MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, April 16, 2012

pergi....

Awal2 pagi tadi, mak telefon. Tapi masa tu saya sedang menurunkan barang2 ke kereta. Terdengar suara Arfan terjerit2 memanggil dari rumah. Bila sampai ke muka pintu, Arfan bagitau nenek telefon. Aku seperti tahu apa sebabnya. Oleh kerana takut terlambat ke ofis, aku terus bangunkan Wafiy. Dalam bersiap2, telefon berbunyi lagi. Abang Ajid menyampaikan perkara yang sudah dijangka. Pak Itam sudah pergi meninggalkan kami.
Dalam masa terdekat ini, sudah beberapa orang ibu dan bapa saudara saya pergi. Ada yang sudah lama sakitnya, jadi tentulah kita faham dan redha pemergiannya. Tapi, Pak Itam baru lagi dikesan ada penyakit. Sudah suratan yang hidup pasti akan pergi. Aku menerima berita ini dengan penuh ketenangan walaupun rasa sedih yang tidak terhingga. Alhamdulillah berkesempatan datang menjengoknya bulan lepas semasa terlantar dihospital. Arwah masih beperwatakan ceria dan seloroh. Tapi sudah kurus benar waktu itu.
Takziah untuk Mak Itam sekeluarga. Terbayang2 kesedihan yang perlu ditanggung mereka sekeluarga. Lebih2 lagi Mak Itam yang paling murah air matanya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka. Al-Fatihah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...