MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, July 31, 2013

cekodok sosej


Ni bukan juadah berbuka puasa semalam. Entah bila dah lupa. Cuma nak tunjuk cekodok sosej tu yang menjadi kesukaan Wafiy. Sejak dua menjak ni asik mintak cekodok tu jerk masa berbuka. Mokcik turutkan ajer. Kerja kacang jerk yang penting save budget hehehe. Yang Nampak hanguih2 kat bawah dia tu cekodok taugeh. Itu en. Suami yang goreng. Masukkan tepung kat dalam kuali lepas tu lepak pi tengok tv boleh!!!! Dah rentung lepas tu terjerit2..... ireng ireng cekodok aku. Sendiri goreng....sendiri makan ok! Haha.
 
Kuih donat takder lubang tu kompomlah kak Siti babysitter Mia yang bagi kan kan. Asik dia jerk yang bagi. Asik Mokcik jerk yang menerima. Aduhaaiiiii malunyerrrrr tapi tak gheti2 gak nak hulurkan apa2 ngehngeh.
 
Cantik kan limau sambal yang fresh lagi tertelan2 alior ni. Ni citer hari Ahad ritu yer. Teringin nak makan ayam golek kat Kampung Melayu yang nak keluar simpang ke jalan besar tu. Ajak en. Suami merayap kejab walaupun cuaca agak panas. Takper!!! Kalau bab teringin ni en. Suami rajin layan. Jadi jangan rasa malas, nanti jejes alior.
 
Kitaorang pergi dalam pukul 4 petang gitu. Itupun dah ramai yang beratur. Saya suka cecah dia. Dah cuba kat tempat2 lain, tapi cam yang kat situ jerk yang termimpi2. Tengok!! Berapa banyak ayam digoleknya!!!! Sekor RM21, setengah RM11. Mokcik rembat sekor. Sebab napsu besau.....lepas tu ada baki lagi simpan dalam peti sampai harini ngehngehngeh.

Lepas tu singgah plak Pasar S'mart. Beli plak barang2 nak buat nasi ayam. Akhir sekali pergi masuk kompleks pejabat sebab kat situ ada limau free. Sebab dia free jadi kita up gambar dia sekali lagi akakakaa. 

 Ambik segenggam jerk. Jangan ikut nafsu, lagipun boleh terserempak plak ngan Kamarul Hatta. Kantoilah Mokcik kalau rembat sepokok akakakaka.


Inilah dia hidangan Ahad lepas untuk keluarga tercenta. Tengok ada lagi cekodok taugeh ngan cekodok sosej akakakaka. Ayam golek tu siang2 dah hilang kedua2 peha montoknya. Tau kan saper punya kerja!!!!!
 
Minggu lepas tak balik kampong en. Suami sebab Hari Sabtu semalamnya en. Wafiy ngan en. Arfan berbuka di Hotel nkooooo!!!!! Wafiy cakap best giler dapat makan cekodok sosej banyak 20 biji. Sedap giler. Nko makan cekodok sosej jerk nak berbuka kat hotel????? Errrmmmmm maka meh mak nko masak cekodok sosej tiap2 hari. Tak makan siap!!!!!
 

Tuesday, July 30, 2013

semangat raya

Melampau tau dorang ni. Taulah kebanyakan korang pon bukan orang Johor. Tapi janganlah nak balas dendam terlebih gitu. Dari hujung cawangan ke hujung cawangan dipasangnyer lampu kelam kelip ni. Kampung Mokcik jauh. Dahlah nak sebulan posa belum jengok lagi muka orang tu. Mokcik nangis kang kang uwaaaaaaaaaaa

Oleh kerana tokey lampu kelam kelip kaki sakit, tolong switch on lampu jerk tugas dia. Anak2 dara plak yang kena panjat memanjat. Tapi gambar itu tidak bolehlah kasi publish. Bulan2 posa kang nampak betis anak dara, kurang plak posa korang. Mokcik plak dapat dosa kan kan.
 
Tengok!!!! Siap melintang2 lagi lampu tu. Nampak tak ada bunga hiasan kat atas drawer tu. Jab eh! jab eh!




V
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
V
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
V
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
V
 
 
 
 
 
 
 
 
 
V
 
 
 
 
lagi skit jerk
 
 
 
 
 
V
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
V
 
 
 
 
 
 
 
 
V
 
 
 
 
tadaaaaaaaaaaaaa
Lampu raya cina tak tau nak letak kat mana. Tapi nak gak suh dia berkelam kelip. Nak tau saper yang deco ni?????
 
 
 
Tu diaaaaaaaaa anak dara comel cawangan pembangunan. Puasa kerrrrr ?????? Akakakaka

lepas sahur

Semalam tak mampu nak berblog sebab jiwa kacau huhuhu. Ada kaitan tak ? Hari ni pon tak sattle tapi.....kalau layan pon bukan leh sattle pon. Jadi kita mintak tolong pada Allah bagi jalannya dan meh berblogging balik untuk hiburkan hati yang duka lara ngehngeh.

