9 tahun yang lalu kami suami isteri selalu berangan nak dapat anak perempuan sebagai anak pertama. Kata en. Suami, boleh tolong saya buat kerja rumah bila besar dan tolong jaga adik2. Saya pun suka sebenarnya sebab geram tengok gaun baby yang cantik2. Berangan cam banyak duit jerk kan.
Bila saya dah mula mengandung, en. Suami mati2 nak namakan anaknya Rabiatul Adawiyyah sebab rasa best sangat. Bila saya sajer cipta2 nama lain, dia mula merajuk dan cakap biarlah anak yang first ni dia yang namakan. Yang lain2 nanti nak boh nama apapon suka hatilah.
Masa umur kandungan 7 bln, saya pernah terasa sakit. Rasanya lain macam. Rasa itulah yang saya rasa ketika melahirkan Arfan. Saya tak tahu kenapa saya rasa sakit begitu pada usia kandungan saya waktu itu 7 bln. Oleh kerana masa saya sakit, saya di rumah mertua. Saya hanya mampu tahan sahaja. Kenapa ? Sebab hospital terdekat satu jam perjalanan dari rumahnya. Lama juga saya terpaksa menanggung sakit berulang 5 minit sekali tu. Hampir 10 jam rasanya. Kami terus ke klinik untuk checkup bila pulang semula ke JB. Tapi, waktu tu rasa sakit tu sudah hilang. Bila scan, doktor sahkan baby boy kami dalam keadaan sihat. En. Suami mula berkerut dahi. Dia bersyukur dengan pemberian baby boy tapi masih mengharapkan baby girl. Dia tegak pada nama Rabiatul Adawiyyah. Langsung tak memikirkan nama baby lelaki. Bila saya gelakkan dia dan minta carikan nama untuk baby lelaki. Dia suh tunggu baby keluar dulu.
Nak jadikan cerita, pada tarikh 10 Jun 2004. Masa saya hendak melahirkan Arfan, seorang nurse yang baik sangat membantu saya. Maklumlah kelahiran pertama. Banyak perkara perlu dibantu. Nurse comel itulah yang mengajar saya. Bila Arfan sudah dilahirkan dan dibersihkan, dan ketika membersihkan saya pula, seorang rakannya menegur name tagnya. "Huh! Ingatkan keturunan raja tadi. Tulah nama panjang sangat. Kan dah terpotong2 tu." Ucapnya tergelak2. Nurse itu hanya tersenyum. Saya memandang name tagnya. R. Adawiyyah. Dalam menghayati balance2 sakit, spontan saya bertanya namanya. "Rabiatul Adawiyyah." Ujarnya tersenyum. Saya pun menyambutnya sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment