Hari ni datang kerja dengan rasa mengantuk teramat sangat. Tak tahulah malam tadi tah kenapa banyak sangat nyamuk kat rumah. Sebab dok layan mentor dan layan comel2 mama yang dah tidur dalam kereta terang plak mata malam tadi. Start boleh tidur pukul 11 lebih gitu.
Tengah syok2 tido, rasa gatal2 kat kaki. Saya ni, bab panas masih boleh layan. Tapi, kalau bab nyamuk memang arr jadi panas jadinya. Kerling jam pukul 1 lebih. Punyalah malas nak bangun. Capai selimut kat kepala, terus berselimut. Rasa gatal kat kaki menyebabkan saya susah nak tidur. Mia pun jadi terganggu, apa lagi...dok nak menyusu jerklah. Dalam keadaan tidur mengiring dan rasa gatal2 kat kaki menyebabkan mata tak boleh lelap.
Baru jerk mata nak terlelap, Mia dah bantai gelisah. Buka gak mata dan tengok kenapa. Tengok Mia dok garu2 kaki. Alahai...nyamuk ni. Bangun jugak dok betulkan kipas. Biar kuat sikit. Biar takut nyamuk nak dekat kononnya. Mia duk arah garukkan kaki dia. Tapi nak menyusu dalam masa yang sama. Adedehhh....en. Suami dok buat music kat sebelah Mia. Grrrrhhhh kuat gilerr...masa tu jam duk kui 3 pagi.
Baru jerk mata nak terlelap lagi, kaki rasa gatal lagi. Siap lengan pun rasa gatal jugak. Tak boleh tahan ni. Saya duduk dok perhati kaki. Mana tau masa tu bender alah tu hinggap. Memang nak kasi piak kuat2. Biar bersepai isi perutnya. Fuh zalim betul bunyinyer kan. Tapi, sekor pun tak nampak.
Terus bangun. Pi ambil shelltox. Kasi sembur bawah katil, celah almari dan belakang pintu. Bukan cam sembur perfume. Cam bomba sembur air kat api rumah terbakar punya. Memang tekan kaw2 punya.
Sambung tidur balik. Oleh kerana rasa gatal2 mengenyam2 kat kaki dan lengan serta Mia dok nak menyusu lagi, pukul 4.30 rasanya baru tertidur balik.
Tit titit tit titit Arrrggggghhhhhh dah pukul 5pagi. Mengatuknya....menonggeng kejab kat baju bertimbun tak sempat lipat sebab baru balik dari kampung kan. 5.45 baru terjaga balik sebab dengar azan subuh...
No comments:
Post a Comment