Ni gambar pagi tadi. Lepas sahur terus paksa dorang ni mandi dan siap sedia pakai baju sekolah agama. Tengok MasterChef kejab, lepas tu MasterChef plak tengok dorang. Terpaksa wat cenggitu sebab kalau nak kejut balik kang untuk mandi dan bersiap pi sekolah, kompom berlaku adegan sentap2, adegan air mata, adegan jerit2 segala. Mokcik malas nak kurangkan pahala posa awal2 pagi. Posa yang sampai berbuka ni pon entah tinggal cekeding mana jerk pon. Tak kiralah lepas dah tidur balik sejam tu nak bertaik mata ker, berair liur basi ker, bangun terus basuh muka then pilah korang sekolah anak!! Bukan ustazah korang tahu pon ekekekeke.


Friday, July 26, 2013

telor sepapan saya punya

Baru sebut2 tadi telork ayam. Kan dah sampai......hehehehe terima kasih yang tak terhingga kepada PPK Johor Bahru Selatan atas pemberian yang amat besar maknanya ini.

Memang dah kena beli pon sebab yang sepapan kat rumah tu dah tinggal beberapa biji jerk. Habis kalau dah wat mee goreng pakai telor, mihun goreng pakai telor, mee kari pon pakai telor, sahur pon telor telor telor. Maunyer tak habis sepapan. Kiranya pemberian ini bolehlah menyelamatkan duit yang nak wat grill rumah tu hehe.

Thursday, July 25, 2013

N3 campur

Jumpa kat dalam tab. Agak2 sapernyer kerja ni? Hari tu habis sumer gambar player JDT dia ambik gambar setiap orang. Sumer saya kasi delete. Buat penuh memory jerk budak ni tau. Ada musimnya ritu, siap dia lukis muka player2 JDT. Lepas tu tanya kat saya sama tak? Lom sempat saya jawab, dia plak jawab dulu......bilalah kita boleh lukis gambar orang betol betol erk mama? Alahaiiii anak.....cubalah nko lukis gambar telor ayam dulu nak!! Kalau jadik, barulah lukis gambar Safie Sali plak. Lagipon mamat tu lom lagi dapat rentak. Silap2 bila rentak dia sampai, nko pun dah boleh lukis gambar dia nak. Chayork2!! Hahahaha mati Mokcik kalau peminat dia terbaca belog ni kang ngutuk cukup pakar.
 
Dalam godek2 gambar kat tab, terjumpa gambar lampu untuk bilik air. Kelassss nko Mokcik pakai LED lagi. Dah lama jugak sambar ni. Masa tu tengah kaya sebab dapat duit tut tut kan kan. Bila dah tak berduit ni, barulah sedar......aperker bodohnyer beli lampu mahal2 untuk letak kat jamban jerk hah! Beli dua plak tu. Kan ada 2 jamban kat rumah tu. Duit tu nko simpan wat beli sofa lagi baik mokcik oiiiii eh!! dapat ker sofa???? 
 
Masa on switch guper dia gini hah. Mintak2 teranglah toilet ku nanti. Sekali terang cam bilik karaoke. Lantak nko!!! Hahahaha

Semalam.....akhirnya saya tak masak. Maklumlah semalam kan masuk gaji. Jadi saya berlagak kaya dan pi ke bazar. Ini untuk en. Suami. Laksa Johor. Kuah dia agak cair. Tapi en. Suami kata rasa dia bolehlah tahan. Harga RM4
 
 
Haaaaaa yang ini saya punya. Beriani Ayam. Harga RM7. Nasi menggunung, tapi ayam ciput jerk belah punggung. I memang suka makan punggung. Tapi punggung ayamlah hahahaha. Oleh sebab ayam tak cukup, saya bedal ayam semalam. I kan memang suka yang semalam semalam huhu. Nasi tu makan separuh jerk sebab banyak sangat. Lagi separuh en. Suami makan. Dietlah sangat kan kengkonon taknak makan nasi. Sekali tak kenyang makan laksa Johor ekekekeke. Lepas tu syer drum stick goreng Mia. Nasib itu budak mood banyak baik semalam. Drum stick tu RM2.50.

 Wafiy ngan Arfan dibelikan nasi ayam. Nasi banyak, ayam pon boleh tahan banyak. Sebungkus RM5. Beli 2 jadi RM10.00. Lepas tu belikan sosej 3 cucuk untuk budak2 ni RM3. Dah hujung2 bazar jumpa plak gerai jual air 3 plastic RM2. Beli air soya 2 dan bandung cincau 1. Jadi inilah makanan kami untuk berbuka semalam. Jom kita belajar mengira berapa semuanya Mokcik berbelanja semalam. Lepas ketuk ketuk calculator pang pung pang pung ok jumlahnya ialah RM28.50 yer glurrrppppp.

Bila dah pukul 10 malam gitu, masa mokcik dah ready nak halau sumer budak2 ni tidur, Arfan tanya saya ada tak benda leh makan??? Hah!!! Lapar lagi???? Nak suh omak ekau masak lagi???? No! No! No! En. Suami tolong pi mamak. Beli roti canai 3 keping khas untuk budak2 tak cukup makan OK!

Kompom ari ni Mokcik masak!




TQ en. IPP

Terima Kasih banyak2 yer en. IPP Johor Bahru. Bekalan untuk raya nanti ekekekeke. Saper datang umah saya raya ni kompom dapat minum air ni. Duit gaji untuk beli air untuk raya dah boleh simpan untuk langsir raya tahun ni ngeh ngeh. Ada saper2 nak booking kedatangan nanti ??? Meh lah meh lahhhh jangan malu2.

