Boleh pulak cek RM30k tu dok clear hari ni. Jadi bersungguh2lah pi CIMB dok nak pi transfer ke kedai kereta. Saya ni, bab jalan yg sesekali terjejak selalu fail. Lagi2 bila ada supir yang bawakkan. Oleh kerana nak kena sattle sendiri hari ni, kenalah pi jugak meredah. Lepas dok tanya kawan2, terus tunjuk terror. Isi buku keluar, berdezupp pi cari CIMB Taman Molek. Sebabnya dekat sikit dengan Celcom. Nak mintak simpatilah konon, mana tau dapat diskaun ker hehehehe.
Dengan semangat yang berkobar2 pi cari Petronas dan masuk kiri kata dorang. Cari punya cari....mana ni??? Alahaiiiii minyak pulak dah menyala dari tadi. Dalam beg duit RM10 pun x sampai ni. Telefon dah kena blok pulak. Patah balik dok cari Celcom. Hasratnya, lepas mencurah rasa kang, tanyalah kat cik Celcom mana CIMB.
Nasiblah dapat gak cari Celcom. Tanya punya tanya, cerita punya cerita, rasanya sebab saya guna daily broadband haritulah. Sebab memang Arfan ada terguna lebih 15 minit. Tak sangka pulak bil terus berjalan sampai kena blok. Nasiblah saya dah limitkan RM150. Kalau dok biarkan RM300 cam sebelum ni, air mata dok jadi sungai lui weiii. Makanya kenalah bayar gak ni ??? Takder diskaunlah ni ??? Uwaaaaaa Terus keluar dari Celcom pi ke kereta. Haduiii...penyakit lupa dah menyerang. Pandang kiri kanan takder orang. Dah melintas jalan, malas pulak nak masuk balik nak tanya mana CIMB.
Malas nak fikir panjang, berdezup jerk pi CIMB Taman Daya. Orang tak ramai, yessss tak sampai 5 minit no. dah naik.
Adeh!!!! Cik CIMB mintak buku banklah pulak. Mengada2. Tapi, ada hikmahnya kan. Rumah saya dekat dengan bank tu. Jadinya, baliklah rumah kejab. Nasib ingat mana dok simpan. Patah balik ke bank sampai lupa nak cakap kat cik bank tu nak transfer bukan nak cash hahahaha. Nasiblah dia dok mengusik banyaknyer dapat tunggakan gaji, nak keluarkan semua ker ? Hah!!!! Eh! Bukan tunggakan gaji tu yang, nak tambahkan hutang ni. Nak transfer kat orang lain supaya orang tu boleh kaya uwawawawawa.
Ghupernya hari tu ada promosi untuk BIJAK SIMPAN kot namanya tadi. Cik Bank tu ingat saya ni kaya raya kot. Panggil budak wat promosi tu dok pasang ayat kat saya untuk joint. Jenuhlah pulak saya nak dengar yang BIJAK SIMPAN tu paling minima kena bayar RM100 sebulan, lepas 3 tahun akan dapat RM1090. Ingatkan dapat sekali RM100 yang setiap bulan tu, ghupernya tu burn sebab dikira insuran kemalangan dan apatah lagi.
Takperlah en. CIMB. Saya dah ada insurans pon. Lepas sattle terus pi kuarkan duit gaji, pi tuang minyak dan balik semula ke LPP. Penatnya, panasnya....
No comments:
Post a Comment