Huh! Memang terperanjat. Dalam terkejar2 hendak mengambil anak2 pulang, tiba2 tayar kereta depan kiri meletup dek terlanggar apa tah. Batu kot. Rasa taklah laju sangat pon bawak kereta. Dah memang nasib takder rezekilah nampaknya tu. Memang kat tepi jalan tu dah beberapa hari tah dorang korek buat apa tah. Tapi x sangka pulak ada benda2 yang merbahaya sampai terkoyak tayar yang baru ditukar tak sampai 4 bulan. Tayar baru pulak tu. Aduhaiiiiii....$$$$$$.
Bila dah dengar meletup tu siap toleh kiri kanan blur. Tak tau lagi tu. Nasiblah ada traffic light kat depan then berhenti. Tetiba rasa stering senget ke kiri. Pelik!!!! (Dah kenapa stering aku ni ??? ) Bila lampu hijau dan hendak bergerak, baru rasa sesuatu yang pelik. Mesti tayar pancit ni. Cepat2 pi parking kat tepi. Dahlah tempat bukan laluan orang plak tu. Bila keluar kereta dan tengok. Oh nooooooo!!!!!!! Pancit habis. Takder saper pon lalu kat situ. Alamak!!! Terus call en. Suami yang masih di Kulai. Masa tu pukul 6 petang. Bajet dia akan sampai 6.30 ptg. Tapi, kalau tak sampai gak time tu ??? Wafiy kat Nuri macam mana ? Terus teringat nak telefon Mysara yang anaknya bersekolah sama dengan Wafiy walaupun tahu dia balik pukul 5 petang. Confirm dah sampai rumah. Dail jugak nama dia, test nasib. Alhamdulillah...baru jerk nak ambil rupernya. Allah mudahkan 1 perkara. Teringat pulak Arfan yang biasanya balik dari sekolah sekitar jam 6.30 petang. Teringat pulak jiran bawah rumah. Call mintak Arfan tunggu sekejab. Alhamdulillah lagi. Call kak Siti yang jaga Mia beritahu agak lambat hari tu. Nampaknya semua dapat membantu hari itu. Syukur kepada Allah, permudahkan banyak perkara2 berjangkit atas 1 sebab sahaja. Dalam tunggu punya tunggu, sempat snap bahagian yang terkoyak. Kemudian terbayang2 pulak poket yang bakal koyak. Mau RM200 juga akan terbang dalam bulan ini nampaknya. En. Suami sampai dalam pukul 6.40 petang. Yeyyyyy abang pomen sampai sudah. Bajet sebelum pukul 7mlm akan sattle semua perkara. Apakan daya, nut tayar ketat giler. Sampai tempat bukak yang bengkok dah nak jadi lurus dikerjakannya. Nasiblah ada abang ipar yang kerja kat Taman Johor Jaya boleh datang membantu. Akhirnya kerja2 menukar tayar selesai jam 7.30 malam.
No comments:
Post a Comment