Wednesday, July 24, 2013

kena masak gak

Kelakar tau semalam ekekekeke......sambil gelihati sensorang. Sampai rumah cepat skit dalam pukul 6 gitu. Selalu pukul 6 suku baru sampai. Psssttt punch card rosak, jadi Mokcik curik balik kul 5.25 akakakaaka. Eh! Berdosa erk!!! Kan bulan Ramadan ni. Takper kot sebab sejak punch card rosak ni Mokcik selalu datang tercepat. Hari senin ritu kui 7.45 dah tercongok depan punch card. Lepas tu kena gelak dengan opismate sebab bangga nak punch tapi tak boleh huhu.
 
Eh! Sambung yang kelakar tadi. Yang kat atas ni tak kelakar sangat kan kan. Sampai jerk kat rumah, bukak peti ais, tengok kat freezer, lepas tu tengok kat fridge. Kalau nak masak, boleh jerk. Tapi malas cam tebal jerk. Lepas tu wat muka tak jelita kat depan tv. tunggu en. Suami balik. Bila pakcik tu dah sampai, dia tanya nak pi bazar ker ? Alaaaaaaa En. Suami memang memahami isi hati isteri tercenta dia ni tau. Lom mintak pon dah tau. Cayang cangat tau.
 
Dengan semangat nak makan nasi kerabu sebungkus penuh, murtabak sorang 2, air soya 2 plastik, air tebu lagi seplastik, kuih seri muka 2 3 ringgit, roti jalan pon 2 3 ringgit.............sekali dah siap2 sumer nak berkonvoi, sarung seliper pon sudah.............berderau hujan turun. Alaaaaaa ujan!!!!! Bukan main kuat lagi sore Mia menjerit. En. Suami garuk2 paler tanya saya cam mana. Tapi dah tolak2 dah budak2 masuk rumah balik. Sumer dah wat moncong cencorot. Moncong cencorot Mokciklah paling panjang sebab kena masak jugak uwaaaaaaaa. Eh! Tak kelakar eh eh.  
 
Maka terjadilah kejadian masak memasak yang paling tragis. Ada daging, kentang, tomato dan kari, Mokcik masak Kari Daging Tanpa Santan. Eh sedap gak ghupernya. Makan ngan nasi pon boleh, ngan lempeng keras pon boleh. Lempeng keras lagi!!!!!Akakakaka ritu MIL uli terlebih tepungnya, jadi dia masukkan dalam plastik suh saya bawak balik simpan dalam fridge. Semalam saya kasi goreng dan bolehlah makan kan kan. Ada ayam belah2 dada tu yang tak berapa kitaorang suka makan, saya goreng tak berapa gareng. Sebab kalau gareng nanti dia keras. Lagilah takder saper yang nak makan. Ada ikan bilis dan kacang panjang, saya buat sambal goreng. Kebetulan ada cili mesin skit lagi kat dalam fridge. Kuih bom tu, babysitter Mia yang bagi masa tengah panas2 lagi. Masa azan, saya tengah panaskan kuehtiaw bila ntah dah lupa. Arfan dah senduk nasi ngan kari daging. Bila saya letak Kuehtiaw tu, terus dia tinggalkan nasi dan makan kuehtiaw dulu.  
 
Alhamdulillah..... ada anak2 yang tak kesah pon pasal makan. Makanan panas balik pon leh berselera.
 
Lagi2 budak ni, nasi ngan ayam goreng pon bedal. Bughok betul muka nko Mia! Lengan berketol2 kat sebelah tu abaikan yer akakakakaka
 



oh rumahku

Dah lama kan tak citer pasal rumah baru. Tapi memang takder bender nak citer sebab progress lembab dan selalu kasi mokcik naik darah. Tapi nak buat cam mana, dah suh kontraktor sengal yang buat. Terpaksalah banyak2 bersabar.
 
 Mokcik frust tengok ruang udara tu dia buat kat situ. Tak paham apsal dia buat kat situ. Mula2 ritu dia buat kat area lubang asap tu. Lepas tu saya komplen suh buat kat sebelah lubang asap tu yakni atas blog kaca tulah siap lukiskan pelan lagi. Sekali tengok jadi gitu. Nak komplen lagi ??? Udahlah.... yang buat cenggini pon berabad dia nak siapkan. Nak suh ubah lagi!!!!! Blog kaca tu pon dah cantik2 saya lukis tinggi paras pintu tu. Sekali dia wat ke bawah cam tu. Mokcik redha jerklah. Malas nak pening2 paler.

Tile dinding dah siap. Lubang dapur masak pon dah ada. tapi table top otw. Taktaulah bila dia nak siapkan huhu.
 
