yang tak boleh ditahan2 lagi ni haha. Mokcik dapat rasa dia menghadapi masalah yang sangat besar sebab terpaksa bekerja dengan orang yang syok sendiri. Kalau bercakap dia ajer yang terror, yang hebat, yang tahu segala2nya. Tapi hampeh!! Mokcik dah rasa benda ni dulu. Cuma kisahnya berbeza. Terpaksalah anggap itu adalah ujian bagi perjalanan hidup kita. Insyaallah....adalah serinya nanti2.

Inilah antara rakan2 sekerja yang satu kepala. Secara khususnya kitaorang taklah bekerja bersama sebab masing2 lain cawangan. Tapi kalau minta apa2 yang melibatkan kerja semua laju jer bagi kerjasama. Nak2 budak yang buat selfV tu. Nko mintak ajer maklumat2 yang dia uruskan, tak sampai seminit dia dah skype. Tahun ni giliran Mokcik tu dapat APC. Tahniahlah yer, anda berhak!!

Masing2 muka keriangan umpama mengantuk disediakan bantal. Bantal ker haper!!! Jom kita bedal!!!!
 
Ini bukan pertandingan makan pizza yer sebab memasing gelojoh semacam. Tapi masing2 nak cepat habiskan makanan sebab @fauziahahmad dah hulur bekas nak tapau bawak balik rumah.

@Lynnhamzah makan dengan begitu sopan. Adakah yang keluar nanti si sopan lagi???? Akakakaka redha jerklah yer, yang penting comel macam omak eh! Kat sebelah tulah yang belanja kami haritu sempena meraikan kami sebagai team yang sangat bekerjasama dan langsung tak memeningkan kapala!!!!
























Monday, October 13, 2014

BUMBUNG JEJANTAS RUNTUH

Korang dah tengokkan gambar kejadian ni??? Berlambak dah kat fb bila Mokcik cek tadi. Pagi semalam Mokcik bagus jerk ikut jalan tu sebab hari Ahad jalan tu lengang sikit then pendek dari jalan biasa Mokcik guna. Pukul 7 lebih sikit dah sampai opis lepas tu bangga2 pi thumprint sampai 5 6 kali akakakaka jakun skit. Sekali petang en. Suami bagitau ada jejantas runtuh kat Jalan dekat Taman Kobena. Gambar pun dah menderu2 masuk whatsapp.

Rupanya bukan jejantas yang runtuh tapi atas jejantas termasuk bumbung yang melayang ke atas jalan sebab ribut kuat sangat semalam. 1 lori dan 1 kereta kena hempap dan pemandunya cedera ringan. Seram betul dengarnya ni.

Semalam petang kat ofis memang hujan. Tapi setakat hujan biasa2 jer. Tempat kejadian bukanlah jauh sangat pon dengan ofis. Dalam 20 km jer rasanya. Dengarnya berlaku dalam pukul 4 lebih petang semalam. Time2 Mokcik baliklah tu. Alhamdulillah tak ikut jalan tu, maunya maghrib tak sampai2 rumah lagi. 

Wajah2 gembira haritu masa balik dari kampung sempena Hari Raya Korban. 


Manalah kita boleh jangkakan perkara2 yang akan berlaku. Sentiasalah baca2 ayat pelindung kalau dah ketentuannya ajal, biarlah caranya mendapat keberkatan.

Mohon perlindungan mu Ya Allah!

Saturday, October 11, 2014

RESTORAN ANGAH D & C

Hari tu sebelum balik raya korban macam biasa Mokcik kena sattlekan dulu kerja2 kat rumah. Kang seronok sangat nak balik kampung, balik rumah balik tengok macam kapal karam Mokcik jugak yang meroyan tak tentu pasal. Sattlekan basuh berbakul2 baju, sidai baju, kemas dapur bersih2 hingga menciutkan, buang segala sampah sarap, sapu satu rumah............lepas tu terbongkang kepenatan. Bila dah siap kemas, takdernya Mokcik nak masak2 lagi. Jom kita makan kat luar!!!!!

Pilah kat Restoran Angah D & C kat Bandar Baru Uda. Ada 2 cawangan lagi kat  Taman Munshi dan Giant Extra. Tapi tak pernah pergi lagi 2 tu sebab dah terbiasa yang dekat sini. Pernah sekali dulu pergi, tokey kedai bisik2 dengan pekerja dia bila nampak en. Suami. Lepas tu isteri dia cepat2 pandang kitaorang lepas tu tanya kat Mokcik kenal tak adik dia. Eh! Eh! Terkedu2 Mokcik sebab terasa2 pulak cam retis adanya hahaha. Rupanya sejak peristiwa en. Suami masuk tv dulu, nama Mokcik pon pemes sekejab dikalangan kawan2 hahahaha. Masa tulah baru tau kakak kawan Mokcik tu isteri tokey kedai tu. Sedangkan pernah menebeng kat rumah dorang kat KL masa belajar2 dulu. Bila dah meningkat usia boleh terlupa pulak hehehe. Tapi haritu dorang takder...tak dapatlah nak berbual mesra macam haritu.

