Pagi tadi terbaca sila klik sini. Saya jadi terkekeh2 sendiri. Kesian kat wartawan yang takder idea nak wat artikel. Cerita gini pon bolehlah asalkan paper penuh kot. Oleh kerana saya tak baca paper, maka lambat skit arr kot berita gempar macam ni nak terkezutkan Mokcik ahaks. Tapi ini adalah realiti masyarakat kita. Walaupun kita 1 Malaysia, kejiranan berbilang bangsa, walaupun baik dengan dorang, walaupun comolot gitu, belum tentu kita tahu keseluruhan perihal dorang. Betul tak ?
Saya nak cerita satu kisah masa Tahun Baru Cina yang lepas. Bulan 2 kot ? Sebenarnya saya ada darah Cina di sebelah puan Mak. Yup! Mak saya dulu berbangsa Cina. Sekarang pon masih berbangsa Cina tapi sudah Muallaf lebih 45 tahun lepas. Bila ada masa dan kesempatan, Mak akan ajak kami pergi menziarahi adik beradiknya sekitar Melaka dan Johor Bahru.
Masa tu puan Mak ajak pi rumah adik bongsu dia dekat Sri Alam. Sebelum ni kami dah pergi sekali, tapi dah lupa kedudukan rumahnya. Maklumlah rajin sangat pergi akakakaka. Kata puan Mak, yang dia ingat ada tokong kecil dekat depan rumah tu then ada tanah agak tinggi bertentangan rumah tu. En. Suami kan suka nak jadi menantu mithali, jadi dia terus masuk taman perumahan tu dan carilah rumah yang ada tokong kecil depan rumah yang berhadapan dengan tanah tinggi. Yes! Permintaan mak tertunai. Sebab jumpa jugak rumah adik dia tapi tanah tingi yang dulu hutan dah ada rumah mewah. Itu tak penting, yang penting rumah tu kami dah jumpa. Berlakulah detik jejak kasih sekejab hehe.
Lepas tu en. Suami berbisik separuh manja (tak boleh lebih2) dalam dah ada tokong, depan rumah pon ada tokong lagi. Alim sangat ker sedara awak ni. Saya ketawa terkekeh2 bila dengar perkataan alim tu. Sedangkan masa tu mak sedara saya tu hanya bersinglet dan berseluar pendek. Dengan berseloroh saya pon tanya Mak Busu saya pasal keadaan tu. Tapi saya panggil untie lah. Kang panggil Mak Busu mau dia ingat saya kata dia busuk plak haha.
Dia kata tokong luar dan dalam tak sama. Bahagian dalam tokong datok Cina, Bahagian luar tokong datok Melayu. Lepas tu dia suh tengok kat dalam tokong datok Melayu tu, "Tengok! Patung pon rupa Melayu." Memang pon, patung tu siap pakai kopiah lagi. Cuma patung tu rupa lelaki. Takder pon patung perempuan. Buget ciput kot hahaha.
Lepas tu saya tanya kenapa Melayu letak kat luar, Cina untie letak kat dalam? Jawapan dia ialah.....Tak boleh letak dalam sebab dalam tak suci. Kita makan babi, ada anjing. Kita letak makan pon tak boleh beli sebarang kedai. Boleh beli dekat kedai Melayu sahaja. Kita letak nasi ayam, nasi kandar, nasi beriani. Kita tak mahu nanti datok Melayu marah kasi makan makanan tak halal.
Lepas tu saya tanya lagi soklan ketuk paler sendiri. Kenapa tak semua rumah ada 2 tokong ni? Dia jawab ehhhhh!!!!! Ada!!!!!! Cuma kadang2 mereka tak letak sebab tak ada space. Kadang2 dia letak kat tempat yang kita tak nampak tapi tahu itu tempat paling suci. Ada jugaklah tak letak sebab tak sembahyang hahahaha. Sama ma dengan Melayu ada sembahyang.....ada tidak. Tapi percaya dengan tuhan masing2 kan?
Lepas tu saya dah tak tanya sebab berdengung jerk kepala bila dengar jawapan dia. Apa nak buat, maka betullah kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan kan. Tapi dalam perjalanan balik tu kami terkekeh2 ketawa sebab datok tak bergerak tu dapat makan sedap2 sedangkan kami berkira2 nak makan cenggitu hari2 sebab takut poket kopak.
Bayangkan, sebelum ni saya pernah jerk pergi ke rumah mak sedara saya tu. Tahu dah ada tokong kecil kat depan rumah dia. Tapi saya tak pernah tahu pon ada patung berupa orang Melayu alim kat dalam dia. Perkara ni dah lama pon agama dorang amalkan. Tapi hari ini ia menjadi sensitif pulak tiba2 sebab kita baru jer tahu.
Bagi sayalah, selagi itu adalah fahaman untuk orang bukan Islam, maka biarkan jerklah. Dah nama pun bukan Islam kan kan. Yang fahaman Syiah tengah berleluasa tu tak pulak korang korek dalam2 apadahhhhhhhhh.....
No comments:
Post a Comment