Paip untuk washing machine kononnya. Bab ni mokcik terlepas pandang. Dia pon tak tanya nak buat kat mana. Sekali en. Suami whatsupp dia wat kat dinding bawah tingkap tu uwaaaaaaaaaaaaaa. Mokcik nak wat kat dinding toilet kat depan dia tu........ lepas tu mokcik berangan2 nak auto washing machine 16 kilo punya nanti.... kalau rendah cenggitu....muat ker nanti nak letak washing machine impian mokcik kat bawah dia tu nanti uwaaaaaaaaaa. En. Suami Tanya nak ubah lagi ker idak ??? Saya jawab. Takperlah... biarkan jerk. Kalau tak boleh nanti, mokcik basuh tangan jerk sumer baju2 kita nanti sambil nyangkung lepas tu nyanyi lagu Najwa Latip huhu

Sinki dah siap pasang. Oklah tu. Tolonglah siapkan cepat en. Kontraktor oiiiii mokcik dah tak larat nak tunggu lagi uwaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, July 23, 2013

Panasssss


Alalalaalala ciannyer dengan budak ni tau. Dahlah bau tengik. Bibir kering merekah. Jalan pon dah naik kengkang panjat tangga rumah. Sampai jerk, terus terkam bantal basuk acin dia dan terus berdengkur. En. Arfan pandai, balik jerk terus masuk toilet dan mandi. Lepas tu satu flat dengar sore alaaa mak tiri tak kasi mandi lama2.
 
Rasanya....semalam hari ke 15 puasa paling menduga kot. Cuaca panas dan tak hujan beberapa hari menyebabkan badan rasa agak letih. Saya pon terasa, inikan pulak budak2 kan. Lepas dah ambik gambar dan usap2 paler Wafiy kejab......toleh ke belakang.

Amboi budak tak posa tengah membaham mee goreng mokcik ngan air soya. Ambik gambar dia pulak. Bukan main kembong pipi sampai terjongket2 hidung nak menelan air soya.

Oleh kerana lebih haus dari laparkan. Maka kita up gambar air berbuka semalam. Ikut tulisan jawi, dalam kole tu air wajib ada teh O. Dah tuang siap2 kat dalam cawan free beli colgate. Kang Azan baru nak tuang, tertelan2 alior nak tunggu suam. Kemudian disusuli air bandung soda en. Suami yang buat ok! Bila dia minum wat muka bangga, konon sedap giler. Lepas tu mengadu sakit prot termenung depan jamban. Dah tau perot sensitip minum soda masa bukak posa akakakaka. 
 
Tak ketinggalan air soya yang en. Suami beli kat bazar. Yang tu saya yang soh beli demi memikirkan kesihatan anak2 yang minum. Saya kan ibu mithali kan kan. Jadi soh beli 2 bungkus dan jom syer ramai2 ahaks.  dan kat sebelah tu kicap yer. Kalau nak wat kelainan sila teguk lerrrrr akakakakaa. 
 
Hari ni tak masukkan gambar juadahlah yer untuk tatapan korang. Maklumlah nanti riak. Tapi kalau rasa nak scroll kat bawah silakan
 
 
'
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
'
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
'
 
Ekekekekekekeke ini gambar untuk tatapan saya jerk. Sebab nak gak tau apa saya masak yang asik guna baki makanan semalam masa hari ke 15 puasa pada tahun 2013 kan kan. Nanti tahun 2020 boleh repeat balik masak baki makanan semalam. Yang korang sebok tengok naper akakakakaka

Monday, July 22, 2013

N3 riak

Ingatkan hari ni taknak masukkan N3 juadah berbuka. Sebab ada orang tegur kat FB tadi asik tunjuk gambar makanan bulan2 posa ni tak baik dan nanti jadi riak. Tapi............ada plak kengkawan yang tanya mana N3 berbuka semalam. Lepas tu cakap seriussss tak sabar nak tengok huhuhu.

Sambil usik2 jerawat kat muka saya cuba cari jalan nak jaga hati pembaca. Dah berlagak retislah pulak mokcik ni. Lepas dah merenung 2 kotak kurma yang belum sempat bawak balik kat tepi saya ni.........demi menjaga hati semua pihak, maka dengan itu kita unfriend itu orang dan kita Up N3 juadah berbuka akakakakakaka. Tapi kalau dia nak bukak jugak belog mokcik.........

Pssssttttt ini gambar juadah berbuka semalam sambil cakap sorok2 ok!!!. Udang yang beli kat kampung en. Suami ritu ada separuh lagi. Masak sambal sekali lagi dan goreng separuh untuk Arfan. Takut Wafiy takder lauk buatkan sayur meehoon untuk dia. Ada dua jenis bubur lambuk. Yang putih babysitter Mia bagi. Yang oren tu kawan en. Suami bagi. Baki kari ritu untuk mee kari panaskan balik untuk cicah ngan lempeng keras baki semalam mokcik culik dari rumah mertua pon panaskan balik buat tambah2 juadah. Kurma tu dari PPK Endau ritu.
 
Riak ker riak ker??? Lepas tu hidang kat meja beli 5 tahun lepas dengan harga RM150. Ada 4 kusi jerk pulak tu. Bila Mia pon nak mengacau sekali terpaksa seret kusi lemari solek yang en. Suami beli sebelum kawin lagi tu. Dinding rumah pon dah kusam asik kena conteng jerk dengan bebudak ni. Terpaksalah saya focus supaya tak nampak dinding hah. Perrgggghhhh giler riak nko mokcik!!!!!!

gluurrrppp

psssttttt Fauziah Ahmad

Baru sampai dari PPK Bakri. Lotih den. Dah lama tak outstation. Bulan posa plak tu. Jauh pulak tu. Pi ngan Man Kueh. Eh!!! Dah lama tak sebut Man Kueh erkkk. Mamat tu perasan glamour kat blog Mokcik. Cit Podah hahaha.