Perrrggghhhhh giler tak sedap fish n chip kat sini dengan harga cuma RM8 bila tengok gaya makan sampai segitu sekali akakakaka.

Chicken chop grill Wafiy punya harga lupa plak, tapi kalau yang x grill just RM5.

Arfan selera spagetti haritu.

En. Suami ambik sama ngan cinta hati dia fish n chip.


Budak2 ni terpinga2 order sirap bandung tapi datang cam air tembikai susu. Bila tanya balik. Orang tu kata betullah sirap bandung. Cer rasa. Eh! eh......betullah sirap bandung!!!!!!


















Wednesday, October 8, 2014

ABC KAMPUNG MELAYU

Ini kisah dah lama, tapi sebab makanan punya pasal kena masukkan jugak dalam blog sajer nak kasi korang ngeces haha. Haritu tetiba teringin nak makan ABC. Nak pulak ABC kat Kampung Melayu. Dah lama sangat tak pergi ni. Mau ada 5 tahun kot sebab tempat tu crowded sikit. Nak bawak kanak2 ribena banyak perangai susahlah sikit. Tapi tempat makan tu dah takder. Tak taulah sebab kasi renovate ker atau kasi hapuskira terus. Pujuk2 en. Suami, dia pon google dengan kawan2 dia. Yeyyyyy!!!!! I lap U lah darling. 

Dulu masa zaman mengenali hai budi memasing (aauuuuwwwww comel jerk munyik haha), Mokcik laki bini suka gak datang kat gerai ni. Tapi bukan kat lokasi nilah. Kat tempat yang dah kena roboh tu. Tapi dekat2 jerk. Tapi tak boleh nak romantik2 sebab kejab2 kang ada ajer yang menegur sebab ramai nau kawan2 en. Suami berniaga area situ. Tak privasi langsung, tapi Mokcik suka sebab makanan semua sedap2. Kalau korang nak pekena ABC, cari jerk Kampung Melayu kat JB ni, pusing2 nampak merimbun jerk orang duduk2 makan kompomlah ini tempatnya. ABC Kampung Melayu adalah antara makanan terbaik di Johor Bahru Mokcik tak tipu. Tanya jerk orang2 kat sini mana nak pekena ABC best, mesti mulut sebut ABC Kampung Melayu. Bukti yang lebih kukuh korang tengok berapa punya panjang daaaa orang beratur nak tapau ABC tu. Service laju, jadi korang jangan risau kalau setakat nak tapau balik.

Belum habis cerita lagi yer, kalau nak tapau balik, cepat. Kalau nak landing kat situ ada sedikit masalah sebab ramai nau orang. Nak dapat meja ni, Mokcik kena jaga line sini. En. Suami pi nun.....line sana. Dapat jer meja cepat2 duduk lepas tu lambai2 en. Suami menandakan Mokcik dah berjaya haha.


Waktu ni Wafiy tengah mengimbas detik2 merebut meja. Dia kata baru jerk dia nampak ada orang bangun dari meja, Mama dah panggil. Tak dapatlah kita nak eksen. Poyo! Balas Arfan.

 Ada aku kesah!!!!

Hari tu order 2 ABC then 1 ais jagung. Order banyak2 kang tak habis, membazir! Mokcik konon diet tak nak makan. Nak makan ABC jerk, tapi ABC tu dok depan cik Mia tak boleh tarik sikit pon. Terpaksalah panjang2kan tangan ke mangkuk Wafiy ekekekee.

 Suapkan anjer2 ni. Makin besar, makin banyak perangai.

Nampak sangat muka frust tak dapat nak menikmati ABC. Siat2 tisu jerklah!!!!

Tuesday, October 7, 2014

THE WINDMILL STATION

Kisah masih berkisar di negeri Melaka. Ini bukan makan yang dirancang sebab lauk untuk makan malam banyak jerk lagi kat rumah. Tapi dak Iza punyalah excited nak ajak kitaorang makan kat sini sebab super duper sedap katanya. Okeylah kita pergi jugaklah layankan dia then paksa dia bayar semua walaupun pinggan Mokcik anak beranak yang lebih licin akakaka.

