MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, July 26, 2009

Jam giler

Perrrhhhhgggggg punyalah sesak jalan pagi ni...nasib baik aku kuar agak awal gaklah. Itupun lagi satu minit nak kantoi. 8.29 pagi. Entah apa musibah dah menimpalah kat jalan hari ni sampai boleh jam terlampau. Yang aku sakit hati ialah jalan susur kiri dari taman daya ker pasir gudang tu pun dorang guna untuk potong keta kat depanlah kononnya. Sedangkan dorang dah nampak keta yang kat traffik light tu pun tak bergerak. Nak lepas lorong tu jer aku tunggu dah 10 minit...nasiblah kancil aku tu bukan keta kebal, kalau yerrrr sumer keta2 tu aku sondol ala2 badak sumbu.. hehehe.

Ni dia jalan susur kiri yang aku maksudkan tadi. Jalan ni sepatutnya tak terlibat dengan jam tu, tapi.... diatas ketidak sopanan pengguna jalan raya, jalan ni telah dikacau. Grrrrrrrr
Lepas jalan kat atas nu, baru aku ikut jalan ni untuk ke LPP. Lihatlah betapa panjangnya jam yang terlibat. Syukurlah LPP terletak kat lokasi ni. Walaupun tak berapa nak gah disitu, tapi sekurang2nyer begitu strategik di situ.



Thursday, July 16, 2009

Anak ku sayang. Ceh....masa perangai dia tengah baik jerlah.

Dah lama tak update blog ni. Ceritanyer banyak cuma tak ada gambar jer. Aku ni kalau tak der
gambar tak berapa seronok nak bercerita. Pagi tadi, sementara tunggu Arfan mandi aku pun ambiklah gambar spelling dia kat sekolah semalam dengan 3 star yang dah selalu dia dapat tiap2 minggu sejak akhir2 ini. Itu pun setiap kali esoknya ada spelling, malam tu baba dia mesti pegang rotan kat tangan paksa dia hafal. Bila dah tak tahan tengok asik kena pukul jer budak tu, mesti baba dia yang kena marah ngan aku. Kiranya aku ni mama penyanyang di saat2 akhirlah. Ekekeke. Nanti aku slowly minta dia hafal lagi suruh dia tulis kat paper banyak2. Esoknya bila ambik dari Nuri mesti buku tu dia pegang sebab nak tunjuk yg dia dapat 3 star. Budak2lah katakan. Aku pun puji2lah dia biar kembang skit. Tapi penting tu untuk menaikkan semangat dia. Baru2 hari tu pernah sekalilah spelling dia takder star dan pernah sekali dapat 1 star. Waktu tu kami tak perasan yang dia dah ada spelling, itupun dengar dia asyik hafal2 sendiri father, mother, sister. Tang brother jadi bother, uncle jadi ancle tu yg tak dapat star tu.
Tapi bila fikir balik jadi risau pulak, sebab Arfan memang terkenal dengan nakalnya. Kami fikir biarlah dia ni glamour dengan nakal tapi pandai....bukan budak nakal nakal nakal. Ceh! besar sungguh harapan kami kan.

oleh kerana Arfan dah menggembirakan kami, akupun dengan gembiranya menghadiahkan dia jam tangan transformers yang aku redeem dari bonuslink. Hehehe jimat skit tak payah nak kuar duit. Itu pun setelah dia boleh hafal ejaan TRANSFORMERS.

Ini gambar dia nak gi sekolah pagi tadi. Bukan main bergaya lagi. Asik belek jam ajer...





Wednesday, July 1, 2009

wajah ibu mengandung 8 minggu

Ekekeke kelakarlah muka aku ni. Gambar ni aku ambik masa kebosanan semalam. Sebenarnya aku tengah mabok ni. Rasa loyer semacam jer. Aku rasa nak ambik gambar setiap bulanlah dalam proses mengandung ni. Mesti kelakar bila tengok lepas bersalin nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...