Sebab malam tadi baru balik dari kampong en. Suami, pagi tadi pon tak sempat nak tidur kejab lepas sahur. Saya bertekad nak tidur sepanjang perjalanan ke Bakri. Memang tidurpon. Tapi taklah semelampau Man Kueh. Kereta bergerak tidur. Kereta berhenti pon tidur. Mengalahkan Mokcik ni bangun masak masa sahur huh!!

Khas untuk tatapan Fauziah Ahmad yer akakakaka. Juadah berbuka hari Sabtu lepas. Oleh kerana ada lagi kerang lebih buat mee kari puasa pertama hari tu, kita buat sekali lagi menu tu. Publish gambar besar2 buat orang tu kecur akakakaka. Kakak ipar belanja roti john yang memang sedap bangattttt berharga RM8. Tapi memang tak membazir beli sebab memang sedap dap dap.
 
Tak pasti nama kormersial mender alah ni. Tapi mak mertua panggil lempeng keras. Sedap cicah ngan kari. Ni juadah berbuka semalam. Mak mertua buat gak mihun sup. Terbaikkkkkk!!!!!
 
 

Friday, July 19, 2013

sedap jerk

 Baru jer kejab tadi ada kawan opis tanya... ari ni takder N3 baru ker ?? Ekekekekeke nko baca erk blog mokcik? rindu erk kalau takder N3 baru ? kan kan. Akakakakaka jangan nak berpura2 ok! Mokcik tau korang suka kakakakaka.

Semalam pun ada kawan mintak resepi mee kari lagi wakakaakaka. Terpedaya jugak korang bila saya kata mee kari air tangan saya tu sedap erk. Arfan memanglah kata sedap sebab tu kan mee kari yang mak dia masak. Mana ada makanan yang mak kita masak tak sedap kan kan. Tapi saya bagi jugaklah resepi main campak2 tu. Kang kata kedekut ilmu menu mee kari sedappppzzzzz tu akakakakaka.

Ok ni hidangan berbuka semalam. Nasi banyak lagi. Jadikan nasi goreng sedap melotupsss heheehhe. Ada bubur lambuk pemberian babysitter (ambik kat masjid). Ondeh2 ngan satey tu en Suami beli kat bazar sebab en. Wafiy tuntut roti jala yang janji nak beli semalamnya. Sekali balik, tuntut 1, tapi jadi 3.
 
Ayam goreng tu, en. Suami yang goreng salut tepung KFC. Bab menggoreng ayam saya bagi kat dia. Sebab dia lebih sabar nak pastikan ayam tu benar2 masak sampai ke dalam muahhh cayang abang!! Abang??? Hehe cam pelik tak pernah panggil camtu haha.
 
Apsal Nampak cam berkelecah skit erkkk hidangan tu ????
 
'
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 
 
 
'
Sebab ada budak tak posa nak jadi food tester dulu huh!
 
roti

Wednesday, July 17, 2013

taktau nak letak tajuk apa

 
Comei jerk mokcik dari arah ni kan kan akakakakaka. Ni gambar pagi tadi masa Majlis Perhimpunan Bulanan. Ingatkan esok. Rupanya hari ni. Nyaris terlupa punch sebab kelam kabut tengok opis dah kosong. Dah lah datang dah nak ngam2 jerk tadi kui 8.30. Berterabur panjat tingkat 3. Tu yang dapat dok kusi paling akhir. Lepas tu wat muka bagus2 gitu ahaks. 
 
Ni hidangan berbuka kelmarin. Bukan semalam. Tapi nak gak masukkan kat belog konon ibu mithali kang korang tak tahu akakakaka.
 
Malam tadi, sempat masak mee goreng jerk. Baki separuh mee yang saya celur kat gambar tu. Tu pon ingat taknak masak, sebab tiba2 anak2 nak sangat pi bazar. Arfan beli kuehtiaw kari. Wafiy plak nak mee sup, kuih ondeh2, roti john, kuih donat....amboiiii kemain nafsu kalau boleh nak air soya lagi, roti jala lagi akkakakaka kesian tol budak posa ni. Tapi saya tak bagi dan bagitau esok beli yang itu pulak.
 
Habis seround, saya buat keputusan masak jer mee goreng untuk saya sebab sumer pon macam setakat jual nak wat duit beli langsir baru raya ni. Tapi harga meletops huhu.
 
Bila berbuka, Arfan cakap kuah kari cair, tak sedap. Lepas tu belasah mee goreng yang saya masak. Wafiy makan mee sup pon tak habis. Tapi kuih yang dia beli habis dia sapu bersih haha. Kelakar bila layan budak2 ni berbuka tau. Yang lagi tak tahan budak yang tak posa plak over kemain. Siap beli cup cake kata nak makan untuk berbuka akakakaaka.