Pergi restoran western pukul 10 malam giler kalau tak gemuk haha.  Restoran The Windmill Station ada 2 tempat. Kitaorang pergi yang open sebab bawak kanak2 rebina tak tau diam kat Melaka Raya. Dekat2 dengan Mahkota Parade. Korang Google jerklah yerk kalau teringin nak telan western kat bandar Melaka tu. Masa sampai ni, Mia dan Wafiy dah tertidur dalam kereta. Ini yang Mokcik lemah.... kejab lagi kompom ada adegan sentap2 punya.

Umpan Wafiy dengan ice cream oreo supaya tak buat perangai sebab tak cukup tidur. Dia mintak fish n chip gak. Tapi Mokcik suh kongsi jerk sebab tau kang mesti tak habis sebab mengantuk. Memang betul pon, habis jerk ice cream, dia sangkut dagu kat meja lepas tu berdengkur balik. Nampak budak yang samar2 dalam kegelapan tu haha. Tu pon tengah tahan mata dah mengantuk sangat tu. Makan pon tak habis.


Nampak macam ceria kan kan. Hangin jerk Mokcik layan perangai budak ni. Dari turun kereta sampailah masuk kereta balik dia mengaruk2 rasa nak siku jerk. Tu ice cream susah nak senduk pon leh jadi isu sampai terjerit2.
Lupa pulak nama ice cream ni.
 
Fish n Chip punya portion agak besar untuk Mokcik dan Arfan. Kalau tak lapar sangat boleh kongsi2.

Chicken Chop (Grill) pon portion besar. Tapi en. Suami tak suka kentang lenyek dia. Ada rasa tak cukup empuk sikit. Tapi part lain licin macam tak makan sehari datang sini.

Gambar lamb chop ini dari telefon dak Iza yang menyedihkan. Haper pon tak nampak. Masukkan jugaklah dalam blog kesian dah penat2 whatsApp bagai.

Bapa mithali suapkan makan kat anak dara dia dah nganga cam anak burung haha. Eh! tu pinggan Arfan tak habis makan en. Suami tolong sattlekan. Tengok pipi! Berbukit2 dah haha.

Dak Iza n en. Husband yang giler kucing. Eh! Gambar dari tepon saper pulak terblur2 gini????

Monday, October 6, 2014

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM MELAKA

Baru tulis tajuk, dah menjejes2 air liur rasa nak pekena lagi huhu. Kalau korang datang area Batu Berendam, lepas tu nampak ada orang beratur panjang, pi jerk ikut beratur sama akakakaka boleh!!! Tapi memang kalau waktu peak kena bersabar sikit sebab ramai orang. Coconut Shake kat sini antara yang terbaik Mokcik pernah jumpa. Ada orang kata area2 Tengkera ngan Pantai Puteri pon ada gak tapi pernah beli sekali macam tak cukup rasa. Tapi kalau kat sini, korang tak payah ragu2 memang sedap, kalau tak sedap idaknya Mokcik nak repeat2 bagai hokey!!

 
Dulu2 just ada gerai pacak kat tepi jalan kat sini jerk. Adalah 2 meja panjang sederet bila nko makan tunduk jerk sebab malu bila dah semeja ngan orang lain haha. Makin lama makin banyak pulak dorang buka meja sekarang ni, bolehlah korang menebeng lama2 sikit. Kalau korang tak berapa sure tempat ni, tanya jerk orang kat mana tapak pasar malam Batu Berendam sebab kat situlah tempatnya. Nko tengok baper punya banyak daaaaaaa kelapa muda dia pakai. Air kelapa tu pulak korang boleh minum free jerk siap boleh tambah2 lagi selagi perut tak kembung ekekeke.
  
Hari tu pi dengan en. Suami berdua gitu sekali tengok tempat sikit punya penuh, tarik nafas dalam2 sebab macam lambat jerk nak tunggu turn. Sekali budak coconut shake tu cakap boleh masuk kat rumah kedai betul2 kat belakang gerai tu. Rupanya dorang dah luaskan kuasa sampai kat kedai tu jugak. Kalau nak privasi lebih best kat sini. Tapi kalau kosong kat luar, Mokcik lebih suka duduk kat bawah payung tu, happening sikit.

Coconut Shake biasa RM2.50 then yang special tambah ice cream tu RM2.80.


Hari tu pi ngan en. Suami kongsi nasi lemak makan berdua. Coconut shake tak boleh kongsi yer nanti tak cukup ngeeeee.

Suka tengok konsep tempat ni. Nampak meriah dan moden.

Selain tu ada yong tau fu dan makanan lain. Ada sekali tu pi melepak ngan Iza. Pekenalah yong tau fu dia. Pon sedap tak menghampakan. Kuah dia ada rasa tambahan sup daging.

Ini gambar semalam masa on the way balik JB. Singgah jab tapau buat minum2 dalam perjalanan. Bye2 Melaka!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...