Thank you, thank you. Pemberian PPK Endau. I memang tunggu sunquick dari u (sambil wat muka comel. Comel ke songel huhu)

takder karen

Eleleelele korang tunggu N3 saya eh eh kan kan akkakakakakaka. Tak sempat nak merapu pagi tadi. Kena focus skit kat satu kerja. Lepas tu kena pergi rumah baru plak sebab nak sattlekan pasal elektrik. Ritu ingatkan pemaju sattlekan pasal masuk elektrik ni. Jadi saya ngan en. Suami goyang kaki jerklah. Sekali kontraktor yang buat dapur tu cakap tak boleh nak teruskan kerja sebab rumah saya takder karen. Ehhh....engkau ni kan, hari tu terhembab2 wat kerja. Dah jadi cam ni, barulah kata tak boleh nak wat kerja. Memang putar alam betullah hantu ni. Dia suh telefon pemaju sebab karen tak masuk langsung.  
 
Lepas tu baru tau yang kitaorang kena contact someone untuk masukkan karen kat rumah. Lepas tu orang tu leh datang hari Rabu jerk pulak tu. Hadoiiiii leceh tollah. Bila dah sampai hari Rabu, en. Suami cakap orang tu dah siap pasang kotak yang kat dalam rumah tu. Tapi rupanya karen dari TNB yang tak masuk kat meter. Orang tu suh tepon pemaju balik buat aduan.
 
Beberapa hari lepas tu, kontraktor telefon lagi cakap still takder karen dan tak boleh buat kerja. Amboiii engkau!!! Awal2 ritu engkau terkedek2 wat kerja, bila tau karen takder nak tunjuk terrorlah plak eh.
 
Lepas tu contact balik pemaju tanya status aduan, sekali dia suh buat balik aduan sebab tak perasan aduan haritu. Aduh makkkkk haaaiiiii hangin mokcik tau. Lepas beberapa hari, en. Suami telefon balik pemaju. Boleh plak dia kata kena telefon balik orang yang masukkan karen haritu balik. Aikkkkkk kalau orang tu boleh sattlekan, apsal hari tu dia suh cakap kat pemaju. Kalau korang hangin tak hangin tak.  
 
Makanya hari ni mokcik turun padang sekali bila orang yang masukkan karen tu nak datang hari ni. Entah orang bangsa apa pon tak tau. Nasib boleh cakap Melayu. Tapi bukan orang yang haritu kata en. Suami. Bila dia cek meter tu, memang betul karen dari TNB tak turun ke meter. Dia ulang ayat yang sama suh telefon pemaju. Haaaaaa nak sangatlah tengok mokcik naik hangin kan kan. Meh mak tiri nak menjerit. Haritu orang engkau datang kata suh cakap kat pemaju. Aku cakap kat pemaju, pemaju suh engkau datang. Hari ni engkau suh cakap balik kat pemaju. Engkau cek betul2 sekarang!! Takkan tiap2 minggu engkau nak datang lepas tu suh cakap kat pemaju. Lepas tu dia cakap itu TNB yang pasang, dia tak ada alat nak buat. Ok engkau panjat sekarang!! Cek sekarang. Saya suh en. Suami telefon pemaju sekarang cakap sendiri ngan orang tu.
 
Lepas tu en. Suami pilah tolong ambikkan tangga kayu kontraktor kat belakang. Cepat2 orang tu panjat. Lepas tu goyang2 skit cable tu. Baru Nampak ada nombor naik kat meter. Hah kan boleh tu!! Nak aku jerit2 barulah nak buat betul2.

Lepas tu saya en. Suami cek plak plug. Ada 2 plug tak masuk karen. Suh jugak dia buat tadi. Sattle sudah.

Tuesday, July 16, 2013

kurma datang lagi

Alhamdulillah.....terima kurma dari PPK Senggarang pada hari ke 7 berpuasa hihihi toce toce. Ada ke lagi PPK nak bagi ni hehe hehe gurrppp.

Monday, July 15, 2013

Muhammad Adib Wafiy

Tahun lepas memang saya malas nak kejut budak ni setiap kali bangun sahur. Sebab hari pertama kejut pon dah mengaruk, pujuk pon tak jalan, bila marah lagi kuat berang dia. Makanya tahun lepas memanglah dia langsung tak puasa. Lagipun kalau dikira bulan, tahun lepas dia baru jerk 5 tahun. Tak acilah kalau nak paksa budak sekecil tu. Dahlah dia makan memilih, badan pun kecik jer alahaaiiii.

Sebenarnya tahun ni pun taknaklah paksa2 dia. Walaupun dah darjah 1, dia kan masih 6 tahun. Perangai hangin satu badan pon masih ada walaupun dalam keadaan tertentu dah boleh ajak runding hehe. Sahur hari pertama hari tu, kejut baik2. Seronok pulak tu nak bangun. Tapi sebelum tu dah warning kalau nak dia puasa mama kena masak sedap2 waktu sahur .Wakakakaka sahur orang makan apa yang ada jerklah anak ooiiiiii.

Apa yang saya agak jadi kenyataan. Pukul 10 pagi dia dah mengadu haus. Lagi2 si Mia dah goda dengan minum susu. Saya suh tunggu pukul 2. Mulalah dia tunjuk perangai tapi masih boleh bertolak ansur. Akhirnya tepat jam 2, dia bukak posa huhu.

Sahur seterusnya saya cam malas nak kejut lagi, tapi en. Suami kejutkan jugak. Makan pon bersuap sambil mata tertutup. Masa nak pergi sekolah saya bekalkan air. Kesian pulak kalau dia haus nanti. Tapi masa balik sekolah dia marah saya sebab bekalkan air. Sebab kawan2 ejek dia tak puasa. Saya cek air yang saya bekal. Betullah tak luak. Tapi saya masih cam tak yakin dia boleh tahan puasa sebab dia ni kengkadang pandai putar alam jugak. Esoknya saya tak bekalkan air lagi. Dan dia kata dia still puasa. Lepas tu kata dia boleh raya 29 hari jer sebab 1 hari dah tak puasa hehehe.

Lepas 2 hari sekolah, cuti Sabtu dan Ahad. Saya tak rasa dia boleh teruskan puasa. Kalau kat sekolah mungkin dia boleh sebab ada kengkawan dan cikgu yang bagi semangat kan. Kat rumah banyak godaan lagi2 si Mia huhu. Saya skodeng jerk gerak langkah dia. Mana tau curi2 minum ker, makan ker kan. Tapi macam tak. Yang paling saya kagum dia langsung tak sebut lapar ker, haus ker. Bila petang, dah boring dia tidur. Wafiy kalau tidur siang, kalau tak dikejutkan mau 3 jam pon dia leh lena. Saya cam jadi kagum dengan mamat sorang ni. Selama ni banyak bender yang saya tak yakin dia boleh buat. Sebab dia tak boleh dipaksa. Nanti dia naik angin.

Hari Ahad, masa kat rumah MIL pon dia selamber jerk. Main cam biasa waktu pagi, bila petang dia tidur. Bila bangun, saya suh en. Suami bawak pi bazar Ramadan suh cari makanan yang dia suka. Saya memanglah rasa amat2 berbesar hati dengan perubahan dia. Bukan sebab dia puasa, anak orang lain pon ada yang dari kecil dah puasa kan. Tapi sebab dia boleh menahan sabar. Puasa mengajar dia lebih bertolak ansur. Asyik ingat nak sembahyang jerk walaupun niat masih tunggang langgang. Yang paling surprise........dia mengaji sendiri walaupun takder saper yang suruh. Semoga Allah memberi sinar bahagia pada Ramadan kali ini.

Muka budak tengah tunggu waktu berbuka huhu

berbuka habiskan makanan yang ada

Wat muka cam orang puasa. Tapi tengah membedal cekodok pisang panas2 glurrpppp. Peh!! bau buat mokcik tergoda. Mak Siti siat cekodok tu kecik2 masuk kat dalam bekas kecik tu supaya senang nak makan. Tak sempat start enjin dah licin sebekas. Kejam kau nak!!!!

Menu berbuka semalam haha. Sumer menu mengabehkan makanan2 yang konon nak sangat makan masa sebelum bebuka. Bila dah berbuka leh pandang jerk. Lepas tu peram dalam peti. Maka semalam jom kita kuarkan segala. Kasi peti ais tu bernafas skit. Sian....dia kan kan.

Roti canai segera lawan ngan kuah kari masa wat mee kari rabu ritu. Kuah tu ada lebih saya bekukan kat freezer. Keluarkan balik dan panaskan. Oleh kerana saya goreng roti tu agak cepat. Dalam kui 6.15 gitu, rasanya agak liat masa berbuka akakaka. Kena rendam ngan kuah kari tu baru leh makan dengan sopan santun. Kalau idak!!!!! Mau tercabut gigi pelsu. Nasib sumer ori lagi huhu.

Ada karipap semalam beli kat kampong en. Suami. Tapi tak larat nak makan. Pon simpan kat dalam fridge.Saya goreng balik. Nampak tak ada 3 ketul cekodok pisang jerk tinggal lepas Mia dah balun seplastik. Nko memang dasar kejam Mia, dahlah sebekas nko habiskan kat dalam keta, yang Mak Siti bekalkan untuk berbuka puasa pon nko belasah gak uwaaaaaa. Sabar2 kalau ada pisang free jom kita wat semangkuk besar cekodok pisang akakakaka. 3 ketul tu pon Wafiy belasah habis. Dengar azan jerk, dia cekup 3 ketul tu masuk pinggan dia. Uwaaaaaa langsung mokcik tak rasa.

Kat bekas kuning tu, goreng pisang semalam. Mak mertua yang goreng. Dasar penamak ni siap bungkus nak makan dalam perjalanan balik. Hadernyer...berdengkur jerk. Tau2 dah sampai kat rumah akakakaka.

Lepas tu, di sebalik kuah kari tu kan nampak cam ada roti kan kan. Itu burger en. Arfan beli kat bazar Ramadan. Saya suh en. Suami pi panaskan kat dalam microwave. Lepas tu roti tu jadi keras bedentum akakakaka. Tapi Arfan nak gak makan. Tapi makan daging jerk. Roti tu ke tong sampah gak jawabnya.

Yang fresh sambal ikan bilis tu jerk saya baru goreng. Sebab ada baki nasi semalam banyak lagi. Saya setakat sambal ikan bilis dengan nasi jerk pon jalan.....

Sunday, July 14, 2013

posa tapi citer makan

Hari Sabtu, lepas berbuka balik kampong en. Suami sebab ada perjanjian baru dah ditemeterai haha. Kalau sesuai nanti saya citer yer perjanjian apa tu. Hari ni tak berapa sesuai sebab hanya step pertama jerk yang berjaya. Ada 3 step lagi huhu.

Semalam tengahari, sajer pi berjalan2 ke Sungai Rengit. Sajer nak pi tengok laut. Dah sampai nak terlupa cam ner rupa laut akakaka. Mengada nak feeling2 romantik bulan2 Ramadan ni. Tapi segala romantik lari sebab bawak cik Mia sekali. Cik Mia terjerit2 nampak kapal. Lepas tu tanya apsal kapal tak gerak lah, cam mana nak pi kat kapallah. Kapal tu bawak apa. Lenguh nak melayan. Kejab jerk kat situ sebab ada orang tengah pancing ikan. Bila Mia cakap kuat2 dorang jeling jerk pandang. Sebelum dorang pancing mulut nko Mia meh leh kita beredar.

Masa nak balik, tetiba teringin plak nak jengok tempat jual seafood. Sekali tergoda ngan udang merah besar2 ibu jari kaki (sambil selak2 kain tengok sama besar tak ekeekke) seplastik RM40. Mungkin sekilo kot. Tak berapa nak kompom sebab lupa nak tanya. (Bila nampak makanan kan mokcik lupa segalanya hahahaha)

Jadi terhasillah udang besar ibu jari kaki mokcik masak sambal petai besar ibu jari tangan. Pergghhhh marvelous tapi terlebih minyak sikit ekekeke sorry yer bapak mertua ku. Udang tu rasa kenyal2 fresh gitu. I loiikkkkk. Lepas ni boleh pergi lagi tempat tu kalau nak beli udang heh.

Ini murtabak wajib beli kalau balik kampong en. Suami. Beli 1 jerk walaupun nafsu kipas2 suh beli sorang 1 hehehe. Punyalah panjang Q bila nak beli. Siap ambik nombor ok! Gila dalam felda nak beli murtabak ambik nombor. Nko hader !!!

Ni menu berbuka puasa ketiga. Meehoon Sup Men Belasah Jerk Asal Kenyang. Ada sikit mee kuning tu saya kasi celur sekali. Rupanya mee tu yang habis dulu uwaaaaaaa ingatkan mee tu mokcik nak perabih sorang. Ghupernya tak merasa langsung. Tauge tu sempat segitu jerk saya buang ekor pon ingat takder yang berkenan. Sekali en. Suami rembat separuh. 

Lepas dah siap makan, sembahyang, wat homework.......mama nak makan honey star. Eh!!!! Kalau bab2 makanan cam ni jalan dah takleh tegak pon korang ada space nak isi lagi eh. Ikutkan jerklah yang penting esok posa lagi tau!!
 
 
Budak tak posa pon nak jugak! Siap posing lagi amoi bukit ni.

Ini menu sahur esoknya. Sup tu ada baki skit jerk lagi. Campur jerk sayur kangkung. Pon habis gak!!! Hahaha.
 
 





Thursday, July 11, 2013

kuehtiaw goreng, ayam goreng dan kurma tak goreng

Menu berbuka malam tadi. Kuehtiaw goreng dengan telur rebus semalam ngan limau sambal pon semalam akakakaka. Itu pon habis ok. Itu telur ngan limau baki mee kari semalam. Dari terperap terus kat dalam fridge baik buat hiasan kat atas tu. Tapi cara potong hampeh tak senonoh.
 
Hari ni Arfan request nak meehoon sup. Ok bos! Ayam, fish cake, fish ball segala dah turunkan ke fridge. Tapi baru teringat ada begedil segera terlupa plak nak turunkan. Takper yang itu leh goreng lambat skit. No problem punyooo. Cuma kejab lagi nak mengutip cili padi kat belakang opis ni hah. Nak buat sambal kicap. Sementara tuan punya pokok cuti meh kita rembat untuk sebulan trus akakakaka
 
 
Budak bam bam ni cam beriya nak makan kuehtiaw goreng tu. Tapi wat main jerk lebih. Mana taknyer dia dah bedal 1 drumsteak dan setengah ketul bahagian dada. Mana dapat ? Husband babysitter yang belikan. Memang sepanjang Ramadan tahun lepas, tiap2 hari dia bawak Mia pi bazar Ramadan kat simpang nak masuk rumah dia. Macam mana tak makin tembam budak Mia ni. Masuk jerk kereta bau ayam tu semerbak. Perrggghh tergoda mokcik tauuu....

Ini pun dapat semalam. Yang atas tu dari PPD Pontian dan yang bawah tu dari PPK Kota Tinggi. Satu saya bagi kat babysitter dan satu lagi bawak balik rumah. Sementara tunggu azan, saya bukak bekas kurma tu. En. Suami suh habiskan dulu yang ritu. Selamber saya ambik 2 biji letak kat pinggan dia dan 2 biji kat pinggan saya. Yang ini nampak cam lagi sedap, jadi kita makan jerk yang ini. Kalau datang lagi yang lagi sedap, kita makan pulak yang itu. Dengar jerk azan terus baca doa cepat2 lepas tu campak kurma dalam mulut. Memang dasar pelahap nko mokcik!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...